ULTHERAPY
Merangsang Pengeluaran Kolagen
Setiap kali Dr Kelvin menerangkan mengenai ultherapy akan meransangkan kolagen di muka kak z, memang fail untuk faham.Balik rumah Kak z buat homework dan faham sepenuhnya rawatan yang kak z jalani. Banyak persoalan yang timbul. Pening juga Doktor Kelvin tu hendak memahamkan kak z. Akhirnya kak z jumpa artikel ini. Kenapa kolegen penting untuk mengekalkan keremajan kulit muka kita.credit kepadasumber google yang kak z dapat.
Kepentingan kolegen untuk kulit
Kolagen merupakan sejenis protein yang sangat diperlukan oleh tubuh
badan untuk memelihara keremajaan dan keanjalan kulit. Secara
semulajadi, terdapat lebih kurang 30% kolagen di dalam tubuh badan kita
dan ia terdapat dalam kulit, tulang dan juga gigi.
Antara kepentingan kolagen:
- Mengekalkan kelembapan dan mencegah kedutan –
Kolagen merupakan komponen utama dalam kulit kita. Ia mempertingkatkan
penghasilan sel-sel baru, membantu memelihara keremajaan kulit, melembut
dan membuatkan kulit lebih bercahaya. Kolagen juga efektif untuk
menghilangkan kedutan dan mencegah proses penuaan kulit.
- Memulihkan masalah kulit – Apabila kolagen
disuntikkan ke dalam kulit yang terluka, ia akan menstimulasikan
pertumbuhan sel-sel kulit baru dan menyediakan perlindungan kepada
kulit. Kolagen sangat efektif untuk memulihkan parut, pengecutan
ephithelium, kedutan dan garis-garis halus.
- Mencantik dan menyuburkan rambut – Nutrisi dalam
kulit kepala sangat penting untuk memelihara kesihatan rambut. Kandungan
kolagen dalam lapisan korium merupakan bekalan nutrisi kepada
epidermis, rambut dan kuku. Kekurangan kolagen menyebabkan rambut kering
dan bercabang, manakala kuku menjadi kusam dan mudah pecah.
- Menegangkan payudara – Kesan kolagen untuk
menegangkan payudara sudah pun diketahui umum. Payudara sebenarnya
terbentuk oleh jaringan-jaringan penyambung dan kumpulan lemak yang
berperanan sebagai penyokong bagi pembentukan payudara. Kolagen
merupakan komponen utama dari jaringan-jaringan penyambung dan bertindak
dengan protein polisakarida untuk membentuk satu jaringan yang kuat
untuk menyokong dan menegangkan payudara.
- Menguatkan tulang – Penyatuan kolagen yang
secukupnya adalah penting untuk membentuk kerangka tulang yang kuat.
Oleh itu,kolagen juga dikenali sebagai kerangka tulang.
Masalah osteoporosis dan kekejangan kaki adalah berpunca darpadai
kehilangan kolagen yang membentuk 80% daripada jumlah kepadatan tulang
sedangkan kehilangan kalsium, magnesium dan fosforus hanya 20%.
Pengambilan kalsium tambahan sebenarnya tidak dapat menangani masalah
tersebut. Hanya dengan pengambilan kolagen yang mencukupi dapat
mengembalikan kepadatan tulang yang normal, dan juga
dapat memperlambatkan osteoporosis.
- Mencerahkan kulit dan mengurangkan pigmentasi –
Kolagen dapat merapatkan sel-sel dan mempercepatkan pembentukan sel-sel
baru. Dengan fungsi ini, ia secara efektif dapat mencegah pengumpulan
pigmen dan racun, membantu mencerahkan kulit dan mengurangkan
pigmentasi.
- Melambatkan proses penuaan kulit – Seiring dengan
peningkatan usia dan gaya hidup yang sibuk, kandungan kolagen dalam
kulit akan semakin berkurangan dan kerana itu, kulit menjadi kering dan
kusam. Pengambilan kolagen secara berterusan dapat membantu kulit untuk
menyeimbangkan semula kolagen yang berkurangan.
Dengann menjalani prosedur Ultherapy merangsang pengeluaran kolagen dengan menyampaikan tenaga ultrasound fokus kepada lapisan asas kulit biasanya ditangani dalam kosmetik pembedahan tanpa memotong atau mengganggu permukaan kulit.
Patutlah kulit kak z tengang dan anjal. Proses ini kesannya hanya selepas 180 hari - 240 hari. Kita juga mengamalkan hidup yang sihat supaya kolegen dapat dihasilkan dengan mudah selepas proses ultherapy.
waw boleh pakai untuk hari raya nanti,, orang nak baju cantik. Kaka z nak muka baju, tudung semua cantik tahun ini. Selamat bercantik Z.
Ok bai
tag: ultherapy, mahkota medical center, collegen