27 September 2020

KUIH KASWI PANDAN YANG MUDAH

Bahan A:

2 cawan air

1 1/2 cawan gula


Resepi kuih kaswi banyak versi kalau kita google internet. Kali ini Kak Z mengunakna resepi dari Tiffinbiru.com. Alhamdullilah menjadi. Cuba Kak Z ubah bahan dan tekniknya mengikut kesesuain Kak Z. Mudah sahaja hendak buat kuih ni. Korang boleh mencuba di rumah.

Cara dan teknik boleh di lihat di channel youtube Kak Z :-


Bahan A:

2 cawan air
1 1/2 cawan gula
1/4 sudu garam

Cara-

1. Masak semua bahan ini hingga mendidih dan gula larut

Bahan B:-

3 cawan air
6 helai daun pandan


Cara:-

1. Daun pandan di potong kecil dan di kisar dengan 3 cawan air
2. Kita memerlukan 3 cawan air daun pandan 

Bahan C

3 cawan air pandan dari pandan yang di kisar
1 1/3 cawan tepung gandum
1 1/3 cawan tepung ubi
1/2 sudu kecil air kapur
1/2 sudu kecil pandan emulco

Cara:-
1. Gaul semua bahan C di atas hingga rata.
2. Tapis supaya tidak berketul
3. Masukkan air gula yangmasih panas dan kacau
4. Panas air kukusan
5. Sebelum mengukus kuih pastikan kacau dahulu supaya dia akan masak sekata
6. Jika tidak kacau kuih akan berair di bahagian dalam
7. Kukus selama 40-50 minit
8. Sejukkan sebelum potong

Bahan D

1/2 biji kelapa parut putih
secubit garam 

Cara
1. Gaulkan kelapa parut dengan garam
2. Potong kuih kaswi  dan gaulkan denga kelapa parut

#airkapur adalah air sahaja. Jangan masukkan kapur nanti pahit

Selamat mencuba

KUIH BINGKA UBI RESEPI MAK-MAK



bingka ubi

Kuih bingka ubi kalau masa zaman arwah mak masih hidup mengunakan kayu api. Sekarang guna oven sahaja. Ukuran tidak mengunakan timbangan tapi ukuran cawan. Resepi arwah mak Kak Z pembuat kuih lama-lama. Sebenarnya banyak resepi lama-lama yang masih tersimpan. Kakak-kakak Kak Z yang ingat. Kak Z abadikan resepi di blog supaya semua orang boleh mencuba resepi-resepi ni suatu hari nanti.

Ubi kayu dulu cabut belakang rumah sahaja. Sekarang banyak benda tidka boleh tanak. Sebab banyak tanaman rosak akibat babi hutan dan monyet. Kenalah beli di pasar. Beli anggaran 2kg ubi kayu untuk mendapatkan 3 cawan ubi kayu parut.


https://www.youtube.com/watch?v=15lJeMgE8cs


Kak Z mengunakan cara lama. Parut ubi kayu tu mengunakan pemarut kelapa.Korang boleh tengok youtube It's Azuraa Rahman. dalam tu Kak Z ada tunjuk caranya. Selepas parut perah air ubi kayu dengan mengunakan kain bersih. Air perahan simpan supaya air dan kanji terasing. Nanti buang air dan ambil kanji untuk di campurkan dalam adunan kuih bingka kita.

Bahan:-

3 cawan ubi parut
2 biji telur
1 cawan santan
1 1/4 cawan gula pasir
1 sudu kecil esen vanilla
1/4 sudu kecil garam
1/4 sudu kecil pewarna kuning
2 sudu marjerin dicairkan
Kanji dari air ubi kayu yang di parut

Cara:-

1. Gaul semua bahan di atas hingga adunan rata
2. Sapu loyang pembakar dengan minyak
3. Masuk adunan kedalam bekas pembakar
4. Bakar selama 1 jam api atas baah 180c
5. Potong apabila sejuk

Selamat mencuba

Ok bai




16 September 2020

FUDGY BROWNIES WITH WALNUT

Hari ini akak menunjukkan cara membuat brownies langkah demi langkah mengunakan resepi kak Azlita Aziz mudah dan cepat. ITapi Kak Z ubah sedikit untuk citarasa anak-anak. Diorang suka coklat.

Bahan A

250 gm butter 
500 gm coklat coin

Cara:-

Mula-mula kita perlu cairkan dahulu butter dan coklat masakan.
Bahan-bahan ini perlu di cairkan menggunakan kaedah double boiler.
Atau boleh juga dicairkan  dalam microwave anggaran masa 30 saat,
Kemudian keluarkan dan kacau hingga adunan cair dan licin.
Biarkan ia sejuk sebentar

Bahan B

5 biji telur ~ saiz B
260 gm gula perang

Bahan C

90 gm tepung
50 gm serbuk koko

Bahan D
100gm coklat coin
100 gm walnut

Cara:-

1. Panaskan oven pada suhu 150 C.
2. Alas dasar loyang dengan kertas minyak.
3. Dalam bekas, pukul telur dan gula perang dengan menggunakan whisk hingga gula larut.
4. Kemudian tuangkan adunan coklat dan butter kedalam adunan telur tadi.
5. Kacau rata.
6. Dengan kadar segera tuangkan adunan tepung ke dalam adunan.
7. Kacau adunan dengan spatula menggunakan kaedah kaup balik dengan cepat.
8. Proses ini hendaklah dilakukan dengan cepat kerana adunan coklat yang bercampur dengan adunan telur cepat likat dan akan menyukarkan proses untuk meratakan tepung.
9.Tuangkan adunan ke dalam loyang dan ratakan.
10. Bakar adunan pada suhu 150C selama 30 minit pertama
11. naik suhu ke 170 sehingga adunan masak dengan sempurna.
12. Setelah masak tutup api,  buka pintu oven dan biarkan ia sejuk anggaran 10 minit.

