04 August 2015

Masak lemak lodeh

Assalamualaikum

Masak lemak lodeh adalah masakan paling mudah dan ringkas
Anak-anak suka sebab ada tempe, tauhu, kentang dan soo hoo
Mak diaorang pun suka masak lauk ni dalam 15 minit dah siap.. ringkas sangat




Bahan
1 pek tempe
2 keping tauhu
1 biji kentang
Sehelai daun kunyit
Sebatang serai
3 ulas bawang merah
Sedikit ikan bilis
Sedikit lada hitam
1 pek kecil soo hoon
200ml santan
Garam secukup rasa
500ml air

Cara

1. Rendam soo hoon
2. Tumbuk bawang, ikan bilis dan lada hitam
3. Masukkan semua bahan ini dan serai dalam periuk dan isikan air
4. Kentang di potong dadu masak hingga kentang empok
5. Masukkan tauhu dan tempe biarkan sebentar
6. Masukkan soo hoon dan garam
9. Akhir sekali masukkan santan dan kacau supaya tidak pecah minyak
10. Tutup api dan boleh hidangkan

Cara membuat Kuih lopez

Assalamualaikum

Asal usul lopez tak pasti tapi di buat dari pulut dan di balut dengan daun pisang. Anak-anak suka makan. Whole Rahman family suka lah Cara pembuatan senang. Dalam page ini adalah lopez traditional. Berbeza dengan lopez yang banyak dipasaran sekarang. Harga juga lebih mahal sedikit. Sebab cara pembuatan lopez traditional lebih lama. Lopez traditional boleh tahan selama seminggu atau lebih di simpan dalam frezer. Dan lopez moden hanya dalam lingkungan 24jam. Dalam adik beradik my sister, kak mastura @ mastura abd rahman yang paling pandai buat kuih. Akak pandai juga.. tapi selalu tak cukup masa..  ini resepi dia punya..  jadi boleh lah kita cuba.. senang dan mesti jadi.


Kuih lopez 



Bahan
1/2 kg beras pulut
1/2 sudu kecil kapur
Daun pisang
1 biji kepala parut putih
Secubit garam


Kuah gula
2 ketul gula melaka
Sehelai Daun pandan
300ml Air
100gmGula pasir

Cara
1. Basuh pulut untuk hilang kotoran
2. Rendam pulut dan campur kapur semalaman
3. Layur daun pisang
3. Potong daun pisang lebih kurang lebar 5 inci dan panjang 8 inci
4. Lapiskan dia supaya daun tidak mudah pecah ketika ikat dan bungkus
5. Gulung seperti kone
6. Masukkan pulut dalam daun dengan sukatan 1 1/2 sudu.
7. Kalau lebih dia besar sangat tak cantik dihidang . Daun besar senang membungkus .
8. Ikat supaya beras tidak keluar dari daun.
9. Siapkan air dalam periuk anggaran air untuk 3 jam
10. Masukkan lopez tadi dan tutup dengan lesung batu
11. Rebus selama 3 jam
12. Selepas 3 jam cepat-cepat toskan supaya tidak kembang
13. Biarkan sejuk sebentar
14. Gaul kelapa dan garam
15. Keluarkan lopez dari kulit pisang
16. Salutkan dengan kelapa tadi


Cara buat kuah

1. Masak gula melaka, gula pasir dan air
2. Masukkan daun pandan
3. Kemanisan air gula bergantung kepada kegemaran masing-masing
4. Untuk pekat ketak sedikit 1/4 sudu teh tepung gandum

Jom kita buat.. credit to my sister sebab dia yang ambil gambar step by step ni


















Bentuk roti bun

Assalamualaikum

Bentuk roti bun boleh di pelbagaikan. Bagi sebagai bakers akak akan mempelbagaikan bentuk roti jadi panjang, bulat, lonjong atau segi tiga
Ikut creativiti masing-masing.







Roti jugs boleh dipelbagaikan intinya, bun sardine, bun kacang merah, bun sosej, bun cheese atau bun butter.. banyak lagi sebenarnya roti bun ni. Akan datang buku pelbagai jenis roti akan keluar...insyallah disember.. tunggu tau

Ok bai

Roti Sosej

Assalamualaikum



Roti ini macam pizza. Gebu macam tuan yang buat. Harga jualan RM1.50. Untuk budak-budak sekolah. Kalau beli di bakery RM2.20 termasuk Gst..

