27 September 2020

KUIH KASWI PANDAN YANG MUDAH

Bahan A:

2 cawan air

1 1/2 cawan gula


Resepi kuih kaswi banyak versi kalau kita google internet. Kali ini Kak Z mengunakna resepi dari Tiffinbiru.com. Alhamdullilah menjadi. Cuba Kak Z ubah bahan dan tekniknya mengikut kesesuain Kak Z. Mudah sahaja hendak buat kuih ni. Korang boleh mencuba di rumah.

Cara dan teknik boleh di lihat di channel youtube Kak Z :-


Bahan A:

2 cawan air
1 1/2 cawan gula
1/4 sudu garam

Cara-

1. Masak semua bahan ini hingga mendidih dan gula larut

Bahan B:-

3 cawan air
6 helai daun pandan


Cara:-

1. Daun pandan di potong kecil dan di kisar dengan 3 cawan air
2. Kita memerlukan 3 cawan air daun pandan 

Bahan C

3 cawan air pandan dari pandan yang di kisar
1 1/3 cawan tepung gandum
1 1/3 cawan tepung ubi
1/2 sudu kecil air kapur
1/2 sudu kecil pandan emulco

Cara:-
1. Gaul semua bahan C di atas hingga rata.
2. Tapis supaya tidak berketul
3. Masukkan air gula yangmasih panas dan kacau
4. Panas air kukusan
5. Sebelum mengukus kuih pastikan kacau dahulu supaya dia akan masak sekata
6. Jika tidak kacau kuih akan berair di bahagian dalam
7. Kukus selama 40-50 minit
8. Sejukkan sebelum potong

Bahan D

1/2 biji kelapa parut putih
secubit garam 

Cara
1. Gaulkan kelapa parut dengan garam
2. Potong kuih kaswi  dan gaulkan denga kelapa parut

#airkapur adalah air sahaja. Jangan masukkan kapur nanti pahit

Selamat mencuba

KUIH BINGKA UBI RESEPI MAK-MAK



bingka ubi

Kuih bingka ubi kalau masa zaman arwah mak masih hidup mengunakan kayu api. Sekarang guna oven sahaja. Ukuran tidak mengunakan timbangan tapi ukuran cawan. Resepi arwah mak Kak Z pembuat kuih lama-lama. Sebenarnya banyak resepi lama-lama yang masih tersimpan. Kakak-kakak Kak Z yang ingat. Kak Z abadikan resepi di blog supaya semua orang boleh mencuba resepi-resepi ni suatu hari nanti.

Ubi kayu dulu cabut belakang rumah sahaja. Sekarang banyak benda tidka boleh tanak. Sebab banyak tanaman rosak akibat babi hutan dan monyet. Kenalah beli di pasar. Beli anggaran 2kg ubi kayu untuk mendapatkan 3 cawan ubi kayu parut.


https://www.youtube.com/watch?v=15lJeMgE8cs


Kak Z mengunakan cara lama. Parut ubi kayu tu mengunakan pemarut kelapa.Korang boleh tengok youtube It's Azuraa Rahman. dalam tu Kak Z ada tunjuk caranya. Selepas parut perah air ubi kayu dengan mengunakan kain bersih. Air perahan simpan supaya air dan kanji terasing. Nanti buang air dan ambil kanji untuk di campurkan dalam adunan kuih bingka kita.

Bahan:-

3 cawan ubi parut
2 biji telur
1 cawan santan
1 1/4 cawan gula pasir
1 sudu kecil esen vanilla
1/4 sudu kecil garam
1/4 sudu kecil pewarna kuning
2 sudu marjerin dicairkan
Kanji dari air ubi kayu yang di parut

Cara:-

1. Gaul semua bahan di atas hingga adunan rata
2. Sapu loyang pembakar dengan minyak
3. Masuk adunan kedalam bekas pembakar
4. Bakar selama 1 jam api atas baah 180c
5. Potong apabila sejuk

Selamat mencuba

Ok bai




16 September 2020

FUDGY BROWNIES WITH WALNUT

Hari ini akak menunjukkan cara membuat brownies langkah demi langkah mengunakan resepi kak Azlita Aziz mudah dan cepat. ITapi Kak Z ubah sedikit untuk citarasa anak-anak. Diorang suka coklat.

