19 July 2013

Kuih Lapis Coklat

assalamualaikum

kuih lapis ros adalah resepi original. dalam pasaran macam2 lapis ada. hari ini hendak share yang ini...

kuih lapis - 8 lapisan

Kuih Lapis coklat

Bahan:-

400gm tepung gandum
100gm tepung beras
300gm gula
1/2kg santan
½ sudu kecil garam
1100ml air
20gm serbuk koko
2 sudu besar perisa jagung
1 sudu kecil pewarna kuning
 Sudu besar minyak masak

Cara:-
1.       Bancuh semua bahan
2.       Bahagi dua
3.       Satu bahagian diletak kan peawrna kuning dan perisa jagung
4.       Satu lagi bahagian letakkan koko.. kacau rata
5.       Loyang Kukus si sapu dengan minyak masak
6.       Mulakan lapisan kuning lebih kurang 200ml di ikuti lapisan coklat..
7.       Di mulakan dgn lapisan kuning diakhiri lapisan coklat
8.       satu lapis lebih kurang 3minit setiap 1 lapis buat sehingga 6-8 lapis
9.       Setelah habis membuat lapis kukus kuih sehingga 1/2 jam lagi

1


Talam ubi kayu

assalamualaikum,

talam ubi.. antara koleksi resepi dlm simpanan saya masa sy mengajar membuat kuih talam dulu. cuba yer


Talam ubi

A.      Lapisan bawah

Bahan:-

I kg ubi kayu – kisarkan ubi kayu dgn 1 ½ cawan air – (perah atau tapis untuk buang air) dapatkan 600gm ubi kayu parut.
30gm tepung jagung bancuh bersama  1 cawan air
300gm gula masak dgn 2 cawan air buat air gula

1 sudu teh pewarna kuning
2 sudu makan tepung beras

Cara-
1.       Campurkan air gula, tepung jagung, tepung beras, air dan ubi kacau hingga pekat .
2.       Tuang kedalam Loyang dan kukus 30 min

B.      Lapisan atas

Bahan
90gm tepung beras
2 biji kelapa dapatkan 1200ml santan
30gm tepung kacang hijau
1 sudu the garam
Cara:-
1.       Bancuh  bahan tersebut hingga sebati
2.       Double boiler dan kacau hingga naik wap
3.       Tuang atas ubi biarkan hingga masak

Talam cendul

assalamualaikum

talam cendul.. 

talam cendul

Talam Cendol                                        http://kuehdelight.blogspot.com/
Bahan-bahan
A.     Bawah

1.      300gm tepung beras
2.      1 pek serbuk santan
3.      1000ml air
4.      2 sudu kecil garam
5.      250gm cendol
Cara
1.      Masakkan tepung beras, serbuk santan, air dan garam.
2.      Masak hingga menjadi som-som dan masukkan cendol.
3.      Masukkan bahan ini kedalam Loyang  10 x 10 inci tekan dan ratakan

B.      Atas
C.                                                     
1.      400ml santan       
2.      400 ml air                                                            
3.      100gm gula merah – masak hingga mendidih jadikan  400ml air
4.      4 biji telur (A)
5.      200gm gula
6.      250gm tepung gandum
7.      ½ sudu kecil garam
Cara
1.      Pukul telur dan gula
2.      Masukkan santan, air gula, tepung dan garam kacau rata dan tapis.
3.      Panas periuk disisi air hingga mendidih
4.      Double boiler bahan tadi hingga berkilat
5.      Masukkan bahan ini diatas som-som dan kukus selama 20-30min

Apam Harum Manis

Assalamualaikum..

Apam gula hangus serupa mcm ni .. saya ada resepi tapi tidak ada gambar.. kena pinjam gambar orang..

apam harum manis


Apam harum manis

Bahan-bahan ( 40biji )
  • 300 gm gula melaka
  • 350 ml air
  • 3 biji telur
  • 200 gm gula pasir
  • 350 gm tepung gandum
  • 1/2 sudu teh baking powder
  • 1 sudu teh bicarbonate of soda
  • 1/4 sudu teh garam
  • 1 sudu maka esen vanilla
  • 50 gm mentega, dicairkan
  • 8-9 biji pisang raja dihiris bulat tipis
Cara-cara
  1. Masak gula melaka dengan air hingga larut. Tapis dan sejukkan. Pukul telur dan gula hingga naik. Masukkan tepung sedikit demi sedikit dengan menggunakan spatula dan kacau rata.
  2. Kemudian masukkan esen vanilla dan mentega cair serta sirap gula melaka dan kacau hingga sebati
  3. Sapukan acuan-acuan kecil dengan mentega.Tuangkan sedikit adunan kedalam acuan, isikan ½ penuh sahaja lalu letakan hirisan pisang keatas adunan.Kukus kesemua adunan itu selama 15-20 minit. Sejukkan dahulu.Adunan ini blh dapat 40biji apam.
  4. *** Isi separuh sahaja, apam ni akan naik tinggi *** 
selamat mencuba

