Olahan mengunakan bahan yang ada di rumah. Anak-anak Kak Z bagi apa sahaja jenis pasta pasti memjadi kegemaran mereka
Kadang-kadang bila tiada idea untuk memasak pastinya pasta adalah pilihan yang mudah. Compom habis. Hari ini Kak Z share resepi yang Kak Z selalu guna untuk buat spagethi carbonara.
Bahan -
1 pek spagethi
2 biji putih telur
1 cawan susu segar / cair
1 sudu kecil garam
1/4 sudu kecil perasa
4 ulas bawang putih - hiris halus
1 biji bawang besar- potong dadu
1 helai daun bay kering
1 sudu kecil chili flakes - kalau suka pedas boleh ganti dengan lada hitam kisar
1 sudu kecil serbuk pasley
2 sudu besar serbuk parmesan
5 batang sosej
2 sudu besar minyak masak
Cara
1. Rebus spagethi hingga kembang. Tapis dan gaul dengan 1 senduk kecil minyak masak. Tujuan gaul dengan minyak masak supaya tidak melekat
2. Sosej potong kecil-kecil dan goreng sebentar angkat
3. Pukul putih telur dengan garfu dan masukkkan susu. Ketepikan dulu
4.Tumiskan bawang putih dan bawang besar hingga naik bau
5. Masukkan spagethi dan sosej.
6. Masukkan adunan susu tadi dan kacau hingga pekat
6. Masukkan garam, perasa, daun bay, serbuk chili, serbuk parsley dan parmesan cheese. gaul rata. Kalau rasa tidak cukup masin boleh tambah garam
Nota: kalau tidak ada chili flakes ganti dengan lada hitam kisar. Tujuan untuk merasa pedas. Ikut selera masing-masing.
Sosej boleh ganti dengan isi ayam atau makanan laut. Akak buat mengikut bahan yang ada di rumah
Selamat mencuba
Ok bai