26 November 2014

Victoria sandwich cake

Assalamualaikum

victoria sandwich cake.. sangat-sangat trending skg.. sebab sgt sedap
strawberry compot..light custard cream,  swiss meringue butter cream atau cream cheese. kek dari pure butter cream apa lagi tak toleh belakang dah.


victoria swiss sandwich n cream cheese


victoria sandwich cake n light custard cream

anda boleh mencuba kedua-dua. saya tak ader resepi. insyallah bila dah dapat yang terbaik saya akan share resepi tersebut

ok bai


Danish

assalamualaikum
bersawang blog ni.. kejap ada keja tak der
mlm ini ada hokey
2-3 minggu ni busy dengan kelas.
gambar ni adalah hasil dari kelas danish saya
jom tengok

himpunan gambar..


bluberry windmills


cinnamons rolls


nutella almond sticks


croissant


apple combs

seronok dia org belajar dan saya sangat berbesar hati lepas mengajar dia orang. klu tidak dapat hadir ke kelas saya juga ada kelas pjj.. contact saya di fb:d'dapur c'chanteq

ok bai



06 October 2014

Chocolate Moist Butter scotch Cake


Assalamualaikum




RICH CHOCOLATE MOIST

Bahan  A
6oz butter
14oz gula castor
3 biji telur
Secubit garam

Bahagian B  – (bahan ini dibancuh bersama dan diketepikan)
 1 sudu teh Nescafe
1 sudu teh panas
1 sudu teh esen
1 sudu teh EMULCO

Bahan C
8 oz High protein flour( Tepung Superfine pun boleh)
2 ½ oz serbuk coco
1 sudu teh soda bicarbonate
1 ½ sudu teh baking powder
8 ozair sejuk direct dari peti  sejuk

Cara:-
1. Pukul Butter dan gula hingga kembang. 
2. Masuk telur satu persatu. 
3. Kemudian masukkan bahan B yang telah dibancuh. 
4. Tepung dimasuk sedikit demi sedikit. 
5. Dipusing satu arah mengunakan whisk. Contohnya  jika kacau mengikut pusingan jam tetapkan arah itu hingga tepung habis dikacau. 
6. Akhir sekali masukkan air sejuk tadi.
7. Bakar kek ini api 170C selama I jam atau sehingga masak. 

p/s Untuk mendapatkan kek lebih moist kukus kek ini selama 1 ½ jam perlu ditutup dengan aluminum foil atau plastic yang diikat supaya wap air tidak masuk kedalam kek. Kalau tidak banjir kek kita.

biarkan sejuk dan kek di bahagi 3 lapisan


Ganache Chocolate

resepi chef amar dari majalah saji

bahan A

250 ml  dairy whipping cream
40gm sirap glukos

bahan B

400gm coklat masakan
30gm butter
1 sudu pes  hazelnut.. kalau tak ada boleh gunakan pes badam

cara
1. satu bahan A dan panaskan dalam periuk hingga nampak buih ditepi periuk
2. coklat perlu di cincang
3. masukkan bahan A kedalam coklat dan kacau hingga rata
4. masukkan butter dan pes kacau hingga butter cair.
5. sejukkan dalam peti sejuk sebentar

kek yang telah di bahagi 3 disaapu dengan coklat ganache.
kemudian salutkan kek dengan coklat ganache
masukkan kek kedalam peti sejuk sebentar sebelum di curahkan dan di hiasakna dnegan butter scotch

Butter scotch

200gm gula pasir
100gm butter
120ml whipping cream
1 sudu teh garam

cara:-

1. masakkan gula pasir hingga menjadi gula hangus.. tapi tidak terlalu gelap warna keemasan. gula perlu betul-betul cair
2. masukkan butter hingga cair
3. masukkan whipping cream dan garam
4, kacau hingga pekat
5. bila sudah pekat simpan butterscotch kedalam peti sejuk sebelum di tuangkan ke atas kek

butterscotch ini boleh digunakan untuk membuat roti sarang lebah..
boleh di simpan selama 2 minggu didalam peti sejuk



