06 August 2016

Imaan Suci Wipe..make up remover


Imaan Suci Wipe


Ber make up perkara terakhir untuk Kak Z bila keluar dari rumah. Kenapa Kak Z malas sangat hendak ber make up? Sebab susah hendak solat.. perlu cuci. Kalau salah cuci mesti musuh ketat keluar aka jerawat. Kena bawa make up remover. Penuh handbag Kak Z. Tak suka berat. Bila blogger Saidila Abd Rahman perkenalkan Kak Z dengan Imaan Suci Wipe ni cuak lah pula hendak pakai. Kulit Kak Z ni sensitif. Seperti biasa musuh ketat akan keluar. Cuba 1 peket. OMG..terpikat terus. Tiada masalah kemerahan dan jerawat yang naik di muka Kak Z.



1 peket ada 10. Tahan untuk 10 hari. Korang nak tau tak, walaupu tidak pakai make up, kita di galakkan memakai make up remover tau. Sebab make up remover boleh membersih hingga ke dalam. Jangan malas. Nak kulit cantikkan? So kena rajin cuci. Itu yang Kak Z amalkan semenjak dua menjak ni..haa. Mana Kak z dapat ilmu ini. Dari Stagram lah.




Iman Suci Whipe boleh di bawa solat. Sebab tidak mengandungi Alkahol. Pek kecil masuk dalam handbag. Tidak ragu-ragu kalau korang nak pakai. Lepas ni boleh pakai make up setiap kali keluar. Terasa cantik lah pulok lepas tu..









Kotoran yang keluar


Bersih

Lap dari dahi. Turun ke pipi kiri dan kanan. Lepas tu dagu dan atas hidup. Senang kata seluruh muka. Lepas tu korang jangan pula pensan segala daki akan terpancar di atas permukaan wipe tersebut. Pasrah lah cuaca kat luar tu kotor. I garenti uols mesti suka.

Ok bai

Maybelline BB Cushion Foundation


Maybelline BB Cushion Foundation


Kak Z suka menonton rancangan Korea Stagram - 393 dan Get it Beauty - 395 di Astro. Dalam rancangan ini banyak di kongsi tips kecantikan artis Korea. Tips yang dia orang bagi sangat berguna. Patutlah diaorang ni cantik.

Salah satunya tips ialah pengunaan foundation. Seperti yang kita tahu di pasaran banyak jenis foundation di jual. Ada jenis compact, cecair, 2 way cake, spary, stick ..banyaklah. Terbaru ialah BB Cushion foudation.

Dalam rancangan Get it Beauty diaorang menemuramah model Jin Aah Reum. Jin Aah Reum ni model terkenal di Korea dan awek pelakon Nam Koong Min. Cantik sungguh dia ni. Lebih kurang Kak Z masa muda lah..hiii. Dia guna Bb Cushion Foundation sebab dia kata senang untuk digunakan. BB cushion Foundation ni macam liquid tapi dalam bekas ada sponge untuk memudahkan kita pakai. Kalau tanya Kak z mudah ker? Serius mudah. Tak perlu bawa botol, sponge, loose powder dan cermi. Sebab all in one. Terus boleh tepek kat muka.


Mudah di gunakan

Kak Z sebelum ini mengunakan foundation Lancome dan Loreal. Memang tidak di nafikan menutup semua kerak di muka Kak Z..hii. Tapi Kak Z hendak cuba sesuatu yang lain selepas melihat Jin Aah Reum. Test di kaunter Maybelline terua beli sebab terus jatuh hati sebab mudah untuk nampak cantik. BB Cushion Foudation ini adalah produk baru rasanya. Kak Z kan suka duduk berejam kat Guardian tengok-tengok apa yang best. Semua Kak Z cuba. Belinya tidak. Tapi bila try yang ini terus terbeli. Maknanya bagus lah tu. Kak Z ni boleh tahan cerewet tau. Beli baju ke, kasut ker, Beg ker, make up ker kena beli yang cantik, berbaloi dan tahan...lagi 1 ukur poket mampu atau tidak. Betul tak?


Harga Maybelline BB Cushion ini di Guardian Pharmacy ialah RM55.90. Di luar tak pasti. Korang boleh check sendiri.. rasanya mahal sikit kot. Apa pun Kak Z .. lepas pakai Bb Cushion .. Kak Z rasa tercantik lah pulok..

Ok bai

Menyamar Keturunan Sultan Melaka..



Makin lama makin pelik Kak Z rasa dengan manusia di sekeliling kita. Hari ini terbaca pasal Menyamar Keturunan Sultan Melaka. Ini bukan kali pertama orang mahu menjadi Sultan Melaka. Kenapa? Taksub ker?

http://www.hmetro.com.my/node/156852

Ok bai

NASI AYAM HAINAN RAMADA PLAZA



Nasi ayam ada banyak jenis. Nasi ayam madu, nasi ayam berempah dan perkongsian hari ini ialah Nasi Ayam Hainan Ramada Plaza. Resepi ini adalah Signature Dish Chef Mozart.  Sedap Nasi Ayam ini. Proses memasak memang lama dan bahan mentah juga banyak. Tapi bila kita sudah rasa, pasti akan buat lagi. Anak Kak Z suka bila mummy dia mencuba resepi ini. Pasti komen yang dapat ' Nanti buat lagi ye mom.. sebab sedap'. Kalau komen itu yang keluar pasti esok buat lagi. Sebab berbunga hati mak kalau anak puji.

