05 April 2016

Kena Troll Dengan Kantin sekolah



Seriously kena troll kantin sekolah
Macam alasan- alasan dia bagi.. walhal ada sandwich lain..rasanya dia yang buat.nDuk sorok-sorok jual. Sebab sudah ternampak
Hantar 35pcs, Balik 25pcs. Memang bukan rezeki kak z. Tapi bukan itu sebabnya. Nangis sebab masuk tong sampah. Nak bagi orang pun tak leh sebab sudah tarikh luput. Hari ini kak z ambil keputusan untuk berhenti untuk menghantar sandwich di kantin sekolah tu. Tahun lepas kena dengan sekolah lain. Kak z mengalah. Sebab tidak mahu membazir modal. Baik kak z sedekah modal tu pada orang lain dari masuk tong sampah. Kepada orang lain.. jangan buat peniaga kecil macam kami. Jika tidak mahu ambil sila beritahu. Betul tak?

Ok bai

Rawatan Muka Ultherapy di Mahkota Medical Center

Bila kita sudah berusia macam kak z..macam-macam krim akan kita guna untuk tegangkan kulit muka yang kendur dan tidak tegang. Banyak garisan halus di bahagian mata, mulut, leher dan pipi mula jatuh. Kebanyakkan krim tidak sesuai untuk kak z. Sebab kulit berminyak dan jerawat akan tumbuh dengan banyak di muka.. nangis.


Rawatan Ultherapy

Walaupun tidak cantik macam kulit masa zaman bergetah dulu, kak z mahu kulit kak z nampak sihat. Sebab kerja kak z banyak berhadapan dengan orang ramai. Orang akan tengok muka kita bila bercakap. Dan bersangkut paut  dengan penampilan yang menarik. Kalau selekeh dan serabai orang tidak akan yakin dengan kita betul tak? Kak z mencari jalan untuk menyelesaikan masalah ini. Kak z memilih rawatan Ultherapy. Kenapa ultherapy? Kak z ada menulis di dalam blog sebelum ini kenapa pilih ultherapy.

1. http://www.azurarahman.com/2016/04/ultherapy-adalah-jenis-baru-bukan.html

2. http://www.azurarahman.com/2016/04/menegangkan-kulit-muka-dengan-ultherapy.html

Setelah perbincangan dan tanya pendapat kawan-kawan dan Doktor akak dengan rela hati menjalani rawatan ini. Bukan cucuk botox yer.. Ultherapy Treatment namanya. Hari yang di nantikan tiba pada 4/4/2016. Macam hendak menangis pun ada.. ehh betul ker keputusan aku ni? masih tertanya-tanya.. sebab takuuuutttt.


Sesi perbincangan sebelum rawatan di mulakan



Soal Jawap mengenai Ultherapy


Berkali-kali tanya Doktor Kelvin Tan, Pakar Aesthetic, Mahkota Medical Center, sakit atau tidak. Sebab Kim K kata sakit. Kim Kardishan buat rawatan Ultherapy. Korang baca artikel. Pasal Kim Kardishan dan Jennifer Aniston buat treatment Ultherapy.

http://www.inquisitr.com/2604567/ultherapy-skin-tightening-buzz-kim-kardashian-jennifer-aniston-get-treatment-thats-full-of-controversy/

Lepas ni kak z dah sama macam Kim K. bertambah hot jadinya. DR Kelvin ni relaks jer. Dia kata jangan takut, sakit sikit saja. Macam kena gigit semut. Kak z cakap kat dia kalau sakit I gigit tangan you. Habis garang aku keluar. No. 2 kak z tanya 'will you melt my face. Cause i read in the website one reviewer said.. ultherapy make her face melting. Akak rasalah Dr Kevin mesti tergelak dalam hati sebab soalan sengal kak z keluar. Jawapan dia 'no i won't melt you face'. Jawapan yang tidak menyakinkan. Kena tunggu rawatan baru tau.



Keadaan muka sebelum rawatan ultherapy

Sebelum masuk bilik rawatan 2 kali pergi tandas.. Ketaq lutut. Padan muka aku.. kenapa? Mengingatkan zaman beranak dulu. Masuk bilik operàtion yang serba putih dan sejuk. Dengan separuh rela kak z baring untuk cuci muka dan letak ubat tahan sakit. Kak z di layan oleh pembantu doktor..Fiona. Selepas di letak ubat tahan sakit muka kak z di balut dengan plastik 'warpping'. Muka akan dibiarkan selama 1/2jam supaya menjadi kebas bagi mengurangkan kesakitan. 'Something fishy..doctor said is no pain..hurmm'.


