Posts

Showing posts from February, 2019

TRAVELOG 25: HONG KONG SYURGA PERSONEL SHOPPER

Image
Hong Kong syurga personel shopper. Kenapa? Murah dan banyak pilihan. Di Tsim Sha Tsui sendiri mempunyai pelbagai butik barangan mewah seperti Louise Vuitton, Chanel, Hermes, Ferragamo, CD, Cerruti, Ralph Lauren dan banyak lagi lah.

Masa Kak Z duduk di Sheraton Hotel. Turun je hotel  masuk SOGO.  Pada bulan Mei 2018 Kak Z keluar awal pagi sebab hendak Macau. Terperanjat orang sudah menunggu beratur panjang depan SOGO. Maknanya barangan di SOGO Hong Kong murah macam di SOGO Malaysia. Satu pintu SOGO khas untuk satu produk. Antara yang Kak Z nampak masa turun dari hotel ialah Estee Lauder, MAC, Clinique, Sheisedo dan CD.

Harbour City adalah Shopping Mall terbesar di Hong Kong. Since Kak Z duduk di Sheraton dan Chungkin Mansiin Tsim Sha Tsui. Jalan kaki 5 minit sahaja. Korang kalau kaki shopping Kak Z cadangkan duduk di area ni. Nathan Road, Tsim Sha Tsui. Bukan sahaja shopping area. Tapi pengangkutan seperti subway dan bus adalah sangat mudah. Untuk melihat light symphony di Victoria har…

TRAVELOG 24: KISAH KENTANG DI FUJI

Image
Kentang di musim sejuk. Ada yg bertanya what next? Next akak akan pergi kawasan luar dari bandar..Belajar mengenai masyarakat tempatan di tempat yang akak pergi.. Sebab akak memang tak minat shopping or pergi ammuse par. Bagi kak z itu bukan "feeling".
Bila melihat kehidupan masyarakat meresap dalam jiwa yang baik jadi pendoman yang kurang tu kita jauhkan. Contoh.. akak kata org korea tak seperti dalam cerita korea ye Dalam running man..setiap kali jumpa orang dia akan tunduk..actually tidak.. itu hanya yang kerja barisan hadapan yg kita nampak..
Di jepun Masa naik train ada ibu mengandung, orang bawa anak or orang tua mereka tidak dapat duduk di tempat yang khas untuk diaorang. Kalau kat Malaysia korang dah viral dah. Kalau di sana..apa mau cakap.
Akak memang terkejut melihat keadaan ni.. ada kawan kata orang tua malu kalau kita bagi tempat duduk.. akak bangun dan bagi tempat akak dia duduk dan cakap terima kasih. Orang lain dalam train macam terkejut. So i learn something…

TRAVELOG 23: PEMANDANGAN GUNUNG FUJI DARI CHUREITO PAGODA

Image
Banyak cerita semasa di Jepun yang Kak z  suka ceritakan. Walhal dah setahun berlalu. Ramai orang berangan untuk datang ke sini. Antaranya Kak Z. Alhamdullilah rezeki orang kata bila dah dapat sampai ke sini. Banyak yang hendak di ceritakan dengan gambar yang Kak z ambil dengan camera DSLR, gopro dan handphone. Tapi sedihnya gambar-gambar ni hilang sebab computer Kak Z rosak.   Oleh itu Kak Z cerita dengan gambar yang ada dan ambil dari google.


Gunung Fuji dari Chureito Pagoda (gambar dari google. Gambar kakak hilang)

Chureito Pagoda diPagoda Chureito (忠 霊 塔, Chūreitō) adalah lima pagoda bertingkat di pergunungan yang menghadap ke Fujiyoshida City dan Gunung Fuji. Pagoda ini adalah sebahagian daripada Kuil Arakura Sengen dan dibina pada tahun 1963. 
Chureito Pagoda (gambar google)
Untuk naik ke puncak kita perlu memanjat lebih kurang 398 anak tangga untuk sampai ke bangunan utama.  Mencungap nak naik. Serius stamina kena tinggi kalau hendak naik ke atas. Nasib baik dari Malaysia, Kak z…

TRAVELOG 22: TINGGAL BASIKAL TEPI JALAN DI TOKYO

Image
Pelik tapi benar. Masa Kak Z memula sampai Tokyo rasa pelik sebab selamba je letak basikal di tepi jalan. Tidak berkunci pula tu. Tak risau ke basikal ko hilang. Bukan sebiji tapi banyak biji basikal selamba je celah-celah pokok tepi jalan Tokyo. Lagi jauh jalan. Lagi banyak jumpa basikal di jalan atau bangunan. Itu yang gayat.
Bila Kak Z baca di komen dalam group FB Road To Japan, memang mereka basikal di tepi jalan tanpa rasa risau. Sebab memang tidak ada yang curi. Kalau kat Malaysia..habislah basikal ko hilang.
Kak Z kagum dengan orang Jepun tidak ambil hak orang. Di Japan ada juga orang jahat. Contoh kawan Kak z kena pickpocket di Shinjuku. Tapi dia kata bukan orang Jepun yang langgar dia masa rasa dia kena pickpoket tapi orang seperti bebangsa arab. Oleh itu di mana kita berada perlu berhati-hati.

