08 June 2020

CUCUR UDANG SAYUR



Cucur Udang Sayur. Sedap untuk minum petang. Resepi ini mengunakan Eno, tidak mengunakan yis atau serbuk penaik. Resepi ini Kak Z belajar dari jiran Kak Z di Kampung Pandan Kuala Lumpur. Keistimewaan Cucur udang ini tidak berapa berminyak didalamnya selepas di goreng. Kalau mengunakan soda bikarbonate, baking powder atau yis dalamnya pasti berminyak. Makan sebiji sudah menjadikan kita jemu, mual atau muak. Betul tak? Tapi jika mengunakan resepi ini tidak 3 biji seorang. Percaya lah cakap Kak Z ni. Korang boleh cuba senang jer. Lepas tu cicih dengan sos thai..perrhhh.. tak cukup seketul dik..jom buat

Resepi:-

Bahan:-

15 ekor udang  saiz M atau L (ikut suka) - buang hujung yang tajam
500gm tepung gandum
1 sudu besar garam halus
1/2 kecil serbuk kunyit
1/2 sudu kecil serbuk perasa
1/2 biji bawang besar - di hiris
Sayuran ikut suka
800ml air
1 sudu besar eno
Minyak mengoreng

Cara:-

1. Gaulkan tepung, garam halus, pewarna, bawang dan sayur dengan air. 
2. Adunan adalah seperti jemput- jemput atau kodok pisang
3. Taburkan Eno atas aduan biarkan eno berbuih
4. Kemudian gaul  rata.
5. Biarkan selama 10 min untuk kembang
6. Panaskan minyak dalam kuali, minyak perlu banyak sebab deepfry
7. Jalan hendak membentuk bulat macam Kak Z buat gunakan senduk
8. Panaskan senduk dalam minyak panas dan selepas panas biarkan api sederhana
9.  Angkat dan isi minyak sedikit dalam senduk
10. Isikan adunan dalam senduk sebanyak 1/2 senduk
11. Letak udang atas adunan
12. Goreng dalam minyak 
13. Biarkan agak 30 saat, aduanan akan tanggal dari senduk
14. Terus terbalikkan supaya udang tidak meletop
15.Goreng hingga kekuningan

Selamat Mencuba

Ok bai
 

No comments:

Post a Comment

SOURDOUGH BANGGALI LOAF

Hi, let me share this beautiful banggali loaf recipe. Which i'm a  bread maker so i plug and play with my discard levine to make this lo...