26 June 2014

Sugar rice Bun

Assalamulalaikum

hari ni nak share mcm mana nak letak sugar rice paling senang atas bun


jom kiter buat

bahan :-

Doh bun manis
sugar rice
marjerin atau butter


Cara:-


1.DOH DI BULATKAN


2. BIARKAN DOH PROVE SEKEJAP


3. TEKAN DOH DENGAN ALATAN DONUT


JADI CHENGINI


 KELUARKAN BULAT TENGAH TU


4. MASUKKAN DALAM PAPER CUP.. 
BIARKAN PROVE LAGI


5. BAKAR HINGGA MASAK .. JANGAN HANGUS LAK



6. AMBIL BUTTER KACAU



7. AMBIL BUN TADI TEKAP ATAS BUTTER


8.  BUTTER AKAN MELEKAT ATAS BUN TADI


9. KEMUDIAN TERUS TEKAP BUN YANG DAH ADA BUTTER  ATAS SUGAR RICE


10. DIA AKAN BERUPA CHENGINI

Boleh juga guna chocolate rice.. kalau buat donut pun boleh

selamat mencuba

ok bai

16 June 2014

Tepung tanpa benzoyl peroksida..

Assalamualaikum

hari ni nak share pasal tepung.. akak selalu guna tepung gandum faiza.. kak Daalia Abdul yang syorkan.. tepung nya halus dah tak ada BPA.. atau tanpa benzoyl peroksida..tak der peluntur lah

buat roti, pastri, kek, cekodok sangat ok lah

Tepung gandum Faiza

hari ni pula terjumpa tepung gandum cap ros.. ok juga.. buat donut n roti gebuss

Tepung Cap ros

ok jugak..korang try lah yang mana suka... ada juga tepung yang lain tanpa benzoyl peroksida.. tak jumpa lagi .. nanti klu dah jumpa.. ie share yer..

faiza.. harga kat tesco RM2.95 - 1 kg.. 
tepung cap rose RM1.60 - 850gm

ok bai





15 June 2014

Happy Father's Day


copy from MR Google..

Today it Remind me to my Arwah Ayah..

Happy Father's Day

the story of my ayah

pada pagi nak ambil kertas kesusasteraan Melayu STPM..
ayah memang penghantar setia pagi-pagi kesekolah.. dari tadika umur 4 thn hingga STPM
dalam kereta..
ayah... bagi hadik pantun lamo2 yah...
(still kekal nama adik taw .. walaupun dah 40thn)

dia pun keluarkan

1. pantun pulau pandan jauh ketengah...
2. 2 3 kucing berlari
3. sorong papan tarik papan... adalah 4-5 pantun dia bg
(that was 20yrs ago hokey)

korang tau tak dengan pantun tu hakak dapat A kesusasteraan Melayu STPM..lupa diri jap..
paper lain korang tak tau (teruk.. sbb malas asyik bercintak)..
heee ....tapi dapat masuk universiti jugak lahh..

banyak memori dengan ayah.. sebab hakak memang rapat dengan ayah..anak mongsu lah katakan..
tapi ayah memang garang... adik beradik lain semua takut..
garang pun dia sayang anak2 dia, my mom, my makwo(his mom)..

the word he said to me...

"ayah tak da harta yg banyak untuk ayah tinggalkan.. tapi ayah bagi ilmu untuk kau gunakan.."

Miss him so much..Al Fathiha

13 June 2014

Sos Fabulous.. sgt sgt cowboy stail

assalamualaikum

sos fabulous.. saje nak bagi nama tu.. kasi glam sos tu..
sape ajar buat sos ni yer.. tak ingat..
kak melati hassan basri kot... oohhh my sis in law yg busy dengan function dia.. huuu
tapi modify kasi ghau ghau rasa dia..
masalahnyer tak ader sukatan yg tepat untuk buat.. main lecot jer dalam periuk.. rasa sedap boleh layan..



