31 May 2020

HOMEMADE AIR KACANG SOYA


Air Kacang Soya @ soya bean 
Paling senang nak buat

20pgm kacang soya 
1 liter air tapis

Cara:-
1. Basuh kacang soya dan rendam untuk kembangkan kacang selama 5 jam
2. Sudah 5 jam bersihkan lagi sekali dan tapis
3. Sukat kacang soya mengunakan cawan
4. Kalau dapat 3 cawan kacang soya air tapis yang di perlukan ialah 6 cawan. Ini akan menghasilkan air yang pekat
5. Kisar 1 cawan kacang soya dan 2 cawan air. Buat sehingga habis
6. Tapis dengan mengunakan kain. Akak guna tudung bawal ko...😥😥😥
7. Hampas kacang soya boleh buat vadey.. kalau suka
8. Masak air kacang soya hingga didihan pertama tutup api @ menggelegak pertama.
9. Perlu di ingatkan air soya kena kacau supaya tidak hangit
10. Sesudah itu hendak lah menapiskan air soya mengunakan tapis kopi. Tujuan mendapat air yang bersih putih macam mutiara.
11. Sejukkan sekejap dan tambahkan air gula
12. Minum sampai kembong..
13. Sedap kooooo

Ok bai

#airsoya #soyabeanhomemade #stayathome

30 May 2020

KEK MARBLE GEBU


Kek marble gebu ini adalah antara kek yang senang hendak di buat. Bahannya mudah dan juga murah. Sedap dan bila makan cair di dalam mulut.


STEP BY STEP ADA DI YOUTUBE


Resepi ini Kak z belajar dari kakak-kakak Kak Z. Kak Z mengunakan marjerin. Boleh je kalau korang nak tukar mengunakan butter. Adunannya pun sama.

Bahan-bahan yang di gunakan ialah

250gm marjerin
200gm gula castor. Kalau hendak manis tambah 20gm
220gm tepung gandum
5 biji telur saiz M
1 sudu kecil baking powder
1 sudu kecil esen vanilla
20gm serbuk koko

Caranya:-
1. Pukul marjerin dan gula hingga putih dan gebu
2. Masukkan telur satu persatu. Pukul sebentar
3. Ayak tepung dan baking powder
4. Masukkan esen vanila dalam adunan marjerin
5. Kemudian masukkan tepung sedikit demi sedikit.
6. Kacau rata supaya tepung dapat di adunan dengan baik bersama adunan yang lain.
7. Asing 5-6 sudu adunan tadi untuk di campurkan dengan serbuk koko
8. Siapkan bekas pembakar yang di sapukan dengan shortening atau marjerin
9. Alas dengan kertas minyak jika bekas pembakar bukan non stick pan
10. Bakar kek selama 40 minit atau masak demgan suhu 180c atas bawah. Ikut kesesuaian oven masing-masing

Selamat mencuba yer
Ok bai

KERABU GESEK PUCUK PAKU



Kerabu Gesek Pucuk Paku. Sebab meramu bahan kerabu mengunakan mangkuk gesek. Mangkuk gesek ini di beli pada tahun 2004. Sebab hendak buat rojak petis. Lama simpan  dalam gobok. 

Bila pergi pasar selalu nampak pucuk. Tapi tidak beli. Sebab tahu serorang sahaja yang akan makan. Ini pun sebab dah teringin sangat nak makan barulah buat. Resepi mudah untuk di kongsi dengan semua orang. Korang boleh ikut resepi di bawah atau ikut chanel youtube Kak Z untuk DIY kerabu gesek pucuk paku ni


Bahan

1 ikat pucuk paku
20 ekor kupang
1/4 cawan kelapa parut
2 biji limau nipis
1 biji bawang merah
4 biji cili padi
Gula secukup rasa
Garam secukup rasa