Ubat Tahan sakit di sekeliling muka



Muka nampak tenang.. dalam hati macam kena kejar hantu





Dibalut dengan plastik 'Wrap'


Dalam masa 1/2 jam muka sudah rasa kebas. Cubit pun tidak terasa. agak-agak korang nak kena lempang. Akak cadangkan ubat ini. Bagus..Kak z bukan nak cerita pasal ubat tahan sakit tu.. tapi pasal Ultherapy. Sementara menunggu ultherapy di mulakan. macam-macam baca dan semua keluar. Siap mengucap..kalau doktor tahu buat malu jer. Bilik putih dan sejuk..lepas tu sensorang. kalau korang rasa apa? Dengar kasut doktor.. lagi berdebar..macam dalam cerita Jack and the Beanstalk .rasaksa sudah datang.. ampun Doktor. I kutuk you.

Doktor masuk..'are you ready Azura?' Chia chia chia... 'half ready doktor' jantung makcik macam kena kejar hantu nak tau tak. RPE 10. tidak perlu kardio, RPE naik dah.



Sebelum mesin di hidupkan Doktor Kelvin telah melukis-lukis di muka akak.. 'hey doktor what are doing?' Rupanya dia lukis penanda tempat untuk meletakkan mesin ultrasound. Habis muka di lukis dengan pencil kolor putih..bila tengok semula..kelakar. Dah jadi Red Indian pulak aku ni..





Menanda kawasan muka


Mesin ultrasound di hidupkan..tarik nafas panjang-panjang zura..di mulakan dengan bismillah. Anak-anak..apa-apa jadi pada momee..i love you all so much. Sekian terima kasih.. Doktor Kelvin letak sahaja alat Ultherapy kat muka...bunyik tet tet tet...Maaak apa tuuuu?


Rawatan bermula


Korang tahu tak..Kim Kardishan menipu...tak sakit pun. Choii punya Kim Kardishan..kau bohong aku kata sakit yer.. tak sakit pun.. sebab itu Jenifer Aniston pun ambil rawatan ini. Dia pun macam kak z tidak percaya pada botox, masuk itu ini dalam muka..sekarang dengar cakap Dr Kelvin Tan hokey..'Doktor now I trust you..let continue'.



Bila dah tak sakit. Apa lagi semua cerita keluar. Cerita pasal hantulah paling best. Boleh pulak cerita pasal hantu dalam bilik tu. Macam-macam topik kak z, Doktor Kelvin dan Stephnie advisor Ultherapy bercerita. Gangguan masa rawatan bukan sebab sakit. Sebab gelak.. adeehh.. kak z ni kan suka gelak..



Rawatan berlangsung selama 2 1/2 jam. Penat juga lah tangan doktor pegang alat tu.



Kita boleh melihat permukaan dan dasar kulit kita melalui screen. Banyak lapisan rupanya. Doktor hendak mengaktifkan collegen yang lemah di dalam kulit kak z. Collegen ini akan tegangkan kulit muka kak z yang kendur.


Mesin Ultherapy




Korang boleh buka youtube untuk melihat rawatan ini di jalankan. Kak z ada juga upload video :-

1. https://youtu.be/NJkxITC-X04

2.https://www.instagram.com/p/BDyuCJmDHH7/?taken-by=azuraarahman

Selesai 2 1/2jam yang kak z lalui. Muka suka mula rasa tegang. Doktor Kevin memberitahu kesan perubahan akan dapat di lihat setiap minggu. Sebab collegen kak z sudah diaktifkan. Keputusan sepenuhnya ada antara 3 -4 bulan. Oleh itu kak z kena sabar. Soalan sengal lagi 1.. boleh pakai untuk raya tak..doktor kata boleh.. you mesti cantik lepas ni. Berbunga-bunga hati aku mendengarnya. Ok doktor lepas ni i belanja you makan lamb shank..

Nasihat doktor:-

1.Tidur kena cukup,
2.Jangan merokok,
3.Jangan minum..

Lepas ini. kak z akan pastikan tidur cukup. makan berkhasiat untuk tambah collegen. Boleh pakai make up, boleh buat cardio, boleh joging, boleh naik kapal terbang .. waaa.. makin bersemangat kak z. Seronoknyaaa..








Kesimpulannya,  ikutilah siri penjelajahan kak z selama 3 bulan untuk mengetahui keberkesanan ultherapy pada kak z. Sekarang misi untuk kurangkan berat badan . lagi 17 kg. demiuntuk nampak cantik hari raya tahun ini...jeng jeng jeng..

Thank you Dr Kelvin, it was a great session with you. Now i believe you, it no pain and won't melt my face.  Kalau korang hendak tahu pasal rawatan ini boleh hubungi Dr Kelvin Tan, Pakar Aesthetic Mahkota Medical Center no.Tel 606-285 2999

ok bai

tag: ultherapy, mahkota medical center, aesthetic mahkota medical center, aesthatic doctor, azurarahman.com, kelvin tan chee ling

SOURDOUGH BANGGALI LOAF

Hi, let me share this beautiful banggali loaf recipe. Which i'm a  bread maker so i plug and play with my discard levine to make this lo...