15 January 2017

CHEEZY GARLIC BREAD BUAT DI RUMAH


CHEEZY GARLIC BREAD


Kak Z jarang beli garlic bread di luar. Selalunya buat di rumah. Sebab boleh dapat banyak. Anak-anak suka garlic btead cicah dengan creamy soup contoh sup creamy ayam atau mashroom dan stew. Cheezy Garlic bread Kak Z mudah. Hanya beli roti Peranchis sahaja.  

Dulu pizza hut ada jual cheezy garlic bread. Sedap yang amat. Kalau balik sekolah dulu selalunya singgah Pizza hut Bukit Bintang. Masa tu murah. Mampu milik. Hii. Sekarang murah juga. Tapi kalau 5 mulut botak. Kena buat sendiri.. Jom Kak Z

RESEPI

Bahan:-

1 batang roti Perancis
3 ulas bawah putih
100gm butter
100gm mozarella cheese parut
1 sudu besar basil flake kalau suka

Cara:-

1. Potong roti perancis menyerong setebal 1 1/2 inci.
2. Hancurkan bawang putih
3. Masukkan bawang putih dan basil flakes kedalam butter 
4. Kacau rata
5. Sapukan butter atas roti
6. Susunkan roti atas papan pembakar
7. Taburkan cheese
8. Bakar dengan suhu 180c selama 5 min
9. Keluar dan sedap di makan panas

Nota:

1. Basil flakes ada bahan alternative. Kalau tidak suka tidak perlu letak
2. Suhu oven ikut oven masing-masing.
3. Kak Z suka mozarella cheese sebab tidak masin

Selamat mencuba

Ok bai

AGAR-AGAR SANTAN GULA MELAKA


AGAR-AGAR SANTAN GULA  MELAKA

Agar-agar santan ni kalau makan bulan puasa sekali hadap. Sebab kalau Kak Z buat guna gula Melaka rasanya tidak semanis gila merah atau gula pasir. Lemak manis dan sikit masin. Siap masak masuk dalam peti sejuk. Lagi lah sedap.

Kak Z belajar buat agar-agar ni dari Kak Rokiah masa kerja di TIME dulu. Lama sudah.. sebab dia buat sedap. Tapi dia guna gula merah. Bila resepi tu sampai kat tangan Kak Z jadi lain ler..hii. Sekarang baru Kak Z dan rekod. Selalu buat tapi tak teringat nak tulis kat blog. Jom kita buat

Resepi

Bahan

1 pek agar-agar straw
250gm gula merah.. kalau rasa kurang manis boleh tambah
2 sudu besar gula pasir
1/2 sudu teh garam
1 biji telur
200ml santan pekat
1400ml air
2 helai daun pandan

Cara:-

1. Panaskan air hingga mendidih
2. Masukkan gula Melaka dan gula pasir masak hingga hancur. Rasa kalau kurang manis tambah gula Melaka.
3. Masukkan agar -agar dan biarkan agar-agar hancur
4. Biarkan mendidih dan masukkan santan dan garam
5. Ambil telur kacau dengan garfu atau whisk hingga hancur.
6. Masukkan kedalam periuk dan kacau supaya telur tidak berketul-ketul..
7. Biarkan sekejap sahaja untuk telur masak
8. Siapkan loyang
9. Tapiskan agar-agar dalam mangkuk kemudian masukkan kedalam loyang
10. Sejukkan dan biar keras masukkan kedalam peti sejuk

Nota:-

1.250gm gula Melaka adalah anggaran Kak Z yang selamat. Sebab gula Melaka tidak punya kemanisan yang sama kalau kita beli. Lain tuan lain rasa. Jadi korang kena tambah kalau kurang manis. Kak Z kalau agar-agar ni kadang-kadang kena tambah gula lagi.

2. Gula pasir adalah untuk menaturalkan rasa gula Melaka mungkin sedikit masam atau pahit. Lidah kita sudah terbiasa dengan rasa gula pasir jadi letak untuk rasa sedap
3. Agar-agar yang Kak Z gunakan untuk resepi ini ada agar-agar straw. Boleh juga kalau korang hendak guna serbuk agar-agar kerana caranya sama sahaja.

4. Ada orang akan blender untuk mendapatkan telur halus. Tapi Kak Z tidak tapis juga boleh jadi halus.

Selamat mencuba

Ok bai

MINUM PETANG DENGAN BINGKA UBI



Minum Petang Dengan Bimgka Ubi

Hari tu Kak Z kongsi resepi bingka ubi nyonya. Hari Kak Z 11. Bakar seperti Kak Z ajar di atasmodify dari resepi Suraya Yusof. Memenuhi tekak pelanggan Kak Z yang tidak mahu  terasa telur dan perisa rose. Maknanya yang plain sangat.

Hari ini Kak Z tunjuk satu persatu cara Kak Z buat kuih bingka. Gambara ada rujukan mudah untuk korang supaya senang korang tahu cara hendak buat kuih ini.  Korang buat tau..jom buat..

