30 March 2015

tinggal di tune hotel

assalamualaikum

2 mlm saya bermalam di tune hotel penang. ok saya suka. saya dah banyak kali bermalam di tune hotel. orang macam saya hanya nak tempat mandi dan tidur. saya rasa sesuai sungguh. tune hotel kalau kita perlukan tuala, air con dan toiletries kita kena bayar. itu semua tak penting. saya boleh bawa tuala, toiletries sendiri. kipas ada dalam bilik. ok it enough for me

pandai pihak pengurusan tune hotel berjimat cermat dan dalam masa yang sama cari keuntungan.. cuam yang tak best bila ambil bilik tidak bertingkap ada bau kepok sikit..

happy sleeping and enjoying my day.saya suka duduk di tune hotel sbb murah dan book online. tapi sebelum book fikir dan plan betul2. bila dah bayar procedure dia orang no money return

since saya dah plan not a problem to me


pintu bilik air

ok bai



kelas di tempat suzana raman, sg dua penang


assalamualaikum

Perjalanan yg sungguh adventure kali ini
Dr rmh ke bus station naik bmw
Dr bus station masjid tanah - sentral naik bus
Dr sentral - airport naik teksi
Dr airport ke airport naik kapal terbang
Dr airport ke hotel naik bus
Dr hotel ke ferry chain naik bus
Dr ferry ke tanah besar naik ferry
Kat tanah besar ke kelas naik bus



view dlm ferry ke ferry chain

kelas danish dan puff pastry kat tempat kak suzana raman yang datang seramai 5 orang. every class yang saya ajar akan ada pelbagai pengalaman. cth pengunaa oven yang berbeza menghasilkan bentuk yang berbeza. tapi insyallah sedap


apple strudel


egg and chicken gallete


blueberry windmill


chicken foldover



setelah seharian memang penat. tapi seronok jumpa them all.. hujung minngu ini di tempat kak eyda mazlan

ok bai





29 March 2015

pejalanan dengan malindo air

assalamualaikum
di mulakan dengan bismilllah. di akhiri dengan alhamdullilah
1st time naik kapal terbang jenis kipa skat tepi.. dia org panggil AT plane
betul ker.. memula takut .. naik yang besow pun mak takut ni yang kecik.. nak nangis rasanyer nengok kapal terbang.. tapi memikirkan ' aku nak gi kerja.. buat selenge jer lah..

tapi bila dah naik.. out of my expectation. serius enjoying. may be pilot dia perempaun dia bawa very the smooth and  gemalai.. perjalanan dengan cuaca yang terang dan baik. masa sampai di port kelang.. cantik sangat view kat bawah.. kapal keluar masuk.. sbb siang hari so nampak banyak benda


flight information 

kipas dari dalam kapal terbang

akak duduk tepi tingkap.. tepi kipas.. dalam hati kata kalau tertanggal.. kepala aku dulu putus dalam ramai-ramai orang.. itu cakap orang gayat.. actually nothing. sebelah tu mamat.. berborak dari melaka sampai penang.. bukan ngurat tau.. laki orang tu.. just beramah mesra..

perjalanan patut 1 1/2jam sahaja but it take only 1 jam sahaja...

ok nice.. thank you malindo air nice flying with uols.. next trip penang - kl airsia.. kecoootttt

ok bai

25 March 2015

Foldover chicken pie

assalamualaikum

foldover chicken pie, nama melayu lipatan pie ayam..saje jer bagi nama orang putih.


foldover chicken pie senang nak buat. mengunakan resepi puff. nanti cari dalam blog akak.a da resepi tu. kalau rasa susah beli aje puff pastry jenis kawan. tak payah  nak melipat. tapi akak suka lipat sendiri. inti pula akak mengunakan rempah supaya rasa kemelayuan sedikit. actually puff ini nak sedekah kat surau depan malam tadi. ada ceramah agama. ramai makcik n pakcik yang datang. takut tak lalu nak makan kalau western sangat . tu sebab akak modify. jom kita buat

bahan inti:-
200gm ayam
2 biji kentang
1 cawan mix vege
1/4 sudu teh jintan putih
1/4 sudu teh ketumbar
1/4 sudu teh lada hitam
sedikit garam
secubit gula
1 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
 minyak untuk menumis
1/2 cawan air
puff pastry
sebiji telur


