27 November 2016

ULTHERAPY .. KEPUTUSAN YANG MENAKJUBKAN SELEPAS 240 HARI


RAWATAN ULTHERAPHY


4 April 2016, Kak Z mendapatkan rawatan ultherapy. Waktu tu muka Kak Z teruk sangat. Pipi dan alis mata jatuh. Bila tengok cermin Kak Z sendiri takut dengan muka Kak Z. Kadang-kadang Kak Z tanya aku ke ni? Pasrah juga lah. Sebab usia dah 43 tahun, faham-faham aje lah. Muka kita akan melentur ke bawah sebab kolegen kita kurang aktif. Rupanya ada cara untuk meningkatkan kolegen kita walaupun kita telah berusia.

Macam-macam rawatan yang adakan dalam pasaran. Betul tak? Antaranya ialah dengan pembedahan, memasukkan benang dan memakan bahan gantian kolegen. Worst come to worst masukkan susuk kedalam muka. Gerenti nampak muda. Apa pun Kak Z memilih untuk mendapat rawatan Ultherapy. Korang kena baca tulisan Kak Z mengenai Ultherapy di  http://www.azurarahman.com/2016/04/rawatan-ultherapy-di-mahkota-medical.html. Di sini korang akan faham bagaimana cara rawatan ini dijalankan. 



Tarikh Gambar 4 April 2016

Keputusan yang menakjubkan ialah selepas 180-240 hari. Waktu Kak Z menulis artikel ini, ialah hari yang ke 270. Korang cuba tengok gambar atas dan bawah. Nampak atau tidak perbezaannya. Gambar atas buruk sungguh mukaku. Bawah ada perubahan betul tak? Muka Kak Z anjal terutama bahagian pipi dan mata. Muda 10 tahun.. haaaa..


Tarikh Gambar 26 November 2016

Perubahan selepas rawatan ultherapy tidak dapat di lihat serta merta. Ianya berlaku berperingkat. Kena menjalani kehidupan yang sihat. Tidur secukupnya, makan yang berkhasiat supaya menghasilkan kolegen yang sihat. elakkan meminum kopi dan bersenam muka. Kak Z banyak membaca melalui review dari mereka yang pernah menjalani rawatan ini. Kak Z juga mengamalkan cara mereka. Kena ada ilmu juga untuk mendapatkan muka yang cantik yer. Nanti korang kata Kak Z tipu. Tidak mahu lah macam tu.

Sesiapa yang pernah mendapatkan rawatan ini ratanya mereka semua berpuas hati. Jennifer Aniston dan Kim Kardishan juga memilih untuk menjalani rawatan ini.. korang jangan terkejut. Sesiapa yang membuat review mengatakan rawatan ini tidak elok, sebab mereka tidak sabar menunggu 240 hari atau tidak menjalani kehidupan yang tidak sihat. Seperti minum alkahol, kopi, cara hidup tidak sihat dan tidak menjaga makanan mereka. Cara ini membawa kepada keputusan yang mengecewakan. So jalani hidup yang lebih sihat yer.





Penjagaan utheraphy adalah mudah. Untuk rawatan sampingan bagi menjadikan kulit Kak Z tidak berjerawat dan berjeragat Kak Z mengunakan set penjagaan muka Luminous Cosmoderm dan injection Vitamin C. Secara tidak langsung ini menjadikan Kulit Kak Z halus dan flawless. Untuk mendapatkan maklumat mengenai Luminous boleh baca di sini -  http://www.azurarahman.com/2016/08/hapus-jeragat-cosmoderm-luminous-pearl-set.html. Kak Z belum dapat menulis mengenai injection Vitamin C kerana masih dalam rawatan Selepas mendapat keputusan 100%, Kak Z akan menulis mengenainya.

Setiap wanita mahu kelihatan cantik. Betul tak? Jadi jaga kecantikkan anda dengan cara betul. Jangan lakukan cara merbahaya. Pilih cara selamat. 

Ok bai



19 November 2016

SENJA DI PANTAI PUTERI



Senja meremang? Apa itu? Senja meremang ialah waktu hendak azan Maghrib. Waktu ni syaitan suka merayau. Sebelum di rembat oleh azan yang bakal berkumandang.



Kak Z lalu di Pantai Puteri Melaka hendak membeli makan malam untuk anak-anak. Lalu di tepi pantai nampak matahari hendak tenggelam. Parking kereta dulu. Dalam masa hendak turun matahari sudah hilang di sebalik awan. Kalau tidak cantik sungguh wajah matahari...hiii



Tidak mengapalah..sekarang joom makan roti john Barakat. Dari harga RM3.00 di zaman 80an.. sampai lah harga RM4.80, roti john Barakat tetap pilihan hati.

Ok bai

KHASIAT DAUN KESUM UNTUK BADAN TERUTAMA RAHIM WANITA




Daum kesum sedap kalau masuk dalam lauk asam pedas. Betul tak? Asam laksa tidak akan sempurna kalau tidak ada keharuman daun kesum. Betul tak? Daum kesum bukan sahaja untuk di gunakan dalam masakan. Tetapi boleh juga digunakan untuk kesihatan tubuh dan kesegaran wanita.

