06 January 2017

BINGKA UBI NYONYA STYLE



Bingka ubi antara kuih kegemaran Kak Z. Terutama bingka ubi nyonya style. Bingka ubi nyonya bewarna kuning. Dan bingka ubi kampung berwarna coklat. Kak Z suka bingka ubi nyonya. Sebab bingka ubi kampung rasa masam sedikit kerana mengunakan gula merah.

Kak Z sudah belajar 4 resepi berlainan. Teknik yang berbeza. Rasa dan texture juga berbeza. Ada yang mengunakan pewangi ros. Ada tidak mengunakan telur ada juga yang kena perah air dari parutan ubi.

Ubi pula mungkin cara yang mudah ialah mengisar atau blander ubi tersebut. Tapi Kak Z pilih cara parut. Jika kita blander perlu mengunakan air yg banyak. Kita kena perah air tersebut .. dari mudah jadi leceh. Parut lagi cantik kejadian ubi kita.

Resepi ini perkongsian Sis Lin. Beliau adalah kenalan FB Kak Z. Sis Li dapat resi ini dari kenalan FB Suraya Yusof. Kak Z selalu nampak di fb beliau, dia suka buat bingka ubi. Kak Z dan ubah sedikit mengikut citarasa Kak Z. Apa pun terima kasih Sis Lin dan Suraya Yusof atas perkongsian bingka ubi yang awesome ni. Joom kita buat

Bahan: loyang  10 x 10 inci

2kg ubi kayu
4 biji telur
350gm gula pasir
400ml santan
1 sudu teh garam
20gm marjerin
1/4 sudu teh esen ros
1/4 sudu teh pewarna kuning telur

Cara -

1. Ubi kayu di parut
2. Bancuh semua bahan kecuali telur.
3. Pukul sedikit telur dengan whisk atau garfu sedikit sahaja
4. Gaul dengan bahan lain
5. Masukkan kedalam loyang yang telah di oles dengan marjerin
6. Bakar selama 1 jam 30 min suhu 200c
7. 1jam pertama guna api atas bawah
8. 30 min akhir hanya guna api bawah atau mengikut oven masing-masing.
9. Biarkan sejuk baru potong




Nota:-
Kawal api supaya tidak hangit
Kak Z guna api atas bawah selama 1 jam adalah untuk mengaringkan bahagian atas
30 min untuk bahagian bawah supaya bahagian atas tidak hangit.

Selamat mencuba

Ok bai

SOURDOUGH BANGGALI LOAF

Hi, let me share this beautiful banggali loaf recipe. Which i'm a  bread maker so i plug and play with my discard levine to make this lo...