Bahan A

250 gm butter 
500 gm coklat coin

Cara:-

Mula-mula kita perlu cairkan dahulu butter dan coklat masakan.
Bahan-bahan ini perlu di cairkan menggunakan kaedah double boiler.
Atau boleh juga dicairkan  dalam microwave anggaran masa 30 saat,
Kemudian keluarkan dan kacau hingga adunan cair dan licin.
Biarkan ia sejuk sebentar

Bahan B

5 biji telur ~ saiz B
260 gm gula perang

Bahan C

90 gm tepung
50 gm serbuk koko

Bahan D
100gm coklat coin
100 gm walnut

Cara:-

1. Panaskan oven pada suhu 150 C.
2. Alas dasar loyang dengan kertas minyak.
3. Dalam bekas, pukul telur dan gula perang dengan menggunakan whisk hingga gula larut.
4. Kemudian tuangkan adunan coklat dan butter kedalam adunan telur tadi.
5. Kacau rata.
6. Dengan kadar segera tuangkan adunan tepung ke dalam adunan.
7. Kacau adunan dengan spatula menggunakan kaedah kaup balik dengan cepat.
8. Proses ini hendaklah dilakukan dengan cepat kerana adunan coklat yang bercampur dengan adunan telur cepat likat dan akan menyukarkan proses untuk meratakan tepung.
9.Tuangkan adunan ke dalam loyang dan ratakan.
10. Bakar adunan pada suhu 150C selama 30 minit pertama
11. naik suhu ke 170 sehingga adunan masak dengan sempurna.
12. Setelah masak tutup api,  buka pintu oven dan biarkan ia sejuk anggaran 10 minit.

* Permukaan brownies akan mengeras bila ia sejuk, oleh itu di nasihatkan untuk memotong brownies dengan segera.

14 September 2020

SAMBAL TAHI MINYAK DENGAN BUAH BELIMBING


Resepi kampung yang meyelerakan. Sambal tahi minyak kalau resepi asal ada petai. Kadang-kadang pengemar tempoyaka akan letak tempoyak dalam lauk ini. Tapi Kak Z tk makan tempoyak dan petai. So jadilah sambal tahi minyak dengan belimbing yang sangat simple.

Resepi ini Kak Z pernah tengok Arwah mak Kak Z yang buat. Masa umur dalam 10-12 tahun. Tukang petik sayur kampung Kak Z lah. Tukang hiris daun Kak Z juga. Selalu kena tegur dengan Mak sebab hirisan kasar. Masa tu kuat menjawap. Janji dapek makan mak. Apa pun sedap. Mak akan ketepikan yang tidak campur petai dan tempoyak sebab dia tahu anak dia tak suka dua benda tu.

Resepi Tahi minyak:
1 kg santan pekat
Cara:-

1. Masak santan hingga tahi dan minyak terasing

Resepi Sambal Tahi Minyak dengan Belimbing

Bahan:-

Tahi minyak
Daun-daun kampong hiris halus
1. Pucuk ubi
2. Daun kaduk
3. Daun bangun
4. Daun kunyit
5. Daun cengkur
6. Daun pucuk labu

Bahan tumisan dikisar

1. Serai
2. Bawang merah
3. Cili padi
4. Kunyit hidup

1 mangkuk belimbing buluh hiris halus
Ikan bilis rendam dan tumbuk
Cili kisar
1 cawan santan
1 cawan air
Gula dan garam secukupnya
Minyak untuk menumis

Cara:-
1. Gorengkan ikan bilis yang di tumbuk sehingga sedikit garing
2. Masukkan bahan yang di kisar dan cili kisar masak sehingga terbit minyak
3. Masukkan buah belimbing untuk mendapatkan rasa masam dan kacau sebentar
4. Masukkan santan dan air biarkan masak sehingga terbit minyak
5. Masukkan tahi minyak, garam dan gula secukup rasa
6. Masukkan sayur kampung yang telah di hiris dan masak sehingga pekat

Selamat mencuba

02 September 2020

WAFFLE DAN PEANUT BUTTER


Waffle selalu kita beli di kedai harga antara RM3.50-RM5.00 anak berderet nak beli boleh tahan juga terasa poket lopong. Anak-anak pn tidak puas makan. Kak Z pun belilah waffle maker. Masalahnya macam hendak buat resepi pun tak ada. 

Maka bergoogle lah Kak Z di depan handphone. Kak Z try dari resepi mat saleh ke resepi melayu. Semua tidak berapa hendak menjadi. Ada seorang kawan sama berjaulan dengan Kak Z.  Kak Z pun tanya mcm mana dia buat waffle sebab waffle dia sedap. Anak-anak pun suka. So apa yang Kak Z share dengan korang ni resepi dia lah. Thanks Hana share dengan akak resepi yang awesome ni. 

Resepi waffle dan peanut butter yang Kak Z share ini mengunakan ukuran cawan. Mudah dan sedap. Macam beli di kedai.