selamat mencuba

dairy whipping cream







Nestum cheesecot..step by step

Assalamualaikum

nestum cheesecot.. sangat senang hendak buat. jom buat


Cheese cot
Resepi

bahan

250 cream cheese
100gm whipping cream  @ 1/2 cawan
100gm susu pekat @ 1/2 cawan
2 sudu besar susu segar
1/2 sudu teh esen vanilla
15-20 keping biskut cream creaker
1 cawan susu segar untuk rendam biskut
50gm coklat rice
50 gm kacang hazelnut hancur

cara
1. pukul cream cheese dan whipping cream hingga kembang
2.  masukkan susu pekat manis, susu segar dan esen vanilla pukul lagi hingga sebati, berkrin dan bertukar putih
3. masukkan cream creaker kedalam susu segar dan rendam sikit sahaja
4. susun dalam bekas dan tuang cream cheese tadi dan ulang hingga habis
5. taburkan nestum setiap kali melapis
6. simpan dalam peti sejuk biarkan semalaman baru potong



bekas untuk buat cheesecot

biskut cream creaker @ biskut lemak


susu segar


nestum


Rendam cream creaker dalam susu


susun cream creaker yang telah di rendam kedalam bekas tadi


letak cheese yang telah di pukul .. cream cheese, whipping cream dan susu pekat


Taburkan nestum


Buat hingga 5 lapisan



ini rupanya


nestum cheesecot 5 layers

sedap weeii...

hendak lebih sedap.. makan dengan ais krim...perrhhhh...

ok bai


26 September 2014

Chocolate Chip muffin

assalamualaikum

tonight.. waaa... cakap omputih lah pulak...nak share resepi  chocolate chip muffin..
sedaplah sangat..haku ni semua sedap..ok jangan hendak merapu lagi

chocolate chip muffin

resepi

3 1/2 cawan tepung naik sendiri
1 sudu teh baking soda
2 sudu teh baking powder
secubit garang
3 sudu besar cawan koko
1 sudu teh esen vanilla
2 cawan gula castor
2 biji telur A
1 cawan chocolate chip
2 cawan susu segar / susu cair
1 1/2 cawan minyak jagung

cara:-
1. pukul telur dan gula  hingga kembang
2. masukkan esen vanilla dan garam
3. ayak tepung, soda, baking powder dan serbuk koko
4. masukkan tepung berselang  seli dangan susu.. mulakan dengan tepung ..akhir pun tepung
5. pukul lagi 3 minit dgn speed medium
6. masukkan minyak dan pukul speed medium selama 5 minit
7. masukkan chop chip.. kacau hingga rata dengan seduk atau spatula
8. masukkan 3/4 kedalam cawan kek
8. bakar dengan suhu 170c sehingga masak

selamat mencuba

ok bai


16 September 2014

Lada hitam

Assalamualaikum 

Dalam dunia masakan. kita masak mengunakan lada hitam pedas tangkap dalam. tapi bila masak kita tidak akan terasa pedas serta merta pedasnya macam cili merah atau cili padi. hanya selepas 1/2 jam selepas dimasak baru rasa pedas itu akan keluar.Saya dari sebuah buku yang saya lupa namanya.. sbb dah lama.. zaman tok kadok belajar pasal ni. bila saya buat research ternyata benar apa yang di tulis dalam buku tersebut. Saya memang suka memamasaka mengunakan lada hitam. kowwww






Lada Hitam
Lada hitam (nama saintifik: Piper nigrum) merupakan sejenis rempah yang penting semenjak dahulu kala lagi. Buahnya, yang dikenali sebagai lada hitam apabila kering, adalah kira-kira 5 milimeter (0.20 inci) diameter, merah gelap apabila matang sepenuhnya, dan, seperti semua drupes , mengandungi satu benih. Biji lada hitam dan serbuk lada hitam yang dihasilkan darinya, boleh digambarkan hanya sebagai lada, atau lebih tepat lagi sebagai lada hitam (buah matang masak dan kering), lada hijau (buah matang kering) dan lada putih (benih masak kering).

Lada hitam berasal dari Asia Tenggara dan China, dan boleh didapati di sana dan di kawasan tropika yang lain. Pada masa ini, Vietnam adalah pengeluar dan pengeksport terbesar di dunia, menghasilkan 34% daripada tanaman dunia pada tahun 2008.