Mana Kak Z dapat sumber ini? Dapat dari kawan-kawan yang lebih berpengalaman dari Kak Z. Kak Z dah cuba sungguh. Tubuh lebih rasa segar. Perut Kak Z dah tak berangin lagi. Ringan sangat selapas minum air rebusan daun kesum

Cara:-

Ambil segenggam daum kesum masak dengan 2 cawan air. Masak sehingga menjadi 1 cawan air. Kemudian sejukkan dan minum.  Warna daun akan menjadi seperti kuning teh O. Amalkan seminggu sekali atau 2 kali.

Khasiat:-

Yang Kak Z belajar ialah boleh menaikkan dan menguatkan rahim. Daun kesum juga boleh membuang angin di dalam perut. 

Pengenalan Pokok kesum(Polygonum minus) berasal dari Asia Tenggara seperti di Malaysia, Indonesia, Thailand dan Vietnam. Tumbuhan ini tumbuh liar di kawasan tanah lembap dan berair seperti di tepi kolam, tepi parit dan juga kawasan di keliling rumah kampong.Nama lain bagi kesum adalah Chinese knotweed dan Vietnamese Mint (Inggeris). Kesum merupakan tanaman herba renek, lampai dan

Khasiat Pokok Kesum dari MR google

Dalam usaha mengumpul info khazanah herba di Malaysia, kami susun dan senaraikan pelbagai herba dan ulam yang terdapat di Malaysia. Moga ianya menjadi manafaat untuk semua. Amalan memakan ulam-ulaman segar oleh masyarakat kampung, menjadikan mereka hidup sihat sepanjang hayat. Moga ilmu dan khazanah ini tidak hilang di telan zaman.

Artikel kali ini membincangkan tentang Khasiat Pokok Kesum yang mana mempunyai pelbagai nama dan khasiat seperti kalsium dan fosforus., kaya dengan beta karotena, menghilangkan kelemumur di kepala dan sebagai minuman selepas bersalin, mengubati masalah penghadaman, Pokok kesum, Polygonum minus, vitamin A, vitamin C dan juga bahan galian seperti kalium.

Selamat mencuba

BAKUL SIA...TRADISI MELAKA ISI BUAH TANGAN



Bakul Sia merupakan bakul yang sering dibawa bersama ke majlis perkahwinan bagi mengisi buah tangan untuk tuan rumah bukan saja bagi masyarakat Nyonya Peranakan bahkan juga bagi masyarakat Melayu Melaka. Bakul Sia terdiri daripada beberapa saiz serta beberapa tingkat. Harga setiap satunya bergantung kepada saiz serta tingkatnya. Bakul Sia sesuai dijadikan sebagai cenderahati, hantaran, hiasan serta hamper.

Bakul Sia kebiasaannya diperbuat daripada buluh, kayu dan dibalut dengan kertas tebal atau kulit. Masyarakat umum di Melaka menggunakan bakul ini untuk pelbagai tujuan seperti hantaran perkahwinan dan pemberian hadiah.

Ia terdiri daripada beras, daging, kain, kuih muih dan sebagainya sehingga ia menjadi salah satu daripada bahan yang dilihat semasa upacara perkahwinan. Bakul Sia mempunyai satu tingkat hingga ke beberapa tingkat. Corak hiasan dan besarnya bakul ini bergantung kepada kemampuan dan tujuan seperti mana yang dikehendaki oleh pemiliknya.

Masa Kak Z berumur 7 tahun, kakak sulung kahwin. Masa keluarga lelaki hendak balik selepas majlis perkahwinan, majlis bertukar buah tangan. Waktu tu Kak Z tak berapa nak faham. Arwah mak isi makanan dan kuih muih dalam bakul Sia atau baba nyonya panggil bakul Siah. Bila bertandang ke rumah lelaki mereka memulangkan bakul tersebut dengan di isi makanan dan kuih muih juga. Bila Kak Z dah besar dan faham ada abang dan kakak yang kahwin juga buat cara yang sama. Rupanya memang itu tradisi orang Melaka. Di rumah Kak Z sendiri ada 2 biji. Kalau jual korang rasa berapa ribu. Mana boleh jual.. Arwah mak beli tu.

Bakul ini pada asalnya telah dibawa ke Melaka pada zaman Puteri Hang Li Po. Banyak digunakan dalam kehidupan golongan Baba dan Nyonya Melaka. Sesetengah kampung di daerah Alor Gajah masih menggunakan sehingga kini. Ianya juga digunakan oleh golongan Melayu di daerah Alor Gajah dan Tampin untuk membawa barang-barang pemberian perkahwinan untuk tuan rumah yang menjalankan majlis perkahwinan atau pun kenduri seperti gula, telur dan sebagainya. Setelah majlis tamat, tuan rumah akan mengisi bakul ini dengan bekalan seperti nasi minyak, kuih dan sebagainya sebagai bekal untuk dibawa pulang. Pembuatannya yang agak sukar dan teliti menyebabkan hatganya agak mahal. Harganya boleh mencecah ribuan ringgit mengikut saiz dan hiasan.

ok bai


15 November 2016

BUAH DUKU..TIDAK SAMA DENGAN BUAH DOKONG



Korang tahu tak buah duku dan dokong adalah berbeza. Duku kulitnya keras dan tebal. Isi dalamnya seperti langsat. Bentuk bulat. Kulit berwarna keorenan sedikit. Silap hari bulan boleh dapat yang masa.