 Bahan- bahan:-

2 cawan tepung gandum
1/2 cawan gula pasir
1/2 sudu kecil garam halus
3 biji telur
1 1/2 cawan air
1 sudu besar esen vanilla
11gm instant yis atau 1 pek kecil instant yis
Peanut Butter

Cara:-

1.  Pukul telur dan gula hingga gula larut
2.  Masukkan garam dan pukulan lagi
3.  Masukkan tepung sedikit demi sedikit supaya bancuhan tidak berketul
4. Masukkan air 
5.  Masukkan  esen vanilla dan yis.
6.  Kacau bancuhan hingga rata.
7. Rehatkan bancuhan selama 1/2jam
8. Panaskan waffle maker dan sapukan dengan shortening.
9. Masukkan bancuhan waffle
10. Biarkan masak hingga keperangan.
11. Siap dan sapukan dengan peanut butter

Selamat mencuba

ok bai

28 July 2020

DOKUMEN PERJALANAN TERHAD UNTUK HANIF





Antara perkara yang mengembirakan ialah apabila anak-anak menerima tawaran  untuk melanjutkan pelajaran. Hakim sekarang belajar di UiTM Jengka. Hanif akan melanjutkan pelajaran ke Institut Perguruan Miri dan Haris sedang buat persiapan ke USA. Banyak perkara yang perlu di uruskan sebelum dia orang pergi


Hanif akan ke Miri. Dia memerlukan  Dokumen Perjalanan Terhad. Tujuan Dokumen ini dikeluarkan kepada warganegara Malaysia dari Semenanjung bagi tujuan perjalanan keluar/masuk dan tinggal sementara di Sabah dan Sarawak bagi tempoh melebihi 3 bulan.

Dokumen Perjalanan Terhad

1. Tempoh Sah laku Lima (5) tahun dari tarikh dikeluarkan dan boleh dilanjutkan selama 5 tahun lagi

2. Syarat-Syarat Am:-
  • Melengkapkan borang Pasport Malaysia (IM.42)yang boleh didapati di kaunter pejabat pasport atau dimuat turun melalui Laman Web Imigresen secara percuma. 
  • Borang hendaklah dimuat turun dan dicetak atas kertas A4 (depan dan belakang).
  • Gambar berukuran 3.5 cm x 5 cm - dua (2) keping
  • Dokumen Perjalanan Terhad yang sedia ada (jika berkaitan)
  • MyKad/Kad Pengenalan Tentera/Kad Pengenalan Polis atau Kad Pengenalan Sementara (JPN.KPPK 09 atau 11) bagi pemohon berumur melebihi 12 tahun.
  • Sijil Kelahiran bagi pemohon dibawah 12 tahun.
Pemohon mesti hadir semasa permohonan dibuat:-
 
Bayaran RM 5.00

Senarai Pejabat Pengeluar Dokumen Perjalanan Terhad (DPT)

ok bai

#dokumenperjalananterhad #miri #semenanjung #ipg #sarawak



19 July 2020

KOREAN SPICY CHICKEN WINGS




Resepi ayam goreng pedas Korea ada banyak versi. Kak Z sendiri tidak pasti mana yang sedap atau tidak. Jadi Kak Z buat mengunakan perencah Sos Korea. Memang pedas. Tapi sedap kalau kita makan dengan mayonise. Anak-anak Kak Z sukalah

Resepi untuk salut ayam mengunakan resepi buffalo chicken wings yang kawan Kak Z ajar. Buffalo chicken wings mengunakan Tobasco Sos. Tapi kalau ini kita ubah mengunakan Sos Korea. Dalam resepi ini Kak Z guna 2 pek Sos Korea

Resepi Korean Spicy Chicken Wings

Bahan:-

1 kg kepak ayam
1 biji telur
1 cawan tepung jagung
1 sudu kecil garam
1 sudu kecil serbuk perasa
2 pek sos korea
2 sudu besar bijan
Minyak untuk mengoreng

Cara:-
1. Bersih ayam dan gaulkan dengan garam, serbuk perasa dan telur
2. Gaulkan dengan telur dan ketepikan
3. Goreng bijan tanpa minyak hingga keperangan
4. Panaskan minyak dalam kuali mengoreng dan ayam perlu di goreng hingga garing
5. Goreng hingga garing
6. Panaskan sos korea dalam kuali dan masukkan bijan
7. Masukkan ayam dan gaul ayam dengan sos hingga rata.
8. Boleh di hidang

Bijan yang kita goreng akan menaikkan aroma ayam kita. Korang kena cuba mesti puas hati dengan resepi ini

Ok bai

04 July 2020

NASI MANDY AYAM



Nasi Mandy ayam yang Kak Z hari ini. Sampai ke malam aromanya melekat di tangah. Rasa macam susah hendaj buat. Tapi senang sahaja. 

Jadi Kak Z share dengan korang cara membuatnya. Walaupun rempah nasi mandy tidak ada. Korang boleh guna rempah ratua di rumah.