Lada kering yang dikisar telah digunakan sejak zaman purbakala untuk kedua-dua citarasa dan sebagai ubat. Lada hitam adalah rempah di dunia yang paling diperniagakan. Ia adalah salah satu rempah yang paling biasa yang dimasukkan ke dalam masakan Eropah. Kepedasan lada hitam adalah disebabkan oleh kimia piperine. Ia banyak didapati dalam dunia yang moden ini, sering berpasangan dengan garam.
Pengeluar terbesar lada hitam adalah Brazil, India, Indonesia, Malaysia, dan Vietnam. Di Malaysia, ia dibantu oleh Jemaah Pemasaran Lada Hitam (JPLH), Lembaga Lada Hitam Malaysia (MPB) 1 Jan 2007.
(sumber wikipedia)





Nudget homemade

Assalamualaikum

tengah malam ni lah pulak teringat nak makan nudget..tapi homemade
saya memang ada belajar buat nudget..lepas itu saya buat research sendiri.. resepi yang saya share ini tidak sama  dengan ha orang .. resepi asal adalah hak milik tukang ajar yer..bagaimana pun sy nak share teknik untuk membuat nudget. di kala tengah busy menulis saya buat untuk anak-anak. masa cuti ni tau jer lapar 24 jam. sekarang pun masih ada yang berada di dapur goreng french fries homemade juga.. next time saya akan share resepi french fries tu yer.. skg share resepi nudget


Nudget belum di goreng


Nudget sudah di goreng

resepi

bahan
800gm daging ayam hancur
10gm garam
10gm stok serbuk ayam
1/4 serbuk lada hitam
1/4 sudu teh gula
2 biji kentang rebus dan lenyek
60gm tepung kanji
200gm tepung kentang
bread crumb
tepung goreng ayam adabi

cara
1. gaul semua bahan kecuali bread crumb dan tepung goreng ayam
2. selesai gaul letak ayam ini atas sekeping plastik dan tutupkan dengan plastik yang lain
3. mengunakan roller pin lenyek kan ayam tadi sehingga ketnggian 1 inci
4. ambil acuan berbentuk love atau lain tekan
5. letak atas dulang yang telah dialas dengan plastik..buat hingga selesai
6. selesai masukkan ayam dalam peti ais selama 2 jam untuk dia sejat dan bahan serasi
7. setelah 2 jam di keluarkan
8. tepung goreng ayam perlu dibancuh dengan air. jangan terlalu cair.. macam aduanan roti jala.
9. celup ayam dalam tepung itu dan tutup dnegan bread crumb
10. ulang hingga habis
11. boleh bgoreng.. api jangan terlalu kuat sebab boleh hangus

note: walaupun tidak cantik seperti nudget yang kita beli. sekurangnya kita tahu apa yang kita masak untuk anak kita tanpa ragu-ragu

selamat mencuba

ok bai

15 September 2014

Tukar tayar

Assalamualaikum

kisah satu hari di hari hujan.. tayar i pancit
macam mana mau buat..
alhamdullilah anak2 dah besar.. 14 thn yang paling besow
sekali ajar dia dah pandai.. dah boleh harap


tayar pancit

Adik tolong abang tukar tayar

ok bai


Musim haji tiba lagi

assalamualaikum

i use to live here before
ok ...u can call me makcik hajjah d'dapur c'chanteq..
rumah 5 min shj dari masjid
bangunan lama bawah pasar unta
tapi ramai kata dah berubah..bangunan tu pun dah takde lagi
gambar ini adalah motivasi diri untuk pergi lagi
sebab sekarang dah hampir musim haji..
teringat sangat ++ teringin nak pergi lagi
arwah mak pesan..pasang niat..
insyallah dapat pergi lagi..
chiok chiok zura
kawan2 pasang niat anda dari sekarang
#jadialimjap



ok bai

14 September 2014

Homemade Wedges

Assalamualaikum

jom buat wedges sendiri..kalau beli tak puas .. mahal lah pulak.. anak-anak kuat makan. oleh itu mak dia pun inovate/cipta wedges sendiri.. sedap lah pulah.. 1/2 kotak kentang habis sekejap jer
jom try

Homemade Wedges

Resepi

Bahan
5 biji kentang
5 sudu besar tepung goreng ayam
sebiji telur
air jika perlu
cara:-
1. kopek kulit kentang dan rebus hingga separuh empok
2. angkat dan sejukkan
3. 1 biji ketang potong 8
4. pukul telur dan masukkan tepung
5. jika terllau pekat campur air
6. celupkan kentang kedalam bancuhan tepung
7. goreng hingga kuning
8. sedap makan dnegan cili sos dan mayo

selamat mencuba

ok bai

Strawberry chocolate moist


Assalamualaikum

customer oder chocolate moist...ini lah kejadiannya. kalau hendak oder boleh juga. tapi kawasan sungai petani sahaja


strawberry chocolate moist

ok bai

French toast

Assalamualaikum..