Resepi Bingka Ubi - resepi asal Suraya Yusof

Bahan: loyang  10 x 10 inci

2kg ubi kayu
2 biji telur
300gm gula pasir
400ml santan
1 sudu teh garam
20gm marjerin
1/4 sudu teh pewarna kuning telur

Cara -

1. Ubi kayu di parut
2. Bancuh semua bahan kecuali telur.
3. Pukul sedikit telur dengan whisk atau garfu sedikit sahaja
4. Gaul dengan bahan lain
5. Alaskan loyang dengan aluminium foil
6. Masukkan adunan kedalam loyang yang telah di oles dengan marjerin
7. Bakar selama 1 jam 30 min suhu 200c
8. 1jam pertama guna api atas bawah
9. 30 min akhir hanya guna api bawah atau mengikut oven masing-masing.
10. Biarkan sejuk baru potong

Gambar Langkah Demi Langkah


1. Kak Z pilih ubi kayi yang kecil-kecil . Sebab Kak Z takut nak beli yang besar-besar. Pernah terjadi ubi kayu yang besar dah jadi kayu, kulit pun tebal dan pahit. Yang kecil ni masih mudah dan lembut lagi. Senang kalau hendak parut atau blander


2. Buang kulit ubi dan bersihkan dari tanah. Basuh bersih-bersih. Korang tengok gambar Kak z kalau kecil senang nak handle. Kulit pun nipis. Tak rugi timbang rasanya.


3. Kak Z parut ubi ni. Resepi asal kena blender. Blender Kak Z dah tua takut meletop kalau masuk ubi. Tapi kalau parut lagi sedap. Kalau blender kena blander dengan air. Bila dengan kena tapis air habis lemak ubi terkeluar. Mana best. Betul tak?



4. Ini ada hasil dari 2 kg ubi. Sebab tu Kak Z kata kalau parut ubi tidak berair. Kalau blender berair dan kena tapis buang air tersebut. Lemak dan manis ubi akan keluar


5. Kak Z letak pewarna kuning telur. Gaul rata. Nanti bingka kita warna kuning. Kalau korang tak nak warna kuning boleh jer letak colour merah, oren, biru atau hijua. Ikut suka hati korang lah. Janji rasa tak lari.


6. Masukkam santan, gula, garam dan marjerin. Gaul rata. Cabaran betul nak buat benda ni. Belum masak kita boleh rasa lemak bingka ni. Korang make sure marjerin tu hancur dan tidak berketul. Kalau ketul sikit-sikit boleh di maafkan. Kalau ketul besar.. adehh.. tak leh nak kata apa.




7. Pukul telur sikit. Jangan main masuk jer. Beketul lah telur tu nanti. Tak sedap weiii. Dah pukul baru lah gauk dengan adunan tadi. Mesti ummph lah..


8. Kak Z salutkan loyang dengan aluminium foil sebab senang nak buka dari loyang. Ni ada orang tempah. Angkat kuih terus masuk kotak. Korang kalau berniaga senang macam. Kak Z malas nak basuh loyang sebab tu buat macam ni...hii


9. Kak Z oleskan aluminium foil tu dengan marjerin. Lepas tu Kak Z tuang adunan tadi. Slow-slow tau. 


10. Adunan ni memang cukup-cukup untuk loyang 10 x 10 inci.  Jadi cantik tak melimpah atau kurang tinggi


11. Bakar seperti Kak Z ajar di atas


12. Nampak cantikkan dalam oven. Make sure korang pusing supaya tidak hangit pada satu tempat sahaja.

Biar sejuk baru potong.

Selamat mencuba

Ok bai

13 January 2017

TIPS MEMBUAT KUIH KERIA GULA MELAKA YANG GEBU



Kuih Keria gula Melaka viral. Kak Z hujung minggu atau cuti sekolah tak sanggup lalu area Limbungan, Melaka. Sebab mesti jem orang beratur hendak membeli Kuih Keria Antarabangsa di kawasan tersebut. Memang sedap. Dulu tidak ramai seperti sekarang. Bermula dari TV3 memviralkan kuih keria ni. Ramai sungguh orang luar datang singgah walaupun Melaka di gelar negeri Darul Traffic light. Apa pun korang suka sangat lah datang Melaka ni. Betul tak?

Cuma Kak Z malas beratur. Jadi buat di rumah lagi banyak boleh dapat. Kalau 2 kilo ubi. Melambak dapat makan. Anak-anak pun tak complain. Kat sini Kak Z nak bagi tips buat kuih keria gula Melaka yang gebu. Bukan sahaja gebu. Luar garing tapi dalam lembut sangat.