Berbeza dengan buah dokong. Kulit tebal sedikit dari langsat. Rasa macam langsat. Tapi bukan langsat. Apa pun Kak Z suka sangat dengan duku.

Ok bai

PETUA GORENG HATI AYAM TIDAK MELETUP




Kak Z pasti ramai yang lemah kalau bab mengoreng hati ayam. Betul tak? Sebab hati ayam suka meletup dalam kuali kalau di goreng. Percikan dari letupan boleh menjejaskan kelicinan muka weeii..

Ramai yang mengelak ..silap hari bulan guna topeng muka atau topi keledar. Aku leh tu...hiii. Hati ayam ian sedap. Berkorban apa sahaja.



Tapi Kak Z dapat satu petua. Kepada yang tahu ok lah. Yang tidak tahu, Kak Z kongsikan caranya. Macam mana? Dulu Kak Z ada share pasal goreng ikan tidak melekat pada kuali. Cara yang sama juga boleh di gunakan untuk mengoreng hati ayam tidak meletup. Caranya ialah dengan meletak asam keping dalam minyak yang di gunakan mengoreng hati tersebut.

Masukkan minyak kuali mengoreng kemudian letakkan beberapa keping asam keping. Biarkan minyak betul panas, barulah masukkan hati kedalamnya. Wallaaaaa... goreng dengan selamat.

Selepas ini tidak memerlukan topeng atau topi keledar untuk mengoreng hati ayam yer. Petua ini di kongsi oleh Kak Zai, Pembantu Tadbir, SGB.

Selamat mencuba

Ok bai

Gambar credit to Mr. Google.

SAMPAI TUA TIDAK PANDAI MENGUPAS KULIT NENAS



Kak Z ni dah 4 series. Kiranya dah berumurlah. Tapikan sampai sekarang Kak Z tidak pandai mengupas kulit nenas. Korang tengok nenas tu..kena marah beb. Sayup tau. Tak pe nanti Kak Z belajar lagi cara hendak mengupas kulit nenas.

PESANAN BUAT IBUBAPA DAN DIRI SENDIRI



Image result for image cikgu karaktor cartoon


Perkonsian yang sangat menarik Kak Z ambil dari FB seorang kawan. Rasanya setiap ayat yang tertulis tu ada benarnya. Anak Kak Z 4 orang lelaki dan masih bersekolah. selalu pesan. di hadapan kita mungkin nampak baik. Tapi paling menakutkan di belakang kita.


Setiap kali anak-anak Kak Z keluar dari pintu rumah Kak Z titipkan doa supaya Allah melindungi meraka dari perbuatan jahat atau sebagainya.

Pesanan untuk ibu bapa (dan diri sendiri)bagi mereka yang mempunyai anak...d Alam Persekolah masa kini..

Terima kasih cikgu2.

Tanamkan dalam hati bahawa;

1. Anak kita bukan baik sangat.

Walau kat rumah dia taat, dia mungkin nakal dibelakang kita. Jadi dia mungkin lawan cakap cikgu, pukul kawan dia, dan buat pelbagai perkara yang kita tak jangka.

2. Bukan anak kita sorang aje kat dalam kelas tu.

Kita kat rumah paling banyak anak 6 7 orang. Itu pun kita tak mampu nak beri perhatian pada semua. Anak cakap banyak sikit kita dah suruh diam. Just imagine kita ada anak kembar seramai 40 orang. Macam tu lah apa yang cikgu alami sewaktu mengajar anak-anak kita.

3. Anak kita juga pandai menipu.

Jangan percaya sangat dengan cerita2 anak kita. Dia mungkin menipu. Tak kiralah seyakin mana kita dengan kesolehan dia, dia mungkin menipu. Siasat dan jangan cepat melatah. Nanti kita yang malu.

4. Anak kita layak dimarah.

Anak kita bukan malaikat. Dia tidak sempurna. Dia pasti melakukan banyak silap. Dia perlu dididik. Character dia di rumah dan di sekolah tak sama. Dia mungkin sangat annoying waktu di dalam kelas dan kita takkan tahu itu. Jika dia dimarah, itu tandanya gurunya sedang mendidiknya.

5. Ingat semula kenapa kita hantar dia kesekolah.

Untuk dia jadi diva kah? Sampai tak boleh diusik.
Untuk dia jadi samseng? Sampai tak boleh dijentik.
Untuk dia jadi biadap? Sampai tak boleh dididik.