Nasi Mandy perlu buat step by step yer

Bahan A

2 sudu besar biji ketumba
2 sudu besar jintan manis
1 sudu besar buah pelaga
1 sudu besar lada hitam
1 batang kulit kayu manis 
 2 cawan air

Cara:-
1. Kulit kayu manis perlu di hancurkan sedikit sebelum di kisar
2. Kisar semua bahan hingga halus
3. Tapiskan air ketepikan guna untuk masak nasi
4. Serbuk untuk goreng ayam dan tumisan nasi

*********

Bahan B - ayam

1/2 ekor ayam. Potong 6
1 sudu kecil garam
1 sudu kecil serbuk perasa
1 sudu besar serbuk rempah yang kita kisar tadi
1 sudu besar pewarna merah
Minyak untuk mengoreng

Cara:-

1. Gaul semua bahan B kecuali pewarna.
2. Perap selama 30 minit
3. Panaskan minyak dalan kuali dan masukkan ayam
4. Letakkan pewarna pada sudip dan kacau pada ayam.
5. Kacau sehingga pewarna salut seluruh ayam
6. Goreng sampai garing dan ketepikan

*********

Bahan C - Nasi

2 cawan brasmathi - basuh bersih
3 1/2 cawan air - air dari rempah yang di kisar dan air kosong. Campur jadikan 3 1/2 cawan air
5 ulas bawang merah
1 batang kulit kayu manis
1 sudu besar serbuk rempah yang di kisar tadi
2 sudu kecil garam
1 sudu kecil serbuk perasa
Minyak menumis
Arang
1 sudu besar minyak sapi
Aluminium foil

Cara

1. Hiris bawang 
2.  Panaskan minyak dalam periuk dan tumiskan kulit kayu manis dan bawang.
3. Masukkan serbuk rempah dan biar sampai naik bau
4. Masukkan air dan biarkan mendidh
5. Masukkan garam dan perasa kacau
6. Masukkan brasmathi dan kacau
7. Kecilkan api biarkan nasi kering
8. Tutup keliling periuk dengan aluminium foil
9. Biarkan nasi betul-betul masak
10. Bakar arang atas dapur gas. Hingga bara
11. Buka aluminium foil dan letakkan mangkuk besi kecil atas nasi dalam periuk. Susun ayam yang dah di goreng keliling mangkuk besi.
12. Masukkan minyak sapi dalam mangkuk besi
13. Ambik bara arang. Masuk dalam mangkuk besi
14. Nanti akan keluar asap yang banyak.
15. Cepat-cepat tutup dengan aluminium foil
16. Tutup rapat. Jangan bagi asap keluar. Ketepikan. Kita buat acar dan sos

Bahan D - acar

 1 batang timun
1  biji tomato
Daun ketumbar
Air jus lemon
1 sudu besar gula
1/4 sudu kecil garam

Cara:-

1. Timun potong dadu
2. Tomato buang biji potong dadu
3. Daun ketumbar cincang
4. Gaul semua bahan D 
5. Ketepikan kalau nak sedap masuk peti sejuk

********

Bahan E - sos

1 biji tomato
4 biji cili merah
Jus lemon
Hirisan daun ketumbar
2 sudu besar gula
1/4 sudu kecil garam
1cawan air masak

Cara

1. Potong cili dan buang biji. 
2. Kisar dengan air , gula dan garam
3. Kisar halus
4. Potong tomato dan buang biji
5. Kisar dengan cili. Sekejap sahaja. Tomato tidak perlu hancur.
6. Masuk dalam mangkuk dan taburkan hirisan ketumbar

Semua dah siap korang boleh hidang

Kalau hendak lebih detail ada di channel

https://www.youtube.com/user/rshaz73

Selamat mencuba

Ok bai

29 June 2020

HANIF DAN HARIS MENDAPAT 9A DALAM PEPERIKSAAN SPM 2019


Alhamdullilah  kembar dapat ucapan tahniah di FB , IG dan whatapp Ucapan tahniah juga pada cikgu-cikgu yg mengajar kembar Kak z ni. Usaha keras cikgu sekolah dan cikgu tusyen yg mengajar diaorang dari A to Z

Nak cerita pasal kisah betapa paniknya seorang mak hendak ambil keputusan  SPM anak kembar.. Panik ko... 

2 hari sebelum sebelum peperiksaan dah minta diaorang relax. Terima je apa yg dpt..dan mak tak nak naik pentas.. yang akhirnya naik jugak aku..haaa

Malam sebelum keputusan tidur-tidur ayam je.. hati sentiasa cakap YA ALLAH apa lah keputusan anak aku ni.

Pukul 3 bangun siapkan barang jualan. Kejut Hanif. Badan dah mula berpeluh. Cakap kat Hanif "ko arrange apa yg patut.. ami dah jem tak leh fikir". Kak.Z  ingat akak yang jem.. dia lagi jem...haaaa

Kul 9.00.keluar deliver barang. Selalu hantar sekolah dia dulu.. tapi hantar last. Dalam kereta.. mak kata tangan sejuk...rupanya tangan dia lagi sejuk. Si Hanif naik kereta dengan mak.. Haris naik motor gi dengan kawan-kawan.

Pergi sarapan kul 9.25am.. kat kedai mak makan anak tak  makan.. makan pun laju ...tak tentu arah lah perut.. badan semua. Nak kul 10 tu cepat berlalu

Sampai sekolah pukul 9.50am.. hantar barang kat koperasi.. Hanif jumpa kawan-kawan dia. Mak parking kereta..

