23 February 2019

TRAVELOG 23: PEMANDANGAN GUNUNG FUJI DARI CHUREITO PAGODA


Banyak cerita semasa di Jepun yang Kak z  suka ceritakan. Walhal dah setahun berlalu. Ramai orang berangan untuk datang ke sini. Antaranya Kak Z. Alhamdullilah rezeki orang kata bila dah dapat sampai ke sini. Banyak yang hendak di ceritakan dengan gambar yang Kak z ambil dengan camera DSLR, gopro dan handphone. Tapi sedihnya gambar-gambar ni hilang sebab computer Kak Z rosak.   Oleh itu Kak Z cerita dengan gambar yang ada dan ambil dari google.



Gunung Fuji dari Chureito Pagoda (gambar dari google. Gambar kakak hilang)


 Chureito Pagoda diPagoda Chureito (忠 霊 塔, Chūreitō) adalah lima pagoda bertingkat di pergunungan yang menghadap ke Fujiyoshida City dan Gunung Fuji. Pagoda ini adalah sebahagian daripada Kuil Arakura Sengen dan dibina pada tahun 1963. 

Chureito Pagoda (gambar google)

Untuk naik ke puncak kita perlu memanjat lebih kurang 398 anak tangga untuk sampai ke bangunan utama.  Mencungap nak naik. Serius stamina kena tinggi kalau hendak naik ke atas. Nasib baik dari Malaysia, Kak z dah buat persiapan stamina sebab hal-hal macam ni lah. Dah sampai dan suka sangat dengan Gunung Fuji panjat sampai atas Chureito Pagoda tu. 



Pergi ke bahagian belakang pagoda baru lah korang dapat melihat view gunung  yang menarik. Oleh sebab peak sedang di tutup sebab winter. Maka kita tak dapat panjat dia. Dapat tengok dari jauh pun jadilah.  Still cantik sebab waktu pagi. Kak Z pergi di awal pagi.  Kak Z nasihat para sahabat untuk melihat Fuji dengan jelas di awal pagi. Dan kakak ko berjaya walaupun pendakian yang tinggi.

Untuk ke Chureito Pagoda  Kak Z menaiki keretapi  dari Kawaguchiko station ke Shimoyoshida Station. Lebih Kurang 13 minit perjalanan dengan keretapi. Selepas itu korang ke berjalan ke kaki bukit Arakura Sengen Park.



Melalui pembacaan akak, Arakura Sengen Park ada sejumlah 650 pokok sakurandi tanam di sepanjang dari kaki bukit ke Chureito Pagoda. Masa Kak z datang ranting je yang ada. Daun dan bunga tarak. Jadi kalau korang plan hendak ke sini plan elok-elok. 


Semasa berjalan dari stesen, Kak z di tegur oleh penduduk tempatan. Ramah juga orang di sini berbanding orang Tokyo yang ramai jalan menonong. Korang jangan risau tak sesat sebab penunjuk arah ada kalau korang tak pasti.  

Selain cerita kak z di blog. Korang juga boleh mendapat maklumat lebih detail dari fb group Road to Japan atau Backpackers buddies malaysia. Rakan di dalam group sangat membantu. Kak Z sendiri mengunakan group ini sebagai rujukan selain dari blog lain. 

Ok bai


TRAVELOG 22: TINGGAL BASIKAL TEPI JALAN DI TOKYO


Pelik tapi benar. Masa Kak Z memula sampai Tokyo rasa pelik sebab selamba je letak basikal di tepi jalan. Tidak berkunci pula tu. Tak risau ke basikal ko hilang. Bukan sebiji tapi banyak biji basikal selamba je celah-celah pokok tepi jalan Tokyo. Lagi jauh jalan. Lagi banyak jumpa basikal di jalan atau bangunan. Itu yang gayat.

Bila Kak Z baca di komen dalam group FB Road To Japan, memang mereka basikal di tepi jalan tanpa rasa risau. Sebab memang tidak ada yang curi. Kalau kat Malaysia..habislah basikal ko hilang.