French toast.. sarapan yang kenyang dan berkhasiat.. mudah di buat.. kanak-kanak kat rumah dapat french for sure guarentee habis..
try buat di rumah ada lebihan roti yang nak expired tu try godek-godek.. mai kak share resepi noo


French Toast

Resepi

5 keping roti guardenia
2 biji telur
100ml susu segar
sedikit garam
sedikit lada sulah
marjerin untuk goreng

cara:-
1. roti di potong 2
2. pukul telur
3. campur  telur, susu, garam dan lada suluh
4. panaskan kuali leper dengan margerin
5. celup roti kedalam telur dan letak atas kuali
6. goreng hingga coklat sikit
7. ulang hingga habis
8. french toast boleh makan dengan jem, sambal atau begitu sahaja

selamat mencuba

ok bai

Iman Nazihah

assalamualaikum,

cucu saya.. heee..anak kepada anak saudara saya.. iman nazihah namanyer

my geng.. mata sepet

ok bai

Meatball

Assalamualaim,

Meatball atau bebola daging..selalu kita makan bila buat sup.kalau di Indonesia meatball buat bakso. Kalau gi IKEA..meatball disiram dengan sos blackpaper. Anak-anak saya suka makan meatball buat sup atau kuah spaghetti. Meatball boleh di beli atau dibuat sendiri. Jenama yang ada dalam pasaran ialah ramly, azmy dan marina. Buat sendiri pun boleh mudah..hari ni saya share buat meatball.... setelah beberapa kali cuba baru boleh share resepi

Meatball sudah siap


Resepi
Bahan
1  kg daging hancur
12gm garam
15gm gula
50gm tepung jagung
1 sudu teh lada sulah
1 sudu teh serbuk perasa
90Gm ais

Cara
1. Gaulkan semua bahan hingga ketulan ais cair
2. Bulat2 seperti onde-onde atau berat 15gm
3. Masa bulatkan daging ini guna sedikit minyak supaya mudah
4. MasuK kedlm peti sejuk selama 1/2 jam
5. Didihkan air hingga mengelegak n kemudian perlahankan api. Daging tidak boleh direbus jika api terlalu kuat
6. Rebus daging hingga timbul dan angkat

spagethi meatball

ok bai



UPSR postpone

Assalamualaikum

selama 9 bulan anak pulun utk ambil upsr.. tetiba dapat tau soalan sains dan Bahasa inggeris bocor terpaksa postpone dan ulang semula
kesian lah sangat pada anak-anak.. konon nak bercuti tapi apa kan daya .. persoalan yang timbul macam mana hal ini boleh timbul. setiap tahun kita tahu soalan upsr bocor. bagi saya ini adalah  intergriti.. makin moden, maju.. nak dapat 5A.. intergriti hilang


good luck

ok bai

Kata-kata ibu

Assalamualaikum

saja share.. kata yang saya dapat dari fb


Mulut Ibu



Blogger jadi penternak kambing

assalamualaikum

terbaca dalam surat khabar utusan pasal blogger jadi penternak kambing
seronok juga kan.. nak ubah career lah ..
blh main kejar-kejar dengan kambing

keratan akhbar

ok bai

13 September 2014

Kek tunang bunga lily

assalamualaikum,
kek tunang bunga lily...
biru.. sebenar bila bermain dengan fondant macam boleh jadi
saya suka hias kek dengan fondant tak remeh

cup cake hantaran

ok bai

Sambal Neknor.. jadi asam pedas

assalamualaikum
Sambal sotong neknor



Al kisah sambal neknor nie
2 hari lepas nak masak
Masa tu baru jer tau sains n bi kena buat semula
Nak masak..cari cili boh tak der
Nak masak nie...asam pedas
Apa lagi..tumis bawang n halia... dah garing
Masukkan sambal ni 2 sudu besar
Goreng sampai garing
Masukkan air asam, gula sikit n garam
Masukkan ikan
Jadi asam pedas stress upsr postpone namanyer