cara:-
  1. jintan, ketubar dan lada hitam di goreng tanpa minyak hingga garing sedikit
  2. kemudian tumbuk atau kisar
  3. ayam di potong dadu
  4. kentang di potong dadu
  5. bawang putih dan bawang besar di hiris halus dan tumis dengan  3 sudu minyak hingga naik bau
  6. masukkan rempah tadi dan kacau lagi
  7. masukkan ayam, kentang dan air
  8. biarkan hingga kentang empuk
  9. masukkan garam secukup rasa dan gula
  10. bila kentang sudah empuk masukkan mix vege
  11. biarkan sampai kering
  12. tujuan untuk inti tahan lama
  13. biarkan sejuk
  14. ambil puff pastry dan sapukan dengan telur
  15. isikan inti tadi dan lipat
  16. letak atas dulang pembakar dan sapukan telur
  17. bakar dengan suhu 180c sehingga kekuningan
selamat mencuba

ok bai




23 March 2015

bila pergi pasar malam

Assalamualaikum

Nak citer..
tadi gi pasar mlm kat nak beli makanan celup2 tu.
Masa beli tokey gerai nak tambah bahan atas rak..
jatuh 1 atas jln...
dia ambik suruh anak dia basuh.. 
lepas tu letak atas rak....
ayooo..
terus cancel nak beli..
klu uols lah..
apa uols buat..?

status wall anakku

assalamualaikum

akak ada 4 orang anak lelaki.. pagi ini  rumah sunyi , sbb semua orang dah pergi sekolah. kalau dia orang ada kat rumah aktiviti wajib gaduh or sepah kan rumah teruatam dapur
semua geng kuat makan. kalau apa yang mak diaorang masak semua akan kedapur. lepass sorang sorang masuk dapur. bila dah ke dapur apa lagi masak nasi goreng lah, goreng telur lah, goreng nudget lah, buat burger lah..macam-macam lah yang akan terjadi..

petang semalam mak diorang siap kemas dapur..lepas tu lepak kejap buat kerja kat laptop. masuk kedapur.. OMGGGGGG.... macam tongkang pecah dapur. 
apa lagi .. habis mengamuk mak 

ini lah ghupa kanak-kanak yang menyemakkan dapur


lepas tu salah sorang dari budak-budak tulis kat wall mcm ni
"Momee sy tengah mengamuk"
Tu lah sape suruh jadi friend dgn mak sendiri kantooii...
Siap2..mak engko tengah siap unggun api nak buat bbq ..
siapa yg tulis tu lah jadi bbq nyer

22 March 2015

jumpa cawan lama-lama

assalamualaikum



jumpa cawan ni dalam store harta karun emak. ada lagi kita tengah ngompol. nanti kita citer lagi

ok bai

Rendang ayam pucuk ubi

assalamualaikum


rendang ayam pucuk ubi ni di perkenalkan oleh kawan akak. nama dia yusnida yahya orang seromban. sedap yang amat. dia buat guna ayam tua. kenapa ayam tua?

ayam tua susah nak cari. ayam tua susah nak hancur klu masak rendang. proses masak rendang lama blh menyebabkan ayam hancur. olehitu guna ayma tua atau ayam kampung . oleh kerana susah mau cari guna jer lah ayam muda

jom kita buat

bahan

1 ekor ayam potong 12
500ml santan
5 batang serai
2 biji bawang merah
10 ulas bawang putih
5cm halia sebesar ibu jari
5cm lengkuas sebesar ibu jari
5 batang serai
sehelai daun kunyit
5cm kunyit hidup sebesar ibu jari
10 biji cili padi
50gm cili boh
kerisik
1 sudu kecil gula
1 sudu besar garam
1 batang kayu manis
2 kuntum bunga lawang
pucuk ubi ikut suka berapa banyak

cara
  1. kisar bawang putih, bawang besar. kunyit, cili padi dan halia
  2. serai hiris halus
  3. masukkan semua bahan dan cili boh didalam kuali
  4. lengkuas di ketuk dan masukkan kedalam kuali bersama kayu manis dan bunga lawang
  5. didihkan semua bahan ini
  6. apabla mendidih masukkan ayam
  7. masak hingga yam lembut dan masukkan santan
  8. masukkan kerisik, garam dan gula
  9. biarkan rendang kering sedikit dan masukkan pucuk ubi
  10. biarkan betul-betul kering
  11. akhir sekali hiris halus daun kunyit dan masukakn kedlm rendang
# jika mengunakan ayam muda saya akan memasukkan semua bahan kecuali pucuk ubi. bila sudah kering baru masukkan pucuk ubi. 