Bahan Doh:-

500gm ubi keledek putih
100gm tepung ubi
50gm tepung gandum
secubit garam

Cara:-

1. Ubi keledek pilih yang kecil cepat empok
2. Buang kulit dan rebus
3. Rebus jangan terlalu lama agak dah empok angkat dan tapis air
4. Lenyek kan ubi tadi dan biarkan sejuk sedikit..
5. masukkan tepung ubi, gandum dan garam
6. Uli hingga rata... jangan tambah tepung kalau lembik biarkan sebentar dia akan keras
7. kepalkan bulat-bulatdan buat seperti roda atau ring hingga habis
8. Goreng dengan api perlahan dan minyak tidak terlalu panas
9. Pusingkan perlahan supaya tidak hancus
10. Goreng hingga coklat dan garing
11. Angkat dan tapis minyak

Bahan Gula untuk Sira

1/2 cawan air
300gm gula Melaka
Sehelai daun pandan

cara:-

1. Panaskan air hingga mendidih didalam kuali
2. Gunakan kuali supaya mudah untuk kacau keria nanti
3. Masukkan gula dan daun pandan kemudian kacau sehingga gula larut
4. Kacau lagi supaya gula jadi karemal pekat
5. Masukkan keria dan tutup api
6. Kacau keria tadi sehingga gula jadi keras
7. Jangan kacau atas dapur.. kalau boleh tempat bersimen supaya gula cepat keras
8. Kacau rata hingga semua keria disalut gula

Macam mana hendak buat kuih keria garing di luar dan rasa ubi bila kita makan.

1. Ubi yang di rebus terlalu lama hingga menjadi lembik sebab bila terlalu lembik kita kena tambah tepung. Lagi banyak tepung kita uli denga ubi akan mengurangkan rasa ubi tersebut. Rebus sampai dia empuk dan buang air atau tapis. Biarkan sejuk sebelum masuk tepung.



2. Ketika kita lenyek ubi, kita akan rasa ubi tersebut kering. Memang itu tujuannya supaya kita tidak mengunakan tepung terlalu banyak. Jangan tambah air.

3. Jangan masukkan tepung ketika ubi masih panas. Kalau korang masukkan tepung mas ubi masih panas. Ini akan memasakkan tepung tersebut. Silap hari bula masa kita goreng, kuih keria akan pecah. Kalau yang biasa buat tak pe, ni yang pertama kalikan masalah.. Tambah tepung lagi. Dah hilang rasa ubi. Betul tak?

4. Cara goreng kena betul. Api yag terlalu besar. Sebab api yang besar boleh meningkatkan suhu. Suhu tinggi boleh cepat menghangitkan keria kita. Kalau keria hangit.. luar keras dalam tidak masak. Makan tepung lah korang nanti. Sebab tu kawal api biar perlahan dan masak lambat tapi kuih keria korang cantik. Nanti korang makan kuih keria tu luar garing dalam rasa ubi.x

5. Resepi Kak Z mengunakan tepung ubi. Ada orang Pm xKak Z, pelik gunakan tepung ubi..hiii. Sebab tepung ubi bertindak sebagai kanji yang melekat ubi dan jadi cair sedikit didalam kuih keria. Tepung gandum sebagai agen tambahan supaya semasa mengoreng tidak pecah.

Cara membuat ring kuih keria

1. Bulat-bulatkan doh yang telah kita letak tepung tadi. Ini untuk memudahkan kita untuk menjadikan ring



2. Ambil doh yang telah di bulatkan tadi.



3. Letak atas tapak tangan leperkan sedikit. Untuk membuat lubang.



4. Tekan kedalam satu jari ke dalam doh yang kita leperkan tadi.han Letak atas tapak tangan leperkan sedikit. Untuk membuat lubang sampai habis takut doh pecah



5. Pusing ke satu lagi bahagian dan tekan secara perlahan sekali lagi hingga lubang tadi tebus ke bahagian satu lagi



6. Sekarang korang dah dapat bentuk ring dan boleh lah korang cantik-cantikkan ring korang.




Tips mengorang kuih keria

1. Api yang terlalu kuat sebab nanti keria korang cepat hangit. Malam tidak masak.



2. Kak Z biarkan dia goreng dalam masa 7 minit baru pusing satu lkagi bahagian. Perlahan-lahan supaya tidak mudah pecah.



3. Angkat dan tos kan supaya tidak berminyak semasa menyira



Tips menyira kuih keria dengan gula merah dan berkilat

1. Korang potog gula Melaka kecil-kecil dan masukkan kedalam kuali dengan air



2. Korang kacau dan letak daun pandan



3. Bila gula sudah pekat dan berbuih halus tutup api dan masukkan kuih keria.



4. Kacau sehingga gula menyaluti kuih keria.



5. Angkat dan sejukkan atau jaring-jaring supaya kuih keria tidak melekat dan berkilat



Selamat mencuba

Ok bai

09 January 2017

TALAM PANDAN SERI BERLEMAK


Kak Z memang banyak resepi untuk kuih muih tradisi. Kuih muih orang lama namanya. Sebab kuih muih ini evergreen. Kalau kek dan biskut orang dah jemu mereka akan ubah jadi resepi lain. Kuih Talam, Seri muka, kuih lapis dan kuih bakar akan maintain macam biasa. Ini dinamakan evergreen. Cuma cara penyedianya mungkin berbeza. Dulu hendak menghasilkan tepung beras kena kisar sendiri. Sekarang beli sahaja di kedai. Betul tak?

