19 September 2012
Umrah bersama Dato Dr Ustaz Harun Din
Assalamualaikum, kepada kawan-kawan yang berminat untuk mengerjakan umrah dan ziarah Mesir bersama Dato Dr Ustaz Harun Din bermula dari 24hb mei - 10jun 2013 boleh message saya untuk maklumat lanjut. Program ini dikelolakan oleh Ustazah Juriah Din (adik ustaz). email saya rshaz73@yahoo.com. Sekian terima kasih
15 September 2012
Rich Chocolate Moist
Assalamualaikum
Rich Chocolate Moist
Lets talk about resepi….it is Rich Chocolate Moist.
Resepi chocolate cake banyak boleh kita jumpa dalam
web.. tapi yang mudah dan sedap jarang kita jumpa. Banyak saya sudah cuba. Tapi
resepi ini paling mudah and the best. Anak-anak saya yang tidak suka cake chocolate pun suka
bila mereka makan cake ini. Tengoklah gambar dibawah dalam masa 10 minit sahaja
anak-anak saya pulun betul-betul cake ini. Bercerita dan memuji. Kalau tak sedap kena
kutuk.. it mean my cake delicious la…Mummy dia suka la. Resepi ini kos sangat
murah. Kalau nak beli nangis harganya. Mari kita kira
Butter – RM4.00
Gula castor – RM2.50
Telur – RM1.00
Tepung – RM1.60
Serbuk koko – RM3.50
Kopi, emulco, vanilla esen –RM1.00
Soda dan baking powder -50sen
Susu pekat – RM2.20
Minyak masak -50sen
Total lebih kurang RM17.00.
So still save. If you buy at bakery shop it will cost about
RM50.00 uulallaaaaa. This is the resepi. Insyallah you won’t regret if you follow the step.
RICH CHOCOLATE MOIST
Bahan A
6oz butter
14oz gula castor
3 biji telur
Secubit garam
Bahagian B – (bahan
ini dibancuh bersama dan diketepikan)
1 sudu teh Nescafe
1 sudu teh panas
1 sudu teh esen
1 sudu teh EMULCO
Bahan C
8 oz High protein flour( Tepung Superfine pun boleh)
2 ½ oz serbuk coco
1 sudu teh soda bicarbonate
1 ½ sudu teh baking powder
8 ozair sejuk direct dari peti sejuk
Cara:-
Pukul Butter dan gula hingga kembang. Masuk telur satu
persatu. Kemudian masukkan bahan B yang telah dibancuh. Tepung dimasuk sedikit
demi sedikit. Dipusing satu arah mengunakan whisk. Contohnya jika kacau mengikut pusingan jam tetapkan
arah itu hingga tepung habis dikacau. Akhir sekali masukkan air sejuk tadi.
Bakar kek ini api 170C selama I jam atau sehingga masak.
Untuk mendapatkan kek lebih moist kukus kek ini selama 1 ½ jam perlu ditutup
dengan aluminum foil atau plastic yang diikat supaya wap air tidak masuk
kedalam kek. Kalau tidak banjir kek kita.
Kek sudah masak belum di ganache..
Ganache
500gm cooking choc bar
1/2 tin susu pekat
1/2 tin susu pekat
3 sudu besar cawan coco poder
1 sudu besar butter
50ml susu cair/full cream milk
50ml susu cair/full cream milk
Secubit garam
Cara
double boild semua bahan. kacau sampai dia berkilat.. elak dari jadi berketul. bila bentuk sepeti caramel ok akan siram atas kek.
Gunung Jerai
Assalamualaikum
Paras ketinggian Gunung Jerai
.
Batu bersurat Gunung Jerai
Hari ini saya ke Gurun (15/9/2012).