Kak Z kagum dengan orang Jepun tidak ambil hak orang. Di Japan ada juga orang jahat. Contoh kawan Kak z kena pickpocket di Shinjuku. Tapi dia kata bukan orang Jepun yang langgar dia masa rasa dia kena pickpoket tapi orang seperti bebangsa arab. Oleh itu di mana kita berada perlu berhati-hati.


Pada hari Kak Z jalan dari Asakusa ke Imperial Palace. Macam-macam Kak Z jumpa antaranya ikan kap yang besar ni. Akak pun terfikir kalau kat negeri aku, ikan ni best dan cantik mesti dah hilang masuk kolam orang lain. Ialah kan ikan ni cantik dan besar. Di sana ikan ni dapat hidup dengan tenang tak de orang usik pun. Atittude mereka di ajar jangan kacau hak orang. 

Ada juga perkara tidak elok Kak Z jumpa semasa di Jepun. Biasalah manusia bukan semua perfect. Tapi banyak benda yang buat kita kagum dengan masyarakat Jepun. Kak Z jalan di waktu pagi jumpa anak-anak ke sekolah tanpa di hantar oleh ibu bapa. Anak-anak ini berdikari. Terfikir mak n pak dia tak risau ke?

Berdisiplin. Banyak juga negara yang Kak Z pergi memang berdisiplin. Kurang disiplin negara arab dan china #opsss.. tulisan berdasarkan pengalaman hokey...  Yang menjadikan tidak berdisiplin ialah orang luar yang datang ke negara mereka. Di Jepun lah. Tak susah nak menampak mereka berdisiplin ataun tidak iaitu merokok. Mereka merokok di tempat khas merokok. Putung rokok pun di buang di tong sampah. Bukan selamba buang di lantai. 

Oleh itu..kita yang suka ke Jepun cuba ambil iktibar cara diaorang. Ambil yang baik. Elakkan yang tidak baik. Supaya kita tidak di chop orang yang kurang berdisiplin. Tulisan ini adalah dari sudut pandangan Kak Z. Mungkin lain orang lain pandangannya betul tak? Selamat berjalan-jalan..

Ok bai



TRAVELOG 21: KAPAL VINTAGE AQUALUNA DI HONG KONG


Kali kedua ke Hong Kong baru berkesempatan menaiki Aqualuna menyusuri Victoria Harbour. Kali kedua datang dari 9hb Mei - 13hb Mei 2018.  Kali pertama 9hb Mac- 11Mac 2018 Mu Masa memula tengok tongkang ni masa memula datang. Wakta malam selepas melihat light Symphony di Victoria Harbour terus cakap dalam hati aku kena datang lagi untuk benda ni. Macam best. Memang best

Kak Z  beli tiket dengan Klook  pada tarikh 10hb Mei 2018 pukul 4.00 petang. Tapi tidakada rezeki sebab ribut melanda Takut Ko.. ombak besar. dengan ribut.. dengan sejuk. Dalam ahti kata. kalau tongkang ni kena badai mata sia-sia aku. Dah naik atas kepal ni dengan huyung hayang.. Kak Z kata dalam hati tak leh jadi turun. kalau boleh tukar date aku tukar. kalau tidak boleh kira burn. Bukan rezeki aku dari aku pening tak nampak apa baik tak yah. Nanti lagi mabuk. Ombak memang besar naik keatas pelantar. kalau korang tengok video Kak Z post dalam IG mesti korang tau bertapa kuatnya ombak masa tu. 

Alhamdullilah dapat tukar. Baik manager tongkang tu. Agaknya dia nampak pucat muko den... tukar 12hb Mei 2018. Sebab 11hb Mei nak pergi Macau. Itu pun akak mengalami ribut dalam feri. next round akak cerita apa akak rasa feri dilanda ombak besar. Sepanjang jalan mengucap...hiii



Bila naik tongkang ni...yer tongkang Kak Z panggil. Dalam satu blog mat salleh dia panggil tongkang ni Hong Kong Junk. Masih ada orang Hong Kong duduk dalam kapal ni. Sebab rumah di Hong Kong mahal. Apa pun kapal atau tongkang yang Kak Z naik ni telah di ubah suai menjadi tarikan pelancong di Hong Kong



Kapal ini akan berpusing sekeliling Victoria Harbour  dengan melalui dan tempat-tempat menarik di sekeliling empat perhentian: Tsim Sha Tsui, Central, Wanchai dan Hung Hom. Sesuai bagi mereka pertama kali sampai Hong Kong yang ingin mengetahui bandar dan pelabuhan yang ada di di sana.




