04 March 2015

popia sambal

assalamualaikum

2-3 minggu lepas panas cerita pasal popia. indonesia kata popia berasal dari negera dia orang. setahu akak lah popia dari wilayah china. mana tidak pasti. ok hari ini akak buat popia sambal. sedap dan mudah


popia sambal

bahan inti

2 batang carrot
1 biji sengkuang berat 500gm
20gm udang kering
1 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
garam secukup rasa 
gula 1/4 sudu teh
minyak untuk menumis

cara:-
1. carrot dan sengkuang di potong halus dan panjang
2. tumbuk bawang putih, bawang besar dan bawang putih
3. tumis semua bahan ini hingg anaik bau
4. masukkan sengkuang dan carrot
5. masukkan garam dan gula
6. kacau rasa
7. tapis untuk membuang air dan biarkan sejuk

bahan kulit

1 pek kulit popia jenis KG
1 sudu besar tepung gandum
3 sudu besar  air
minyak masak

cara:-
1. campur tepung dan air sebagai bahan pelekat
2. leraikan kulit popia sehelai demi sehelai  dan letakkan di bawah tuala lembap
3. isikan inti sebanyak 1 sudu besar di salah satu penjuru empat segi
4. lipat kan popia dan gunakan bancuhan tepung sebagai gam
5. ulang hingga habis
6. goreng dengan minyak yang banyak hingga kekuningan gelap

bahan untuk sambal

200gm cili boh
3 ulas bawah putih
5 sudu besar gula
1/2 sudu teh garam
sedikit bijan
minyak masak untuk tumisan

cara
1. tumuk bawang putih hingga lumat dan tumis hingga naik bau
2. masukkan cili boh dan biarkan masak
3. masukkan gula, garam dan bijan
4. biar sedikit kering dan tutup api
5. masukkan popia tadi dan kacau rata

ok bai