Semua orang cakap MAHA 2016 best. So Kak Z pun mengedik nak pergi. Apa yang ada di MAHA 2016 ni sebab semua orang hendak pergi.Sampai sanggup buat rombongan Cik Kiah hendak pergi MAHA 2016.
Kenapa Kak Z tulis tips untuk bukan VVIP? Sebab kita orang biasa kena jalan dari bawah untuk tempat expo. Kalau VVIP, kereta dia orarng boleh naik sampai atas. Kita datang dengan bus atau kereta persedirian, jadi kita kena ikut laluan lain.
Semalam Kak Z pergi lah. Ikut setiap tips dari blog-blog yang Kak Z baca. Kita pergi ke tempat macam ni kena tahu. Parking di mana? Boleh naik public transport ke idak? Tiket Berapa? Apa yang ada? Map? Toilet dimana? Kena tau semua tu. Kak Z pun bawa apa yang patut dengan membaca tips tersebut.
Kak Z naik komuter dari Tampin - Serdang. Harga tiket RM 12.70. Standard price. Kalau bawa kereta lagi banyak betul tak? Sampai Stesen Komuter Serdang. Kak Z naik shuttle bus. Free jer. Tak sampai 15 minit dah sampai. Panaih Lit Lit lah.. ialah tengok jam kul 12.00pm on the dot. Patut lah.. sib Baik mak pakai topi ko. Sebab Mat Gebu dah warning, bawa payung kak.. Kak Z nampak ramai yang parking di Mines kemudian naik Shuttle.
Kawasan parking MAHA memang besar dan luas. Tapi sanggup ker korang hendak menapak? Kak Z surrender. Melainkan korang datang awal memang dapat parking depan pintu MAHA. Yang datang lambat bawa anak-anak. Fikir 100 kali lah. Kak Z pergi sorang. Tak bawa anak-anak. Malas hendak pening kepala, anak hilang, hendak pergi toilet, hendak makan, penat hendak berjalan dan macam-macam boleh jadi. Aku nak tengok pameran ker, nak layan korang? Duduk rumah diam-diam.
Tapak MAHA 2016, MAEPS Serdang besar dan luas. Tahun 2006, antara tahun Pameran MAHA, Kak Z ingat lagi susah kecil jer tempat pameran tu. Sekarang hambik ko, seluas-luas kawasan yang ada. Jenuh Kak Z berjalan. Alhamdullilah fit tak de masalah untuk panjat bukit untuk ke pusat expo. Kak Z pakai sneaker. Senang untuk bergerak. Kalau korang hendak ke MAHA 2016. nasihat Kak Z janganlah pakai kasut bertumit. Sakit kaki berjalan.
Yang Bawa anak kena bawa stroller. tapi stroller tu yang menyusahkan orang. Sebab semalam ada makcik terjatuh sebab tersadung kaki pada stroller budak dalam keadaan yang bersesak. Nasihat akak jangan lah bawa masuk stroller ke dalam tempat pameran yang sesak. orang hendak jalan pun susah. awak hendak tolak pun susah. Orang ramai meremut.
Kak Z mula melawat kawasan pertanian. Bunga orkid cantik. Kak Ro, Kak Mas, Kak Ani dan Bang Napi mesti suka. Adik beradik Kak Z ler tu. Kak Z jer tak minat. Lebih minat dunia merapu..hiii. Masuk dalam tempat ni, nampak jagung. Ya ampun..banyak dan teringin hendak beli. Tapi fikir balik minggu ini minggu busy, Tak sempat untuk masak. Lupakan lah dari membazir.
Keluar dari bazar banyak gerai yang menjual benih-benih pokok. Menarik kalau korang suka tanam pokok. Bagus kalau sebab pokok ini telah di kacuk sesuai untuk di tanam di Malaysia. Juga menghasilkan buat yang banyak. Kak Z tanya lah orang tu. Konon tertarik dengan pokok durian daun hitam. Adehh.. ada mampos pokok tu kalau aku tanam. Sebab banyak monkey kat belakang tu. Tuan Tanah sebelah tak mahu kemas tanah dia...huuu..