Resepi

5 keping ikan tengiring
1 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
5 cm halia
beberapa helai daun limau
2 sudu besar sambal sotong neknor
gula secukup rasa
garam secukup rasa
air asam jawaminyak masak
bende

cara:-
1. bawang dan halia perlu dikisar
2. tumis bahan kisar tadi hingga garing
3. masukkan daun limau
4. masukkan sambal deknor tadi
5.kacau hingga garing sedikit
6. masukkan air asam
7. rasa dan tambah gula dan garam ikut citarasa
8. masukkan ikan biar mendidih
9. sebelum tutup api masukkan bende

selamat mencuba

Ok bai

Kek untuk tempahan

Assalamualaikum,

Buka tempahan utk raya haji nanti
Butter cake,
Coklate moist
Kek pelangi kk butter marble
Kek butter oren
Pandan layer
Keladi layer

Berat 800gm
Harga RM15.00
Kaw sg petani sila ambil di rumah
Luar kaw sg petani boleh post..tapi harga ini tidak termasuk harga post yer

PM akak di FB: d'dapur c'chanteq
Ok bai

Kek butter Godek-godek

Assalamualaikum

jangan lah sakit jantung kalau dengar nama kek ni.. sbb serius kek ni paling senang peringkat antarabangsa. kepada sesiapap yang tak pandai masak pun boleh buat lah kek ni. cukup bahan.. siap
jom kita share resepinya.

Kek butter godek-godek

Resepi

bahan:-

bahan A

250gm butter
220gm gula pasir.. boleh juga guna gulacastor ikut suka
5 biji kuning telur
1 sudu teh esen vanilla
220gm tepung naik sendiri
1 sudu teh baking powder

bahan B

5 biji putih telur

bahan C

40gm coco powder

cara

1. pukul telur dan gula hingga butter putih
2. masukkan telur satu persatu dan pukul lagi
3. masukkan esen
4. ayak tepung dan baking powder
5. masukkan sedikit demi sedikit
6. ketepikan
7. dalam satu mangkuk yang bersit tanpa air dan minyak atau bahan lain pukul putih telur hingga kembang
8. buat meringue 
9. masukkan kedalam mangkuk bahan A tadi dan kacau hingga rata perlahan-lahan
10. keluarkan 200gm
11. gaulkan dengan coco powder
12. sediakan loyang pembakar 
13.masuk tepung yang tidak berwarna dengan tepung yang telah di gaul dengan coco powder secara berselang seli
14. bakar dengan suhu 170c selama 40min atau hingga masak.

selamat mencuba

ok bai




07 September 2014

Roti Jala

Assalamuaaikum

Roti jala.. sedap makan dengan kuah kari  atau kuah durian...
nak cerita sejarah roti jala..
Tahun 2007, 2008 dan 2009.. tahun yang sangat meraiah saya buat kuih. pegang 5 hotel dan 3 catering.. sudah cukup umayan untuk hidup sebulan di Kuala Lumpur.. nak buat roti jala adalah renyah. Kalau ada function cecah 3000pcs boleh di oder.. kena buat lah...seronok lepas tu nengok RM. Pengalaman yang sangat menarik.

jom buat roti jala


roti jala


Roti Jala dan kari ayam


resepi

250gm tepung gandum
1 sudu besar tepung ubi
1 sudu besar tepung susu atau santan serbuk
1/4 susu teh garam halus
sedikit pewarna kuning
450 ml air
sebiji telur
sedikit minyak untuk olesan

cara
1. gaul semua bahan kemudian kisar
2. biar sebentar dlama 1 jam
3. panaskan kuali  leper dan oles sedikit minyak supaya tidak melekat
4. jala tepung tadi mengunakan alat khas membuat roti jala
5. tidak terlalu lama.. agak-agak masak angkat dan gulung


acuan roti jala

saya guna acuan ni.. belikan kedai barangan plastik


selamat mencuba
ok bai



06 September 2014

Roti dari Tepung Gandum

Assalamualaikum

roti buat dari tepung gandum....
boleh buat.. sape kata tak boleh. Dulu-dulu buat roti mana ada tepung roti atau high protien. cuba citer. ada ker? kalau cikgu roti dengar sure hakak kena marah. kalau tak cuba maka tak tahu. kena lah cuba. tapi setelah banyak  kali cuba baru lah menjadi. lepas jadi baru boleh share dgn uols...


