27 December 2016

KUIH KERIA TERASA LEBIH UBI KELEDEK DARI TEPUNG



Bila kita beli atau buat kuih keria pasti kita merasa ubi lebih dari tepung. Betul tak? Kalau rasa tepung banyak mana nikmatnya kuih keria tu. Kak Z suka dalam kuih keria terasa juicy ubi. Mungkin dari kecil telah di ajar untuk makan macam tu. Sebab tu Kak Z jarang beli kuih keria di luar.

Lama juga Kak Z hendak menyukai semula kuih keria selepas mak Kak Z meninggal. Sebab Arwah mak kalau buat kuih keria memang awesome. Dia sira kuih keria mengunakan gula Melaka. Kak Z mula tak suka sira gula Melaka sebab pernah terkena muih keria masam. Mungkin mengunakan gula Melaka yang luput tarikh. Tapi Arwah mak buat sedap. 

Macam mana hendak buat kuih keria garing di luar dan rasa ubi bila kita makan. 

1. Ubi yang di rebus terlalu lama hingga menjadi lembik sebab bila terlalu lembik kita kena tambah tepung. Lagi banyak tepung kita uli denga ubi akan mengurangkan rasa ubi tersebut. Rebus sampai dia empuk dan buang air atau tapis. Biarkan sejuk sebelum masuk tepung.

2. Ketika kita lenyek ubi, kita akan rasa ubi tersebut kering. Memang itu tujuannya supaya kita tidak mengunakan tepung terlalu banyak. Jangan tambah air.

3. Jangan masukkan tepung ketika ubi masih panas. Kalau korang masukkan tepung mas ubi masih panas. Ini akan memasakkan tepung tersebut. Silap hari bula masa kita goreng, kuih keria akan pecah. Kalau yang biasa buat tak pe, ni yang pertama kalikan masalah.. Tambah tepung lagi. Dah hilang rasa ubi. Betul tak?

4. Cara goreng kena betul. Api yag terlalu besar.  Sebab api yang besar boleh meningkatkan suhu. Suhu tinggi boleh cepat menghangitkan keria kita. Kalau keria  hangit.. luar keras dalam tidak masak. Makan tepung lah korang nanti. Sebab tu kawal api biar perlahan dan masak lambat tapi kuih keria korang cantik. Nanti korang makan kuih keria tu luar garing dalam rasa ubi.


5. Resepi Kak Z mengunakan tepung ubi. Ada orang Pm Kak Z, pelik gunakan tepung ubi..hiii. Sebab tepung ubi bertindak sebagai kanji yang melekat ubi dan jadi cair sedikit didalam kuih keria. Tepung gandum sebagai agen tambahan supaya semasa mengoreng tidak pecah. 

Di bawah ini adalah resepi yang Kak Z untuk membuat kuih keria Kak Z. Ada yang cuba. Alhamdullialh menjadi dan respon yang Kak Z dapat sedap. Korang boleh cuba..joom buat

Bahan Doh:-

500gm ubi keledek putih
100gm tepung ubi
50gm tepung gandum
secubit garam

Cara:-

1. Ubi keledek pilih yang kecil cepat empok
2. Buang kulit dan rebus
3. Rebus jangan terlalu lama agak dah empok angkat dan tapis air
4. Lenyek kan ubi tadi dan biarkan sejuk sedikit..
5. masukkan tepung ubi, gandum dan garam
6. Uli hingga rata... jangan tambah tepung kalau lembik biarkan sebentar dia akan keras
7. kepalkan bulat-bulatdan buat seperti roda atau ring hingga habis
8. Goreng dengan api perlahan dan minyak tidak terlalu panas
9. Pusingkan perlahan supaya tidak hancus
10. Goreng hingga coklat dan garing
11. Angkat dan tapis minyak

Bahan Gula untuk Sira

1/2 cawan air
2 cawan gula pasir

cara:-

1. Panaskan air hingga mendidih didalam kuali
2. Gunakan kuali supaya mudah untuk kacau keria nanti
3. Masukkan gula dan kacau sehingga gula larut
4. Kacau lagi supaya gula jadi karemal dan keperangan
5. Masukkan keria dan tutup api
6. Kacau keria tadi sehingga gula jadi keras
7. Jangan kacau atas dapur.. kalau boleh tempat bersimen supaya gula cepat keras
8. Kacau rata hingga semua keria disalut gula

selamat mencuba

ok bai

BIRTHDAY SI KEMBAR DI TONY ROMA'S MELAKA



Tahun 2016, dah berumur 14 tahun si kembar. Lahir 24 Disember 2002. Berat setiap seorang 3kg dan tidak cukup bulan. 32 minggu dah tak sabar nak tengok dunia. Tapi bila dah hidup dalam dunia macam-macam adventure dia orang buat.   Ahmad Hanif - twin 1 dan Ahmad Haris - twin 2


Sepanjang 14 tahun Kak Z besarkan dan kenal diaorang, Diaorang lurus bendul. Korang conner sikit mula tidak faham. Tapi cerdik yang amat. Pernah dia nak buat experiment keluar api dari tin Ridsect. Hambik ko seperiuk lauk mak kena semburan ridsect sebab dia sembur ridsect pada lauk atas dapur apa lagi terbakow ler dapur. Hangin mak. Sebenarnya macam-macam lah diaorang buat disebalik kebendulan diaorang tu. Apa pun mak sayang korang.. When you guys read this. I want you to know I love you guys so much.. Abang, both of you and adik are in my heart..


