13 November 2015

SINGGAH DI RUMAH BLOGGER MASAKAN TERKENAL MAT GEBU



Dari mula kenal Mat gebu di dunia blogging memang nak berjumpa dengan dia. Semua gambar masakan beliau cantik dan resepinya sedap. Selalunya kami ber whatapp dan ber messenger. Dah hendak ke Johor Bahru ambil kesempatan singgah jumpa dengam beliau



Tiba di toll Sedenak pukul 9.30pg. Terus Whatapp mat gebu. Rupanya masih berkemban lagi... hiii. Baru lepas masak. Salah akak juga. Janji sampai rumah dia pukul 11.00. Hambik ko kul 9.30 dah sampai. Rupanya akak terbawa kereta laju sangat.. sorry mat.

Mat sudah bagi direction terlebih dahulu. Memang pandai jadi tourist guide. Petunjuknya tepat sekali betul-betul sampai depan pintu rumah dia...

Sampai rumah dia. Dia hidang kek poun. Subhanallah sedap. +++lapow. Kami berlima ngap sampai habis kek dia. Segan mak. Dalam keta dah makan nudget dan sosej. Sebab sedap kek si mat. Tak kira..makan juga.



Lepas tu dia bagi makan jelly oreo. Licin.. itu anak lelaki... kuat makan.
Pukul 11.00pagi mat bagi kami makan. Lauk masak asam pedas ayam, sayur sotong dan daging black pepper.

Sambil makan. Poppet poppet kami berdua. Macam dah lama kenal. Walhal baru pertama kali jumpa.. serius resepi mat memang banyak yang akak buat menjadi.

Sekejap tu Mak Yah @ mak mat gebu. Semua family mat mesra.. rasa macam family sendiri .



Sudah makan dan becerita kena balik sebab.. takut noritake dan teko antik mat hancur oleh anak-anak mak yang dah kenyang. Akak minta diri untuk meneruskan perjalann ke Johor Bahru.. ada yang menunggu kepulangan kami. Kepada Mat Gebu. Ada kesempatan lain akak datang lagi yer. Terima kasih sebab sudi terima kedatangan kami yang havoc..

Ok bai

PERJALANAN KE JOHOR BAHRU

Sempena cuti Deepavali kena pergi jalan-jalan. Jadi pilihan kali ini ialah pegi rumah makwe di Johor Bahru. Semua excited lah dapat gi jalan-jalan. Apa lagi ponteng sekolah lah..

Perjalanan bermula dari Masjid Tanah pukul 7.30pg. Kami melalui toll Ayer Keroh. Dari toll Ayer Keroh pukul 8.00 pagi. Waktu pagi sejuk dan berkabus. Rasa masa highway di Europe...

Sarapan dalam kereta sahaja. Tanya semua ada yang rasa nak buang air ker tidak .. sebab senyap jer.. pusing belakang semua dah membota..



Yang celik ialah si Haris.. kami mengira berapa biji lori yang emak dia dah potong. Pagi itu banyak pulak lori. Kalau mula-mula dapat 25 tahun lepas.. jangan harap mak nak potong.. takut. Sekarang ok jer..

Tepat kul 9.30pagi sampai tol Sedenak. Bayar tol RM21.60. Korang rasa berapa laju akak bawa keta...?

Tekejut si Mta Gebu sampai awal dari jangkaan.

Ok bai

SOURDOUGH BANGGALI LOAF

Hi, let me share this beautiful banggali loaf recipe. Which i'm a  bread maker so i plug and play with my discard levine to make this lo...