Kuih muih tradisi ramai tidak suka buat sebab penyedia yang renyah. Banyak step. Kek pukul , bakar dan hias siap. Kak Z rasa kalau tidak ramai yang mahu membuat kuih talam, resepinya akan hlang. Sebab tu Kak Z hendak membuku semua resepi lama dari arwah mak  atau tulis di dalam blog. Jomm kita buat..

Resepi 

Bahan Lapisan Bawah Hijau :-

300gm  gula
230gm  tepung beras
40gm cwn tepung gandum
1000ml  air pandan (10 helai daun pandan)
1 1/2 sudu besar air kapur

Cara:-

1.Campurkan semua bahan A.
2. Kacau hingga tidak bergentel dan tapis.
3. Masak sekejap atas api sederhana  dan sentiasa kacau supaya tidak hangit
4. Jangan terlalu lama hanya sekadar naik wap dan gula hancur.
5. Kak Z menguna loyang 10 x 10. Loyang perlu disapun minyak
6. Kukus hingga adunan agak sedikit keras atau 30 min.
7. Sementara lapisan hijau masak kit adun lapisan santan


Bahan Lapisan Atas Putih:-

80 gm tepung beras
400ml santan
400ml air
8 sudu besar tepung jagung
1 sudu teh  garam

Cara:-

1. Campur semua   dan kacau.
2. Buat double boiler masak hingga jadi seperti air yogurt
3. Kacau supaya tidak bergentel
4. Lapisan bawah sudah masak. gariskan dengan garfu supaya lapisan atas senang melekat pada laipasan bawah.
5. Tuangkan atas lapisan hijau, dan kukus lagi hingga masak.
6. Pastikan penutup kukusan di bungkus dengan kain untuk permukaan yg cantik  dan rata.
7. Biarkan sejuk sebelum potong

Selamat mencuba

ok bai


08 January 2017

KUIH APAM ENO YANG MEKAR

KUIH APAM ENO YANG MEKAR

Ada orang PM Kak Z banyak betul resepi Kak Z guna ENO. Kelakar pun ada, sebab diaorang fikir Eno hanya boleh di gunakan untuk perut berangin atau sebu. Tapi sebenarnya Eno boleh di gunakan dalam masakan juga.

Perkongsian yang lepas Kak Z ajar buat cucur udang gunakan Eno. Hari ini Kak Z ajar buat kuih apa guna Eno. Apam tu akan jadi mekar dan cantik macam dalam gambar. Apam dalam gambar tersebut bukan sahaja guna Eno tapi juga mengunaka tapai nasi. Arwah Mak Kak Z kalau buat apam mekar ni marvelous lah gua cakap dengan lu. Dia gunakan Tapai nasi. Gigih sungguh dia. Buat tapai nasi dari nasi lebihan dengan ragi. Lepas tu dia rendam beras semalaman dan kisar mengunakan pengisar batu untuk di jadukan tepung beras. Mangkuk apam kaca seperti didalam gambar ada peninggalan arwah mak. masih elok. Jadi Kak Z mengunakannya. Sambil buat apa, sambil bergenang air mata. Teringat arwah mak. Alfathiha ma.." adik dah terror buat kuih macma mak juga". hiii..

Image result for kisar beras batu

Gambar Kisar Batu dari Google

Sekarang ini kita mudah sebab tepung beras sudah di jual di kedai-kedai atau supermarket. Tapi dalam resepi Kak Z  hanya mengunakan tepung beras cap teratai. kalau orag tanya ada perbezaan. Yer memang ada perbezaan. Tepung beras cap teratai macam tiak ada campuran dengan bahan lain. Bila kit abuat texturenya lain. Kak Z banyak buat kuih dapat membezakan antara tepung beras lain dengan tepung beras cap teratai. Dalam penulisan kali ini Kak Z akan ajar dari cara membuat tapai hingga akhir. Jomm buat


Resepi tapai nasi

Tapai nasi perlu dibuat 3-4 hari awal

Bahan:-

350gm nasi
1/4 quantity ragi.jika anda beli ragi bulat guna hanya 1/4 sahaja
1 sudu gula

Cara:-

1. Hancurkan ragi
2. Gaulkan dengan nasi dan gula
3. Simpan dalam bekas kedap udara selama 3-4 hari supaya boleh bertapai
4. Kak Z simpan dalam peti sejuk
5. Keluarkan awal semasa hendak buat kuih apam

Resepi Kuih Apam Eno:-

Bahan:-

600gm tepung beras cap teratai
350gm tapai
300gm gula pasir
700ml air
4 sudu besar Eno
1/4 sudu teh garam
3  pewarna pulihan