Pada hari Kak Z jalan dari Asakusa ke Imperial Palace. Macam-macam Kak Z jumpa antaranya ikan kap yang besar ni. Akak pun terfikir kalau kat negeri aku, ikan ni best dan cantik mesti …

TRAVELOG 21: KAPAL VINTAGE AQUALUNA DI HONG KONG

Image
Kali kedua ke Hong Kong baru berkesempatan menaiki Aqualuna menyusuri Victoria Harbour. Kali kedua datang dari 9hb Mei - 13hb Mei 2018.  Kali pertama 9hb Mac- 11Mac 2018 Mu Masa memula tengok tongkang ni masa memula datang. Wakta malam selepas melihat light Symphony di Victoria Harbour terus cakap dalam hati aku kena datang lagi untuk benda ni. Macam best. Memang best
Kak Z  beli tiket dengan Klook  pada tarikh 10hb Mei 2018 pukul 4.00 petang. Tapi tidakada rezeki sebab ribut melanda Takut Ko.. ombak besar. dengan ribut.. dengan sejuk. Dalam ahti kata. kalau tongkang ni kena badai mata sia-sia aku. Dah naik atas kepal ni dengan huyung hayang.. Kak Z kata dalam hati tak leh jadi turun. kalau boleh tukar date aku tukar. kalau tidak boleh kira burn. Bukan rezeki aku dari aku pening tak nampak apa baik tak yah. Nanti lagi mabuk. Ombak memang besar naik keatas pelantar. kalau korang tengok video Kak Z post dalam IG mesti korang tau bertapa kuatnya ombak masa tu. 
Alhamdullilah dapat tukar…

TRAVELOG 20: VICTORIA PEAK TRAM DAN SKY TERRACE 428 HONG KONG

Image
10hb Mac 2018 dengan suhu 15c sejuk juga lah. Misi hari yang sejuk ialah melihat Hong Kong di Victoria Peak.  Untuk melihat Hong Kong dengan menarik Kak Z cadangkan pergi ke Sky Terrace. Sky Terrace 428 kat mana? Sky Terrace 428, berdiri di atas 428 meter di aras paras laut, adalah platform  tertinggi di Hong Kong yang menawarkan pemandangan panorama 360 darjah yang menakjubkan di seluruh Hong Kong. Jadi kena naik ke Victoria Peak. Sebab Sky Terrace 428 kat atas tu..hii. Dua pilihan untuk naik ke atas  iaitu samada naik tram atau mendaki naik ke atas.


Hong Kong Peak Tram adalah cara yang menyeronokkan untuk sampai ke Victoria Peak, salah satu tarikan pelancong di Hong Kong. The Peak Tram bersama-sama dengan Star Ferry adalah dua institusi ikonik Hong Kong yang telah ada selama lebih dari satu abad. Sama Macam Bukit Bendera dan Feri Pulau Pinang yang mempunyai sejarah memasing.

Kak Z naik tram. Tak sanggup aku.. sebab sensorang daki kalau berdua daki juga. Ada jalan yang boleh di lalu…

TERBANG DENGAN PROMOSI MALINDO AIRLINES

Image
Rasa macam sudah lama tidak pergi bercuti bersama anak-anak. Maka, tahun 2019 Kak Z merancang untuk bercuti dengan anak-anak  di dalam negara. Dua tahun berturut-turut Kak Z bercuti keluar negara secara solo backpacker. Jadi tahun ini Kak Z berjanji kepada anak-anak akan membawa mereka bersama untuk bercuti. Sibuk dengan  kelas tambahan dan aktiviti sekolah mungkin memenatkan diaorang., sebelum peperksaan besar SPM untuk kembar Hanif dan Haris, UPKK untuk Adik Hanis, diaorang minta pergi bercuti bagi merehatkan minda katanya.


Percutian Bersama Tahun 2016
Kak Z memulakan perancangan dari sekarang. Anak ramai kena plan betul-betul. Takut ada yang tercicir. Nanti ada yang nangis tidak dapat bercuti.  Kak Z merancang untuk pergi jauh dengan menaiki kapal terbang. Sebab anak-anak merungut Kak Z sahaja yang dapat pergi jalan jauh. Percutian mereka  dekat-dekat sahaja. Pilihan utama  Kak Z akan membawa mereka menaiki kapal terbang. Kapal terbang adalah cara pengangkutan yang selamat, cepat d…

HOMEMADE CHIFFON PANDAN

Image
Kek Chiffon Pandan ada kek yang evergreen dari kak z kecil lagi. Peminat ramai cuma untuk mendapatkan produk muslim adalah sukar. Jadi kak z buat jualan ini. Alhamdulillah kek ini mendapat sambutan yang mengalakkan.
Buat masa ini tempahan hanya di negeri Melaka. Kak z akan cuba kembangkan keluar dari Negeri Melaka. 