Sharp pukul 10 jam dalam kereta aku terus check kat web site dan sms.. tak lepas.. lupa lak.. jam kat kereta cepat 5 min.. mengelatar tangan.. cikgu lalu depan kereta aku tak heran..selalunya aku angguk atau senyum kali ni tak peduli..

Cuba lagi 3 kali cuba...result Hanif keluar dulu.. Kak Zbmeraung ko.. nasib baik kereta kedap udara. Kalau tidak orang ingat ponti... tisu dah siap-siap kat tepi..result Hanif dah settle.. tangan gigil check Haris.. banjir terus kereta dengn tisu...melambak tisu aku.. macam tidak percaya.. check dengan sms lah.. bah terus kereta. Cikgu-cikgu lelaki kat surau agaknya nampak kejadian tu.

Hanif cari... ami kat mana.. mak kata meh sini kat surau.. dia pun datang.. aku lari peluk dia...dia dah tau lah tu.. dia pun macam tak percaya dpt 9A..nangis dua beranak kat tengah parking lot buat malu je..

Cari haris ...where are you..? Sekali nampak.dia... lari lagi mak yanganggun tiba jadi Usin Bolt hendak peluk.anak..dia dapat tahu 9A.. sujuh syukur kat situ jugak..Akak tak pernah rasa mcm ni 



Gambar ni pengetua dan cikgu-cikgu panggil naik pentas.. aku segan sebenarnya.. tapi kena naik juga..

Ini hanya permulaan .. masih jauh lagi perjalanan. Sebelah kaki dah ada kat Uni.. sekarang nak masukkan sebelah lagi 1 kaki

Doakan yg terbaik yer semua

P/s...thank you pada yang ucapkan tahniah.. yang like.. cuba nak balas 1 persatu. Insyallah..

Artikel dari Harian Metro

PASANGAN kembar menyifatkan kejayaan mereka mencapai keputusan kecemerlangan dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang diumumkan hari ini adalah berkat membantu ibu mereka.

Ahmad Hanif Ahmad Khairulddin, 18, dan adik kembarnya, Ahmad Haris, yang meraih 9A tidak pernah mengabaikan tanggungjawab membantu ibu, Siti Hazura Abdul Rahman, 46, menguli tepung untuk menghasilkan pelbagai roti setiap 4 pagi sebelum dipasarkan di pelbagai kedai dan kantin.



AHMAD Hanif Ahmad Khairulddin (dua dari kanan) dan adik kembarnya, Ahmad Haris (tiga dari kanan) serta dua rakan mereka mendengar penjelasan guru, Khairul Akmal Mamat, 34, (kiri sekali) mengenai peluang melanjutkan pengajian di SMKGB, Masjid Tanah dekat Alor Gajah. FOTO Hassan Omar

Dengan hasil titik peluh mereka bertiga, Siti Hazura menyara kehidupan dia dan empat anaknya termasuk abang pasangan kembar itu yang berusia 20 tahun dan menuntut di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Jengka, Pahang dan anak bongsu berusia 12 tahun.

Ahmad Hanif berkata, dia dan Ahmad Haris bersengkang mata membantu ibu di dapur bagi menyiapkan pesanan pelbagai jenis roti untuk memastikan keluarga mereka mempunyai sumber kewangan untuk meneruskan kehidupan.

“Kami amat kasihan melihat ibu bersusah-payah memasak roti untuk membesarkan kami adik-beradik dan sepanjang tujuh hari seminggu, tidak ada waktu tidur yang panjang untuk kami selain antara tiga hingga empat jam sehari,” katanya ketika ditemui di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Ghafar Baba, Masjid Tanah, Melaka.

Pasangan berkenaan adalah antara 11 pelajar cemerlang SMK Ghafar Baba yang memperoleh 9A dengan Ahmad Hanif dan adiknya memperoleh A Cemerlang bagi subjek Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Pendidikan Islam, Sejarah, Matematik, Matematik Tambahan, Sains Komputer, Fizik dan Kimia.

Ahmad Haris berkata, dia bercita-cita untuk melanjutkan pengajian di menara gading dalam bidang kejuruteraan manakala abangnya dalam bidang undang-undang.

“Alhamdulillah, kami bercadang memohon melanjutkan pelajaran ke luar negara tetapi jika tiada rezeki di luar negara, kami memilih Universiti Malaya (UM) sebagai pilihan,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 5 Mac 2020 @ 2:20 PM

AMALAN ANAK-ANAK MUDAH MENJAWAB PEPERIKSAAN

Musim peperiksaan Kak Z rasa macam sibuk sangat. Sebab hendak jaga kesihatan dan pemakanan anak-anak. Kesihatan supaya tidak demam atau gangguan lain. Terutama Peperiksaan UPSR, PT3 dan SPM. Jaga pemakanan supaya tidak sakit perut. Kalau anak-anak sakit macam mana nak jawap soalan dengan tenang. Betul tak?