Cara:-

1. Kisar tapai, gula, garam dan 300ml air hingga halus
2. Keluarkan dan masukkan tepung sedikir demi sedikit
3. Kisar tepung dengan 400ml air
4. Masukkan kedalam bekas dan tutup
5. Biarkan aduanan selama 1 jam 30 min 
6. Selepas 1 jam 30 min bahagikan kepada 4 aduanan
7. 3 bahagian di campur dengan warna pilihan 1 bahagian warna putih
8. kacau perlahan dan di birakan selama 5 min
9. Panaskan kukus dan siapkan mangkuk apam
10. Ambil satu sudu Eno dan taburkan atas satu bahagian adunan 
11. Gaulkan  adunan dan biarkan 5 min lagi supaya kembang sedikit
12. Masukkan adunan kedalam mangkuk apam.
13. Kukus selama 15 min.. Jangan lebih jadi lain kuih apam korang.
14. Habis adunan pertama ulang dengan adunan kedua hingga habis
15. Korang akan mendapat 4 warna kuih apam

Nota:-

1. Buat kuih apam ni korang kena sabar.
2. Jangan ganas-ganas
3. buat satu persatu untuk menghasilkan apam yang cantik
4. Make sure kukus 15 min jangan lebih
5. Air kukusan betul-betul panas sebelum masukkan adunan atas kukus

Selamat mencuba

Ok bai

KUAH KACANG NASI IMPIT



Kuah Kacang dan nasi impit adalah hidang evergreen keluarga Kak Z.  Setiap kali hari raya Kak Z di beri tugas untuk memasak kuah kacang. Boleh bagi award of the year. Bukan of the year lagi. Award every year. Anak-anak sedara memang look foward untuk makan kuah kacang Makcu dia orang.

Penyediaan kuah kacang boleh tahan renyahnya. Sebab banyak step. Cara memasak, kena jaga api semasa masak dan berapa lama untul mereneh kuah kacang tersebut di ambil kira bagi menghasilkan kuah kacang yang sedap. Kak Z memang cerewet kalau bab kuah kacang, tidak sedap boleh jadi umpatan sampai kiamat tau.

Kak Z belajar dari kakak Kak Z. Masa tu tunggu keputusan SPM. Kak Z belajar dan selalu lama-lama jadi expert. Pengalaman ini menjadikan kuah kacang Kak Z katanya best of the world. Bangga kejap. Kak Z kongsi resepi ini untuk korang cuba. Joom kita buat


Resepi

Bahan:- 

1/2kg serbuk kacang tanah
50gm cili boh
30gm udang kering
30gm belacan
10 ulas bawang merah
5 ulas bawang putih
5inci halia
5 inci lengkuas
2btg serai
1/2 buku gula melaka
Gula dan garam secukup rasa
Asam jawa sebesar ibu jari utk airnyer
1500ml air

Cara:-

1. Kisar bawang, udang kering,belacan, halia dan sebatang serai
2. Tumis bahan tadi hingga naik bau
3. Ketukkan lengkuas dan serai dan masukkan kedalam periuk dan kacau
4. Masukkan cili boh.. biarkan masak hingga garing
5. Masukkan serbuk kacang tanah dan air asam
6. Biarkan mendidih dan masukkan gula melaka, garam dan gula
7. Api kecil dan sentiasa kacau jka tidak kuah kacang hangit dan berkerak
8. Kak Z selalu masak selama 1jam utk lembutkan kacang dan menerbitkan aromanya


Cara membuat serbuk Kacang Tanah

1. Kacang tadah perlu di goreng tanpa minyak
2. Jangan goreng sampai hangus atau hangit nanti pahit
3. Agak-agak kacang sudah sedikit garing angkat dan buang kulitnya.
4. Kacang tanah yang masak sempurna akan memudahkan kita membuang kulit lembutnya
5. Kisar mengunakan pengisar kering
6. Kalau tidak ada anda kena tumbuk

Nota:-

1. sentiasa kacau supaya tidak hangit
2. kalau hangit tak sedap pahit dan orang tidak akan makan

selamat mencuba

Ok bai

STEW TULANG RUSUK

STEW TULANG RUSUK YANG SEDAP

Stew serupa dengan sup, jadi kadang-kala tidak begitu jelas perbezaannya. Stew lebih pekat dari sup. Stew perlu dimasak lebih lama dengan suhu perlahan. Sebab itu Kak Z mengunakan slow cooker kalau memasak stew. Sekurang-kurangnya 8 jam untuk mendapat daging daging yang lembut. Sup selalunya kita hidangkan dalam mangkuk, stew pulak cukup pekat untuk dihidangkan di dalam pinggan dengan kuah sebagai sos untuk ramuan-ramuan yang pejal.

Image result for tesco slow cooker
Kak Z masak mengunakan slow cooker. Ada bermacam jenis slow cooker dalam pasaran. Bentuknya seperti dia atas. kak Z beli di Tesco. Masa tu offer RM69.90. Kalau kita masak sup, daging yang kita masak garenti lembut. Kalau mengunakan slow cooker masa memasak lama. Kak Z mula masak dalam pukul 8.00pagi - 3 petang baru betul-betul masak. Kalau kita letak celery atau kentang sebagai ramuan kita memang tidak hancur. Kerana periuk yang di gunakan untuk slow cooker adalah periuk dari tembikar. 

