12 April 2017

NASI KUKUS AYAM BEREMPAH CHEF MOZART



Korang kan tau Kak Z ni suka merayap. Bila free time jer satu Melaka aku rayap. Satu hari rayapan Kak Z menemukan sebuah restoran nasi kukus ayam berempah. Waa.. sangat menarik.

Salah satu spot tempat makanan kalau korang datang Melaka betul tak? Sebab ramai Pm Kak Z mana tempat makan menarik kalau datang Melaka. Ini salah satunya. NASI KUKUS AYAM BEREMPAH CHEF MOZART.



Konsep kedai ni adalah makanan segera. Bayar RM9.90 korang dapat set nasi kukus, ayam berempah, jelantah dan minuman. Kak Z tekejut bila dia bagi Kak Z Hambik ko besar punya hidangan.. kenyang aku makan sepanjang hari.



Kak Z pilih ayam serai. Sedap ko...bila.makan teringat ayam perchik Ramada. Rupanya Chef Mozart ni ex Executive Chef kat Ramada. Patutleh sedap


Kalau korang Melaka boleh datang sini makan. Lokasi Jln Syahbandar, Kota Laksamana. Sebelah Hotel Taipan. Kalau google Nasi Kukus Ayam Berempah Chef Mozart mesti jumpa..

Ok bai

PETUA HILANG PEDAS DI BIBIR



Anak-anak Kak Z yang comel tu suka makan ayam masak merah. Tapi masalahnya bila pedas di menjerit kepedasan. Sebenarnya ada jalan penyelesaian yang mudah. Meh Kak Z ajar caranya.

Bahan:-
1 sudu teh gula pasir

Caranya:-

1. Suruh anak kita jilat bibir atau bfasahkan bibir dengan air liur dia sendiri.



2. Kemudian kita sapukan gula keliling bibir tu.

Kesannya serta merta. Insyallah

Ok bai