Seri Muka Gula Merah


Assalamualaikum

Lagi 1 resepi seri muka.. mengunakan gula merah..


Seri Muka Gula merah

Resepi

Bahan bawah:-

500gm beras pulut
100ml santan
100ml air
1/2 sudu teh garam

Cara:-
1.       Rendam pulut semalaman
2.       Kukus bersama santan, air dan garam hingga masak
3.       Tekan pulut dalam Loyang 10 x 10 ..
4.       Sediakan air pengukus dan masukkan pulut yg telah ditekan sementara menunggu bahan atas


Bahan  atas:-

150gm tepung beras
50gm tepung gandum
250gm gula pasir
100gm gula merah – masak dahulu
 4 biji telur
¼ sudu teh garam
700ml air dari gula merah yang masak terlebih dahulu tadi
300ml santan pekat

Cara:-
1.       Campurkan semua bahan dan kisar hingga halus
2.       Kemudian buat double boiler hingga bahan ini pekat seperti susu pekat
3.       Curahkan bahan ini diatas pulut.
4.       Masak hingga bahagian atas menjadi kembang..
5.       Potong apabila sejuk.



Seri Muka Batik


Assalamualaiukum,

Seri muka ini mengunakan pulut hitam. di panggil seri muka batik mungkin kerana berbelang putih hitam

selamat mencuba..!!

Seri muka batik

Resepi:-

Bahan bawah

400gm beras pulut
100gm pulut hitam – rebus hingga kembang dan tapis
100ml santan
100ml air pulut hitam
1/2 sudu teh garam

Cara:-
1.       Rendam pulut semalaman
2.       Kukus bersama santan, air pulut hitam dan garam hingga masak
3.       Gaul pulut yang telah dikukus dengan pulut hitam hingga rata
4.       Tekan pulut dalam Loyang 10 x 10 ..
5.       Sediakan air pengukus dan masukkan pulut yg telah ditekan sementara menunggu bahan atas


Bahan  atas

150gm tepung beras
50gm tepung gandum
300gm gula pasir
 4 biji telur
¼ sudu teh garam
700ml air
10 helai daun pandan .. kisar bersama 700ml air
300ml santan pekat

Cara:-
1.       Campurkan semua bahan dan kisar hingga halus
2.       Kemudian buat double boiler hingga bahan ini pekat seperti susu pekat
3.       Curahkan bahan ini diatas pulut.
4.       Masak hingga bahagian atas menjadi kembang..

5.       Potong apabila sejuk.

Kuih Talam Pandan - atas hijau


assalamualaikum,

respi yang lepas kuih talam pandan yang saya post putih diatas dan hijau dibawah. hari ini saya post hijua atas putih bawah


kuih talam
Kuih talam pandan

Bahan bawah

800ml air
100gm santan
200gm tepung beras
25gm tepung gandum
1 sudu teh garam
oleh juga


Cara:-
1.    Campurkan ke semua bahan kecuali keladi
2.    Buat double boiler
3.    Kacau jangan bergentel
4.    Kacau hingga pekat seperti susu pekat.
5.    Kukus selama  20 minit


Bahan atas

10 helai daun pandan kisar
700ml air pandan dari 10 helai daun pandan 
300ml santan
1/4 sudu teh garam
150gm tepung beras
50gm tepung gandum
300gm gula
4 biji telur
1/2 sudu teh pewarna hijau
1/4 sudu teh garam

Cara:-
1. Campurkan ke semua bahan dan kisar
2. Buat double boiler
3. Kacau jangan bergentel
4. Kacau hingga pekat seperti susu pekat
5. Lorekkan bahagian putih dengan garfu dan tuangkan bahagian ini diatas tepung berwarna putih
6.  Kukus hingga masak.


SOURDOUGH BANGGALI LOAF

Hi, let me share this beautiful banggali loaf recipe. Which i'm a  bread maker so i plug and play with my discard levine to make this lo...