Daging yang di masak lama akan menjadi lembut dan berjus. Kak Z suka mengunakan tulang rusuk sebab tulang rusuk mempunyai daging, bergeletin dan lemak yang berair. Tapi cara memasaknya lama supaya semua bahan seperti Lada hitam, daun bay, serbuk basil dan rosemary akan mesra dengan daging yang kita renah bersama kacang, kentang, tomato dan celery.  Lebih lama kita reneh akan menjadikan stew kita pekat. Bila kita makan akan rasa pedas lada hitam dan masam tomato.

Stew katanya berasal dari Scythia. Tahun antara 8 -  4 sebelum masihi. Kawasan ini adalah kawasan Greek purba dan mula berkembang ke kawasan persekitaranya. Terutama peradaban Parsi dan Arab. Seperti spagetthi, masayarak di kawasan ini banyak mengunakan tomato. Sebab itu kulit dia orang cantik. Serius Kak Z cakap ni. Tomato boleh mencantikkan kulit Korang cua makan sehari sebiji. Insyallah kulit korang halus macam orang dari kawasan ini..hiii . Jomm buat

Resepi

Bahan:-

1/2 kg daging tulang rusuk
3 biji kentang
1 botol sos spagetthi tradisional Kimball
2 biji tomato
2 batang daun celery
1 batang carrot
1 sudu besar lada hitam tumbuk untuk mendapat serbuk
5 ulas bawang putih
2 biji bawang besar
50gm kacang putih
50gm kacang panggang @ kidney bean
Daun rosemary
Serbuk basil
2 keping daun bay kering
Garam secukup rasa
1/2 sudu besar gula pasir kalau suka.

Cara:-

1. Kentang, bawang merah dan tomato di belah 2 atau 4
2. Celery dan carrot potong ikut korang nak potong macam mana.
3. Bawang putih cincang halus
4. Kacang di basuh bersih
5. Masukkan semua bahan kedalam slow cooker dan biarkan masak selama 6- 8 jam untuk mendapatkan daging yang lembut dan rasa yang sempurna. 
6. Jika masak di dalam slow cooker tidak perlu risau air kering kerana memang tidak kering
7. Kak Z tidak mengunakanpressure cooker atau Nozza sebab masak terlalu cepat. Kita tidak boleh mendapat kepekatan yang sesuai untk stew kita
8. Sedap di makan dengan garlic bread atau begitu sahaja
9. Jika kurang rasa garam atau guka anda boleh menambahnya
10. Masak sampai betul-betul pekat.

Nota:-

1. Korang boleh letak apa sahaja bahan yang korang suka untuk tambah... Contoh kurma, apel hijau, gajus atau kacang tanah sebab resepi ini tidak ada pantang larang.
2. Kalau di barat mereka akan meletak wine atau whiski untuk mendapat rasa yang lebih sedap. Kita tidak perlu pun semua tu. Kalau hendak rasa Melayu boleh letak belacan. Dah jadi daging masak merah pulak.
3. Resepi asal mengunakan tomato puree sebab tomato puree terlalu masam, Kak z guna sos spagetthi kimball. Boleh juga gune jenis lain seperti frego atau san remo. Ikut pilihan anda.