Kapal vintage Hong Kong ini mempunyai nilai tradisi lama yang masih ada di bandar kosmopolitan ini. Layar merah terang kapal ini menarik bagi menjadi simbol kota yang di hargai. Tidak banyyak kapal tradisi ini yang beroperasi lagi. Kalau korang nampak kapal ini di Victoria Harbour korang akan tahu itu aalah Aqualuna. U


Untuk menaiki kapal ini Kak Z nasihat kan korang siap-sipa beli tiket sebelum datang. Sebab ada musim kapal ini penuh. Terutama pada waktu malam ketika pertunjukan Light Symphony berlangsung pada pukul 8.00malam setiap hari

Dengan setiap tempahan korang dapat 1 air minuman. Apa lagi aku pun berangan atas tu. Macam colonial kaya sedang berlayarlah. Katanya bahagian terbaik Aqua Luna dek atas yang dipagari di kedua sisi dengan sofa yang selesa di mana korang boleh berehat, menikmati minuman korang dan pemandangan luar biasa di sekeliling anda. Kak Z duduk dia bahagian hafapan. lagi bebas. Nak naik malam tak mampu.. sebab mamalam lagi cantik. naik siang pun dan kira berutung. Best juga walaupun sedikit panas. So korang kena cuba..

Ok bai





TRAVELOG 20: VICTORIA PEAK TRAM DAN SKY TERRACE 428 HONG KONG


10hb Mac 2018 dengan suhu 15c sejuk juga lah. Misi hari yang sejuk ialah melihat Hong Kong di Victoria Peak.  Untuk melihat Hong Kong dengan menarik Kak Z cadangkan pergi ke Sky Terrace. Sky Terrace 428 kat mana? Sky Terrace 428, berdiri di atas 428 meter di aras paras laut, adalah platform  tertinggi di Hong Kong yang menawarkan pemandangan panorama 360 darjah yang menakjubkan di seluruh Hong Kong. Jadi kena naik ke Victoria Peak. Sebab Sky Terrace 428 kat atas tu..hii. Dua pilihan untuk naik ke atas  iaitu samada naik tram atau mendaki naik ke atas.


Hong Kong Peak Tram adalah cara yang menyeronokkan untuk sampai ke Victoria Peak, salah satu tarikan pelancong di Hong Kong. The Peak Tram bersama-sama dengan Star Ferry adalah dua institusi ikonik Hong Kong yang telah ada selama lebih dari satu abad. Sama Macam Bukit Bendera dan Feri Pulau Pinang yang mempunyai sejarah memasing.

Kak Z naik tram. Tak sanggup aku.. sebab sensorang daki kalau berdua daki juga. Ada jalan yang boleh di lalui dari kaki bukit. Waktu pagi nyaman. Kalau tengok dari atas pelantar Sky Terrace, Kak Z boleh nampak ramai yang naik dengan berjalan kaki. Geng-geng bus sekolah dan makcik bawang.. fuhhh peluh tiak.. insyallah satu hari dah ada partner i'll do it.


Victoria Peak Tram, tempuh perjalanan masa kurang dari 10 minit dan membawa anda dari stesen Terminus yang lebih rendah di Tengah ke Puncak, melalui hutan bangunan di bahagian bawah ke bahagian hijau pulau ni sampailah tiba di  terminal di Menara Sky Terrace



Sky Terrace 428 - gambar google

Untuk melihat pemandangan terbaik harbour dua pilihan popular iaitu  di puncak Sky Terrace atau The Peak Galleria Terrace. Di puncak Sky Terrace 428. Orang ramai memang sukar untuk mendapat gambar yang cantik. tapi korang boleh lihat bukan sahaja ke arah Harbour. Tapi seperti Kak Z katakan tadi pemandangan seluruh Hong Kong. Pulau kecil persisiran pantai Hong Kong. Di The Peak Galleria Terrace hanya boleh nampak harbour sahaja. Halus je feri nampak dari atas.

