13 March 2015

kuih keria

assalamualaikum

kuih keria. senang jer nak buat. try resepi ini


resepi dapat dalam 35-40 biji

bahan:-

1/2 kg ubi keledek putih
100gm tepung ubi
50gm tepung gandum
secubit garam

cara:-

  1. ubi keledek pilih yang kecil cepat empok
  2. buang kulit dan rebus
  3. rebus jangan terlalu lama agakdah empok angkat dan tapis air
  4. lenyek kan ubi tadi dan biarkan sejuk sedikit..agak-agak suam
  5. masukkan tepung ubi, gandum dan garam
  6. uli hingga rata... jangan tambah tepung kalau lembik biarkan sebentar dia akan keras
  7. kepalkan bulat-bulat dan buat seperti roda atau ring hingga habis
  8. goreng dengan api perlahan dan minyak tidak terlalu panas
  9. pusingkan perlahan supaya tidak hancus
  10. goreng hingga coklat dan garing
  11. angkat dan tapis minyak

bahan gula

1 cawan air
2 cawan gula pasir

cara:-
  1. panaskan air hingga mendidih didalam kuali 
  2. gunakan kuali supaya mudah untuk kacau keria nanti
  3. masukkan gula dan kacau sehingga gula larut
  4. kacau lagi supaya gula jadi karemal dan keperangan
  5. masukkan keria dan tutup api
  6. kacau keria tadi sehingga gula jadi keras
  7. jangan kacau atas dapur.. kalau boleh tempat bersimen supaya gula cepat keras
  8. kacau rata hingga semua keria disalut gula
selamat mencuba

ok bai


Kupang & cheese sayur campur


assalamualaikum

kupang ada lah sejenis siput . hari ni konon nak atkin lah cuba lah buat masakan ni.. sedap lah pulak. habis atkins.. jadi napkin bak kata ben ashaari... apa-apa aje lah
jom share resepi yang mudah ni

bahan:-

1kg kupang
100gm brocoli
2 batang saleri
cendawan ikut suka
 2 keping cheddar cheese
secubit garam
1 sudu teh minyak zaiton

cara:-

1. rebus kupang dan apabila masak kopek kulitnya
2. panaskan minyak
3. masukkan kupang
3. saleri, brocoli dan cendawan perlu di potong 
4. masukkan kedalam kupang tadi dan tambah garam secukup rasa
5. apabila brocoli agak masak tutup api dan masukkan kedalam pinggan
6. letakkan cheese atas sayur tadi

betul tak senang, selamat mencuba

ok bai

masak lemak cili padi ikan parang

assalamualaikum

hari ni masak lauk ..masak lemak cili padi ikan parang


masak lemak cili padi biasa-biasa sahaja. tapi yang jadikan dia sedap dan tergugat iman ialah telur ikan parang. masa kecil-kecil dulu arwah mak dan ayah suka lauk mcm ni. target ikan parang ada telur. masak asam pedas, pindang, masak lemak, masak kicap atau goreng mcm tu pun dah sedap.

ikan parang ni berlemak tapi banyak tulang. ramai tak suka.. tapi akak suka..masa duduk sungai petani tak jumpa..bukan tak jumpa tapi susah dan mahal. kat sini murah aje..

kalau suka boleh lah cuba masak mcm ni

ok bai

SOURDOUGH BANGGALI LOAF

Hi, let me share this beautiful banggali loaf recipe. Which i'm a  bread maker so i plug and play with my discard levine to make this lo...