* Permukaan brownies akan mengeras bila ia sejuk, oleh itu di nasihatkan untuk memotong brownies dengan segera.

14 September 2020

SAMBAL TAHI MINYAK DENGAN BUAH BELIMBING


Resepi kampung yang meyelerakan. Sambal tahi minyak kalau resepi asal ada petai. Kadang-kadang pengemar tempoyaka akan letak tempoyak dalam lauk ini. Tapi Kak Z tk makan tempoyak dan petai. So jadilah sambal tahi minyak dengan belimbing yang sangat simple.

Resepi ini Kak Z pernah tengok Arwah mak Kak Z yang buat. Masa umur dalam 10-12 tahun. Tukang petik sayur kampung Kak Z lah. Tukang hiris daun Kak Z juga. Selalu kena tegur dengan Mak sebab hirisan kasar. Masa tu kuat menjawap. Janji dapek makan mak. Apa pun sedap. Mak akan ketepikan yang tidak campur petai dan tempoyak sebab dia tahu anak dia tak suka dua benda tu.

Resepi Tahi minyak:
1 kg santan pekat
Cara:-

1. Masak santan hingga tahi dan minyak terasing

Resepi Sambal Tahi Minyak dengan Belimbing

Bahan:-

Tahi minyak
Daun-daun kampong hiris halus
1. Pucuk ubi
2. Daun kaduk
3. Daun bangun
4. Daun kunyit
5. Daun cengkur
6. Daun pucuk labu

Bahan tumisan dikisar

1. Serai
2. Bawang merah
3. Cili padi
4. Kunyit hidup

1 mangkuk belimbing buluh hiris halus
Ikan bilis rendam dan tumbuk
Cili kisar
1 cawan santan
1 cawan air
Gula dan garam secukupnya
Minyak untuk menumis

Cara:-
1. Gorengkan ikan bilis yang di tumbuk sehingga sedikit garing
2. Masukkan bahan yang di kisar dan cili kisar masak sehingga terbit minyak
3. Masukkan buah belimbing untuk mendapatkan rasa masam dan kacau sebentar
4. Masukkan santan dan air biarkan masak sehingga terbit minyak
5. Masukkan tahi minyak, garam dan gula secukup rasa
6. Masukkan sayur kampung yang telah di hiris dan masak sehingga pekat

Selamat mencuba

02 September 2020

WAFFLE DAN PEANUT BUTTER


Waffle selalu kita beli di kedai harga antara RM3.50-RM5.00 anak berderet nak beli boleh tahan juga terasa poket lopong. Anak-anak pn tidak puas makan. Kak Z pun belilah waffle maker. Masalahnya macam hendak buat resepi pun tak ada. 

Maka bergoogle lah Kak Z di depan handphone. Kak Z try dari resepi mat saleh ke resepi melayu. Semua tidak berapa hendak menjadi. Ada seorang kawan sama berjaulan dengan Kak Z.  Kak Z pun tanya mcm mana dia buat waffle sebab waffle dia sedap. Anak-anak pun suka. So apa yang Kak Z share dengan korang ni resepi dia lah. Thanks Hana share dengan akak resepi yang awesome ni. 

Resepi waffle dan peanut butter yang Kak Z share ini mengunakan ukuran cawan. Mudah dan sedap. Macam beli di kedai.

 Bahan- bahan:-

2 cawan tepung gandum
1/2 cawan gula pasir
1/2 sudu kecil garam halus
3 biji telur
1 1/2 cawan air
1 sudu besar esen vanilla
11gm instant yis atau 1 pek kecil instant yis
Peanut Butter

Cara:-

1.  Pukul telur dan gula hingga gula larut
2.  Masukkan garam dan pukulan lagi
3.  Masukkan tepung sedikit demi sedikit supaya bancuhan tidak berketul
4. Masukkan air 
5.  Masukkan  esen vanilla dan yis.
6.  Kacau bancuhan hingga rata.
7. Rehatkan bancuhan selama 1/2jam
8. Panaskan waffle maker dan sapukan dengan shortening.
9. Masukkan bancuhan waffle
10. Biarkan masak hingga keperangan.
11. Siap dan sapukan dengan peanut butter

Selamat mencuba

ok bai

SOURDOUGH BANGGALI LOAF

Hi, let me share this beautiful banggali loaf recipe. Which i'm a  bread maker so i plug and play with my discard levine to make this lo...