ok selamat mencuba

#kelabbloggerbenashaari

ok bai


voodoo

assalamualaikum




Nak tahu tak apa benda ini?
Sy ambil dr fb lama sy...
Masa cari gambar anak2 ..terjumpa lah benda ini...
Mlm yg sejuk ini sy nak citer sewraaammmm...sikit jer..
Terjadi 6thn yg lepas... masa duduk di kl b4 pindah kedah 4 yrs ago
Dalam benda ini ada patung yg dikapan n dicucuk jarum, serbuk kapabarus...kaca...
Sy jumpa tertanam depan rmh...
Waktu tu ptg sedang cabut ubi kayu ...dgn izin allah benda ni naik dgn ubi2 tu sekali

So kawan2...sentiasa berhati2...

Saya sakit smp berat badan turun ke 50kg..perniagaan sy totally out.. '0'
Berubat merata...it start lipan masuk rumah waktu maghrib..sy bunuh..letak tepi pintu cari semula nak buang dah takder
Start dr tu bila maghrib saya jadi sayu...nangis smp ke pagi...klu tido binatang hitam kejar sy....
Period tak berhenti selama 4 bulan...
Abang jumpa orang hitam gemuk hujung living hall...
Adik nangis jer...
tak mahu tuduh sesiapa..itu antara dia n allah...
Puas sy berubat...semua cakap benda yg sama...
almost feedup
sy cari nota lama ilmu yg ambil dr arwah ayah
Sy amalkan bangun pagi bismillah 6 kali...ayat kursi..keluar dan masuk rumah
Selalu Mengaji...hafal ayat2 lazim...hafal yassin...
Lawan dgn solat tahajjud, duha
Ada sekali Masa sedang tahajjud benda tolak sy smp jatuh..
ngerii...
ilmu hitam ni
Alhamdullilah beransur baik...

Sejak dr itu sy ajar 2 anak berdikari..sbb sy tak mampu nak buat...
Anak2 pandai basuh baju, masak, gosok baju...even buat sandwich utk jualan..
They understand me...sbb dah single that time...

Alhamdullilah skg thing getting better...

Ok bai

20 March 2015

siakap sweet sour

assalamualaikum

siakap sweet sour ni simple aje. budak-budak suka. bahan-bahan apa ada di rumah
jom kita buat


ini dia siakap sweet sour

resepi:-
1 ekor ikan siakap
1/2 cawan cili sos
1/2 cwan air
5 batang cili kering
 1 biji bawang besar
 5 cm halia sebesar ibu jari
sedikit garam 1/4 sudu teh gula
sekit serbuk kunyit
minyak masak

cara:-
  1. bersihkan ikan siakap, buang sisik dan insang
  2. cuci dengan air asam jawa untuk hilangkan hanyir ikan.. 
  3. kelar ikan ikut suka dan sapu dengan kunyit dan garam
  4. goreng dengan minyak yang betul panas
  5. petua untuk ikan tidak hancur dan melekat ialah meletakkan asam keping dalam minyak dan biarkan sebentar baru masukkan ikan
  6. biar garaing angkat dan masuk dalam bekas besar untuk tampung kuahnya nanti
  7. tumis bawnag dan halia yang di hiris halus
  8. tumis hingga naik bau
  9. masukkan cili sos dan air
  10. biarkan mendidih dan tutup api
  11. curahkan sos atas ikan 
  12. hias dengan daun sup atau bawang
selamat mencuba

ok bai


Melaka negeri ku

assalamualaikum

di lahirkan di hospital terendak ..5/ 12/1973. anak bongsu. banyak betul perubahan melaka ni. banyak tepat dah pergi kat malaysia ni nak puji sikit pasal melaka ni bersih. susah nak cari sampah di buang merata.. route akak ke bandar melaka ialah