Sos Fabulous

resepi

bahan

100gm cili kisar
100gm cili sos
50gm gula merah.. boleh tambah kalau nak manis lagi
1 sudu besar garam.. baik letak 1/2 sudu dulu.. takut telebih masin
1/4 sudu teh pak aji.. ngeehhhh nnngeehhh patut lah sos aku sedap engkoooo
5 ulas bawang putih
RM1.00 bijan
500ml air

cara

1. kisar bawang putih
2. masukkan air, cili kisar, bawang putih dan cili sos biarkan mendidih
3. masukan gula, garam dan pak aji.. korang rasa tau sesedap lidah korang.. 
4. biarkan mendidih dan pekat  dengan api yg paling perlahan
5. goreng bijan tanpa minyak @  sangai
6. setalah sos pekat masukkan bijan yang telah di sangai
7. kacau dan tutup api
8. boleh lah cicah cucur udang, kopok. jemput2 dan popia..apa  ajer lah

warning... sos ini hanya tahan 3-4 hari shj sbb tidak guna bahan pengawet

sekian

ok bai



12 June 2014

Asam Pedas Lada Hitam ikan tenggiri

Assalamualaikum,

asam pedas lada hitam ikan tenggiri
masa arawah mak masih ada lauk ini akan jadi kegemaran adik beradik..
kakak-kakak semua tak pandai buat mcm mana arwah buat
sedap sangat cousin n adik beradik mak pun tahu kesedapan lauk ini..
saya pun mencuba walaupun tidak sesedap yang arwah buat.. dengan bertanya kakak-kakak dan abang2.. sbb saya tak sempat belajar.. i kan anak bongsu.. dok asrama lak tu..itu lah alasannyer

R
Asam pedas lada hitam ikan tenggiri


mari masak

1 ekor ikan tenggiri yg berat 1 kg - 1 1/2 kg..pastikan sudah di katam. - ayat orang kedah...dah potong lah
100gm cili kering goreng tanpa minyak hingga garing
2 sudu besar lada hitam goreng tanpa minyak
4 biji bawang besar
5cm halia sebesar ibu jari
6 ulas bawang putih
1 keping kelapa. sebesar tapak tangan perlu di bakar  hingga kehitaman dan tumbuk
20gm belacan
10 gm asam jawa buat air dan klu nak lebih boleh tambah
gula
garam
sebatang serai
minyak untuk tumis
1/4 sudu teh halba
3 biji tomato belah 4
50gm lobak masin
1000ml air buat air asam


cara
1. kisar bawang besar, putih,  lada hitam dan cili hingga hancur
2. tumis belacan hingga garing dan masukkan halba biarkan sebentar
3. masukkan bahan kisar biarkan garing dan masukkan serai
4. masukkan kelapa kering dan air asam jawa
5. biarkan mendidih  dan masukkan lobak masin
6. masukkan ikan dan biarkan sedikit pekat
7. akhir sekali masukkan tomato

ok bai

Popia binti Spring Roll

Assalamualaikum



Popia.. setiap kali puasa popia adalah makanan kegemaran..
tapi nak buat kulit popia ada lah malas
oleh itu beli aje kat kedai kulit itu
inti buat kat rumah

mari kita buat

resepi

inti

1 biji sengkuang yang berat 1/2kg
2 batang carrot
20gm udang kering
1 biji bawang besar
1 sudu besar lada hitam.  - tumbuk
1/2 sudu teh gula pasir
garam secukup rasa
minyak untuk tumis

kulit
1 pek kulit popia.. brand KG
1 sudu besar tepung gandum campur dengan 3 sudu besar air - untuk lekatkan hujung kulit popia

cara
1. sengkuang dan carrot di hiris tidak terlalu halus tidak terlalu besar agak-agak lah
2. kisarkan bawang dan udang kering
3. tumiskan bawang, udang dan lada hitam hingga naik bau
4. masukkan gula dan garam kacau dan rasa
5. masukkan sengkuang dan carrot.. jangan biarkan terlalu lama dan kacau rata
6. angkat dan tapis untuk tos kan airnya
7. biarkan sejuk sebentar.. tolong jangan biarkan inti terdedah dengan udara luar supaya tidak masam dan berubah rasa
8. ambil kulit popia tadi dan pisahkan setiap keping
9. isikan satu sudu besar inti dan gulung
10. lekatkan dengan tepung tadi
11. untuk goreng minyak tidak terlalu panas dan api perlahan
12. kemudian baru di besarkan api.. tujuan untuk dapat kulit yang cantik tidak mengerutu..goreng hingga coklat
13. boleh makan dengan sos fabulos hakak yer



ok bai

Walnut chocolate chip

assalamualaikum

chocolate chip mempunyai banyak versi. Dalam simpanan saya sendiri ada lebih kurang 8 versi.. tapi versi yang post adalah yg saya ubahsuai bukan resepi orang..