Dalam cuaca yang panas.. Kak Z nampak air nenas fresh. Slurppp.. Air Manga dan jagung macam biasa, ini air nenas pasti menarik. Nak juga.. Tak kira..batuk belakang kira. Bila dah dapat Ya Allah.. Sedap sangat. Hendak beli lagi. Jangan zura Esok ada event. Kalau demam macam mana. Tapi sedap lah. Manis buah tanpa gula. PREMIUM MD2 Pineapple... puree nenas..
PREMIUM MD2 Pineapple
Teruskan jalan.. dari jauh nampak orang daki bukit untuk ke bangunan utama. Mesti ada jalan alternative betul tak? Tengok kawasan keliling. Nampak satu geng panjat tangga. Kak Z pun hendak ikut jalan itu. sebab nampak macam dekat. Kelakar.. bukan tangga.. tapi longkang. Longkang kering tak de air. Kak Z pun ikut longkang ni. Sebab memang shortcut. Kalau ada air Kak Z tak de lah lalu kan sini. Betul tak?
Sampai atas, Kak Z ke Main Hall dahulu, Mesti banyak pemaran utama. Since sedang menulis journal pasal economi dan pasaran sekarang. Tempat ini elok untuk Kak Z masuk. Kak Z dapat banyak maklumat mengenai komoditi utama kita, ekonomi yang berasaskan pertanian kita dari pihak bank dan juga badan berkanun yang berkenaan dengan pertanian. Ini lah salah satu sebab Kak Z kesini sebab penguasaha akan turun. Jika tidak kena daki office diaorang. betul tak?
Keluar dari Main Hall, ramai sungguh orang. Dari maklumat yang Kak Z dapat sudah lebih dari 1 juta orang yang datang berkunjung ke MAHA 2016. Di luar tapak pameran dan kawasan parking bus-bus persiaran penuh parking. Maknanya memang ramai orang yang datang.
Kak Z, keluar masuk ruang pameran yang ada. 3 bangunan utama dan 2 khemah besar. Kak Z hendak cari Booth Golden Republic. Akhirnya sekali baru jumpa. memang dia suruh Kak Z jalan semua-semua tempat baru jumpa dengan dia. So berborak, bergosip dan bergambar... Ruangan pameran makan ini banyak terjual Makan segera yang memang berada di pasaran. Korang mesti suka. Contoh Fathiha Frozen Food. Kak Fatihah Anis punya perusahaan. dari dulu lagi dan sangat terkenal. Kak Z memang selalu beli dan kenal sangat dengan Kak Fathiha tu.
Di booth Golden Republic lagi best, roti fresh tanpa bahan pengawet. Kak Z tidak berkesempatan berjumpa dengan Chef Izat, sebab ada business trip ke Jakarta. Tapi jumpa dengan orang kuat dia Suhaimie MN.
Puff yang gebu, makan panas-panas dan tengah lapar, memang sedap. Suhaimie belanja Kak Z, jangan marah. nanti kalau ada kesempatan kita dating lagi tau...
Jam kul 3.30ptg. Masa untuk balik. Turun dari bukit MAEPS nampak lori shuttle untuk ke pameran binatang ternakan. Kak Z tak sangguplah. kena balik sebab belum solat lagi. Hendak kejar shuttle bus ke Komuter Serdang dan Solat di sana sahaja. Apa pun uols mesti enjoy kesana.
Nasihat Kak Z pakai baju dan kasut yang selesa. Sebab panas dan perlu berjalan. Pasti kalori korang cair kalau korang datang kesini. Kak Z tak beli sangat. hanya beli untuk makan alas perut sahaja.
