16 March 2015

macaroni cheese c'Chanteq

assamualaikum

macarani cheese ni kenapa tak pernah jemu...walhal almost every week buat. klu buat tu mesti byk dan mesti habis.. so mak dia org share lah macam mana nak buat macaroni cheese yang sedap sgt tu


resepi:-

500gm macaroni 
1 tin  sos bolognese frego
400gm daging hancur ramly
1/2 sudu teh garam
2 helai daun bay
1 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
minyak masak

cara:-
1. rebus macaroni hingga kembang dengan 2 sudu besar minyak
2. tumis bawang besar dan  putih yang telah di potong halus hingga wangi
3. masukkan daging dan kacau hingga daging sedikit garing
4, masukkan daun bay dan sos bolognese
5. masukkan garam dan biarkan hingga mendidih
6. tutup api dan masukkan macaroni 
7. masukkan kedalam bekas pembakar.


sos putih 

500ml susu segar
1 sudu besar serbik lada hitam
1 sudu besar butter
2 sudu besar tepung gandum
1/4 sudu teh serbuk basil
3 ulas bawang putih
1/4 sud teh garam


cara:-
1. bawang putih di potong halus
2. masukkan semua bahan kedalam periuk
3. kacau semua bahan 
4. didihkan dengan api perlahan hingga pekat 



bahan topping

250gm  pizza toping

saya guna yang ini

semua bahan tersedia


gaulkan sos bolognese dengan macaroni dan masukkan kedalam bekas pembakar


tuangkan sos putih sekeliling atas macaroni 



taburkan cheese dan bakar dengan suhu 200c selama 20 min


ok bai