27 May 2013

Sanggul lintang

assalamualaikum...

Gambar perkahwinan anak saudara mengunakan sanggul lintang.

Sanggul lintang terkenal di Melaka dan dipakai oleh pengantin perempuan sejak dahulu sehingga sekarang. Tidak berseri atau tidak lengkap seseorang pengantin perempuan itu jika kepala tidak dihias dengan sanggul lintang. Sanggul lintang mungkin mendapat namanya kerana bentuk sanggul itu yang melintang atas kepala dan bukan di belakang seperti kebanyakan sanggul lain. Ia yang turut dikenali sebagai sanggul bermahkota kerana perhiasan seperti mahkota di atas kepala. Dipercayai ia berasal daripada hiasan kepala yang biasa digunakan oleh masyarakat Cina peranakan atau Baba dan Nyonya di negeri itu. Perhiasan itu menjadi kemestian dipakai ketika persandingan perkahwinan masyarakat Melayu Melaka zaman dahulu. Bagaimanapun ia telah diubah suai bagi disesuaikan dengan pemakaian pengantin pada masa kini.

Sekiranya pengantin perempuan ingin memakai sanggul lintang pada malam berinai, ia mengambil masa lebih kurang dua hingga tiga jam bergantung kepada kepakaran mak andam. Pengantin yang ingin memakai sanggul lintang Melaka terpaksa menahan beban berat mahkota sehingga tiga kilogram mengikut bilangan lapisan pencucuk sanggul yang dipakai. Orang-orang dahulu percaya berat mahkota yang dipakai melambangkan beban berat yang harus dipikul oleh isteri.Tambahnya, semasa memakaikan pencucuk sanggul di kepala, mak andam akan berselawat dan berzikir bertujuan menaikkan seri pengantin pada malam itu. Mempelai akan nampak lebih berseri dan sempurna sekiranya memakai baju pengantin songket atau broked.Pengantin perempuan akan dilengkapkan dengan perhiasan lain seperti alas dada, juntaian bunga melor, gelang kaki tembaga dan kasut baldu bertekat. Pengantin lelaki pula akan dipakaikan dengan jubah ala Parsi dan hiasan kepala yang dipanggil tengkolok yang menambahkan gaya segak seperti pahlawan. Selain membuat dan mempunyai pelbagai koleksi mahkota sanggul lintang Melaka, 




20 May 2013

kelas kuih talam

Kelas membuat KUIH TALAM

tarikh : 8hb jun 2013
tempat : d'dapur c'chanteq, sg petani
waktu : 9.30pg
yuran: RM60.00 - deposit RM30.00

2 jenis kuih talam + 1 resepi free

1. Kuih seri muka
2. kuih Talam keladi

semua bahan di sediakan. bawa pen dan kertas shj. kuih boleh di bawa balik. sesuai untuk makan seisi keluarga dan jualan terutama bulan ramadan..


Photo: Salam Jumaat

Kelas membuat KUIH TALAM

tarikh : 8hb jun 2013
tempat : d'dapur c'chanteq, sg petani
waktu : 9.30pg
yuran: RM60.00 - deposit RM30.00

2 jenis kuih talam + 1 resepi free

1. Kuih seri muka
2. kuih Talam keladi

semua bahan di sediakan. bawa pen dan kertas shj. kuih boleh di bawa balik. sesuai untuk makan seisi keluarga dan jualan terutama bulan ramadan..

Kelas Tartlet

Kelas membuat Tartlet

tarikh : 15hb jun 2013
tempat : d'dapur c'chanteq, sg petani
waktu : 9.30pg
yuran: RM60.00 - deposit RM30.00

2 jenis tartlet

1. Cheese Tartlet
2. Fruit Tartlet

semua bahan di sediakan. bawa pen dan kertas shj. kuih boleh di bawa balik. sesuai untuk makan seisi keluarga dan jualan


Photo
Cheese tartlet

Photo

Fruit tartlet

Kelas cheese cake

Kelas membuat Cheese cake

tarikh : 22hb jun 2013
tempat : d'dapur c'chanteq, sg petani
waktu : 9.30pg
yuran: RM100.00 - deposit RM50.00

2 jenis Cheese cake + 1 resepi free

1. Chilled cheese cake - blueberry
2. Marble Cheese Cake

semua bahan di sediakan. bawa pen dan kertas shj. kuih boleh di bawa balik. sesuai untuk makan seisi keluarga dan jualan ..