Anak-anak pun sudah faham. Kak Z dengan korang dari apa Kak Z belajar dari orang yang berpengalaman dalam menguruskan anak-anak diaorang. Sebab kita bukan orang berilmu sangat. Baru nak belajar hidup orang kata. Kak Z kutip sikit-sikit dan amalkan.

Amalan kita sebagai ibubapa tentunya menjaga solat 5 waktu dan melakukan solat sunat yang lain. Dan kita berdoa sebaiknya untuk anak kita. Supaya mudah menjawap soalan, memberi kejayaan dan tiada halangan ketika hendak menjawap soalan. Doa dan minta pada Allah. ALLAH maha mendengar dan mengasihani kita.

Penjagaan kesihatan anak-anak ketika hampir peperiksaan. Kak Z tidak benarkan anak-anak bermain hujan, angkat berat atau bermain basikal. Orang kata manjakan anak. Bukan manjakan anak. Jaga anak supaya tidak demam, tidak patah giuk atau sakit-sakit ketika peperiksaan. Cerewatkan?

Makanan pula tidak bagi anak makan terlalu pedas atau yang boleh menyakitkan perut. Makan di luar di larang sama sekali. Kalau terkena sakit perut atau cirit birit siapa susah? Kita juga. Betul tak?

Emosi anak-anak. Ini perlu di jaga. Kalau suami isteri elak lak bergaduh sewaktu anak nak periksa. Perasaan anak-anak pun perlu di jaga. Jangan bagi tekanan. Pressure suruh diaorang dapat straight A. Kak Z tak pernah pressure anak-anak straight A atau jadi pandai. Sangat-sangat flexiable. Memberi galakan supaya anak-anak tenang.

Amalan doa dari kita sebagai ibu bapa mudah. Dan nampak macam kelakar doa lembutkan hati Nabi Daud. Doa ini melembutkan hati dia menerima pelajaran dengan mudah. Baca doa ni dan hembus pada umbun-umbun anak-anak sebelum diaorang ke sekolah. Kalau tak dapat doa dalam hati dari jauh pun boleh. Janji niat kita elok. Baca doa ni dan niatkan dalam hatj supaya anak kita lembut hati mudah terima ilmu


Doa yang kita suruh anak amalkan. Suruh anak-anak baca doa ini sebelum memulakan pelajaran atau memulakan persekolahan.


Doa last ni macam kelakar. Kita selalu gunakan ketika kita nak makan. Sebenarnya doa ni adalah untuk permudahkan urusan kita. Contoh menjawap soalan yang susah seperti matematik. Pada anak-anak Kak Z, selalu pesan kalau stuck atau rasa  susah hendak jawap sesuatu soalan baca ayat ini. Dan niat pada ALLAH permudahkan jawap soalan.

Ini apa yang Kak Z amalkan. Setiap orang ada amalan mereka sendiri. Kak Z tidaklah sepandai mana hendak mengajar orang. Tapi berkongsi dengan korang dari apa yang akak belajar dari orang yang anak-anak mereka telah berjaya. Selamat mencuba. Kita berusaha, doa dan bertawakal.. insyallah

Ok bai



LAUK LODEH KERING.. LAUK KENANGAN



Lauk lodeh ni kalau buat confirm habis. Simple nak buat. Arwah mak cakap.."mah campak-campak jo dah siap". Sebenarnya ini adalah antara lauk yang sempat Kak Z belajar dari arwah Mak.

Kita dah duduk asrama dari 13 tahun. Lepas tu merantau merata. Sekolah pun merata. Dengan arwah mak.. betul memang sampai umur 13 tahun. Masa Kak Z umur 17 tahun, arwah mak dah mula sakit. Kena dialisis. Jadi bila balik rumah, arwah ayah yang ajar masak. Banyak belajar dengan arwah ayah. Sebab tu lauk Kak Z simple sangat. Ikut tekak arwah ayah. Apa dia suka dia taruh. Walaupun ada maid. Tapi ayah yang masak.

Jom akak share resepi lauk lodeh 

Bahan

Tempe
Tauhu
Udang putih
Kacang Panjang
Cili merah
Halia
Bawang besar
Bawang putih
Santan
Sedikit air asam jawa
Gula
Garam
Minyak masak

Cara:-
1. Tempe dan tauhu potong dadu  kemudian goreng  angkat dan ketepikan
2. Potong acang panjang dan cili merah saiz ikut suka
3. Hiris bawang besar, halia dan bawang putih
4. Bersihkan udang putih buang kepala.
5. Tumiskan bawang putih, bawang besar dan halia hingga naik bau
6. Masukkan udang, air asam jawa dan santan masak sampai mendidih
7. Sesudah mendidih masukkan garam dan gula.. secukup rasa
8. Masuk kacang panjang, tempe, tauhu dna cili merah.
9. Biar lodeh kering. Angkat dan hidang.

