15 September 2012

Rich Chocolate Moist

Assalamualaikum


Rich Chocolate Moist


Lets talk about resepi….it is Rich Chocolate Moist.

Resepi  chocolate cake banyak boleh kita jumpa dalam web.. tapi yang mudah dan sedap jarang kita jumpa. Banyak saya sudah cuba. Tapi resepi ini paling mudah and the best. Anak-anak  saya yang tidak suka cake chocolate pun suka bila mereka makan cake ini. Tengoklah gambar dibawah dalam masa 10 minit sahaja anak-anak saya pulun betul-betul cake ini.  Bercerita dan memuji. Kalau tak sedap kena kutuk.. it mean my cake delicious la…Mummy dia suka la. Resepi ini kos sangat murah. Kalau nak beli nangis harganya. Mari kita kira

Butter – RM4.00
Gula castor – RM2.50
Telur – RM1.00
Tepung – RM1.60
Serbuk koko – RM3.50
Kopi, emulco, vanilla esen –RM1.00
Soda dan baking powder -50sen
Susu pekat – RM2.20
Minyak masak -50sen
Total lebih kurang RM17.00.
So still save. If you buy at bakery shop it will cost about RM50.00 uulallaaaaa. This is the resepi. Insyallah you won’t regret  if you follow the step.

RICH CHOCOLATE MOIST

Bahan  A
6oz butter
14oz gula castor
3 biji telur
Secubit garam

Bahagian B  – (bahan ini dibancuh bersama dan diketepikan)
 1 sudu teh Nescafe
1 sudu teh panas
1 sudu teh esen
1 sudu teh EMULCO

Bahan C
8 oz High protein flour( Tepung Superfine pun boleh)
2 ½ oz serbuk coco
1 sudu teh soda bicarbonate
1 ½ sudu teh baking powder
8 ozair sejuk direct dari peti  sejuk

Cara:-
Pukul Butter dan gula hingga kembang. Masuk telur satu persatu. Kemudian masukkan bahan B yang telah dibancuh. Tepung dimasuk sedikit demi sedikit. Dipusing satu arah mengunakan whisk. Contohnya  jika kacau mengikut pusingan jam tetapkan arah itu hingga tepung habis dikacau. Akhir sekali masukkan air sejuk tadi.
Bakar kek ini api 170C selama I jam atau sehingga masak. Untuk mendapatkan kek lebih moist kukus kek ini selama 1 ½ jam perlu ditutup dengan aluminum foil atau plastic yang diikat supaya wap air tidak masuk kedalam kek. Kalau tidak banjir kek kita.


Kek sudah masak belum di ganache..


Ganache
500gm cooking choc bar
1/2 tin susu pekat
3 sudu besar cawan coco poder
1 sudu besar butter
50ml susu cair/full cream milk
Secubit garam

Cara
double boild semua bahan. kacau sampai dia berkilat.. elak dari  jadi berketul. bila bentuk sepeti caramel ok akan siram atas kek.


Gunung Jerai


Assalamualaikum


Paras ketinggian Gunung Jerai
.


Batu bersurat Gunung Jerai

Hari ini saya ke Gurun (15/9/2012). Sebuah pekan di kaki Gunung Jerai. Jika kita lihat dari lebuhraya PLUS kita dapat melihat  gunung ini di selaputi kabus sangat cantik. Dari Pantai Merdeka pun cantik terutama waktu pagi selepas hujan. Macam duduk di ‘western country’.  Syok  dengan sejuk, kabus dan udaranya segar. Selalu juga saya jogging naik keatas. Tapi sekerat sahaja. Tak larat. Sejuuuuk. Saya  jarang dapat melihat fenomena hari hujan yang turun sedikit demi sedikit dengan jelas terutama di Kuala Lumpur.  Dalam bulan Jun 2012 yang lepas dalam perjalanan ke Tanjung Dawai  langit gelap di puncak Gunung Jerai. Kemudian hujan turun berperingkat dari hujung gunung iaitu dari Yan hingga ke Gurun.  Cantik sangat. Hujan itu tidak lama lebih kurang 20 minit.. keluar pula pelangi. Saya dan anak-anak terpegun melihat keadaan ini. Sayang sekali saya tidak bawa kamera ketika itu. Jika tidak blh saya rakam. Semua ini kuasa allah. Malaysia juga mempunyai pemandangan yang cantik. Jika dari Puncak Gunung Jerai, Masyallah lagi cantik terutama waktu musim padi. Udara nyaman. Permandangan kawasan padi yang luas.. hijau dari kaki gunung hingga ke Alor star dan  Pendang. Laut luas, kalau cerah boleh nampak Sumatra dan Pulau Langkawi. Dari sudut lain pemandangan ke arah Kota kuala muda, Sungai Petani dan Penang  pun cantik. 

Pemandangan Awan dari puncak Gunung Jerai


Jelapang padi dari Yan ke Alor Star

Untuk merehatkan otak atau honeymoon saya cadangkan pergi ke Gunung Jerai.  Ada resort kat atas tu Regency Gunung Jerai. Bukan nak promote tapi nak share information je.. Next time saya cerita saya jumpa dolphin di Tanjung Dawai. Macam tidak percayakan….

Gambar ini diambil waktu pagi dari Pantai Merdeka

SOURDOUGH BANGGALI LOAF

Hi, let me share this beautiful banggali loaf recipe. Which i'm a  bread maker so i plug and play with my discard levine to make this lo...