Kelas Brownies

Kelas membuat brownies

tarikh : 1hb julai 2013
tempat : d'dapur c'chanteq, sg petani
waktu : 9.30pg
yuran: RM60.00 - deposit RM30.00

2 jenis brownies + 1 resepi free

1. brownies biasa
2. cheese brownies

semua bahan di sediakan. bawa pen dan kertas shj. kuih boleh di bawa balik. sesuai untuk makan seisi keluarga dan jualan


Photo: Kelas membuat brownies

tarikh : 1hb julai 2013
tempat : d'dapur c'chanteq, sg petani
waktu : 9.30pg
yuran: RM60.00 - deposit RM30.00

2 jenis brownies + 1 resepi free

1. brownies biasa
2. cheese brownies

semua bahan di sediakan. bawa pen dan kertas shj. kuih boleh di bawa balik. sesuai untuk makan seisi keluarga dan jualan

16 May 2013

My Twin

Assalamualaikum,


                                    
si kembar saya hanif and haris



14 May 2013

Sardine Rolls with Bread crumbs

Assalamualaikum...

kuih ni senang nak buat klu ada tetamu nak datang..

sedap ni .. kena kalau nak caya sedap atau tidak

bahan:-
1 buku roti - saya guna gardenia bonanza yg besar dpt dlm 24pcs roti

cara buat roti
rolls roti supaya nipis. dan potong dua.

bahan inti:-
1 tin sardine
1 ulas bawang besar
1 sudu besar cili boh
1 sudu besar minyak masak
secubit garam
1 sudu besar gula

cara buat inti:-
1. hancurkan sardine. buang sos tomatonye
2. tumiskan cili boh dgn minyak hingga garing
3. masukkan bawang yg di mayang halus
4. masukkan gula dan garam masak hingga semua rata.

bahan salut:-
serbuk roti
2 biji telur
1 sudu besar tepung yang dibancuh air untuk menjadi bahan pelekat roti.
minyak masak secukupnya

cara
1. isi inti sardine dlm roti lebih kurang 1/2sudu teh
2. gulung hujung di letak tepung gandum supaya melekat.. buat hingga selesai
3. pukul telur dan celup roti kedalam telur
4. celup  pula kedalam serbuk roti
5. goreng dlm minyak panas hingga garing.. jgn terlalu lama takut hangus..

selamat mencuba







11 May 2013

Selamat Hari ibu

Assalamualaikum...

saya adalah ibu kepada empat orang anak lelaki.. mencabar juga untuk membesarkan anak-anak ini. alhamdullilah dengan pertolongan Allah s.w.t semua dipermudahkan. Saya merasa bahagia dengan kehadiran mereka. Menyusukan mereka, membesarkan sendiri adalah kenangan yang terindah

Sewaktu melahirkan anak yang sulung.  Terpaksa melalui pembedahan kerana darah tinggi. Masa mengandung suka sangat makan KFC, pizza dan Mc D.. lahir di pusat perubatan kampung baru.. 16th August 2000.. berat 3.1kg.. i/c  - 000816- 14-xxxx .. anak kuala lumpur

Ahmad Hakim.. eldest

april 2002.. disahkan mengandung sekali lagi. Mabuknya allah sahaja tahu. sampai akhir mangandung.. bulan ke-4 baru tahu anak kembar. Doktor kata ada 2 jantung, dua pasang kaki, dua pasang tangan, dua pasang kepala.. haaaa? terkejut saya.. soalan pertama yang terlintas dalam otak saya ialah doktor melekat ke tidak..?(waktu baru lepas cerita kambar siam ahmad dan muhammad). solat syukur bila doktor kata normal alhamdullilah.. saya jaga pemakanan takut kena darah tinggi. tapi akhirnya belah juga. sebab sebenornye saya tidak boleh bersalin cara biasa.. heeee.. dalam kandungan 32 minggu.. berat setiap seorang 2.9kg.. petang christmas. selepas 9 jam dlm labour room. lahir di hospital putrajaya so warga putrajaya.. lahir 24th Dec 200. i/c - 021224-16-xxxx

Ahmad Hanif ..1st twin

Ahmaad Haris ..2nd twin

Ahmad hanis.. last sekali. doktor kata saya tidak boleh mengandung lagi selepas pembedahan kali ini. lahir 4 oktober 2008. berat 3.7kg. dilahirkan hospital ampang. anak selangor. i/c-081004-10-xxxx

Ahamd Hanis.. bongsu

semua ini buah hati saya.. 

Pasti saya akan rindu keadaan ini bila mereka dewasa

muah muah muah... kucupan yang sentiasa saya ingat..

mummy love you all my love..  Happy Mothers day..

06 May 2013

Brownies

Assalamualaikum..

Hari ini saya hendak share macam mana hendak buat brownies. resepi ini untuk yang baru hendak buat brownies.  Mudah sahaja. Saya ambil resepi ini dari joy of baking.


untuk minum petang bersama tea panas

bahan:-

150gm coklat masakan  potong dadu.. mudah utk cair
113gm butter
15gm serbuk koko
200gm  gula perang – gula castor pun boleh
1 sudu the esen vanilla
3 biji telur A
100gm tepung gandum
Secubit garam
50gm kacang hazel

Cara:-

1.       Oven perlu panas. dan bekas pembakar perlu disapu marjerin dan dialas dgn kertas minyak.
2.       Cairkan coklat dan butter  mengunakan teknik double boiler – biar sejuk.
3.       Pukul telur  dan esen vanilla
4.       Masukkan tepung, garam dan kacang kacau rata.
5.       Masukkan coklat dan butter tadi kacau rata
6.       Bakar 25-30 min bergantung pada oevn masing.
7.       Biar sejuk baru hidangkan..
selamat mencuba







SOURDOUGH BANGGALI LOAF

Hi, let me share this beautiful banggali loaf recipe. Which i'm a  bread maker so i plug and play with my discard levine to make this lo...