Resepi : Chef Mozart Muhammad
Lokasi:  Zest Restaurant, Ramada Plaza Melaka
Gambar: Kak Z


NASI AYAM HAINAN RAMADA PLAZA  

Resepi : 5 – 6 orang

Bahan – Bahan Untuk Ayam
1 ekor ayam
3 biji bawang putih dicincang halus atau dicampur
1/2 buku halia saiz sederhana (dipotong nipis)
1 kiub pati ayam maggi
Sedikit garam

Bahan-Bahan untuk Nasi Ayam Hainan
3 mug beras 
4½ mug air
2 inci halia (diketuk)
4 ulas bawang putih (diketuk)
2 sudu besar majerin
3 ketul kuib ayam
2 helai daun pandan

Bahan-Bahan untuk Sambal
10 biji cili merah dikisar
10 biji limau kasturi di perah
2 biji bawang putih kisar
1 sudu kecil minyak bijan
1 sudu besar gula
1 sudu besar cuka makan
Garam secukup rasa

Bahan-Bahan untuk Kicap
2 sudu besar sos tiram
2 sudu besar sos cili
2 sudu besar sos tomato
3 sudu besar kicap manis
5 sudu besar air rebusan ayam
1 sudu besar gula

Bahan-Bahan untuk Sup
1/2 bahagian air rebusan ayam tadi
1/2 bahagian bahan tumis nasi ayam
Daun sup
Lobak merah
1 sup bunjut
Secubit garam

Bahan-Bahan Sampingan untuk Hiasan
1 batang timun (dihiris) 2 biji buah tomato (dihiris) Salad (dihiris) Bawang goreng (ditabur di atas nasi dan di dalam sup) Minyak bijan (ditabur ke atas ayam yang telah dipotong)


Cara-Cara untuk Menyediakan Nasi Hainan
1. Masakkan air sebanyak 4½ mug bersama dengan 3 kuib ayam.
2. Beras dibasuh dan ditoskan sehingga kering.
3. Panaskan periuk dan cairkan majerin.
4. Masukkan bawang putih dan halia.
5. Apabila sudah naik wangi, masukkan beras dan goreng beras bersama marjerin tadi kira-kira 8 minit.
6. Kemudian alihkan beras tadi ke dalam periuk nasi.
7. Curahkan air yang sudah mendidih ke dalam periuk nasi.
8. Masukkan daun pandan dan biarkan ia tanak sehingga masak.
9. Leraikan dengan garfu setelah nasi masak.

Cara-Cara untuk Menyediakan Ayam Hainan
1. Mula-mula letaklan seekor ayam dalam periuk dan masukkan air.
2. Biarkan ayam tenggelam, masukkan juga bawang putih dan halia.
3. Kemudian masukkan garam secukup rasa dan kiub pati ayam, rebus ayam sehingga masak lebih kurang 1/2 jam.
4. Angkat ayam dan ketepikan dahulu.
5. Selepas itu, bakarkan ayam tersebut dalam ketuhar sekejap lagi sehingga masak.
6. Potongkan ayam tersebut semasa ingin makan dengan nasi.
7. Letakkan sedikit kicap cair dan renjiskan sedikit minyak bijan di atas ayam tersebut.
8. Jangan membuangkan baki air ayam sebab boleh digunakan untuk memasak sup.

Cara-Cara untuk Menyediakan Sambal
1. Kisarkan semua bahan.
2. Masakkan semua bahan di dalam kuali dengan api sederhana sehingga kuah sos tersebut telah pekat dan sedia untuk digunakan.

Cara-Cara untuk Menyediakan Kicap
1. Campurkan semua bahan dan masak di dalam periuk sehingga mendidih.
Tips: Letakkan serbuk limau nipis dapat memberikan rasa limau yang segar kepada sos cili. Sos cili tersebut tidak perlu dimasak dan boleh tahan selama 1 minggu jika disimpan di dalam peti sejuk. Batang ketumbar akan memberikan aroma yg wangi sekali tanpa membuat sos berwarna hijau.

Cara-Cara untuk Menyediakan Sup Ayam
 1. Masakkan sup ayam di dalam periuk lain sehingga mendidih.
2. Masukkan separuh bahagian bahan tumis nasi ayam tadi.
3. letakkan garam secukup rasa
4. Akhir sekali masukkan pula daun sup dan tutupkan api.

Selamat mencuba

Ok bai

SOURDOUGH BANGGALI LOAF

Hi, let me share this beautiful banggali loaf recipe. Which i'm a  bread maker so i plug and play with my discard levine to make this lo...