6. Dia sedang dididik. Dengan cara yang kita suka, mahupun tidak suka.

Jika tak boleh terima orang lain didik dia dengan cara yang tak sama dengan didikan kita, jangan hantar dia ke sekolah. Kita tak boleh harapkan orang ikut cara kita. Cara kita tak semestinya betul.

7. Kita tak mampu berikan semua ilmu yang diperlukannya.

Kita perlukan guru2. Kita mungkin pakar kimia, tapi kita tak tahu matematik, geography, biology dan sebagainya. Kita mengharapkan guru2 itu mencurahkan ilmu kepada anak kita. Hormati mereka.

8. Duit bukan segalanya.

Kita mungkin kaya. Tapi duit tak mampu jadikan anak kita sempurna. Duit tak boleh membentuk akhlaknya. Dia perlu didik, diajar, dibentuk. Baru dia mampu menjadi manusia.

9. Kita tak mampu membentuknya seorang diri.

Anak kita perlu dilatih hidup dengan masyarakat. Dia perlu diajar bagaimana menghadapi dunia yang ganas di luar sana. Dia perlukan sekolah sebagai langkah pertama untuk memahamkan dia bagaimana untuk survive di dunia ini. Guru2 itulah yang akan membantu kita membuatnya melihat dunia. Beri guru2 itu ruang untuk membantu kita.

10. Kita bukanlah orang yang paling betul dalam dunia.

Cara guru dan kita mungkin berbeza. Tapi pengalaman mereka mendidik memang kita tak mampu menandinginya. Paling hebat kita didik 6 7 orang anak kita sendiri. Mereka dah didik 6 7 orang anak sendiri dan beratus malahan beribu anak-anak orang lain yang mereka didik seperti anak-anak mereka sendiri.

11. Jangan sombong dengan guru2. Allah sebut darjat mereka tinggi di dalam al quran.

Mereka bukan sahaja bekerja kerana gaji, tapi mereka melakukan amal jariah dengan memberi ilmu yang bermanfaat kepada ribuan manusia, dan amal ini allah kira sahamnya walaupun setelah mereka meninggal dunia.
Amal kita?

12. Ilmu anak kita takkan berkat tanpa redha gurunya.

Tanamkan itu dalam peribadi anak-anak kita. Yang 11A tapi jika biadap dengan guru belum tentu berkat ilmunya, belum pasti tenang hidupnya. A kurang tak apa. Asalkan tak kurang adabnya. Biar berkat ilmunya. Kejayaan akan datang dalam pelbagai cara.

13. Guru2 sentiasa mengingatkan anak kita agar hormat ibu bapanya.

Ibu bapa sentiasa menjadi sentimen utama yang digunakan oleh guru2 untuk menasihati anak-anak kita. Mengapa kita tak boleh buat perkara yang sama? Satu sahaja, kerana kita rasa kita lebih bagus dari segenap segi daripada guru2 anak-anak kita.

Berlapang dadalah.
Ilmu itu bukan bilangan A.
Tapi apa yang anak kita dapat untuk dia jadikan panduan untuk jalani kehidupan di dunia dan diakhirat.

Tepuk dada, tanya hati.(dan iman)

14 November 2016

SEK MEN KEB GHAFAR BABA BERGABUNG TENAGA MENYEDIAKAN MAKANAN UNTUK CALON PEPERIKSAAN 2016


Kak Z ambil SPM 25 tahun lepas. Tua sungguh aku ni. Pihak sekolah membekalkan nasi sebungkus dan air sebungkus. Alhamdullilah kenyang. Tapi hari ini calon- calon peperiksaan PT3, SPM dan Pra-U sangat berungut sebab pihak sekolah bersusah payah untuk memasak untuk mereka.

Sek Men Keb Ghafar Baba, Masjid Tanah, Melaka  telah mengambil langkah yang baik dengan menyediakan makanan pagi, tea break dan makan tengahari untuk calon-calon PT3, SPM dan PRA-U mereka. Ibu Bapa, Para guru dan warga kerja sekolah SGB telah bergabung tenaga dalam menyediakan makanan ini.


Makanan untuk calon-calon ini bukan di tempah luar atau di beli tetapi di masak sendiri di dalam sekolah. Orang kuat yang memasak makanan untuk calon-calon ini adalah Kak Zai, pembantu Tadbir SGB. Kak Zai di bantu oleh guru-guru, pembantu makmal dan ibu bapa . Meriah korang tau ta. Macam kenduri kahwin. Kak Z pun tolong juga lah.. tapi gambow tak de sebab Kak Z tukang ambil gambar. Malu I tau..


Setiap hari Kak Zai akan memasak sebanyak 20 kilo beras dan 13 ekor ayam untuk lebih kurang 200 calon peperiksaan SPM dan PRA-U. Waktu peperksaan PT3 sebelum ini, pihak sekolah memasak juga. Cuma Kak Z tak terlibat sebab busy sangat waktu tu. Sekarang free boleh tolong bersihkan ayam dan potong bawang. Itu jer Kak Z tahu. Yang lain mana nak reti. Kecik-kecik semua bibik yang buat. Yer ker?