Sebuah pekan di kaki Gunung Jerai. Jika kita lihat dari lebuhraya PLUS kita
dapat melihat gunung ini di selaputi
kabus sangat cantik. Dari Pantai Merdeka pun cantik terutama waktu pagi selepas
hujan. Macam duduk di ‘western country’. Syok
dengan sejuk, kabus dan udaranya segar. Selalu juga saya jogging naik
keatas. Tapi sekerat sahaja. Tak larat. Sejuuuuk. Saya jarang dapat melihat fenomena hari hujan yang
turun sedikit demi sedikit dengan jelas terutama di Kuala Lumpur. Dalam bulan Jun 2012 yang lepas dalam
perjalanan ke Tanjung Dawai langit gelap
di puncak Gunung Jerai. Kemudian hujan turun berperingkat dari hujung gunung
iaitu dari Yan hingga ke Gurun. Cantik
sangat. Hujan itu tidak lama lebih kurang 20 minit.. keluar pula pelangi. Saya
dan anak-anak terpegun melihat keadaan ini. Sayang sekali saya tidak bawa
kamera ketika itu. Jika tidak blh saya rakam. Semua ini kuasa allah. Malaysia
juga mempunyai pemandangan yang cantik. Jika dari Puncak Gunung Jerai,
Masyallah lagi cantik terutama waktu musim padi. Udara nyaman. Permandangan
kawasan padi yang luas.. hijau dari kaki gunung hingga ke Alor star dan Pendang. Laut luas, kalau cerah boleh nampak
Sumatra dan Pulau Langkawi. Dari sudut lain pemandangan ke arah Kota kuala
muda, Sungai Petani dan Penang pun
cantik.
Pemandangan Awan dari puncak Gunung Jerai
Jelapang padi dari Yan ke Alor Star
Untuk merehatkan otak atau honeymoon saya cadangkan pergi ke Gunung
Jerai. Ada resort kat atas tu Regency
Gunung Jerai. Bukan nak promote tapi nak share information je.. Next time saya
cerita saya jumpa dolphin di Tanjung Dawai. Macam tidak percayakan….
Gambar ini diambil waktu pagi dari Pantai Merdeka
13 September 2012
Gempaknya UPSR
Assalamualaikum...
Sibuk melayan anak yang sulung menduduki peperiksaan UPSR.. Mak ni berdebar-debar anak nak ambil UPSR. Si calon UPSR relax sahaja. "Relax mummy".. boleh dia cakap macam tu.. Dalam hati saya berdoa insyallah dia berjaya. Saya tunggu dia di luar dewan peperiksaan. Kalau di KL ramai ibubapa yg akan berkampung untuk memberi sokongan kepada anak-anak. Tapi di sekolah anak saya di Sungai Petani ni, saya sorang aje yang tunggu.. Menjadi bahan lawak jenaka kepada jiran-jiran.. Tak apa la saya suka.. Tahun depan - 2013 si Twin saya akan ambil SRA(sijil Rendah Agama).. Nangis mak semua bahasa arab.. kena pakai kamus marbawi. Tahun 2014 ambil upsr.. Insyallah..
Hakim the eldest and one of the twin Hanif
Ramai pelanggan yang call untuk tempah kuih dan kek, hendak belajar buat kuih dan tanya pasal dodol. Dodol sentiasa ada stok. kuih dan kek untuk tempahan saya hold sampai hari jumaat ni.. hendak belajar buat kuih.. 'chek kena mai Sungai Petani. Kami dah tak duduk K.L. lagi...'.
Subscribe to:
Posts (Atom)
SOURDOUGH BANGGALI LOAF
Hi, let me share this beautiful banggali loaf recipe. Which i'm a bread maker so i plug and play with my discard levine to make this lo...
-
KUTU KUCING (Gambar Wikipedia) Kutu kucing.. manalah datang kutu kucing menyebabkan Kak Z dan anak-anak gatal-gatal. Memula Kak Z in...
-
Sekarang ni musim sunat. Kak Z ada 4 anak lelaki semua sudah bersunat sebelum menjejaki darjah satu. Abang Hakim, Hanif dan Haris umur...
-
Luminous Pearl Set Umur Kak Z 43 tahun. Bila umur begini banyak masalah muka akan timbul. Paling teruk ialah jeragat dan jera...