Tahun lepas tidak dapat sambut birhday diaorang sebab mak kena demam denggi. Tahun ini special sikit. Celebrate di Tony Roma's Melaka. Meriah. Paling kelakar bila staff Tony Roma's menyanyi Happy Birthday kat diaorang. Terkejut kejap. They never been celebrate like that before.  Terima kasih staff Tony Roma's Melaka.


Keterujuan si kembar ialah bila dapat kek ada lilin. Kek ada ice cream babe's. Si Kembar tanya bila momee komplot dengan dia orang. Hii.. rahsia. Dia tak perasan mak dia berbisik dengan waiter masa oder tadi. Waiter kata kalau hendak celebrate birthday dapat kek percuma. Waaa.. menarik. Itu dia Kek ada ice cream. Korang kalau na celebrate birthday kat Tony Roma' cakap jer kat staff dia nak buat suprise. Dia orang akan bekerjasama untuk memeriahkan sambutan tersebut. 



Jalau makan di Tony Roma's di akan bagi kita roti dan garlic butter. Masa 1st time datang dulu berebut. Kali ini datang pun berebut. Siap mintak hendak lagi. Malu mak  anak oiii... so next tim ejer lah kita  makan roti tu. Gambar di bawah antara hidangan yang kami oder. Banyak kami makan. Kalau korang pandai oder, portion yang banyak oleh share ramai-ramai. Staff akan menerangkan apa yang korang hendak makan. Syiok kan?




Bila bill datang terkejut juga. ingatkan sampai RM200.00 tapi hanya RM124.00. Sebab kami oder portion besar dan share sorang sedikit  dan semua orang boleh rasa. Kalau macam ini birthday adik dan abang pun boleh celebrate di sini. Dapat Kek free betul tak? Habis makan terdampar atas kerusi kekenyangan. Sesi mengukur Mahkota Prade pulak. Meriah  Mana tidaknya... Christmas around the conner.




\
Kembar.. momee doakan jadi anak beriman dan soleh, bertanggungjawab, manusia yang baik.. berjaya dunia dan akhirat..amin

Ok bai

BUFFALO CHICKEN WINGS


BUFFALO CHICKEN WINGS

Buffalo chicken wings bukan kerbau kepak ayam. Kak Z mula-mula makan benda alaa ni pun macma korang juga gayat sebab terkejut dengan namanya. Takut hendak mencuba. Tapi bila dah makan tak boleh berenti. Di beri nama BUffalo Chicken Wings sebab resepi asalnya berasal dari Buffalo New York, USA. Kawan Kak Z yang belajar di salah sebuah universiti disana mengajar Kak Z makan benda ni. Dia pun belajar buat bend ani masa belajar masa duduk disana. Zaman dia belajar sana lagi hari susah hendak mencari ayam sembelih. semua jenis patah leher. Kalau korang biasa duduk oversea tahu lah masalah ni. Jika Europe banyak juga makanan halal korang boleh cari sebab ramai pendatang dari negara Arab. Kalau di Jepun, Korea dan China haru guwaaa cakap lu. Zaman Kak Z di sana tawakal je lah kalau hendak makan.  Sekarang rasanya bnayak makanan halal yang boleh kita cari. Betul tak?

Ok.. berbalik kepada Buffalo Chicken Wings ni. Rasanya pedas manis dan masam. Sedap demakan dengan mayonise atau blue cheese deep. Memang kategori mengemukkan. Kak Z beli 20 keping kepak ayam. Tnggal 3 untuk mak dia. Alasan mak diet.. sedihhh? Tak lah.. senang hati anak-anak suka. Kalau kita google resepi Buffalo Chicken Wings, memang banyak versi yang ada. Tapi ini versi Kak Z. Sebab Kak Z mengunakan bahan yang ada d rumah. Bahannya pun tidak banyak. Penyedia dalam 30-40 min sahaja. Kalau korang beli di kedai 3 ketul RM10.00. Baiklah mak ko buat sendri. 20 ketul tak sampai RM15.00. Jimat betul tak? Zaman gawat ni kenalah berjimat cermat babe..

Resepi yang Kak Z share ini adaah untuk 5 keping kepak ayam. Korang boleh tambah berapa banyak korang hendak buat. Joom buat

Resepi:-

Bahan A

5 keping kepak ayam
1 biji telur ayam
4 sudu besar tepung jagung
1/2 sudu teh garam halus
1/4 sudu teh lada sulah
1/4 sudu teh serbuk cili
Minyak untuk mengoreng

Cara:-

1. Bersihkan ayam
2. Gaulkan dengan semua bahan kecuali minyak
3. Biarkan 10 minit untuk perasa masuk kedalam ayam
4. Panaskan minyak dan goreng hingga garing atau kekuningan.

Bahan B

4 sudu besar Sos Cili 
2 sudu besar Sos Tomato
Secubit garam
1/4 sudu teh gula pasir
3 ulas bawang putih di tumbuk halus
1 sudu besar butter
1/4 sudu teh serbuk parsley

Cara:-

1. Panaskan butter dan tumiskan bawang putih
2. Bawang putih naik bau masukkan sos cili dan tomato
3. Biarkan berbuih sedikit
4. Masukkan serbuk parsely, garam dan gula
5. Kacau sebentar dan masukkan ayam tadi
6. Tutup api dan gaulkan sos seluruh ayam
7. Cadagan hidangan cicah dengan mayonis

Selamat mencuba

Ok bai


SOURDOUGH BANGGALI LOAF

Hi, let me share this beautiful banggali loaf recipe. Which i'm a  bread maker so i plug and play with my discard levine to make this lo...