Bagi lah mereka yang lebih berpengalaman untuk masak. Kita yang kurang ilmu memasak berscala besar ini timba ilmu jer. Betul tak? Seawal 6 pagi Kak Zai sudah sampai sekolah untuk menyediakan sarapan pagi. Selalunya sarapan mereka ialah Roti atau bijiran, susu dan milo suam. Pihak sekolah tidak mahu anak-anak ini lapar dalam bilik peperiksaan. Kadang-kadang dia orang tak sempat nak sarapan di rumah. Bagus sungguh pihak sekolah.



Paling best ialah cikgu dan pembantu makmal yang free datang menolong. Ustazah Sakimah sebagai bendahari jaga segala perbelanjaan untuk penyediaan makanan ini dan di ketuai oleh Hem Hj Mustafa. 

Kak Zai @ Zaiton Hashim, Pn Zuraidah, Pn Aspalela dan pembantu makmal akan mula memasak seawal 8 pagi bagi minum tea break. Sambil-sambil tu Kak Z akan basuh ayam. Suka kerja tu sebab paling senang..hiii. Maleh den nak basuh pinggan.


The best thing ever.. macam-macam teknik dan petua memasak Kak Z belajar. Semua pakai baju cantik. Penghabisannya baju basah lencun tidak pun kena kuah atau kena kunyit. Besar sungguh pengorbanan dia orang ni. Anak- anak calon peperiksaan SBG ingat tau. Semua ini kenangan untuk korang selepas keluar dari SGB. 


Mana pihak sekolah mendapat budget? Budget datang dari hasil kutipan dari guru-guru dan ibu bapa. Sebab pihak kementerian tidak menyediakan peruntuk begini. Sebab itu Kak Z hormat dengan warga SGB. Mereka betul-betul bersusah payah untuk calon-calon ini. Mereka tidak mahu calon-calon susah hati pasal makan. Janji kenyang dan menjawap dengan baik.


Di mana kami memasak makanan? Di Lorong ICT, SBG. Ruangan ini selesa untuk bekerja dan calon-calon boleh makan dengan selesa. Tempatnya teduh dari panas dan hujan. Tua jer lah waktu ini musim hujan. 

Setiap hari calon-calon akan makan makanan berkhasiat dan sedap. Kalau korang tak caya datanglah. Sehubungan dengan itu, Kak Z hendak menyuarakan jika ada Alumni  SGB, ibu bapa, agensi swasta atau pihak individu yang ingin menyalurkan sumbangan bagi penyedia makanan ini boleh menghubungi pihak sekolah. Pihak sekolah sangat-sangat mengalukan sumbangan tersebut.


Cari Mahluk tersembunyi

Moga acara ini akan lebih meriah pada tahun hadapan dengan di sertai lebih ramai lagi ibu bapa. Kak Z harap selagi sekolah ini ada calon-calon peperiksaan besar, acara masak untuk calon di teruskan dan jangan berhenti. Jika tidak susah anak-anak kita hendak makan. 

Ok bai


PISANG GORENG TEPUNG GANDUM YANG SEDAP



Kak Z sekarang ini tolong masak untuk calon SPM, Sek Men Keb Ghafar Baba, Masjid Tanah, Melaka. Sebab cuti tanpa buat apa.. jadi apa salahnya tolong. Dalam masa menolong macam- macam petua dan resepi yang Kak Z dapat. Nampak jer terror masak tapi masih ada kekurangan. Dapat belajar pun dah seronok. Betul tak?

Hari ini dapat belajar cara membuat pisang mengunakan tepung yang garing dan sedap. Pernah juga Kak Z mengunakan tepung gandum tapi hampeehh lemau. Kak Z mengadap tuan yang buat pisang goreng ni. Dari dia bancuh tepung sampai boleh masuk mulut. Senggalkan?

Nama kak yang buat pisang goreng ni Kak Zai, Pembantu Tadbir sekolah. Dia bancuh tepung tidak terlalu pekat dan tidak terlalu cari. Macam bancuhan jemput-jemput tapi cair sikit. Minyak masak kena penuh kuali. Kenapa? pisang yang di goreng perlu tenggelam dalam minyak. Api juga perlu besar. Apabila pisang berada dalam keadaan begitu. Seriously garing sangat. Makan pun cruppp crubbb.

