Assalamualaikum
Minggu lepas pergi interview dsn photoshoot di kedai D'laila Mee Udang bertempat di MMA Corner Nilai..
Memang dugaan sebab semua nampak menarik..
Belum boleh makan lagi sebab hendak ambil gambar
Sabar zura...sabar anak-anak yer.. semua tunggu dengan penuh sabar dandi hidang dengan ABC ice krim yang sedap... ada ummppphhh..
Berbaloi sungguh dapat makan ABC.. berebut dengan adik....
Maggi ini lah yang Ben Ashaari selalu tunjuk di Blog dia..sedap sangat. Sebab lain dari yang lain. Tidak mahal pun. Kena datang bawa family kesini untuk cuba kelainannya
Maggi kambing
Si haris makan licin. Dia kata dia tidak makan kambing. Dia tidak sedar dia sudah ngaap tulang kambing
Mee udang
Sekarang mee udang yang sedap sudah berada di Nilai. Hendak ke Sg Dua jauh yang amat. So ke Nilai jer lah kita
Sup gear box
Adik dan hanif berebut makan sup ni. Kesukaan dia orang lah. Makan dengan nasi kosong. Teh o ais jumpa. Makan sampai kenyang. Jangan kata makcik Laila tak payung. Payung sampai speehless
Mee kupang
Pilihan abang hakim. Sepanjang waktu makan. Sedap momee.. nanti datang lagi.. sedap momee .. belajar dari makcik macam mana nak buat. Ialah abang nanti momee belajar. Tak pun bila free kita datang lagi
Asam pedas telur mayong
Sebab banyak sangat makan, Laila ta pow kan masak asam ini, Kami makan di hotel. Balik dari workshop style ..licin.. tinggal kuah aje. Budak-budak ni kalau sedap makan tak hinggat mak.. mak pun nyanyi lah batu belah batu bertangkup.. makan lah aku wahai batu belah...huuu
Mee ketam
Korang rasa korang telan air liur tak tengok ketam dia.. gluuuppp.. sedap nak arwah..sedap bangat.. akak makan orang kata mak mertua lalu pun tak perasan tau
Masak lemak daging salai cendawan kukur
Very authentic malay disheses. Dengan pedas, bau smoke daging salai dan cendawan kukur yang manis fuuuhhh.. berpeluh makan dengan nasi putih
Tapi kami makan lepas habis shooting lah...hiii. kalau berminat untuk memiliki resepi semua masakan diatas tunggu keluaran majalah aroma bulan oktober 2015.
Korang nak try memang akak bagi 5 bintang lah
D'laila juga ada membuat penghantaran di kawasan sekitar Nilai, Sepang, Putrajaya dan berdekatan tersebut.
Harga pun berbaloi ikut saiz dari RM7.00 -RM20.00
Bertempat di
D’LAILA MEE UDANG @ MMA SANTAI CORNER ( SILA WAZE )
Jalan BBN 1/1F, Bandar Baru Nilai, 71800 Nilai, Negeri Sembilan
Ok bai