1.  masjid tanah -sg udang - tanjung minyak -  kelebang - bandar hilir
2. masjid tanah - lendu - rumbia - cheng - melaka sentral
3. masjid tanah- sg udang- bertam- amj - ayer keroh..

semua laluan ini bersih..patut lah melaka di kenali dengan negeri terbersih..bukan nak puji  negeri sendiri hakikakt. kalau uols tak percaya datang melaka. ramai rakan-rakan blooger kelab blogger ben ashaari pun puji melaka best dan cantik untuk dilawati. walaupun dalam masa 1 hari hari habis lawatan anda tapi macam-macam boleh anda lihat. hotel banyak, shopping mall banyak, tempat untuk di lawati juga banyak, makanan pun sedap..


kemudahan pun banyak di negeri melaka. semua jalan yang kita lalui akan menghubungkan tempat menarik. kita boleh ikut highway atau jln perseketuan

saya dah merantau banyak tempat.. duduk di banyak tempat. macam-macam ragam manusia yang saya temui. memang orang melaka ni mulut jahat.. tapi hati ada baik tau.. kalau jumpa orang memula yang akan kuar " hawauuu kau.." sebelum assalamualaikum.. ialah orang melaka kan

 melaka juga ada pelbagai etnik.. saya sendiri campuran melayu-cina .. tapi dalam i/c melayu juga lah.. mata sepet.. kat melaka ada melayu, melayu campur, cina, baba nyonya, india, ceti, portugese dan orang asli..

ini menjadikan melaka majmuk.. 1 melaka.. tapi melaka tidak beraja.. anatar 4 negeri di malaysia tidak mempunyai raja.. tapi kami ada gabenor.. ok juga at least ada.. piisttt.. kakak sepupu kita kawin dengan sultan tau..sape? rahsia..hiii cari sendiri..

so.. tak nak bagi tau ni..tak boring n rugi kalau melawat melaka.. sejarah melayu bemula di melaka

selamat cuti-cuti malaysia

ok bai


berkelah di tanjung bidara

assalamualaikum

kat melak ani banyak pantai.. dr rumah hendak pantai 10 minit jer. so selalu lah kami ke pantai kalau mak dia orang tak sibuk.. kalau tak ke pengkalan balak.. ke tanjung bidara.. best bersih dan air jernih.. tapi tak lah sejernih pulau redang..

musim cuti sekolah kenalah cipta aktiviti utk kanak-kanak 5 orang ini.. kalau tak huru hara dunia di buatnyer hari tu masa pergi kita orang buat bbq simple jer..jgn gelak tengok jaring tu.


bbq  ikan , sotong, udang dan ayam

resepi:-

bahan

5 ekor ikan
5 ekor sotong
10 ekor udang
1 ekor ayam potong 16

cara:-
1. basuh semua bersih malam sebelum bbq

bahan perap

400gm gula merah
sedikit garam
2 sudu lada sulah
1/2 cawan kicap manis
1/2cawan sos tiram
sedkit serbuk perasa.. saya guna pasti sedap

cara:-
1. bancuh semua bahan
2. gaulkan bersama, ikan, ayam, sotong dan udang
3. perapkan untuk satu malam sebelum bbq

#masa membakar renjiskan sedikit minyak, dan air dari bahan sos tadi

sedap makan dengan nasi.

jom tengok aktiviti anak-anak masa di tepi pantai. mak tengok dari jauh.. kadang-kadand masuk juga dalam laut.. tapi berganti dengan abang takut barang-barang di ambil orang tau jer orang ramai kena juga ada syak wasangka kan kan..


hanif buat lubang pasir.. dia kata nak buat sedalam yang mungkin


haris pulak nak buat jerangkap samar... 


adik hanis.. bila macam ingatkan mak masa kecik-kecik 37 years ago.. mandi kat sini lah..



bersih juga pantai diakan sbb ada tukang sapu 


adik hanis mencuba acara renang.. pandainyer anak momee


lubang yang hanif buat dalam dalam 2 kaki


haris gali jumpa air.. momee nak buat perigi boleh tak? jawapan maknyer.. melopong

abang ni gi mana2 mesti nak be weechat..