Cara:-
1. Hiris halus bawang merah 
2. Hiris cili padi 
3. Potong bahagian atas limau nipis dan masukkan hujung sudu. Tekan dan perah airnya. 
4. Bersihkan pucuk paku dari bulu dan kotoran lain. Pucuk paku perlu di bersihkan sebelum di potong untuk mengelakkan dari pucuk paku mengeluarkan lendir
5. Rebus kupang dan buang kulitnya
6. Goreng kelapa tanpa minyak hingga kekuningan. Jangan goreng hingga hitam. Nanti pahit
7. Celur pucuk paku dalam air mendidih hingga lembut. Angkat dan tapiskan airnya
9. Mengunakan bekas gesek. Hancurkan cili padi.
10. Masukkan kelapa goreng dan gaul lagi
11. Masukkan garam, gula dan jus limau nipis. Gaul hingga mesra. 
12. Masukkan pucuk paku, bawang dan kupang
13. Gaul semua bahan..dan rasa. Kalau kurang boleh tambah gula atau gula
14. Siap boleh hidang

Selamat mencuba


Alat gesek


29 May 2020

SPAGETHI CREAMY CARBONARA SAUCE



Olahan mengunakan bahan yang ada di rumah. Anak-anak Kak Z bagi apa sahaja jenis pasta pasti memjadi kegemaran mereka

Kadang-kadang bila tiada idea untuk memasak pastinya pasta adalah pilihan yang mudah. Compom habis. Hari ini Kak Z share resepi yang Kak Z selalu guna untuk buat spagethi carbonara.

Bahan -
1 pek spagethi 
2 biji putih telur
1 cawan susu segar / cair
1 sudu kecil garam
1/4 sudu kecil perasa
4 ulas bawang putih - hiris halus
1 biji bawang besar- potong dadu
1 helai daun bay kering
1 sudu kecil chili flakes - kalau suka pedas boleh ganti dengan lada hitam kisar
1 sudu kecil serbuk pasley
2 sudu besar serbuk parmesan
5 batang sosej
2 sudu besar minyak masak



Cara

1. Rebus spagethi hingga kembang. Tapis dan gaul dengan 1 senduk kecil minyak masak. Tujuan gaul dengan minyak masak supaya tidak melekat
2. Sosej potong kecil-kecil dan goreng sebentar angkat 
3. Pukul putih telur dengan garfu dan masukkkan susu. Ketepikan dulu
4.Tumiskan bawang putih dan bawang besar hingga naik bau
5. Masukkan spagethi dan sosej.
6. Masukkan adunan susu tadi dan kacau hingga pekat
6. Masukkan garam, perasa, daun bay, serbuk chili, serbuk parsley  dan parmesan cheese. gaul rata. Kalau rasa tidak cukup masin boleh tambah garam

Nota: kalau tidak ada chili flakes ganti dengan lada hitam kisar. Tujuan untuk merasa pedas. Ikut selera masing-masing. 
Sosej boleh ganti dengan isi ayam atau makanan laut. Akak buat mengikut bahan yang ada di rumah

Selamat mencuba

Ok bai

12 May 2020

D.I.Y TAUHU HOMEMADE



BAHAN-BAHAN:

1kg kacang soya

6 liter air

10 sudu besar cuka makan.. jangan ko guna cuka apple or kurma lain bentuk tauhu ko kang.

CARA MEMASAK:

1. Pilih kacang soya, cuci dan rendam selama 4-5 jam.
2. Toskan dan kisar dengan air yang disukat. Tapis susu soya.
3. Masak susu soya hingga mendidih. Mesti kena sentiasa kacau
4. Dalam bekas berasingan masuk cuka
5. Tuang susu soya yang telah mendidih tadi ke dalam bekas berisi cuka.
6.Kacau sikit dan biar beku selama 15 minit.
7. Sediakan pencetak tauhu dan alas dengan kain. Akak guna bakul je macam dalam gambar
8. Tuang tauhu ke dalam pencetak dan ratakan.
9. Tutup kain dan tekan dengan pemberat.
10. Selepas 1 jam, keluarkan tauhu dan potong. Rendam dalam air bersih.


