Assalamualaikum,
Ada yang panggil 'kuih kemboja.' ada juga yang panggil 'tapak itik' tapi it still kuih bakar. cara buat mudah sahaja
kuih bakar:-
bahan a
300ml air
1/2kg gula (klu tak mau manis kurangkan 100gm)
1/2 sudu kecil pewarna hijau
secubit garam
(masak bahan ini hingga gula hancur - biar panas)
bahan b
1/2 kg tepung gandum
200ml santan
4 biji telur
700ml air daun pandan
bancuh semua bahan b, blend dan tapis.
masukkan bahan a yang masih panas. kacau rata.
bakar hingga masak dengan api atas bawah 180c
kuih bakar kemboja dalam oven
yang sudah masak - kerak yang sedap