mari cuba resepi ini


Walnut chocolate chip

resepi 

1 biji kuning telur
250gm butter anchor
220gm gula perang.. klu nak manis tambah lagi 30gm.. lagi auummppp
300gm tepung gandum
100gm chip coklat
100gm walnut - bakar sebentar dan cincang
1/2 sudu teh glukos cecair
2 sudu teh soda bikarbonat
1/2 sud teh esen vanilla

cara

1. pukul butter dan gula hingga kembang
2. masukkan telur, esen dan glukos pukul sekejap 
3. masukkann tepung dan kacang uli hingga rata
4. masukkan chip coklat
5.jemputkan doh dah letak atas papan pembakar dengan jarak 2cm
6. bakar 10 min dengan suhu 160c

ok bai



Biskut Makmur aman bahagia

Assalamulaikum

makmur aman bahagia.. sedap betul nama biskut tu
biskut makmur is something evergreen..
mcm lagu evergreen ler...biskut orang dolu dolu
makan cair dalam mulut
tapi sakit hati nak buat
siap jer masak masuk mulut.. sebab sedap lah
kalau bulan puasa kena buat lepas balik dari tarawih..klu tak takut terbatal puasa.. tak sedow meskut kat dlm molot


Biskut makmur


jom share resepi..yang lain sikit dari lain. resepi asal dari auntie hasmah noor. dia bagi buku biskut klasik keluaran utusan. dalam tu byk biskut tradisi.. buat mesti menjadi...how is she now..?

saya ubah suai untuk kesenangan saya dan citarasa saya yang mat salleh tak celop ni.. perasan betul haku ni.. tapi betul pun..


resepi

inti

30gm kacang pistachio- kisar halus
30gm serbuk gajus
30gm serbuk badam
1/2 cawan gula perang
secubit serbut kayu manis
3 sudu besar susu pekat
secubit garam
cara
1. gaulkan ketiga-tiga kacang tadi dan campurkan susu pekat
2. bulatkan inti tersebut dan ketepikan
3. kacang tersebut tidak perlu di bakar dahulu

kulit

1 cawan minyak sapi
4 sudu butter
350gm tepung gandum - sangai hingga kuning
secubit garam

cara
1. gaul semua bahan menjadi doh
2. pastikan doh ini boleh dibulat-bulatkan
3. jika terlalu keras campurkan butter dan jika terlalu lembut campur tepung sedikit demi sedikit
4. jemput doh dan leperkan dan isikan inti.. tutup jadi bulat atau bujur
5. susun atas loyang pembakar
6. bakar dengan suhu 150c hingga tapaknya kuning sedikit.. biskut ini cepat masak oleh itu berhati-hati

salutan

1 cawan gula aising - ayak

cara

1.biskut yg sudah masak tadi di gaulkan dengan gula aising semasa masih panas

isi dalam biskut makmur

ok bai



07 June 2014

Ayam BBQ Tergolek Lemon Bernasi

Assalamualaikum..

Ayam BBQ Tergolek Lemon Bernasi. resepi mudah utk buat..
dalam ayam ni saya masukkan nasi.. protien + karbohidrat
sedap


Ayam BBQ Tergolek Lemon Bernasi

jom cuba resepi saya


resepi

1 ekor ayam
2 biji jus lemon
daun rosemary
2 sudu besar lada hitam - di tumbuk / kisar
serbuk BBQ ada di jual di TESCO atau Giant.. - sbb kat sp nak cari benda mcm ni kat Tesco n Giant yang mudah
1 sudu teh garam
1 sudu besar gula perang
2 sudu besar butter
1 cawan nasi 3/4 masak
2 biji kentang
1 batang carrot
2 biji tomato


tempat pembakar hakak balut dengan aluminium foil
 supaya senang untuk membasuh


cara

1. ayam basuh bersih2 dan buang isi dalam perut
2. Saya kukus ayam selama 5 min.. utk separuh masak.. air kukusan masak dengan nasi
3. lumur kan ayam dengan serbuk bbq, garam, gula, jus lemon dan lada hitam
4.potong dadu besar2 carrot dan kentang letak di samping ayam kulit lemon tadi jangan di buang belah 4 letakkan sekali.
5. masukkan nasi kedalam perut ayam dan taburkan rosemary
6. perap utk 5 jam atau lebih sikit  tutup dengan plastik wrapping dan letak dalam peti sejuk
7. selepas 5 jam bakar sebelum bakar potong tomato letak di samping ayam dan letakkan butter
8. bakar hingga ayam masak.. suhu 160c

aroma daun rosemary dan lemon akan naik. apabila masak.