Tips Kak Z ke MAHA 2016
1. Kak Zpakai tshirt lengan panjang. Sejuk tak panas
2. Seluar cotton (bukan khakis).. senang nak gi toilet
3. Kasut sneaker..senang nak jalan
4. Tudung syria cotton senang nak lap peluh dan makan besepah kat mulut
5. Tak bawa anak senang nak mengepak
6. Backpack .tak yah nak gergeous sangat lah kalau pergi MAHA
7. Duit masuk dalam poket jer
8. Sunglasses jangan lupa
9. Sunblock wajib.. panas lit lit
10. Mingak hangin.. perlu sebsb mcm2 bau adaaa..
12. Jangan minum banyak2 nak toilet.. ya rabbi tak sanggup mak
13. Duit secukupnya..
Kalau nak makan tester.. korang datang awal lah.. macam akak tadi dah lewat. Tak sanggup den nak ambik tester dah mcm bentuk dan rupa..
Masa Kak Z di sana ramai yang pakai make up tebal dan tudung lilit. Walaupun hak masing-masing, ada baiknya pakai lah tudung biasa-biasa. Sebab takut tercabut dan panas di sana. Make up pun boleh cair. Hilang georgeus korang. jadi fikirkan sesuatu yang selesa untuk ketempat macam ni
Tips ke MAHA 2016.. dari Siakap Keli
1. Pakai flat shoes/sport shoes/sandal. No high heels please. Kesian tengok adik-adik yang pakai kasut tinggi day 1.
2. Bawa payung
3. Kalau bawa anak kecik bawa carrier@stroller
4. Kena ready mental dan fizikal untuk berjalan sikit.
5. Macam tak sesuai nak bawa mak ayah yang dah tua bertongkat berjalan di MAHA. Kesian tengok. Tapi kalau ada kerusi roda ok.
6. Makanan dan air banyak dijual. Tak payah bawa bekal.
7. Bawa baby wipes kot2 emergency anak-anak buang air dan ada toilet air perlahan
8. Bagi muslimah, Bawa telekung sendiri senang. Telekung sangat limited dan orang ramai.
9. Make sure hari yang plan untuk ke MAHA tiada plan lain-lain lepas itu. Biar sehari suntuk di sana so tak la rushing-rushing. Boleh jalan dan rehat dekat mana-mana. Jalan lagi dan makan pula, solat dan baru balik..
10. Kalau rasa nak shopping banyak, nak beli pokok ke..etc..bawa troli siap-siap. Troli or bakul pasar pun ok
11. Jangan segan makan tester. Alang-alang dekat MAHA, rasa je tester yg usahawan bagi.
12. Parking for visitor RM5. Bayar di pintu nak keluar nanti
13. Kalau nak beli makanan dulu, boleh park dengan masuk dari pintu yang dekat Hospital Serdang. Tapi kalau nak beli pokok-pokok dan jalan-jalan ke taman-taman rumah Mokcun, Kampung Durian Runtuh Upin Ipin, parking di pintu besar highway dari Puchong menghala ke Bangi tu.
14. Mana-mana anak-anak kecil yang jenis kencing tak boleh tahan, elok dipakaikan pampers. Takut nak ke toilet nanti jauh sikit nak jalan.
15. Bawa beg besar sikit. So barang-barang dibeli boleh sumbat dalam 1 beg. Tapi ada trolley lagi bagus
16. Make sure anak dalam pengawasan kita. Dok dengar ada anak hilang masa di surau tadi.
Trem selalu penuh. Kalau rasa tak larat jalan, park yang hujung-hujung parking lot. So di trem nanti kita nak naik ada la tempat duduk. Kalau park depan-depan trem penuh, depa bye-bye je kita nanti. Along mmg jalan kaki parking jauh atau dekat, tidak apa-apa, exercise. Mak buyong memang da lama tak jalan-jalan jauh ni. Datang awal pagi pun tak apa, 9 pagi dah siap parking. Nanti pergi pun dengan hati yang tenang.
tips Kak Z ambil dari http://www.siakapkeli.my/2016/12/merancang-untuk-ke-maha-2016-tip-ini.html.. terima kasih banyak Siakap keli
ok bai