Selamat mencuba 

List nama Stew dari pelbagai tempat dan nama:-
  1. Baeckeoffe, a potato stew from Alsace
  2. Beef bourguignon, a French dish of beef stewed in red burgundy wine
  3. Beef Stroganoff, a stew with beef from Russia
  4. Bigos, a traditional stew in Polish cuisine
  5. Birria, a goat stew from Mexico
  6. Bo Kho, (Vietnamese: bò kho), a beef stew in rich seasonings, served with bread, noodle or plain rice from Vietnam
  7. Bollito Misto, consisting of beef, veal, and pork simmered in an aromatic vegetable broth from Italy
  8. Booyah, an American meat stew
  9. Bouillabaisse, a fish stew from Provence
  10. Brunswick stew, from Virginia and the Carolinas
  11. Burgoo, a Kentuckian stew
  12. Caldeirada, a fish stew from Portugal
  13. Carbonade flamande, a traditional Belgian beef and onion stew made with Belgian beer
  14. Cassoulet, a French bean stew
  15. Cawl, a Welsh stew
  16. Chakapuli, a Georgian stew made with lamp chops, coriander and tarragon leaves and white wine
  17. Chanakhi, a Georgian lamb stew with tomatoes, aubergines, potatoes, greens and garlic
  18. Charquicán, a Chilean dish
  19. Chankonabe, a Japanese dish flavoured with soy sauce or miso. Chankonabe is traditionally eaten by sumo wrestlers
  20. Chicken stew, whole chicken and seasonings
  21. Chicken paprikash, chicken stew with paprika
  22. Chili con carne, Mexican-American meat and chili pepper stew
  23. Chili sin carne, a meatless American adaptation of the Mexican dish
  24. Chilorio, a pork stew from Sinaloa, Mexico
  25. Cincinnati chili, chili developed by Greek immigrants in the Cincinnati area
  26. Cholent, a slow-cooked Jewish dish
  27. Chorba (also spelt "Shorba"), a stew like soup dish found in various Middle Eastern, Central Asian, South Asian and European cuisines
  28. Cochinita pibil, an orange color pork stew from Yucatán Peninsula, Mexico
  29. Cocido montañés or Highlander stew, a bean and pork meat stew from Cantabria, Spain
  30. Cotriade, a fish stew from Brittany
  31. Cozido, a traditional Portuguese stew; in Spain, it is called cocido
  32. Cream stew, a yōshoku Japanese white stew
  33. Crow stew, a sour cream-based stew made with crow meat, popular in the United States during the Great Depression
  34. Daal, the Indian legume stew that has many varieties, a staple food throughout Asia
  35. Daube, a French stew made with cubed beef braised in wine, vegetables, garlic and herbs
  36. Dinuguan, pork blood stew from the Philippines
  37. Ewedu, vegetable stew from Nigeria
  38. Eintopf, (one pot) a German stew that includes a vast number of unlimited ingredients
  39. Fabada asturiana, an Asturian bean and meat stew
  40. Feijoada, Brazilian or Portuguese bean stew
  41. Fårikål, traditional Norwegian stew with lamb or mutton and white cabbage
  42. Főzelék, a thick Hungarian vegetable dish
  43. Gaisburger Marsch, a German dish of stewed beef served with Spätzle and potatoes
  44. Gheimeh, an Iranian stew with cubed lamb and yellow split peas
  45. Ghormeh sabzi, an Iranian stew with green herbs, dried limes, beans and sheep meat
  46. Goulash, a Hungarian meat stew with paprika
  47. Gumbo, a Louisiana creole dish
  48. Hachee, a Dutch type of stew with wine or vinegar
  49. Haleem, a Pakistani lentil and beef stew
  50. Hasenpfeffer, a sour, marinated rabbit stew from Germany
  51. Hayashi rice, a Japanese dish of beef, onions and mushrooms in red wine and demi-glace sauce, served with rice
  52. Irish stew, made with lamb or mutton, potato, onion and parsley
  53. Ishtu, a curry in Kerala, India made from chicken or mutton, potato and coconut milk[2]
  54. Istrian stew or yota, or jota, a dish popular in Croatian and Slovenian Istra and NE Italy
  55. I-tal Stew, a Rastafarian vegan dish of mostly Caribbean root vegetables and spices
  56. Jjigae, a diverse range of Korean stews
  57. Kalops, a traditional Swedish beef stew, with onions and carrots, served with potatoes and pickled beets
  58. Kare-kare, stewed beef or oxtail and vegetables in peanut sauce from the Philippines
  59. Karelian hot pot, from the region of Karelia in eastern Finland
  60. Khash, a traditional Armenian dish of pig's or cow's feet.[3]
  61. Khoresht, a variety of Persian stews, often prepared with saffron
  62. Kokkinisto, a Greek stew with red meat, in a tomato passata with shallots, cinnamon and other spices
  63. Lancashire hotpot, an English stew
  64. Lecsó, a summertime favourite in Hungary, vegetable stew with bell pepper and tomato as main ingredients
  65. Locro, a South American stew (mainly in the Andes region)
  66. Machanka, a Belarus and Ukraine pork stew
  67. Mechado, a Philippine beef stew
  68. Moqueca, a Brazilian stew with fish (or shrimp, crab or other seafoods) as its main ingredient
  69. Mućkalica, a Serbian stew
  70. Nihari, a Pakistani beef stew made overnight and served for breakfast
  71. Nikujaga, a Japanese beef and potato stew
  72. Olla podrida, a Spanish red bean stew
  73. Pašticada, a Croatian stew from the region of Dalmatia
  74. Peperonata, an Italian stew made with peppers
  75. Pescado Blanco, a white fish stew from Pátzcuaro, Michoacán, Mexico
  76. Pichelsteiner a traditional German stew
  77. Pörkölt, a Hungarian meat stew resembling goulash, flavoured with paprika
  78. Potjiekos, a South African stew
  79. Pot-au-feu, a simple French beef stew
  80. Pozole, a Mexican stew or soup
  81. Puchero, a Philippine, South American, and Spanish stew
  82. Pulusu, is a form of stew from Andhra Pradesh in India that is typically sour and cooked with tamarind paste
  83. Ratatouille, a French vegetable stew
  84. Ragoût de Porc, a stew with a picture in this article
  85. Sambar, a thick vegetable stew, from South India
  86. Sancocho, a stew from the Caribbean
  87. Scouse, a stew commonly eaten by sailors throughout Northern Europe, popular in seaports such as Liverpool
  88. The Stew, a stew from La Tour-du-Pin
  89. Semur, a typical Indonesian stew with beef or chicken, potatoes, carrots, various spices and kecap manis (sweet soy sauce) from Indonesia
  90. Slumgullion, a watery stew of meat and vegetables
  91. Stoofvlees, a Belgian beef stew with beer, mustard and laurel
  92. Tagine, a Moroccan stew, named after the conical pot in which it is traditionally cooked and/or served
  93. Tharid, a traditional Arab stew of bread in broth
  94. Waterzooi, a Belgian stew
  95. Yahni, a Greek (γιαχνί), Turkish and Persian stew