Roti Tepung Gandum

Resepi:-

Bahan A

1 kg tepung gandum faiza..lain-lain pun boleh
250gm gula pasir
30gm susu tepung
120gm marjerin
10gm garam kasar
1 biji kuning telur
650ml air
12gm yis

bahan B

1 biji telur 
sedikit gula 

cara:-
1. masukkan semua bahan A kedalam mangkuk penguli
2.  uli sehingga doh menjadi licin tidak melekat pada tangan. klu pakai mixer cepat 10 min pun dah licin. kalau guna tangan mau 1/2 jam licin yer.terserah pada uols nak uli mcm mana pun boleh
3. rehatkan dlm 10 min  uli lagi sebentar
4. baru lah di uli kecil. berat 40gm
5 susun atas dulang pembakar. 
6. rehatkan doh selama 3 jam...fuuhhh.. lamakan.. memang lama utk gebusssss
7. cukup 3 jam sapukan telur dan taburkan gula pasir atasnya
8. bakar api atas 160c bawah 180c

ok bai



05 September 2014

Cinnamon Roll Danish

Assalamulaikum

Perkongsian ...
Hari ni jom buat cinnamon rolls mengunakan Doh danish
Doh danish adalah Doh croissant yang share sebelum ini


Danish Cinnamon Rolls

Resepi

Bahan A - Doh 

500 tepung protin tinggi                                                                  
250ml  air sejuk
5gm garam halus
50gm gula
5gm bread improver
10gm yis10gm butter1 biji telur
25gm susu tepung
250gm pastry marjerin....


Bahan B - bahan kayu manis

2 cawan gula perang.
2 sudu makan serbuk kayu manis
1 cawan margarine

Cara

1.      Gaulkan tepung, garam, gula, improver dan yis
2.      Masukkan telur dan air gaul hingga rata
3.      Masukkan mentaga dan gaul hingga doh terbentuk
4.      Rehatkan selama 10 min
5.      Canaikan doh.. letak pastry margerin dan buat lipatan buku
6.      Rehatkan doh 10 min
7.      Canaikan lagi dan buat  dua kali lipatan buku
8.      Rehatkan doh 10 min selepas itu canaikan doh 
9.      Sapukan bahan kayu manis. 
10     Gulung semula dan potong sama besar.
11.    Biarkan doh kembang selama 30-40 min12     
12.    Bakar pada suhu 180c selama 20-25 min

Selamat mencuba

ok bai

04 September 2014

Keropok lekor


Assalamualaikum

sumber ini saya dapat dari jabatan perikanan.. saya pernah cuba tapi gambarnyer hilang entah dlm notebook lama.. so uols blh cuba yer

ok bai


KEROPOK IKAN

KEROPOK LEKOR & KEROPOK KERING
Keropok ikan adalah sejenis makanan ringan yang digemari oleh penduduk-penduduk dari pelbagai golongan di negara ini juga di negara jiran. Di Malaysia terdapat pengusaha keropok yang menjalankan perusahaan mereka terutama di persisiran pantai di Kelantan, Terengganu, Pahang, Johor dan Kedah.
Keropok adalah sejenis makanan ringan yang digemari ramai oleh penduduk Malaysia. Keropok lazimnya diproses daripada ikan, udang atau sotong yang diadun bersama tepung kanji dan/atau tepung sagu sebagai bahan utama, garam, gula dan MSG sebagai bahan perasa. Jenis-jenis ikan yang biasa digunakan untuk memproses keropok ialah ikan parang, tamban, selayang, kerisi, lolong bara, biji nangka, conor dan lain-lain.

