Kak Z memang banyak resepi untuk kuih muih tradisi. Kuih muih orang lama namanya. Sebab kuih muih ini evergreen. Kalau kek dan biskut orang dah jemu mereka akan ubah jadi resepi lain. Kuih Talam, Seri muka, kuih lapis dan kuih bakar akan maintain macam biasa. Ini dinamakan evergreen. Cuma cara penyedianya mungkin berbeza. Dulu hendak menghasilkan tepung beras kena kisar sendiri. Sekarang beli sahaja di kedai. Betul tak?
Kuih muih tradisi ramai tidak suka buat sebab penyedia yang renyah. Banyak step. Kek pukul , bakar dan hias siap. Kak Z rasa kalau tidak ramai yang mahu membuat kuih talam, resepinya akan hlang. Sebab tu Kak Z hendak membuku semua resepi lama dari arwah mak atau tulis di dalam blog. Jomm kita buat..
Bahan Lapisan Bawah Hijau :-
300gm gula
230gm tepung beras
40gm cwn tepung gandum
1000ml air pandan (10 helai daun pandan)
1 1/2 sudu besar air kapur
Cara:-
1.Campurkan semua bahan A.
2. Kacau hingga tidak bergentel dan tapis.
3. Masak sekejap atas api sederhana dan sentiasa kacau supaya tidak hangit
4. Jangan terlalu lama hanya sekadar naik wap dan gula hancur.
5. Kak Z menguna loyang 10 x 10. Loyang perlu disapun minyak
6. Kukus hingga adunan agak sedikit keras atau 30 min.
7. Sementara lapisan hijau masak kit adun lapisan santan
Bahan Lapisan Atas Putih:-
80 gm tepung beras
400ml santan
400ml air
8 sudu besar tepung jagung
1 sudu teh garam
Cara:-
1. Campur semua dan kacau.
2. Buat double boiler masak hingga jadi seperti air yogurt
3. Kacau supaya tidak bergentel
4. Lapisan bawah sudah masak. gariskan dengan garfu supaya lapisan atas senang melekat pada laipasan bawah.
5. Tuangkan atas lapisan hijau, dan kukus lagi hingga masak.
6. Pastikan penutup kukusan di bungkus dengan kain untuk permukaan yg cantik dan rata.
7. Biarkan sejuk sebelum potong
Selamat mencuba
ok bai