Cara pembuatan mudah. Bagi yang nak belajar buat roti jom akak share resepi mudah buat roti di rumah uli guna tangan

Bahan

500gm tepung gandum
11gm yis
50gm gula
5gm garam halus
2biji telur
50gm marjerin
300gm air sejuk
Sosej
Mix vege
Sos cili
Mayonese

Cara
1. Rebus sosej sebentar dan toskan
2. Campurkan tepung, gula, garam dan yis
3. Gaul rata masukkan 1 biji telur dan air
4. Uli hingga jadi doh
5. Masukkan marjerin dan gaulkan hingga tepung tidak melekat pada tangan
6. Bahagikan doh seberat 50gm setiap satu bahagian
7. Anda akan mendapat lebih kurang 18 -20 bahagia
8. Ambil minyak sedikit letak pada tangan
9. Bulat-bulatkan doh
10. Letakkan atas dulang pembakar dan biarkan selama 1/2 jam
11. Doh akan naik sikit dan tekan menjadi leper
12. Sapukan telur
13. Letakkan sosej yang boleh dipotong ikut citarasa
14. Taburkan mix vege dah letakkan sos dan mayo
15. Biarkan naik lagi 1jam atau 1 1/2jam.. bergantung pada suhu bilik
16. Panaskan oven dengan suhu180c dan bakar sehingga 15 minit atau kekuningan

Tindak balas yis bergantung kepada suhu persekitan, kalau panas doh akan naik cepat kalau sejuk lambat.

Ok bai

Jelajah kampus Cosmoderm "Grooming for Success" di UITM Lendu

Assalamualaikum



Poster jelajah kampus Cosmoderm

Pada 1hb Ogos 2015, Ben Ashaari minta jadi wakil KBBA untuk event Cosmoderm disana. Event ini adalah program Jelajah Kampus Cosmoderm - Grooming For Success. Menarik bukan? Program ini sangat bermanafaat kepada para pelajar untuk mempersiapkan diri mereka apabila keluar nanti.

Ramai pelajar yang hadir pada hari tersebut. Pelajar mendapat sample barangan Cosmoderm untuk mereka cuba ketika demonstrasi.  di jalankan oleh pihak Cosmoderm. Acara ini mempertengahkan dua pekara:-

1. Cara menjaga kulit
2. Grooming diri




Puan Mawarni - CEO Cosmoderm bercerita pasal produk


1. Cara menjaga kulit


Mengenali kulit kita


Cara menjaga kulit adalah penting. Sebab itu adalah perception atau pandangan pertama orang kepada kita. Apabila kita kelihatan kemas dan cantik.Ini akan memberi tanggapan baik. Terutama penjagaan kulit muka. Sasaran cosmoderm untuk pelajar ini supaya mereka bersedia di peringkat awal ini. Supaya mereka cantik, handsome dan kemas apabila keluar nanti.

Pihak cosmoderm mengajar cara menjaga kulit muka supaya tidak berjerawat dan elak dari berjeragat. Ilmu yang di jara sangat bagus. Akak yang sudah 42 tahun pun suka dengar penerangan mereka. Bukan senang hendak dapat woiii..percuma. Beruntung pelajar-pelajar ini

2. Grooming diri.


Azlia Idha perunding imej


Grooming diri diajar cara pemakaian yang betul oleh perunding imej Azlia Idha. Beliau berpengetahuan luas dalam pembentukkan imej dan stylist. Pelajar diajar cara pemakaian, warna yang sesuai untuk warna kulit dan style yang menarik bila berhadap dengan masyarakat dan penemuduga. Kepentingan imej adalah pandangan orang kepada kita samada kita berdisiplin, imej yang bersih dan 'very influencing'. Azlia juga mengajak pelajat-pelajar ini memberi idea mengenai pembentukan imej mereka secara berkumpulan dan individu. Apa lagi gamat dewan jadinya.


Pelajar sedang melakukan aktiviti




Aktiviti berkumpulan




Sedang berfikir hendak tulis apa

Setiap penerangan banyak membantu samada dari pihak cosmoderm dan Azlia. Ini membuatkan pelajar lebih yakin untuk keluar bertemu dengan rakan atau apabila masuk alam pekerjaan.

Pihak pengajur berpuas hai dengan acara ini kerana para pelajar memberi tindak balas yang baik. Mereka aktif dan mengambil bahagian setiap acara yang dijalankan.

Terima kasih pada Cosmoderm sebab memberi peluang kepada pelajar ini. Dan peneranagn Azlia Idha sangat berguna kepada mereka.

Acara ini bukan sahaja di UITM. Lendu. Meraka juga ketempat lain seperti UPM Serdang dan UIM Puncak Alam. Syabas di ucapkan kepadaCosmoderm mengadakan siri jelajah ini.

ok bai

SOURDOUGH BANGGALI LOAF

Hi, let me share this beautiful banggali loaf recipe. Which i'm a  bread maker so i plug and play with my discard levine to make this lo...