Ayam BBQ Tergolek Lemon Bernasi
dalam ayam ada nasi


petua..

1. api jangan terlalu kuat..
2. air dari ayam kan memasakkan nasi dalam ayam, kentang, carrot dan tomato tadi
3. rasa dulu sebelum mengaramkan ayam
4. kalau mat salleh guna wine utk menaikkan aroma ayam.. tapi kita guna lemon jus atau limau nipis

selamat mencuba

ok bai



Agar- Agar Coklat C'Chanteq

Assalamualaikum

sedap klu makan agar-agar di waktu panas chengini...

so hari ni saya buat agar-agar coklat.. senang jer

apa yg ada kat dlm rumah jer.. tapi kena lah beli agar-agar straw.. kat kedai


Agar- Agar Coklat C'Chanteq

Resepi

Bahan

1 pek agar-agar straw
1400ml air
200gm gula pasir
150gm susu pekat 
1/2 sudu teh garam
200gm Milo atau malta choc

cara
1. panas air hingga mendidih didalam periuk
2. masukkan agar biarkan agar-agar larut
3. masukkan gula pasir dan biarkan larut
4. masukkan milo sedalam mangkuk
5.ambil 3 senduk air agar-agar yang panas tadi dan masukkan kedalam mangkuk yang berisi milo
6. kacau hingga larut dan masukkan susu kacau lagi
7. masukkan larutan milo dan susu kedalam periuk dan kacau.. jangan lupa campurkan garam
8. biarkan mendidih.. jangan lupa kacau
9. tutup  api dan tapis 
10. masukkan kedalam loyang
11. biarkan sejuk.. selepas itu simpan dalam peti sejuk
12. potong apabila sudah keras dan sejuk
13.boleh makan


agar-agar layang-layang

ok bai



Ayam berbungkus

Assalamualaikum

ayam hakak pakai selimut hari ni

hari Jumaat, Sabtu dan Ahad.. TESCO jual ayam RM5.99 sekilo.. berat ayam ni 2kg + + lah..

dah seminggu anak minta momee buat lah ayam panggang macam MR Bean.. ok lah.. permintaan tertunai hari ini..tengok dulu yer gambar ayam belum panggang..mlm nanti akak post resepi..

tengah berjalan-jalan di negeri orang


Ayam berbungkus

ok bai

TESCO...nak pi mana lagi?

Assalamualaikum..

mcm promoter tesco lak rasanya..

tapi itu pilihan yang dekat, murah dan senang..tak busy...hakak malas nak sesak kat pasar.. parking pun susah juga kat pasar sg petani.. silap-silap kena saman.. kena bayar saman dah lah bawa lori.. besow.. payah parking lah..

oleh itu tesco jadik pilihan.. bagi mak mak macam hakak ni.. one stp center.. ikan ada, sayur ada, tepung ada, baju ada, daging ada.. buahan pun pun ada

hari ini ada promotion sempana nak ramadhan dan syawal


tepung faiza RM2.09.. murah 90sen.. 
nak buat biskut raya pakai tepung ni.. tak per lah mahal janji halal


Tray ni mahal selalunya.. hari ni blh murah gaban...


Farmcow.. buat biskut pakai farmcow pun sedap.. 
murah ni jatuh RM3.00 sebuku


Ini yang ku nantikan Tartura butter buat kek buah..
serius lemak

kawan-kawan klu nak beli cepat sbb limited offer kat tesco

ok bai



06 June 2014

Daging Goreng Black Pepper..