Mengikut Peraturan Makanan 1985, keropok ikan hendaklah disediakan daripada ikan dan kanji dan kandungan protein tidak kurang daripada 15 peratus.
Keropok yang bermutu boleh diperolehi bergantung kepada kesegaran ikan, jenis ikan yang digunakan, nisbah bahan utama serta proses penyediaan. Keropok yang bermutu juga dapat dinilai dari segi rasa, kerangupan serta kembang apabila ianya digoreng di dalam minyak panas.

Terdapat beberapa kenis keropok ikan yang dihasilkan oleh pengusaha-pengusaha tempatan seperti keropok kering, keropok lekor (basah) dan keropok bersira.
»
Carta Alir
»
Bahan-bahan Untuk Memproses Keropok Lekor
Bahan-bahan Untuk Memproses Keropok Lekor
Bil
Bahan-bahan
Peratus
Contoh
1
Isi Ikan
100
10 Kg
2
Tepung Kanji (Ubi) / Sagu
70
7 Kg
3
Garam
2.5
250 Gram
4
Gula
1.5
150 Gram
5
Monosodium Glutamate (MSG)
0.3
30 Gram
6
Air Ais
20 hingga 30
2 - 3 Kg

»

Bahan-bahan Untuk Memproses Keropok Kering
Bil
Bahan-bahan
Peratus
Contoh
1
Isi Ikan
100
10 Kg
2
Tepung Kanji (Ubi) / Sagu Atau Campuran
100
10 Kg
3
Garam
2.5
300 Gram
4
Gula
1.5
200 Gram
5
Monosodium Glutamate (MSG)
0.3
30 Gram
6
Air Ais
20 hingga 30
2 - 3 Kg

Cara-cara Pemprosesan Keropok Lekor / Kering
a) Membancuh Adunan
Bahan-bahan campuran yang digunakan untuk memproses keropok iaitu tepung kanji atau tepung sagu, garam, gula, bahan perasa (MSG) dan air ais diadun dengan menggunakan mesin penggaul (mixer) sehingga sebati. Adunan yang telah sebati ialah adunan yang tidak melekat pada bekas penggaul serta boleh membentuk doh.
b) Membentuk
Adunan dibentuk menjadi silinder dan mengikut saiz yang dikehendaki (30 - 50 cm). Bergaris pusat di antara 6 cm - 10 cm, serta mempunyai berat 500 gm - 1 kg. Manakala saiz keropok lekor lebih kecil iaitu di antara 100 gm - 500 gm.
c) Memasak
Keropok lekor boleh dimasak dengan cara kukus, rebus atau terus digoreng. Manakala keropok keping hanya direbus atau dikukus sahaja.
Keropok yang dikukus mempunyai kualiti yang lebih baik jika dibandingkan dengan keropok yang direbus, tetapi ianya mengambil masa yang agak lama iaitu 1 hingga 1 1/2 jam bergantung kepada saiz. Manakala merebus hanya mengambil masa di antara 20 hingga 30 minit sahaja. Keropok yang telah direbus akan timbul serta naik ke permukaan air apabila ianya masak.
d) Memotong
Keropok yang telah siap dimasak, disejat dan perlu disimpan dalam keadaan sejuk dingin atau pada suhu bilik semalaman sebelum ianya dipotong nipis membentuk kepingan. Keropok boleh dipotong dengan menggunakan pisau ataupun dengan mesin memotong keropok.
e) Menjemur
Keropok yang telah dipotong nipis disusun di atas pemidai dan dijemur di bawah cahaya matahari selama 6 hingga 7 jam.
f) Membungkus
Keropok yang telah kering diangkat, disimpan dan dibungkus. Bungkusan ini dipateri dengan menggunakan mesin pateri.
Pembungkusan adalah faktor penting dalam mengawal kualiti produk. Pembungkusan yang tidak baik akan menyebabkan produk terdedah kepada persekitaran luar seperti udara, wap air, kotoran, mikro, dan cahaya yang berlebihan. Ini akan menyebabkan produk menjadi lemau, berkulat dan hilang khasiat pemakanan. Pembungkusan yang menarik akan menjadi daya tarikan kepada pengguna.
g) Penyimpanan / Penstokan
Keropok yang telah dibungkus dengan berat 100 g, 200 g dan 500 g perlu disusun dengan rapi.

SOURDOUGH BANGGALI LOAF

Hi, let me share this beautiful banggali loaf recipe. Which i'm a  bread maker so i plug and play with my discard levine to make this lo...