kalau nak gi mandi laut yang dekat akak memang syorkan tanjung bidara dan pengkalan balak.. sambil tu boleh melawat bandar melaka.. kalau nak ke port dickson pun okay juga.. pilihan untuk mandi laut tanpa pergi ke tempat mahal.. ini adalh pilihan yang tepat..

bawa anak, sedara mara, ipar duai, mak n pak.. semua boleh ikut

selamat cuti cuti malaysia

ok bai

18 March 2015

Tiramisu 30 min


assalamualaikum

nak buat kek akan jadi mudah kalau semua bahan dah tersedia... harii ini nak share buat simple tiramisu dalama masa 30 min dah siap

ini dia wajah tiramisu 30 min


resepi

bahan 
500gm cream cheese
1 pek ladyfinger
200ml whippng cream
100gm gula castor
400ml air panas
1 pek instant nescafe
2 sud besar serbuk koko

cara:-
  1. campurkan air panas dengan nescafe dan ketepikan sebentar biarkan sejuk
  2. pukul cream cheese hingga lembut
  3. campurkan gula castor dan pukul lagi hingga rata
  4. masukkan whipping cream dan pukul hingga gebu
  5. ambil ladyfinger rendam dlm air nescafe tadi sekejap sahaja kemudian susun dalam loyang ukuran 6 x 6 inci
  6. ambil adunan cream cheese tadi dan letakkan atas ladyfinger dan ratakan..
  7. mengunakan ayak halus taburkan serbuk koko
  8. letak lapisan ladyfinger lagi dan masukkan cream cheese
  9. taburkan lagi serbuk koko
  10. simpan dalam peti sejuk bahagian beku atau chiller dalam 10 min untuk mengeraskan cheese tadi
  11. selepas 10 min blh di potong dan hidang
selamat mencuba

ok bai





17 March 2015

kuih lapis my momee

assalamualaikum



kenapa panggil kuih lapis my momee.. sbb adik cakap nak momee buat juga. ok mak dia pun buatkan lah kuih lapis.. tapi bukan merah putih macam yang dia nak.. hijau kuning sebab perisa rose dah habis.. habis 'loktang'... apakah loktang..nangis guling guling..tu..

mak pun pujuk tunjukkan botol sirap dah habis. kedai tutup,, momee sakit pinggang nak bawa keta jauh.. mcm2 lah mak dia goreng.. akhirnyer termakanlah pujukkan mak dia..sebenow nyer mak ko malas nak kuar.. pepanas

suka hati mak..makan juga akhirnya.."momee sedap lah.. rasa pandan'..dalam hati mak pun berkata-kata..memang le sedap sekilo santan mak ko masukkan..

jom kita buat

resepi

300gm tepung gandum
100gm tepung beras
320gm gula pasir
500ml santan
secubit garam halus
1400ml air..kalau aduan tidak cukup 2000ml selepas bancuh tambah air supaya jadi 2000ml
perwarna hijau
1/4 sudu kecil pes pandan
pewarna kuning


cara:-


  1. bancuh ssemua bahan kecuali pes dan pewarna
  2. blander dan tapis
  3. bahagikan kepada 2 bahagian.. setiap bahagian 100rkan warna 0ml
  4. satu bahagian campurkan perwarna hijau dan pes pandan dan satu bahagian lagi campur warna kuning
  5. sediakan air kukusan
  6. loyang 10 x 10 inci sapukan minyak
  7. minyak untuk memudahkan kita keluarkan kuih dari loyang nanti
  8. bila air kukusan sudah panas masuk kan loyang biar panas sebentar
  9. bancuhan tepung warna kuning di ukur 250ml
  10. tuangkan atas loyang dan tutup kukus 
  11. biarkan selama 2 minit
  12. kemudian tuangkan warna hijau di ukur 250gm perlahan supaya tidak merosakkan lapisan bawah
  13. ulang hingga habis
  14. selepas habis tambah air dalam kukus biarkan kuih masak untuk 30minit
  15. selepas masak biarkan betul sejuk baru potong
selamat mencuba 