 


Peak Tram dibina pada tahun 1888 - pengalaman yang menyeronokka untuk dirinya sendiri. Kak Z dah merasa naik keretapi Bukit Bendera yang lama dan baru. Tapi naik Peak Tram lain rasanya. Sementara meunggu tram datang korang boleh melawat The Historical Gallery The Peak Tram yang mempunyai lebih daripada 200 gambar dan bahan sejarah yang dipamerkan. Dibahagikan kepada 15 bahagian tema, ia menunjukkan kehidupan Hong Kong pada abad ke-19 dan ke-20. The Peak Tram telah berkhidmat di Hong Kong sejak 1888 dan bertahun-tahun telah dibelanjakan untuk mengumpul bahan sejarah dari seluruh dunia dan merancang galeri. Galeri ini mempunyai replika kereta Peak Tram generasi pertama dan 1926 Haulage Room dicipta semula yang bertanggungjawab untuk menarik trem ke atas dan ke bawah Peak selama lebih dari 60 tahun.


Victoria Peak Tram-gambar google


Turun sahaja tram korang akan sampai ke Peak Market, Peak Market berada di dalam bangunan Sky Terrace. Peak Market aalah versi tertutup berhawa dingin Ladies Market  di Mongkok dan Temple Street. Macam-macam korang boleh beli tshirt, Key Chain atau cenderahati yang lain. Tidak lupa kedai jam Gshock. Boleh tahan murah



Peak Market. (gambar atas dan bawah hak milik www.hong-kong-traveller-com)


Harga mungkin sedikit lebih tinggi daripada di pasaran, tetapi harga barang masih sangat berpatutan. Kalau korang tidak sempat untuk membeli cenderahati di Ladies Street atau Temple Street  Peak Market pun ada. Kak Z  tak beli sebab plan nak pergi ke Mongkok petang tu. Mongkok memang banyak pilihan kalau korang rajin dan suka bersesak. Cuma Mongkok lain sikit cara peniaga  di sana kasar. Di Peak Market lemah lembut.

Dalam Menara Peak ada Muzium Lilin Madame Tussauds tau. Kecil sedikit dari Madame Tussaud di London. Madame Tussauds Hong Kong ada Jackie Chan dan Bruce Lee, itu wajib Keluarga di raja British. Meghan Markle belum masuk list masa ni. Sebab belum kahwin dengan Harry. Ada The Beatles, Marilyn Monroe, Michael Jackson dan lain-lain pelakon Hong Kong.



Sebenarnya Kak Z ni gayat dengan tempat tinggi dan air. Bila Kak Z dah berjalan, ketakutan dapat dia atasi Contoh berada di Sky Terrace 428 ang tinggi dan curam bagi penakut mesti seram. Alhamdullilah Kak Z berjaya melihat kebawah dari tempat tinggi

 Cara pergi ke Stesen Victoria Peak

1. Dengan Kaki - Dari Stesen Pusat MTR

Ambil MTR ke Tengah dan jalankan ke J2 keluar dari stesen MTR Pusat.

Belok ke kanan, melalui Chater Garden, salib Queen's Road Central dan jalan menuju Garden Road.

Anda akan melepasi Menara Bank of China dan Citibank Plaza di sebelah kiri anda dan Katedral St John di sebelah kanan anda sebelum tiba di terminal, yang ke kiri anda.

2. Dengan Bus ke Taman Jalan Peak Tram Lower Terminus

Ambil bas 15C dari Central Pier 8 atau berjalan kaki dari MTR Central Station Exit J2 untuk mengambil Peak Tram dari Peak Tram Lower Terminus di Garden Road

Ok bai



GLAMPING SECARA CAR CAMPING

Car camping di luar negar sellau menjadi inspirasi Kak Z untuk menghias kereta ketika camping. Mungkin trend car camping masih baru di Malay...