11 November 2019

MEH BELAJAU BAHASA MELAKA HAWAU






Bila Kak Z duduk di negeri orang ramai kah yang cuba hendak berbahasa Melaka. Tapi macam hawau sahaja bunyinya. Hari Kak Z share perkataan yang biasa di gunakan oleh orang Melaka. Oleh sebab cuti sekolah dah dekat. Korang suka datang Melaka, cuba belajar bahasa Melaka. Mana lah tahu dapat discount masa bershopping atau di kedai makan.

1. Kainsal : Tuala
2. Hawau : Lebih kurang macam perkataan “tak guna betul kau ni”
3. Kahau : Cakap kasar
4. Godak : Kacau (contohnya : Tolong godakkan air teh dalam jug tu) See….sebut betul-betul GODAK. Pandai….
5. Lahanat, Lahabau & Sial (Lahanat dan lahabau berasal dari percampuran budaya Arab di Melaka sejak zaman Kesultanan Melayu Melaka). Contohnya, lakh khabar dan akhirnya menjadi lakhabau. Maknanya tidak dengar khabar. Ayat mudahnya, “Usin lahabau kau, ingat dah mati” (Maksudnya : Usin lama tak dengar khabar atau berita, ingat dah mati).
6. Gadak,Berbokoh, barah, cekik : Makan
7. Orang Melaka kalau sebut perkataan yang hujungnya berakhir dengan huruf A mesti sesuka dan sesenang hati mereka tukar kepada huruf E kemudian meleret pulak tu. Contoh? Contohnya : Ko nak pergi mane……..Yele………Ikut suka hati ko le………
8. Satu lagi jikalau sesuatu perkataan itu berakhir dengan huruf R, maka akan ditukarkan kepada huruf U. (Contohnya : ular jadi ulau, keluar jadi keluau, pasar jadi pasau).
9. BerKepau : Sepah ( contohnya, ko suka betul buat kepau kat dalam bilik aku) Jelas?
10. Kumbah : (contoh ayatnya, “aku baru aja kemas baju, ko dah kumbah balik)
11. Dak : Biasa digunakan apabila memanggil nama seseorang. Contohnya : kau kenal dak Samad, duk kat belakang rumah dak Leman.
12. Membongkah : kuat makan ( Asyik kerja membongkah jer. Mana ler perut tak naik)
13. Gobok : Almari
14. Membongkang : tidur yang amat lena
15. Nau : Longat nau, Besau nau, Kecik nau, jauh nau, tinggi nau. Asaknya daripada perkataan Benar @ Benau
16. Melohau : Besar Sangat (Contohnya : Seluar kau besau melohau)
17. Sakau : Mengaut secara haram @ mencuri @ rampas
18. Handau: Kalah @ tewas @ lemah
19. Antu : Kalau di Kampung Seberang Gajah, orang tua-tua kalau nak sebut nama orang tua yang lain depan nama tu mesti ada perkataan “antu”. Contohnya : “antu” Munah duk mane?
20. Lopak : Pencil box
21. Beledi : Baldi
22. Lemari : Almari
23. Lebang : Pemalas
24. Sengkuap
25. Mengkewan
26. Pare - yg Kt Dapur

Info : DJ AMY #lokos #thanksebabshare

PERTAMA KALI MENCUBA CAKAP MINANG


Untuk yang baru hendak belajar bahasa minang, tolong berhati-hati kepada sesetengah perkataan..
Contoh
1. Ketat - kotek.. ( bukan kotek.. itu lucah .. perkataan betul ..kotat)
2. Kertas - kotey.. (bukan kotey..lucah jugak tu... perkataan betul.. koteehh.. jangan salah sebut tau)

Jadi sebelum nak pinang orang yg berbahasa minang, sila belajar betul- betul. Jika tidak,ko kono golak dongan bakal metuo kau sobab ko melucah

Ok bai

SOURDOUGH BANGGALI LOAF

Hi, let me share this beautiful banggali loaf recipe. Which i'm a  bread maker so i plug and play with my discard levine to make this lo...