ok bai

Jadual Kelas Danish and Puff Pastry

Assalamualaikum



kalau nak belajar boleh datang kelas saya
danish dan puff pastry
tarikh kelas : 28hb Mac 2015
tempat: Kak Hanitunlizah Hassan, kangar perlis
yuran RM280.00

tarikh kelas: 29hb mac 2015
tempat: Kak Suzana Raman, sg dua penang
yuran:RM280.00
Tarikh kelas : 4hb April 2015
Tempat: Kak Eyda Mazlan, kuantan pahang
yuran: RM280.00
Tarikh kelas : 11hb April 2015
Tempat: d'Dapur c'Chanteq, masjid  tanah melaka
yuran: RM280.00
Ok bai

daging blackpepper

assalamualaikum

hari ni lunch daging blackpepper
jom share resepi


Resepi

bahan

500gm daging 
2 sudu besar lada hitam
2 biji bawang besar
10ml kicap manis
5cm halia
1 teh sudu gula 
garam secukup rasa
1/2 cawan minyak untuk mengoreng

cara

1. lada hitam goreng tanpa minyak dan tumbuh/ kisar halus
2. daging di hiris nipis dan goreng separuh garing
3. masukkan bawang besar dan halia yang di hiris halus
4. masukkan kicap, lada hitam, gula dan gula
5. biarkan hingga pekat
6. air dari goreng tadi juga akan memekatkan masakan kita

selamat mencuba

ok bai

murtabak cracker

assalamualaikum

murtabak cracker ini bukan pilihan all my heros. tapi malam tadi ada kuliah agama di surau depan rumah so buat utk yang hadir kuliah tu. 



senang nak buat. kalau ada tetamu nak dtg short notice akak rasakan ini adalah hidang yang paling mudah untuk disediakan

bahan A
400gm daging hancur
1 biji bawang besar dihiris halus
daun kari
2 sudu besar serbuk kari daging
1/2 sudu teh garam halus
1/2 sudu teh gula
minayk untuk menumis

cara:-
  1. tumis bawang hingga wangi
  2. masukkan daun kari dan serbuk kari daging hingga pecah minyak
  3. masukkan daging hancur dan biarkan daging masak
  4. tambahkan gula dan garam
  5. kacau hingga rata
  6. tutup api dan tapiskan minyak dari daging tadi


bahan B

1 pek cream cracker
5 biji telur
1kg santan
sedikit garam



cara:-
  1. ambil 500gm santan letakkan secubit garam
  2.  rendam kan cream cracker didalam santan
  3. campur telur, 500gm santan, inti daging dan garam
  4. susunkan cream cracker yng di rendam tadi dalam bekas pembakar
  5. tuangkan rata inti daging tadi
  6. susunkan lagi cream cracker
  7. ulang semula melatak inti daging
  8. ulang meletak cream cracker
  9. akhir sekali tuang habis inti daging
  10. bakar dengan suhu 200c selama 30 min atau masak





rendam cream cracker dalam santan



bancuh santan, telur dan inti daging


 
susun cream cracker dalam bekas pembakar



isikan dengan inti daging ulang hingga selesai

untuk hiasan akak selalu mengunakan daun sup dan dan cili merah

selamat mencuba

ok bai



16 March 2015

macaroni cheese c'Chanteq

assamualaikum

macarani cheese ni kenapa tak pernah jemu...walhal almost every week buat. klu buat tu mesti byk dan mesti habis.. so mak dia org share lah macam mana nak buat macaroni cheese yang sedap sgt tu


resepi:-

500gm macaroni 
1 tin  sos bolognese frego
400gm daging hancur ramly
1/2 sudu teh garam
2 helai daun bay
1 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
minyak masak

cara:-
1. rebus macaroni hingga kembang dengan 2 sudu besar minyak
2. tumis bawang besar dan  putih yang telah di potong halus hingga wangi
3. masukkan daging dan kacau hingga daging sedikit garing
4, masukkan daun bay dan sos bolognese
5. masukkan garam dan biarkan hingga mendidih
6. tutup api dan masukkan macaroni 
7. masukkan kedalam bekas pembakar.