ok bai

KUIH BINGKA GULA HANGUS



Pagi tadi bercerita dengan Kakak Kak Z macam mana dia buat kuih bingka. Masa Kak Z kecil selalu ikut dia beras pulut untuk buat bingka di rumah nenek Kak Z. Sabar sungguh arwah mak buat kuih. Dari merendam beras hingga membakar kuih. Kak masih ingat lagi masa kecil-kecil Kak Z ikut Kakak Kak Z mengisar beras untuk di jadikan tepung dengan batu pengisar.  KakZ sekarang sedang membuat research untuk kuih-kuih yang arwah mak biasa buat untuk buku Kak Z yang terbaru. Doakan semuanya berjalan dengan lancar.

Resepi  dalam buku tersebut  Kak Z dapat dari Kakak Kak Z.. sebab dia yang melihat dan buat dengan arwah mak. Kak Z tak sempat.. sebab masih kecil waktu tu.  Hanya ingat sikit-sikit. Usia sekitar 4 tahun. Umur 5 tahun mak dah berenti buat kuih sebab buka kedai makan. Jadi mana nak ingat. Betul tak?  Joom kita buat..

RESEPI

Loyang 8 x 8 inci

Bahan A:-

200gm gula pasir
400ml air

Cara:-

1. Jadikan gula hangus tapi jangan terlalu hangus nanti jadi pahit
2. Perlu di sejukkan terlebih dahulu

Bahan B:-

250 gm tepung beras
175gm gula pasir
300ml santan
300ml air
1/4 sudu teh garam
2 helai daun pandan
Daun pisang

Cara:-

1. Gaul tepung, santan, air, garam dan bahan B
2. Blander dan tapis
3. Masak bahan ini seperti bubur som-som bersama daun pandan. Kak Z masak dalam kuali dan sentiasa kacau supaya tidak hangit di bahagian
4. Lapik loyang dengan daun pisang. Kalau boleh 3 lapisan.
5. Masukkan bahan tadi dan bakar api atas bawah dengan suhu 200c selama 1 jam atau mengikut kesesuaian suhu oven anda.



Nota 

1. 1/2 jam pertama guna api atas bawah
2.1/2 jam kedua guna suhu bawah sahaja.
3. Potong kuih apabila betul-betul sejuk

Selamat mencuba

Ok bai

06 January 2017

BINGKA UBI NYONYA STYLE



Bingka ubi antara kuih kegemaran Kak Z. Terutama bingka ubi nyonya style. Bingka ubi nyonya bewarna kuning. Dan bingka ubi kampung berwarna coklat. Kak Z suka bingka ubi nyonya. Sebab bingka ubi kampung rasa masam sedikit kerana mengunakan gula merah.

Kak Z sudah belajar 4 resepi berlainan. Teknik yang berbeza. Rasa dan texture juga berbeza. Ada yang mengunakan pewangi ros. Ada tidak mengunakan telur ada juga yang kena perah air dari parutan ubi.

Ubi pula mungkin cara yang mudah ialah mengisar atau blander ubi tersebut. Tapi Kak Z pilih cara parut. Jika kita blander perlu mengunakan air yg banyak. Kita kena perah air tersebut .. dari mudah jadi leceh. Parut lagi cantik kejadian ubi kita.

Resepi ini perkongsian Sis Lin. Beliau adalah kenalan FB Kak Z. Sis Li dapat resi ini dari kenalan FB Suraya Yusof. Kak Z selalu nampak di fb beliau, dia suka buat bingka ubi. Kak Z dan ubah sedikit mengikut citarasa Kak Z. Apa pun terima kasih Sis Lin dan Suraya Yusof atas perkongsian bingka ubi yang awesome ni. Joom kita buat

Bahan: loyang  10 x 10 inci

2kg ubi kayu
4 biji telur
350gm gula pasir
400ml santan
1 sudu teh garam
20gm marjerin
1/4 sudu teh esen ros
1/4 sudu teh pewarna kuning telur

Cara -

1. Ubi kayu di parut
2. Bancuh semua bahan kecuali telur.
3. Pukul sedikit telur dengan whisk atau garfu sedikit sahaja
4. Gaul dengan bahan lain
5. Masukkan kedalam loyang yang telah di oles dengan marjerin
6. Bakar selama 1 jam 30 min suhu 200c
7. 1jam pertama guna api atas bawah
8. 30 min akhir hanya guna api bawah atau mengikut oven masing-masing.
9. Biarkan sejuk baru potong




Nota:-
Kawal api supaya tidak hangit
Kak Z guna api atas bawah selama 1 jam adalah untuk mengaringkan bahagian atas
30 min untuk bahagian bawah supaya bahagian atas tidak hangit.

Selamat mencuba

Ok bai

SOURDOUGH BANGGALI LOAF

Hi, let me share this beautiful banggali loaf recipe. Which i'm a  bread maker so i plug and play with my discard levine to make this lo...