02 September 2014

Homemade Burger

Assalamualaikum
di pagi mode demam ini...demam SERIOW
anak-anak nak upsr..
so pemakanan di jaga sangat
kalau bleh tak mau makan luar.. everything homemade
saya pergi kelas untuk belajar buat burger.. tapi saya ubah ikut citarasa saya sendiri


Burger..tempting kan kan kan 

bahan:-

500gm daging lembu hancur..ayam pun boleh , kambing pun boleh
1 sudu teh serbuk basil
1 sudu teh  lada hitam kisar
1 sudu teh garam.. klu nak masin sikit boleh tambah
1 sudu teh gula
1 sudu besar tepung jagung
1 sudu besar tepung ubi
sebiji kentang rebus dan lenyekkan
1/2 biji bawang merah potong halus-halus
garam
secukup rasa
100ml air
sedikit minyak supaya tidak lekat pada tangan masa hendak membulatkan daging

cara
1. gaul semua bahan kecuali minyak
2. perapkan sejam supaya semua bahan rata
3. letak minyak atas tangan dan bulatkan daging tersebut.
4. berat daging 80gm
5. lepas tu leperkan bulat. mcm burger tu
6. letak atas dulang yang perlu di alas plastik untuk dia stabil masa goreng
7. masukkan kedalam peti sejuk selama 2 jam
8. kemudian keluarkan bakar

sedap di makan dengan roti burger Cikgu nor jannah, salad tomato, mayonis, timun, cheese dan sos..

selamat mencuba