sos putih 

500ml susu segar
1 sudu besar serbik lada hitam
1 sudu besar butter
2 sudu besar tepung gandum
1/4 sudu teh serbuk basil
3 ulas bawang putih
1/4 sud teh garam


cara:-
1. bawang putih di potong halus
2. masukkan semua bahan kedalam periuk
3. kacau semua bahan 
4. didihkan dengan api perlahan hingga pekat 



bahan topping

250gm  pizza toping

saya guna yang ini

semua bahan tersedia


gaulkan sos bolognese dengan macaroni dan masukkan kedalam bekas pembakar


tuangkan sos putih sekeliling atas macaroni 



taburkan cheese dan bakar dengan suhu 200c selama 20 min


ok bai










13 March 2015

kuih keria

assalamualaikum

kuih keria. senang jer nak buat. try resepi ini


resepi dapat dalam 35-40 biji

bahan:-

1/2 kg ubi keledek putih
100gm tepung ubi
50gm tepung gandum
secubit garam

cara:-

  1. ubi keledek pilih yang kecil cepat empok
  2. buang kulit dan rebus
  3. rebus jangan terlalu lama agakdah empok angkat dan tapis air
  4. lenyek kan ubi tadi dan biarkan sejuk sedikit..agak-agak suam
  5. masukkan tepung ubi, gandum dan garam
  6. uli hingga rata... jangan tambah tepung kalau lembik biarkan sebentar dia akan keras
  7. kepalkan bulat-bulat dan buat seperti roda atau ring hingga habis
  8. goreng dengan api perlahan dan minyak tidak terlalu panas
  9. pusingkan perlahan supaya tidak hancus
  10. goreng hingga coklat dan garing
  11. angkat dan tapis minyak

bahan gula

1 cawan air
2 cawan gula pasir

cara:-
  1. panaskan air hingga mendidih didalam kuali 
  2. gunakan kuali supaya mudah untuk kacau keria nanti
  3. masukkan gula dan kacau sehingga gula larut
  4. kacau lagi supaya gula jadi karemal dan keperangan
  5. masukkan keria dan tutup api
  6. kacau keria tadi sehingga gula jadi keras
  7. jangan kacau atas dapur.. kalau boleh tempat bersimen supaya gula cepat keras
  8. kacau rata hingga semua keria disalut gula
selamat mencuba

ok bai


Kupang & cheese sayur campur


assalamualaikum

kupang ada lah sejenis siput . hari ni konon nak atkin lah cuba lah buat masakan ni.. sedap lah pulak. habis atkins.. jadi napkin bak kata ben ashaari... apa-apa aje lah
jom share resepi yang mudah ni

bahan:-

1kg kupang
100gm brocoli
2 batang saleri
cendawan ikut suka
 2 keping cheddar cheese
secubit garam
1 sudu teh minyak zaiton

cara:-

1. rebus kupang dan apabila masak kopek kulitnya
2. panaskan minyak
3. masukkan kupang
3. saleri, brocoli dan cendawan perlu di potong 
4. masukkan kedalam kupang tadi dan tambah garam secukup rasa
5. apabila brocoli agak masak tutup api dan masukkan kedalam pinggan
6. letakkan cheese atas sayur tadi

betul tak senang, selamat mencuba

ok bai

masak lemak cili padi ikan parang

assalamualaikum

hari ni masak lauk ..masak lemak cili padi ikan parang


masak lemak cili padi biasa-biasa sahaja. tapi yang jadikan dia sedap dan tergugat iman ialah telur ikan parang. masa kecil-kecil dulu arwah mak dan ayah suka lauk mcm ni. target ikan parang ada telur. masak asam pedas, pindang, masak lemak, masak kicap atau goreng mcm tu pun dah sedap.

ikan parang ni berlemak tapi banyak tulang. ramai tak suka.. tapi akak suka..masa duduk sungai petani tak jumpa..bukan tak jumpa tapi susah dan mahal. kat sini murah aje..

kalau suka boleh lah cuba masak mcm ni

ok bai

SOURDOUGH BANGGALI LOAF

Hi, let me share this beautiful banggali loaf recipe. Which i'm a  bread maker so i plug and play with my discard levine to make this lo...