Assalamualaikum..

panas kan badan dengan lada hitam.

kenapa sedap? tak tau lah nak cakap.. makan dengan nasi panas... sungguh awesome si kembar cakap..

mai share resepi



Resepi

bahan

500gm daging 
2 sudu besar lada hitam
2 biji bawang besar
10ml kicap manis
5cm halia
1 teh sudu gula 
garam secukup rasa
1/2 cawan minyak untuk mengoreng

cara

1. lada hitam goreng tanpa minyak dan tumbuh/ kisar halus
2. daging di hiris nipis dan goreng separuh garing
3. masukkan bawang besar dan halia yang di hiris halus
4. masukkan kicap, lada hitam, gula dan gula
5. biarkan hingga pekat

selamat mencuba

ok bai

Jumaat in syaaban

assalamualaikum....

jumaat.. 2nd week of syaaban..

as a mom..continuing my duty

1.  as a INSAN to my Allah..
2. as a MOM to my sons..
3. as a TEACHER to my kids..
4. as a PARENT to my family..
5.. as a MONSTER in the house..
6. as a FRIEND to my bebs..
7. as a WRESTLER to my boys..
8. as a CHEF in my kitchen..
9. as a DAUGHTER to my parent..
10.as MY SELF to me..


ok bai

Soft cookies

Assalamualaikum

Selalu beli di Famos amos.. sekeping nak bagi 4 mulut.. memang lah berebut tak cukup... sebab benda sedap kan kan kan..harga pun boleh tahan jugak...

so mummy dia org pun belajar lah buat.. hambik ko.. makan sampai bolat ..4 botol mummy buat sorang sebotol

try resepi ini .. insyallah tidak mengecewakan


Soft Cookies

Resepi

250gm butter anchor..klu tak der farmcow.. klu tak der marjerin pun boleh
120gm gula perang
200gm tepung gandum
200gm badam kisar.. yg sebiji-biji tu.. bukan yang serbuk taawwww tawww
200gm choc chip.. make sure halal
1 sudu teh esen
1/2 sudu teh soda bikarbonat
1 sudu besar tepung jagung

cara

1. putarkan buter, gula perang, soda, tepung jagung dan esen sebentar
2. masukkan tepung
3. masukkan badam dan choc chip jangan terlalu lama
4. ambil doh sejemput dan letak atas dulang pembakar
5. bakar selama 20 min dengan suhu 160c.. atau sampai masak

ok bai


Chicken Pie

assalamualaikum

chicken pie...senang sebenarnya. tapi ramai tidak tahu hendak buat terutama bila sampai ke bahagian pastrynya. saya mengunakan pastry yang di buat sendiri atau beli sahaja jenis kawan atau pampas. Mudah
jom kita buat


Chicken pie
Resepi

bahan A

puff pastry.. jenis kawn atau pampas

bahan B - Inti

1/2 kg boneless daging ayam. Potong dadu
2 sudu besar butter
2 sudu besar tepung gandum
1cawAn air
1 sudu besar dry basil
Garam
Mix vege
1 biji bawang besar
3 ulas bawang putih

Cara

1. tumis bawang putih n besar dgn butter sampai wangi
2. Masukkan tepung gandum goreng sekejap jer terus masukkan air..
3. Masukkan ayam, mix vege n basil
4. Garam secukup rasa
5. Dah pekat n ayam agak dah masak tutup all
6. Sejukkan
7. Dah sejuk masukkan kedlm tepung...teknik sama mcm apple pie

ok bai

04 June 2014

Penne Rigate Baked Cheese

assalamualaikum...

musim cuti sekolah ni.. dapur rumah ku tak kering.. kek kahwin, kek tunang dan memasak untuk anak-anak yang sentiasa lapar...alhamdullilah.. aminnn

takut anak2 jemu dengan masakan yang sama setiap hari.. m k kena variety kan makanan mereka.. walaupun base yang sama.. contoh bolognese sos boleh buat lasagna, macaroni cheese, sos pizza dan cicah dengan roti...

penne rigate adalah dari itali..bentuknyer seperti di bawah



Penne rigate

boleh makan dengan sos bolognese macam spagetthi.. 

PENNE RIGATE BAKED CHEESE

Resepi

untuk sos bolognese n sos putih ambil dari  http://dapurchanteq.blogspot.com/2014/06/jom-buat-lasagana.html

500gm penne rigate - rebus hingga kembang dan tabis
250gm mozarella cheese

cara:-



step 1. selepas rebus penne rigate gaul dalam sos bolognese 
dan masukkan dalam loyang pembakar


step 2. curahkan sos putih atas penne rigate 


step 3. taburkan mozarella cheese atas sos putih tadi


step 4. bakar hingga kekuningan mcm nie



step 5. makan makan

ok bai










03 June 2014

Tart Gulung c'chanteq

Assalamualaikum..

hari ni nak share tart gulung..banyak resepi yang saya belajar.