Senangkan? Semua orang boleh cuba dan masak lauk ni. 

Ok bai

28 June 2020

AMALAN SUPAYA ANAK MENYAYANGI DAN MENDENGAR CAKAP IBUBAPA

Kak Z mempunyai 4 orang anak lelaki. Sebagai ibu tunggal bukan mudah untuk Kak Z menjaga dan mendidik anak-anak ini. Macam- macam perangai yang dia orang ada. Anak-anak Kak Z ada yang kuat merajuk, kuat melawan dan kuat makan. Tapi susah hendak jumpa diaorang ni bergaduh sesama adik beradik. Bukan tidak pernah.. ada.. Sekali dua pernah lah. Selalunya diaorang rapat, sayang menyayangi dan ambil kisah apa yang berlaku antara satu sama lain.

Ada yang bertanya apa amalan yang Kak Z lakukan supaya anak-anak ni mendengar cakap Kak Z. Kak Z ni boleh tahan garang dengan anak-anak masa kecil. Bila diaorang besar alhamdullilah semua baik dan mendengar kata. Mereka ni walaupun melawan tapi patuh. Alhamdullilah.. ALLAH mempermudahkan urusan Kak Z dalam menjaga anak-anak inu walaupun tanpa bapa mereka. Bapa mereka missing in action...haaaa.

Semua ini adalah urusan Allah kita hanya berdoa, berusaha dan bertawakal. Antara benda yang Kak Z buat ialah

1. Solat 5 waktu

Solat 5 waktu adalah wajib. Kita berdoa pada Allah supaya kita bersabar dan permudahkan urusan kita

2. Solat Sunat Tahajjud
3. Solat Sunat Witir
4. Solat Sunat Duha
5. Solat Sunat Sebelum Solat Subuh - berdoalah pada Allah selepas solat sunat sebelum solat subuh. Doa dengan ikhlas hati. Insyallah Allah akan makbulkan doa kita

6. Cara pemakanan anak-anak..

Kalau boleh bagi anak-anak kita makan dari rezeki yang halal. Dari sumber makanan yang halal. 

7. Janganlah kita mengata anak orang buruk, jahat atau bodoh. 
Sebab takut balik kepada anak kita

8. Doa ketika menyediakan makan. 
-Bismillah
-Alfatiha
- Hembuskan pada makanan yang kita masak pada anak

9. Doa. 
Doa ini menjadi amalan Kak z. Korang boleh cuba. Agak -agak anak korang nak jadi buas, bergaduh. Baca, amalkan dan tiup pada anak korang dalam diam. Niatkan dalam hati  YA ALLAh pemudahkan urusan ku dan jangan lah anak aku buas, degil atau bergaduh






Dalam membuat amalan ini korang kena yakin. Sebab setiap apa yang Allah turunkan ada hikmahnya. Kita pun perlu cermin diri kita. Kalau kita salah mohon keampunan dari Allah. Kita bukan perfect tapi cuba menjadi terbaik untuk diri kita anak-anak dan keluarga.

Ok bai











CARA MEMBUAT BAYARAN YURAN PENGAJIAN UITM



Ini adalah kali kedua anak Kak Z di tawarkan belajar di UITM. Pertama kali abang Hakim di UiTM Jengka. Dan kali ini Haris di tawarkan Asasi Law KPM di UiTM Dengkil.

Dengan pengalaman ini Kak Z share dengan korang cara akak membuat bayaran secara online. Sebelum itu korang kena baca panduan bayaran online yang telah di tunjuk oleh pihak UiTM.


Cara bayaran online hanya boleh di buat di laman web www.bankislam.com.my bagi sesiapa yang mempunyai account Bank Islam. Kalau korang tidak ada account Bank Islam bayaran boleh di buat melalui kaunter Bank Islam atau ATM machine Bank Islam.


Ikut langkah yang telah di tunjuk dalam screenshoot ini. Di sini Kak Z ajar satu persatu bagaimana korang hendak membayar cara online. Apa pun korang kena tahu korang sudah mendapat tawaran dari UPU yang menyatakan korang di tawarkan meneruskan pengajian di UiTM



Korang klik pada tawaran yang korang dapat.



2.  Selepas pada klik pada tawaran yang korang dapat. 


3.  Sekarang klik pada keputusan permohonan ke UiTM. Isikan nombor Kad Pengenalan korang.

4. Akan keluar surat tawaran yang menuliskan
i. Nama korang
ii. I/c korang
iii. Studeng ID 
iv. Course
v. Campus korang.

Tapi tidak ada jumlah berapa bayaran yang korang kena bayar.


5. Pergi ke kiri ada satu bahagian CETAK BIL BAYARAN


Korang klik kat sini nanti akan keluar berapa banyak bayaran yang perlu di buat

6. Jumlah bayaran bergantung pada course yang korang hendak ambil. Di hujung sekali ada di tulis belum di bayar. Dan jumlah perlu di bayar.


