26 January 2016

Abang seronok naik Aquazone Wave Racer

Bila tanya abang hakim nak naik apa lagi.. Aquazone Wave Racer. Dia ajak adik hanis naik.. dah naik tapi turun semula. Tinggal lah abang main tembak-tembak air sorang diri.





Si kembar tak ada waktu ni sebab gi naik roller coster sampai enam kali. Kalau dia orang ada mesti basah lencun baju sebab tembak sesama sendiri.

Tak ape..next trip kita tidur kat resort.. sepanjang hari kita main dalam taman tema..

Ok bai

Naik Keretapi Ronda-ronda dalam Legoland Malaysia



'Momee..adik nak naik keretapi..' . Ok mak pun bawa lah naik keretapi . Legoland ni besar. Tak semoat hendak cover 2jam seluruh kawasan. Bila naik keretapi api 40% keluasan legoland kami terokai. Lepas tu boleh jalan. Betul tak?







Dari main station menerokai seluruh kawasan lebih kurang 15 minit perjalanan. Budak-budak kecil memang suka. Tapi bila sampai usia hakim, hanif dan haris sudah tidak menarik bagi diaorang. Sebab duduk dan lihat sahaja.

Secara kebetulan hujan. Kalau tidak mana ceruk legoland tu diaorang dah pergi. Mak pulak melayan adik ahmad hanis.. alhamdullilah tak buat perangai walaupun penat. Mak yang penat sebab kena main lari-lari dengan dia orang..



Next round datang kami sudah boleh plan betul-betul. Ini baru penerokaan pertama.. insyallah akan ada kedua, ketiga, keempat dan seterusnya..

Lepas ini nak tengok bangunan kecik-kecik sebab dah nampak masa naik train tadi..

Ok bai

Legoland Malaysia.. jumpa Lord Vader di Starwars Miniland





Dari kecil sampai dah beranak empat ini cerita Star Wars memang best. Suka sangat dengan watak Lord Vader.. sebab dia pakai baju hitam...hensome..

Ehhh nak cerita lainlah. Nak cerita pasal Star wars Miniland.  Kalau korang pergi Legoland Malaysia, wajib masuk sini..penuh miniture star wars..verangan ada dalam studio star Wars jap





Character dari episode 1 hingga ke episode 6 ada dalam miniland ini. Anak-anak suka bertanya apa nama setiap character kalau menonton star wars. Penat hendak menjawab.. walhal berpuluh kali dah tengok.. anak-anak.. Hari ini korang baca satu persatu yang di tulis kat dinding miniland ni. Lepas ni malas mak nak jawab..













Dari pengamatan akak lah untuk menbina replika dalam Starwars Miniland ni mesti lama. Di buat dengan penuh ketelitian supaya kelihatan seperti didalam filem. Untuk masuk ke dalam ini tidak boleh ramai-ramai. Jika terlalu ramai kita tidak boleh menjiwai setiap replika yang ada. Pintu untuk memasuki di buka setiap 5 minit. Luas, mudah dan sejuk...hiii

Anak-anak melihat satu persatu dan kagum. Tidak rugi korang datang sini.. sebab perminat Starwars boleh mendekati character kegemaran mereka lebih dekat.







Tengok muka anak-anak akak.. semua seronok. Lepas ini kami ke tempat lain..fuhhh kurus mak taw sebab luas sungguh legoland ni

Ok bai

Legoland Malaysia.. teruja naik roller coster

Pengalaman ngeri naik roller coaster zaman remaja bergetah masih menjadi mimpi ngeri pada akak. Puncanya akak pernah naik roller coster habis isi perut tekeluar. Sejak dari hari itu aku tak naik benda walaupun boyfriend ker, bestfriend ker yang ajak...tobaaatt..

Bila pergi Legoland Malaysia semuanya berubah 360 darjah..akak naik roller coster.. serius cakap sesiapa yang datang ke Legoland akan jadi kanak-kanak riang Mula -mula naik roller coster Project x.



Mula-mula macam berani. Sampai atas..dengan tutup mata, aku punya jerit..hanya tuhan yang tahu.. next pessenger ..tidak lain tidak bukan...adik hanis..'momee..adik takut..' takut juga hero hindustan ni.. mak dia kata. Pegang tangan momee..dik lepas tu jerit kuat..haaa

Pucat lesi anak aku.. nasib baik 1 round.. kalau 2 round mau jantung terkeluar. Budak 3 orang naik ridder kat belakang..paling kuat jerit si abang hakim..



Turun dari ridder tu..tanya ok ker? Si abang jawap..kecut telur...haa..penakut rupanya si macho aku ni..korang tengok gambar atas.. muka baru nak berdarah sebab sebelum tu pucat lesi..



Yang mula-mula kami takut. Hendak cuba yang kedua. Dragon Apprentice. Dalam hati dap dup .. sempat berdoa jangan aku sakit jantung naik benda ya allah. Bila naik benda ni akak jerit lagi...macam orang putus satu urat kepala. Kurang sikit takut sebab rendah dan tak terasa sangat.. menyebabkan kami hendak naik yang lagi tinggi dan besar.. semangat.. bukan selalukan..sekali sekala.. why not..😅😅😅



Ini lagi tinggi dah besar..pesan dengan anak-anak kalau korang takut jerit jer kuat-kuat untuk hilang takut..mak nampak jer cool. Tapi dalam hati siap mengucap. Minta ampun dari allah. Adik dalam takut-takut pun naik juga.. ready get set goooo.... jerit yang paling kuat aku jerit.. putus urat kentut.. senak perut menahan.. tak tau nak cakap lah.. jantung bergerak RPE 7-8.. korang dah naik korang tau lah. Mata tutup.. tapi sempat jeling budak sebelah aku ni..senyap sunyi..ker aku tak dengar sebab aku menjerit lagi kuat... hurmmm. Turun jer dari train.. gelak tetap gelak..kaki mengeletar. Lepas tu dalam hati cakap alhamdullilah aku hidup lagi. Penakut sungguh aku ni..

Lepas naik roller coster kami cari tandas sebab mak nak buang air kecil. Tapi si kembar tidak mahu ikut. Sebab hendak pergi melawat tempat lain..kami berjanji untuk jumpa di satu tempat. Dia pergi berdua.. tungu punya tunggu adalah 20 minit kami cari diaorang..cakap pada abang..momee rasa diorang naik roller coster..

Betul..korang nak tahu berapa kali..? 6 kali..



Korang tengok muka tidak bersalah. Orang penat menunggu, dia boleh naik benda tu sampai 6 kali. Tak senak ker perut korang?

Itu lah pengalaman naik roller coster kami berlima. Kalau tanya akak nak naik lagi tak? Naaaakkk...adehh

Ok bai

SOURDOUGH BANGGALI LOAF

Hi, let me share this beautiful banggali loaf recipe. Which i'm a  bread maker so i plug and play with my discard levine to make this lo...