setiap kali hendak memasak resepi baru say pastikan ada buku catatan di tepi saya. apa yg perlu saya. jika saya ubah untuk kesenangan dan kesedapan saya pasti saya akan kurangkan atau tambah kan... klu nak publish di blog.. sure bukan resepi orang.. hak milik org.. silap-silap haribulan kena hentam dengan blogger lain...

resepi hari ini adalah resepi saya yang telah di modify dari resepi yang lain.. so hak milik saya lah kan kan kan..?

selamat mencuba


Tart Gulung c'chanteq

resepi

Inti 

inti tart..(saya beli dari sharifah mahani..negeri johor... serius sedap)

Pastry

1 biji telur
250gm butter anchor salted
30gm gula castor
60gm tepung jagung
300gm tepung gandum
2 sudu besar tepung kastard
secubit garam
1/2 sudu teh esen vanilla

hiasan 

1 biji telur
sedikit pewarna kuning

cara

1. putarkan butter, telur, gula tepung jagung, kastard dan esen vanilla hingga rata.. jangan terlalu kembang
2. masukkan tepung sedikit demi sedikit hingga jadi doh.. jangan uli terlalu kuat nanti doh akan kembang
3. rehatkan doh selama 20 min - 30 min
4. saya pakai acuan tekan dan masukkan doh dalam acuan dan tekan memanjang sebelum gulung
5. inti perlu dibulat-bulatkan menjadi bujur dengan keberatan setiap satu 5gm  atau kurang sikit
6. bubuh inti di bahagian hadapan gulungan.. dan gulung
7. letakkan atas papan pembakar dan susun
8. sapukan telur yaang telah di campurkan dengan pewarna kuning
9. bakar dengan suhu 150c.. masak hingga kekuningan

ok bai 




02 June 2014

Jom Buat lasagna

Assalamualaikum

jom buat lasagna..cara ini adalah cara saya. sebab cara saya tidak terikat dengan sesiapa. sesedap saya memakan. saya share boleh juga anda ubat ikut selera anda.


sos..

resepi:-

1 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
1 botol pasta sos preego .. original atau mashroom
200gm tmato puree.. kalau tdak mahu masam boleh di kurangkan
200ml air
400gm daging hancur ramly
sehelai daun bay kering
secubit serbuk daun basil
1 sudu gula
garam secukup rasa

cara

1. tumis bawang putih dan bawang merah
2. masukkan daging dan goreng lagi hingga garing sedikit
3. boleh juga tambah meatball ramly kalau mahu
4. masukkan pasta sos,  air, tomato puree, basil dan bay 
5. rasa dulu baru tambah garam dan gula.. terpulang
6. dah masak biarkan ketepi


Sos Putih

500ml susu segar @ 200ml whipping cream
2 sudu besar tepung gandum
secubit serbuk daun basil
1/2 sudu teh garam 
3 ulas bawang putih tumbuk lumat
200ml air
1 sudu besar butter

cara

1. bancuh air dan tepung
2. campurkan semua bahan dalam periuk dan masak dengan api yang kecil
3. apabila pekat pekat tutup api dan ketepikan

sekarang kita mulakan buat lasagna

resepi bahan

8/ 12  keping kulit pasta
pasta sos
sos putih
cheddar cheese
mozarella cheese

cara di bawah ikut setiap langkah insyallah menjadi...



step 1. pasta yang dah di rebus tadi lapiskan dalam loyang pembakar seperti ini



step 2. masukkan sos pasta atau bolognese



step 3. taburkan cheese cheddar atau riscota.. mana yang ada di rumah lah



 Step 4. lapiskan dengan pasta lagi dan letakkan sos pasta


 step 5. lapiskan lagi pasta dan letakkan sos pasta



Step 6. letakkan white sos


Step 7. taburkan mozarella cheese dan bakar suhu 180c




step 8. bakar sehingga warna gini atau cerah sikit


step 9. makan lah apa lagi



note:

saya mengunakan sos ini

brand prego sedap juga lah.. ada juga brand lain.. ikut poket masing-masing



kulit pasta klu malas nak buat beli jer


ini beli di tesco... ie kan minah tesco... heee


atau san remo

tapi nasihatkan beli tesco brand sebab lagi stable... rebus hingga kembang yer...baru korang buat lasagna.. 

ok bai

SOURDOUGH BANGGALI LOAF

Hi, let me share this beautiful banggali loaf recipe. Which i'm a  bread maker so i plug and play with my discard levine to make this lo...