Jumlah perlu di bayar ialah RM698.00.  Dan kita perlu tahu jumlah ini kalau kita buat bayaran di ATM manchine atau kaunter bank islam. Nanti kita perlukan masukkan jumlah bayaran tersebut. Kalau kita bayar secara online, jumlah ini automatik akan keluar.




BAYARAN DI BANK ISLAM ONLINE

Untuk bayaran online kita perlu ada account dengan Bank Islam

1. Masuk ke dalam laman web Bank Islam


2. Akan keluar dashboard bank account kita. Jadi kita pilih "BILL PRESENTMENT".


3. Akan keluar icon pilihan identiti kita. Oleh sebab anak Kak Z memgunakan kad pengenalan. Kak Z memilih No. I/C baru


4. Selepas klik new ic number akan keluar nombor ID student pelajar. Pilih no. ID korang yang UiTM telah bagi pada surat tawaran. Jangan pilih ID yang salah pula yer.


5. Pastikan korang dapat pengesahan bayaran korang


6. Bayaran ini bukan automatik akan di update oleh pihak Bank dan UiTM. Perlu tunggu 24 jam. Selepas 24 jam barulah kita UiTM mengsahkan bayaran kita.




Harap penerangan ini dapat membantu korang dalam membuat pembayaran yuran pengajian korang di UiTM

Ok bai

 








17 June 2020

GARLIC BREAD YANG SENANG DI BUAT..PASTINYA RAMAI YANG SUKA



Garlic bread sedap kalau kita makan bersama creamy sup atau stew. Boleh juga maka  begitu sahaja. Hari ini Kak Z share resepi mudah ini untuk korang cuba.

Bahan:-

Campuran yis

1 pek instant yis
50ml air suam
1 sudu besar gula

Cara:-
1.Campurkan semua bahan dan biarkan yis kembang

Bahan lepa bawang putih

Beberapa ulas bawang putih
3 sudu besar marjerin
Serbuk basil

Cara:-
1. Cincang bawang putih
2. Campurkan dengan marjerin dan serbuk basil.

Bahan doh

500gm tepung high protien
2 sudu besar gula pasir
1/2 sudu besar garam
1 sudu besar marjerin
200ml air sejuk

Cara:-
1. Campur semua bahan kecuali marjerin. Uli sehingga tidak melekat. Uli mengunakan tangan atau mixer.
2. Masukkan marjerin dan uli lagi.
3. Keluarkan doh dari mixer bowl dan bahagikan 3. Setiap satu anggaran 270gm.
4. Bulat-bulatkan dan biarkan doh rehat 10 minit. Tutup dengan kain lembap
5. Selepas 10minit. Leperkan doh dan gulung memanjang. Biarkan doh selama 10 minit. Tutup dengan kain lembap
6. Setelah 10 minit timbang susun doh atas bekas pembakar
7. Rehat kan doh hingga kembang
8. Selepaa kembang potong bahagian tengah dan sapu sengan sapuan marjerin dan bawang putih.
9. Bakar selama 15 minit atau masak dengan suhu atas bawah 200c

Selamat mencuba

Ok bai

STEW DAGING YANG MUDAH DI MASAK



Kalau di rumah anak-anak sup makan sup macam ni dengan garlic bread. Walaupun senang hendak buat. Kadang-kadang tahap kemalasan mengatasi segalanya. Hari ini kena buat juga. Sebab permintaan anak-anak yang nak ke universiti tidak lama lagi..

Jom kita buat

Resepi

Bahan:-

500gm daging lembu dan tulang
2 biji kentang
1 botol sos spagetthi tradisional Kimball
1 batang daun celery
1 sudu besar lada hitam tumbuk untuk mendapat serbuk
5 ulas bawang putih
50gm kacang panggang @ kidney bean
Daun bay
Serbuk basil
Garam secukup rasa
1/2 sudu besar gula pasir kalau suka.

Cara:-

1. Potong daging
2. Potong kentang dan celery 
3. Bawang putih cincang halus
4. Kacang di basuh bersih
5. Masukkan semua bahan kedalam slow cooker dan biarkan masak selama 6- 8 jam untuk mendapatkan daging yang lembut dan rasa yang sempurna. 
6. Jika masak di dalam slow cooker tidak perlu risau air kering kerana memang tidak kering
7. Kak Z tidak mengunakan pressure cooker atau Nozza sebab masak terlalu cepat. Kita tidak boleh mendapat kepekatan yang sesuai untk stew kita
8. Sedap di makan dengan garlic bread atau begitu sahaja
9. Jika kurang rasa garam atau guka anda boleh menambahnya
10. Masak sampai betul-betul pekat.

Selamat mencuba

Ok bai

SOURDOUGH BANGGALI LOAF

Hi, let me share this beautiful banggali loaf recipe. Which i'm a  bread maker so i plug and play with my discard levine to make this lo...