Baru Kak Z tahu kenapa all this while my banana fries never been crunchy like this. Terim kasih Kak Zai bagi resepi dan petua yang sangat berguna ini. Anak-anak Kak Z kan suka makan pisang goreng. Bila dapat macam lagilah diaorang suka. Selamat mencuba

Resepi:
5 biji pisang nangka
1 cawan tepung gandum
1/4  cawan air
1/4 sudu teh serbuk kunyit
1/4 garam halus
Minyak masak yang banyak

Cara:-
1.Gaul tepung, air, kunyit dan garam.
2. Hasilnya tidak terlalu pekat atau cair supaya boleh salut pada pisang
3. Minyak masak perlu banyak supaya pisang tenggelam dalam minyak
4. Minyak perlu betul-betul panas
5. Api besar dan goreng hingga garing


Ok bai

13 November 2016

SARAPAN PAGI.. MENU SIHAT ORANG KAMPUNG


Sekali sekala bersarapan cara lama sedp jugakan? Sarapan begini tidak asing lagi pada Kak Z dan anak-anak. Kami jarang bersarapan di luar. Kak Z senang menydiakan sarapan pagi untuk anak-anak. Cepat dan jimat.

Hari ini 13hb November 2016, Kak Z menyediakan lempeng kelapa @ peknga, jemput-jemput dan pisang goreng di cicah dengan lauk asam pedas semalam. Fuhhh.. sedap tahap gaban. Habis ket todak? Licin pinggan.

Kalau hendak menyediakan sarapan untuk anak-anak bukan terhad dengan menu kampung sahaja. Sometime Kak Z buat french toast atau roti homemade. Asalkan anak-anak kenyang dan menjimatkan. Hendak bawa hero empat orang makan di luar? Sekali makan sudah tentu cecah RM34.00. Nasi lemak dan ayam. Minum Teh tarik atau milo ais. Nangis woiii.. mak ko pun orang tanggung. Kena lah berjimat cermat.

Paling Mudah kalau Kak Z malas lah kan.. nasi lemak sambal bilis. masak banyak boleh makan sampai petang.Selalu tidak malas. Tengahari nasi lemak sudah licin.. kena masak untuk petang, Tapi senanglah Nasi goreng atau mee goreng. Kena bagi makan yang solid sebab tali perut budak-budak empat orang ni panjang.. selagi tak lelap selagi tu mulut nganga hendak makan. Bertabahlah mak.

Ok bai 


BILA ANAK BUJANG KATA..NAK PERGI MENGURAT



Hari Ahad selalu abang Hakim ada tuisen. Tapi cikgu ubah jadual. Jadi hari ini lepak di rumah sahaja. Lepas makan tengahari di hendak keluar. Masa di berdiri di depan pintu, mak dia pun tegur. ' Abang hendak pergi mana?' Jawapan yang menyebabkan mak dia hampir pitam. 'Hendak pergi mengurat budak perempuan'.

Tolong jangan jawap macam tu lagi abang oiii. Umur 16 tahun.. remaja, handsome, sado.. mesti ramai peminat. Apa pun itu adalah cabaran Kak Z dalam membesarkan anak remaja. Dia bergurau. Lepas tu dia gelak-gelak. Tak lah mummy dah gi depan jer. Sekejap lagi balik lah.

Sib mak ko tak de darah tinggi nak oii.

Ok bai

BEEF RIBS TONY ROMA'S MEMATAHKAN DIETKU


Menikmati steak atau ribs yang betul-betul memenuhi citarasa Kak Z mungkin tidak banyak. Sebab adakalanya kita bayar mahal tapi tidak sedap. Antara pilihan Kak Z ialah di Tony Roma's. Beef Ribs. Hancur diet.. oleh kerana sedap skip diet dan hari ini kena lari 10km. Bukan untuk 1 hari tapi 3 hari. Burn my chalorie. What ever.. janji sedap makan.


Di Tony Roma's tidak terhad kepada Beef Ribs, ada juga Lamb Ribs khas untuk peminat Lamb. Sedap katanya. Tapi Kak Z tak makan lamb. sukar untuk telan..haaa.. Di Tony Roma's hidang ini menjadi popular sebab di bakar dengan lembut. Korang tau tak Lamb Ribs pertama kali di perkenalkan di Malaysia sebelum menu ini di perkelnalkan di USA pada Oktober lepas. Outlet luar dari Malaysia belum ada lagi menu ini


Ribs di hidangkan dengan baked beans dan french fries. Cukup Kenyang untuk seorag kalau di lihat dari gambar hidangan ini. Kalau nak cuba boleh ke outet Tony Roma's di Kuala Lumpur, Melaka dan Johor. Di Malaysia sahaja terdapat 12 outlet. Tapi Kak z ke outlet di Mahkota Prade, Melaka, itu yang terdekat dengan tempat Kak Z.


Kalau korang makan Di Tony Roma's kena cuba manisan dia. Kak Z paling suka Rev Velvet cake. Sedap bangat pak.. Kak Z tukang habiskan kek tu.. malu jer.. lantak lah dah benda sedap makan lah kan..lepas tu diet. Ada cheese cake dan brownies with ice cream.fuuuhh.. boyfriend lalu di belakang pun Kak Z tak nampa.. ya ampunnn..



