20 August 2016

Penyampaian Hadiah Peraduan Mini Bonanza OK! 2016


Credit gambar : Mummy Julia Ali

Kali ini Kak Z ke majlis Penyampaian Hadiah Peraduan Mini Bonanza, OK! 2016. Berdua dengan Mummy Julia. Majlis berlangsung di WISMA OK, HALAL HUB SERKAM MELAKA. Waaa.. bangunan baru. Excited...



Ini kali ketiga Kak Z memenuhi jemputan Orang Kampung. Setiap kali peraduan di jalankan pasti hadiahnya sangat menarik. Peraduan masih berlangsung. Peraduan Mini Bonanza OK! 2016 telah berlangsung dari 1 Februari hingga 30 Jun 2016.

Sepanjang tempoh peraduan tersebut, OK Group telah menerima ribuan penyertaan sehingga ramai yang menyertainya berulang kali. Peraduan ini bertujuan untuk menghargai pengguna setia produk Teh Herba Orang Kampung yang mempunyai tiga perisa iaitu, Teh herba Original, Teh Herba Limau dan Teh Herba Halia. Peraduan yang dikhususkan pada ketiga-tiga produk ini telah berjaya meningkatkan hasil jualan sehingga 200%. Selain ini OK Group juga dapat mengumpulkan testimoni dan komen-komen membina dari pengguna setia produk ini.




Majlis Penyampaian Hadiah Peraduan Mini Bonanza OK! 2016 ini akan diadakan sebanyak 3 siri dimana setiap siri akan mempunyai kejutan atau informasi yang akan disampaikan. OK Group berbesar hati kerana sokongan dari pengguna sejak dari 30 tahun yang lepas tidak pernah mengecewakan. OK berjanji akan menjaga kualiti dan keberkesanannya sebaik mungkin untuk memberi yang terbaik kepada pengguna produk OK.




Pada kali ini, terdapat 8 pemenang akan menerima hadiah yang berupa TV LED Panasonic 32’ dan Laptop jenama Dell 15’. Kesemua hadiah ini disampaikan pada Majlis Penyampaian Hadiah Siri pertama.

Untuk siri kedua kami akan meengumumkan 8 pemenang yang bertuah yang akan memenangi hadiah berupa Jam Tangan Fossil dan Samsung Galaxy Tab 7’. Semoga pengguna setia produk OK sentiasa berpuas hati dan meneruskan menggunakan produk mereka.

ORANG KAMPUNG SEMUANYA OK!

Ok bai

Kek Batik Awesome


Kek Batik Awesome



Kek Batik Awesome yang Kak Z buat ni mudah sangat. Tidak sampai 20 minit siap. Tapi yang lamanya ialah kena simpan dalam peti sejuk untuk mengeraskannya. Kalau adik-adik yang duduk asrama atau rumah sewa pakai rice cooker pun boleh menyiapkan kek ini.

Hujung minggu begini anak-anak Kak Z suka keluar masuk dapur untuk cari barang makan. Kenalah Kak Z siapkan makanan yang cukup, mudah dan pastinya yang sedaplah. Bila tanya pagi tadi korang nak dessert apa? Kek batik katanya. Dalam bulan ni sahaja 5 kali Kek Batik sahaja pemintaan diaorang. Haris kata 'Kek Batik Mummy buat kita oranag penasaran'. Ceh..mengampu mak ker apa? Jom akak share buat kek yang teramat senang ni.

Bahan:
1 pek biskut marie.. patahkan 4
1/2tin susu pekat
1 buku butter
1/2 cawan air
1/4 cawan serbuk koko
3 sudu milo
3 biji telur

Cara:

1. Cairkan butter
2. Masukkan susu dan air
3. Kacau rata
4. Masukkan serbuk koko dan milo
5. Kacau lagi
6. Pukul telur dengan garfu dan kacau supaya telur tidak berketul
7. Biar mendidih sikit dan tutup api
8. Masukkan biskut marie dan kacau sehingga semua bersalut coklat
9. Masukkan kedalam loyang yang dialas dengan kertas minyak
10. Tekan supaya rata dan masukkan kedalam peti sejuk selama 2 jam.
11. Selepas 2 jama boleh di hidangkan.

Selamat mencuba
Ok bai

SOURDOUGH BANGGALI LOAF

Hi, let me share this beautiful banggali loaf recipe. Which i'm a  bread maker so i plug and play with my discard levine to make this lo...