Posts

Showing posts from February 17, 2015

Kuih Bakar kemboja orang melaka

Image
Assalamualaikum



kuih bakar ni adalah feberot..masa kecik-kecik tunggu sebelah mak nak makan kuih ni.. tiada ukuran tertentu macam sekarang.. masuk-masuk dalam loyang kacau,, kurang tepung, gula, santan tambah aje...telur ambil dari reban belakang rumah.. freshhh..

itu cara arwah mak...zaman dulu tiada oven.. mcm mana dia orang bakar?

pakai kayu api dan sabut kelapa


mak akan potong tin minyak yang besar tu bahagia 3/4 untuk bahagian bawah dan 1/4 untuk penutup
mengunakan kayu api...tong bahagian bawah.. emak akan letak pasir dan panaskan...acuan kuih juga deletak dalam tong tersebut..

1/4 tong tadi dileperkan untuk buat penutup.. atas penutup mak letak bara sabut kelapa...dan tutup tong yang besar

agak dah panas mak akan tuang aduan tepung kedalam tong tersebut.. biarkan masak..lama juga.. lebih kurang 1 jam
macam ni lah hasilnya

lebih kurang macam ni lah hasil kuih bakar mak



i miss that moment..

ok bai


Kuih bakar berlauk

Image
assalamualaikum

resepi saya belajar dengan guru hakak 10 tahun dulu.. hakak buat dan practice untuk mendapatkan yang sedap dan cantik. ikut kesesuain diri kita sendiri. hari ni nak share resepi.. esok boleh cuba..


kuih bakar berlauk
resepi
bahan inti:
500gm daging kisar 2 sudu besar rempah kari daging.. saya suk guna adabi 1 biji bawang besar daun kari gula garam
cara:
1. tumis bawang yang telah di hiris halus 2. masukkan serbuk kari kari dan daun kari kacau hingga naik bau 3. masukkan daging, gula dan garam secukup rasa 4. masak hingga daging garing 5. bila masak ketepikana dan biarkan sejuk
bahan tepung:
500gm tepung gandum 500ml santan 500ml air 4 biji telur 1/4 sudu teh serbuk kunyit 1/2 sudu teh garam 1/4 sudu teh gula 2 sudu besar susu tepung minyak masak

cara:-
1. gaul semua bahan dan kisar 2. tapis dan biarkan selama 1 jam
bahan hiasan
1 biji bawang besar - hiris 3 biji cili merah - hiris daun bawang secukup hiris
cara:-
1. panaskan acuan kuih bakar atas dapur  2. tuangkan 2 s…

Ayam masak merah kampung style

Image
assalmualaikum

ayam masak merah sentiasa di hati...putih-putih melati, merah-merah delima...

ayam masak merah kampung style
resepi
seekor ayam potong 12 1 mangkuk cili boh 3 biji bawang besar 10 ulas bawang putih 5cm halia sebesar ibu jari sebatang kulit kayu manis 3 kuntum bunga lawang 2 batang serai 5 helai daun limau daun kari 3 biji buah keras gula garam
cara-
1. gaul ayam brsama serbuk kunyit dan garam 2. goreng hingga garing 3. bawang besar, halia dan bawang putih perlu di kisar 4. tumis bunga lawang, kulut kayu manis, daun limau dan daun kari dan serai yang telah di ketuk sedikit 5. biar nak bau dan masukkan bahan kisar 6. biar garing sedikit dan masukkan cili boh 7. masukkan buah keras yang telah di tumbuk halus, gula dan garam secukup rasa dan biar garing sedikit 8. masukkan ayam yang telah di goreng tadi.. kacau hingga rata 9. tutup api dan boleh hidang 
ok bai

Jadual KELAS DANISH DAN PUFF PASTRY Feb-Mac 2015

Image
assalamualaikum


KELAS DANISH DAN PUFF PASTRY tarikh: 28hb februari 2015
tempat: kak Suzana Raman , sg dua penang
yuran: RM280.00
waktu 9.00pagi tarikh : 7hb mac 2015
tempat: Yuslindhia Zamani Talam Johor, kangkar, pulai, johor
yuran RM280.00
waktu 9.00pg tarikh: 4hb april 2015
tempat: kak Eyda Mazlan, kuantan, pahang
yuran :RM280.00
waktu: 9.00pg ok bai