RENDAM KACANG SOYA 4-5JAM



TAPIS BUANG AIR RENDAMAN


KISAR KACANG SOYA DAN AIR


SEDIAKAN KAIN UNTUK TAPISAN


TAPIS SOYA MENGUNAKAN KAIN


MASAK SUSA KACANG SOYA HINGGA MENDIDIH


DALAM TAPIS ALAS KAIN BERSIH DALAM BAKUL DAN MASUK SUSU KACANG SOYA TADI DI ATAS KAIN YANG DI ALAS. TUTUP DENGAN BAKUL YANG SAMA SAIZ DAN TEKAN DENGAN PEMBERAT

Ok bai

11 May 2020

D.I.Y TAUHU LAMPONG


Banyak nama lah tauhu ni.. ada panggil tauhu apong. Orang buat tauhu begedil pakai tauhu lah. Mee kari.. soto.. banyak lagi menu kita yang guna tauhu ni. Hari ni akak nak tunjuk cara nak buat tauhu lampong ni.

Bahan:-

Tauhu putih atau tauhu goreng..
Minyak masak untuk goreng

Cara:-
1. Goreng tauhu sampai berwarna coklat
2. Lepas goreng kita rebus tauhu yang kita dah goreng tadi selama 30 min api sederhana
3. Angkat dan tapis air rebusan  tadi
4. Perah tauhu tadi mengunakan tangan..teknik genggam sahaj tauhu untuk keringkan air dalam tauhu
5. Goreng semula tauhu tadi sampai garing
Tengok gambar yg akak share tu mesti korang boleh buat lah


Tauhu Putih


Goreng Hingga Coklat



REBUS TAUHU 30 MINIT




PERAH AIR DALAM TAUHU DENGAN MENGENGGAM TAUHU SAMPAI AIR KERING


GORENG TAUHU SEMULA HINGGA GARING


INI HASILNYA



Selamat mencuba



04 May 2020

SERI MUKA PANDAN



Seri Muka Pandan
Kena buat sampai jadi. Resepi ni akak guna masa zaman berniaga beribu raban kuih talam.. Sedap dan mudah..

Saiz talam 8 x 8

Bahan A (pulut)
350gm beras pulut
100gm santan
1 sudu kecil garam
1 cawan air
Sehelai daun pandan

Cara
1. Rendam beras pulut 3 jam
2. Selepas 3 jam toskan 
3. Kukuskan di dalam loyang berukuran 8 x 8 inci bersama santan, 1 cawan air dan garam sehingga pulut masak
4. Sesudah masak tekan pulut di loyang supaya padat
5. Biarkan sebentar untuk menyiapkan lapisan atas

Bahagian pandan

10 helai daun pandan
200ml santan
500ml air
1/4 sudu kecil garam
130gm tepung gandum
50gm tepung beras
250gm gula pasir
3 biji telur

Cara

1. Kisar daun pandan dengan 500ml air. Perlu dapatkan 500ml air pandan yoooo..
2. Kacau gula dan telur hingga gula larut
3. Masukkan garam
4. Masukkan santan dan air pandan
5. Kacau hingga rata
6.Masukkan tepung gandum dan beras..kacau lagi
7.Tapis bancuhan ni supaya dapat bancuhan yang halus
8.Bancuhan ini perlu di masak mengunakan teknik double boiler.
9. Kacau bancuhan supaya tidak berketul.
10. Bancuhan akan menjadi pekat  
11. Tuang atas pulut dan kukus selama 45 minit atau permukaan kuih jadi berkedut. Jangan risau bila sejuk dia licin dan cantik tengok pada gambar yang kakak ko share.. bila masak buruk dan sejuk cantik
12. Tunggu sejuk baru lah potong

Ok bai

SOURDOUGH BANGGALI LOAF

Hi, let me share this beautiful banggali loaf recipe. Which i'm a  bread maker so i plug and play with my discard levine to make this lo...