Ini adalah label untuk kek chiffon pandan yang kak z keluarkan. Kepada yang ingin membuat tempahan boleh hubungi di whatapp +60134840819

Ok bai

LAUK PAUK SET PANTANG DI MELAKA

Image
PANTANG FOOD DAPUR CHANTEQ

➡️ PACKAGE
🍚Nasi Putih (2 x makan)
🍽1 Menu Sup/Pindang (Ikan / Ayam)
🍽1 Menu Gril (Ikan / ayam)
🥗Sayur (2 x Makan)
☘ Ulam Pengaga ( 2 x Makan)
🍎🍊 Buah ( 2 Biji )

➡️HARGA
RM 50 (per day termasuk  delivery)
Sekitar Masjid Tanah, Sungai Udang , Alor Gajah dan Kuala

✅Menu adalah untuk 2X makan (LUNCH & DINNER)

✅Penghantaran *SEKALI SAHAJA* iaitu diantara jam 11-12 tengahari

✅Jika bersetuju dengan Harga dan Menu, sila buat *Full Payment* 2 hari sebelum tarikh

MENU YANG DI SEDIAKAN

🌸Wajib:
Nasi   2xmkn
Sayur 2xmkn (Sawi @ Broccoli)
Ulam  2xmkn (Pegaga)
Buah  2xmkn 🍊🍎

*Day 1*
- Sup Ikan Jenahak
- Salmon Grill Black Pepper

*Day 2*
- Sup Ikan Merah
- Stim Halia Ikan Merah

*Day 3*
- Sup Ikan Merah
- Ikan Merah Grill Lada Hitam

*Day 4*
- Sup Ikan Merah
- Grill Lada Hitam Ikan Merah

*Day 5*
- Singgang Serai Ikan Bawal Putih
-  Siakap Stim Halia

*Day 6*
- Sup Ikan Merah
- Ikan Jenahak Masak Asam

*Day 7*
- Singgang Serai Ikan Tenggiri
- Salmon Grill

*Day 8*

TRAVELOG 19: UNICORN GUNDAM DI ODAIBA

Image
Masa buat itinerary untuk ke Jepun, tidak tahu mana hendak pergi. Sebab teruja sangat. Kak Z memang dah lama tidak keluar dari Malaysia. Jadi semua tempat hendak pergi. Oleh kerana masa mencemburui ku.. sebab keluar sebulan dari Malaysia. Anak-anak dah bising suruh balik lama sangat maknya duduk negara orang. Alaa... sebulan je. Bukan setahun  Betul tak?

Kenapa ke Odaiba cari benda ni?  Sebab nak ambil gambar dah sampai sini..rugi weii kalau tak datang. Bukan senang nak sampai.

Patung Unicorn Gandam ini adalahyang terbaru masa Kak Z pergi Disember 2017. Terletak di hadapan Divercity Odaiba. Gigih aku dari Asakusa datang kesini. Tak lah jauh sangat. Selagi korang tahu nak naik train apa dan tidak sesat mesti sampai.
Kak Z datang waktu pagi maka Gandam ini tidak bergerak salah timing. Gandam ini akan bergerak pada pukul 11 ​​pagi, 1 petang, 3 petang, dan 5 petang. Plat perisai beralih semasa perubahan dan ini berlaku dalam sekitar 10 saat. Korang siap sedia kamera korang waktu ni.



Nak …

TRAVELOG 18:KEINDAHAN SENI BINA ISTANA GYEONGBOKGUNG SEOUL

Image
Dibina pada tahun 1395, Istana Gyeongbokgung juga dikenali sebagai Istana Utara kerana kedudukannya jauh di utara berbanding dengan istana-istana Changdeokgung (Istana Timur) dan Istana Gyeonghuigung (Istana Barat). Istana Gyeongbokgung boleh dikatakan paling indah, dan kekal sebagai yang terbesar di semua lima istana. Premis ini dimusnahkan oleh api semasa Perang Imjin (Invasions Jepun, 1592-1598). 
Walau bagaimanapun, semua bangunan istana kemudian dipulihkan di bawah pimpinan Heungseondaewongun semasa pemerintahan Raja Gojong (1852-1919). Hebatnya, edisi paling terkenal Dinasti Joseon, Gyeonghoeru Pavilion dan Pohon Hyangwonjeong masih tetap utuh. Woldae dan patung-patung Geunjeongjeon (Dewan Penonton Diraja) mewakili patung seni rupa kontemporer. 
Muzium Istana Negara Korea terletak di selatan Gerbang Heungnyemun, dan Muzium Rakyat Nasional terletak di sebelah timur di Hyangwonjeong 
(sumber:http://english.visitkorea.or.kr/enu/ATR/SI_EN_3_1_1_1.jsp?cid=264337)

Seni bina istana di neg…