15 April 2015

Nasi Lemak Antarabangsa Kg baru Kuala Lumpur

assalamualaikum

nasi lemak antarabangsa kg baru kuala lumpur.. teringat zaman2 sekolah, bekerja dan bercinta.. ke kg baru lah tempatnya untuk makan. nasi lemak antarabangsa antara salah satu pilihan. bila nak pergi mesti awal sebba kena que panjang. apa nak juga makan nasi lemak

balik dari kuantan flight pagi .. so seelum balik melaka singgah dulu kat nasi lemak antarabangsa.. ambil erl dari klia ke kl sentral . dari kl sentral naik putra ke kg baru.. dari station kg baru dekat sangat 5 min perjalanan aje... masuk jer kedai ya allah rambang mata nak makan

sambal sotong juga jadi pilihan... ada pulak paru goreng dan kuah kacang..apa lagi melantak lah.. lapow pun ia juga.. cz kat dlm flight minum oren jus n kacang masin..

target dr kuantan.. i want target to eat nasi lemak antarabangsa..

masa pergi waktu pagi.. so kuih muih belum ada lagi. nasi lemak antarabangsa di buka dari 5pg hingga 12 tengahari next day.. 

kg baru that i know never sleep.. so uols tak der masalah klu dtg kl nak cari tempat makan

the best and mudah ialah nasi lemak antarabangsa, kg baru, kuala lumpur



nasi lemak telur mata dan ayam goreng


soto ayam




nasi lemak sambal sotong dan paru goreng

ok bai

Macaroni bakar citarasa melayu

assalamualaikum

macaroni boleh di buat macam-macam. sejenis pasta. selalu di barat dia orang akan buat macaroni cheese, makan dengan sos bolognese dan stew. tapi bila dan sampai malaysia lain lah jadinya. macaroni bakar

jom buat



macaroni bakar

resepi

bahan:-

1 pek macaroni (400gm)
5 biji telur
1 kg santan
1000ml air
400gm daging hancur
1 pek serbuk kari adabi
1 biji bawang besar
5 ulas bawang putih
daun kari
1/4 sudu teh gula
garam secukup rasa
1/2 cawan minyak masak

cara:-

  1. rebus macaroni hingga kembang
  2. hiris bawang putih dan bawang merah
  3. tumis bawang hingga naik bau
  4. masukkan serbuk kari dan daun kari kacau hingga pecah minyak
  5. masukkan daging, garam dan gula
  6. biarkan daging masak dan tutup api
  7. pukul telur supaya larut
  8. campurkan telur, air dan santan
  9. letak sedikit garam dalam campuran tersebut
  10. campurkan inti daging dan kacau hingga rata
  11. masukkan macaroni dan masukkan kedalam oyang pembakar yang telah di balut dengan aluminium foil
  12. bakar dengan suhu 200c selama 30min


















ok bai