Kesedapan ini akan membawa Kak Z ke Tony Roma's sekali lagi yer..

ok bai

credit pic to mummy Julia

WOW..TONY ROMA'S LAMB RIB EATING CONTEST 2016


Tony Roma's mnganjurkan pertandingan LAMB RIBS EATING CONTEST 2016 pada 12 November 2016 di Mahkota Prade Melaka. Best thing ever ialah negeri Melaka adalah negeri pertama dalam pertandingan ini. Sudah tentu Kak Z excited. Kenapa? Melaka dalam world record sayang. Pertandingan ini adalah WORLD FIRST LAMB RIBS EATING CONTEST 2016.


10 peserta lelaki dan 10 peserta perempuan akan menyertai pertandingan ini. Peserta perlu makan 10 batang Lamb Ribs dan french fries sehingga habis. Bila pengajur membawa ribs ini di atas meja peserta... wow memang nampak sedap. Korang nak tahu tak Malaysia negara pertama yang memperkenalkan Lamb Ribs dalam rangkaian restoran Tony Roma's.  Bermula Oktober 2016, baru lah Lamb Ribs di perkenalkan di Amerika Syarikat. Oleh kerana itu penganjuran ini di adakan di Malaysia. 



Sebelum pertandingan besar berlaku, para pengunjung Mahkota Prade di beri peluang untuk bertanding dalam pertandingan memakan French Fries. French Fries Tony Roma's besow, boleh tercekik kalau tidak ada air. Tapi tak lah.. Kak Z saje gurau French Fries dia di import dari Australia..sedap. Dalam pertandingan ini peserta akan memenangi Microwave. Dalam pertandingan ini Team Blogger Melaka , Julia dan Hafizi mendapat hadiah saguhati sebab makan begitu sopan dan santun. Orang lain yang menang hadiah besar...hiii.


Korang nak tahu tak Malaysia terpilih sebagai tempat latihan Tony Roma's untuk Asia Pasifik. Ini kerana Tony Roma's mempunyai professional skill, senang untuk di kunjungi dan kos yang effektif. Oleh kerana itu penganjur mengadakan pertandingan memakan Ribs Lamb yang pertama di Malaysia. Di Malaysia sahaja ada 12 Tony Romas's outlet. Antaranya Di Mahkota Prade Melaka. Kiranya Melaka negeri bertuah sebab di pilih sebagai negeri pertama dalam pertandingan ini.

Pertandingan ini dimulakan dengan perserta wanita. Peserta adalah dari Negeri Melaka, Negeri Sembilan dan Johor. Di beri 10 batang ribs dan french fries. Segelas air kosong. Puas juga kakak-kakak yang bertanding tu hendak menghabiskannya. Dalam masa lebih kurang 20 min peserta pertama berjaya menghabiskan ribs dan french fries beliau. Tahniah Mashazliza Binti Ismail. Ayer Keroh, Melaka. Beliau memenangi hadiah makan di Tony Roma's untuk setahun.. puas makan beb. 




Selepas peserta wanita, peserta lelaki pula memulakan pertandingan. Kali ini portion lebih besar. Orang lelaki boleh makan dengan banyak betul tak? Besar-besar rib yang di hidangkan. 10 orang perseta akan makan ribs dan french fries di sertakan air kosong. Kenapa air kosong? Jika di hidangkan dengan air berkarbonat para persta akan cepat kenyang. Sukar bagi mereka untuk menghabiskan hidangan ini.



Hebat sungguh peserta lelaki menghabiskan Lamb Ribs yang besar-besar itu kurang dari 10 minit. OMG.. betul ..sungguh..haaa. Kena makan licin dalam mulut pun kena clear tanpa ada sisa yer. Berentap sunggu sampai bangun-bangun dia orang hendak menghabiskan hidangan. Akhirnya di menangi oleh Dr. Muhammad Amir Bin Ayub. Caya lah Doktor.  Rezeki anak-anak Doktor.



Hadiah untuk pertandingan ini ialah makan di Tony Roma's selama setahun. Hambik ko setahun.. Puas sungguh. Kak Z yang dapat voucher dari Toney Roma's pun sudah happy rasanya. Inikan depan makan selama setahun.. loncat sampai bumbung Kak Z. Tahniah untuk kedua-dua peserta. tahun depan nak suruh abang Hakim masuk lah. Diakan suka lah makanan macam ni. Anak Kak Z kan mat salleh celop.




Bukan hanya pertandingan makan Lamb Ribs sahaja yang di anjurkan oleh Tony Roma's . Tony Roma's jug amenganjurkan pertandingan selfie makan ribs yang mendapat like terbanyak. Pertandingan ini di menangi oleh Muhammad Al Hafiz bin Mazlan. Korang nak tahu tak.. Muhammad Al Hafiz ini adalah suami kepada Mashaliza Bin Ismail. Hadiah makan Ribs selama setahun. Jeluzzzz... jeluzzzz isteri dapat hadiah.. suami pun dapat hadiah. Adik berdua ni beruntung sungguh. Tak pe tahu depan kita cuba..



Pada 13hb Novermber 2016 pertandingan akan di  IOI City Mall Putrajaya dan 19hb November 2016 di Komtar JBCC, Johor Bahru. Korang boleh datang ini melihat pertandingan ini atau meyertai pertandingan memakan french fries di sana. Kalau Kak Z dekat for sure Kak Z akan kesana. Seronok..

Tony Roma's you have ribs of course I'll come back

Ok bai

Credit some pic to Mummy Julia



08 November 2016

ADIK PUN NAK JADI PENGAWAS



Kak Z ada 4 anak lelaki. 16 tahun, 14 tahun kembar dan 8 tahun. Tahun 2017 abang-abang sekolah menengah di lantik menjadi pengawas. Alhamdullilah anak-anak Kak Z dilantik menjadi pemimpin sekolah. Rezeki orang kata. Tapi haru biru Kak Z dua tiga hari ni. Nak tahu kenapa?

Anak Kak Z, 8 tahun buat hal. Dia telah menyebabkan mak dia stress. Dua hari dia duduk depan pintu tidak mahu pergi sekolah. Dia hendak jadi pengawas macam abang dia. Alasan dia ialah boleh tulis nama kalau kawan-kawan buat bising. Pagi tadi dia suruh Kak Z pergi sekolah suruh cikgu lantik dia jadi pengawas.

Ya ampun nak oiii... mak tidak punya kuasa nak oiii..

Ok bai

06 November 2016

PROMOSI BUKU DANISH DAN PAF PASTRI SECARA LIVE DI SURIA FM


Buku Danish dan Paf Pastri terbitan Alaf 21 adalah hasil tulisan Kak Z yang pertama. Macam mana Kak Z boleh terlibat dalam dunia tulisan ini? Kak Z sebelum ini mengajar cara membuat Danish dan Paf  Pastri.  Apabila editor Kak Z menawarkan sesiapa mahu membuat buku, Kak Z menyahut peluang ini. Sebab  di Malaysia masih lagi kurang buku begini di hasilkan. Kalau ada pun tidak di tunjuk langkah demi langkah.


THE BOOK I WRITE


Buku Danish dan Paf Pastri ini mempunyai 30 jenis rasa. Kak Z menunjukkan langkah demi langkah. dari A - Z. Melalui survey yang Kak Z dengan pembeli mereka kata mudah. Secara amnya tidak semua pembeli mempunyai pengalaman dan pengetahuan untuk menghasilkan pastri ini. Alternative kena datang ke kelas. Ramai yang tidak mempunyai kesempatan untuk datang ke kelas. Betul tak? Kak Z cakap melalui pengalaman. Tapi Kak Z sudah belajar membuat danish dan paf pastri semasa menunggu keptusan SPM lagi. Sebab kerja di bakeri. Cikgu pertama Kak Z orang Jepun. Hidup lagi ke tidak orang tua tu? Garang tapi baik semua ilmu dia curah kat kita. Dia pesan.. "practice make perfect".


Macam mana hendak membeli buku ini? Buku ini boleh di beli  di kedai-kedai buku atau secara online http://mall.karangkraf.com/products/DANISH-&-PAF-PASTRI/4208. Harga RM25.00 tapi kalau korang beli secara online RM21.20. 

Apa keistimewaan buku ini?  Buku ini mempunyai jenis pastri bersama dengan 30 resepi. 1. Danish Pastri dan 2. Paf Pastri. 

Apa Danish pastri?


Danish Pastri macam roti berat sebab dia beryis. Beza dia dengan roti ialah roti tidak berlapis. Danish berlapis. Danish pastri orang buat Croissant, Danish loaf dan Cinammon rolls. Inti danish pastri kebanyakkannya manis. inti blueberry, kismis atau coklat.

Apa Paf  pastri?

Paf pastri tidak beryis. Lebih ringan dan berlapis. Kalau korang suka makan Sardine paf  yang berlapis, inilah yang dinamakan paf pastri.




Dalam buku ini korang akan di ajar melipat tepung yang menjadikan pastri korang berlapis. Bukan mengunakan sebarang marjerin yer. Kena mengunakan marjerin khas. JIka tidak, habis pastri korang rosak. Semua ini adalah berdasarkan pengalaman Kak Z. Sebab Kak Z mengajar. Kak Z tulis setiap detail dalam pembuatan pastri ini sebagai rujukan. Takut lupa kalau lama tidak buat. Kalau tanya cukup atau ilmu yang ada sekarang? Terus terang kata.. belum cukup hendak belajar lagi. 



Bila orang bagi peluang untuk bersiaran secara live untuk promosi buku ini..apa lagi Kak Z ambil. Supaya korang tahu buku ini ada di pasaran  dan korang boleh cuba membuatnya d rumah. Sejak ekonomi macam tan tentu arah ni. boleh buat di rumah. Anak-anak korang mesti suka. Kalau 1 kg tepung banyak boleh dapat. Banyak jenis korang dapat Makan pun puas.

Selamat mencuba.. kalau beli jangan simpan.. kena buat. PRACTICE MAKE PERFECT

Ok bai




SOURDOUGH BANGGALI LOAF

Hi, let me share this beautiful banggali loaf recipe. Which i'm a  bread maker so i plug and play with my discard levine to make this lo...