27 June 2013

masak lemak ketam dan rebung

assalamualaikum

masak lemak ketam sedap untuk lunch.. campur dengan rebung lagi manis

rupa ketam yang saya guna

ketam


ketam dah jadi lauk.. lemak ketam dengan rebung

bahan

1/2 kg ketam.. saya guna ketam nipah rebus dulu..
400ml  santan pekat
400gm rebung
2 keping asam keping/gelugor
air
garam secukup rasa

bahan kisar

sebesar ibu jari kunyit hidup
10 ulas cili padi
1 ulas bawang besar

cara

1. ketam rebung asam keping dan bahan kisar di masak dulu hingga rasa asam naik
2. masukkan santan kacau biarkan mendidih tutup api

boleh hidang.. sedap kalu ada ikan kering, ulam2 dan sambal belacan

selamat mencuba


kek gula hangus

assalamualaikum..

kek gula hangus.. ada orang kata kalau kek tu banyak lobang nye memang dia terror buat kek ni.. cuba-cuba menjadik.. ini lah hasilnya

kek gula hangus

bahan

bahan A
500gm gula pasir
450gm air
150gm butter

bahan B
250gm tepung gandum
2 sudu teh baking powder
1 sudu teh soda
150 gm susu pekat
8 biji telur A

Cara:-
1. masak gula hingga keperangan
2. masukkan air biar cair
3. masukkan butter hingga mendidih .. biar sejuk
4. pukul telur hingga kembang
5. masukkan susu pekat pukul sebentar
6. masukkan tepung sedikit demi sedikit hingga rata
7. bakar kek selama 1 jam dgn suhu 180 darjah
8. biarkan betul2 sejuk baru potong.. selamat mencuba

Kopi

Assalamualaikum,

cerita pasal kopi


biji kopi

Kopi

Kopi adalah minuman yang dicampurkan dengan air panas yang disedia daripada benih panggang, biasanya dipanggil biji kopi, bagi tumbuhan kopi. Disebabkan kandungan kafeinnya, kopi mempunyai kesan perangsang pada manusia. Hari ini, kopi adalah satu daripada minuman paling disukai itu di seluruh dunia.
Kopi adalah pertama diminum dalam abad kesembilan, apabila ia telah ditemui di tanah tinggi Etiopia. Dari situ, ia merebak ke Mesir dan Yemen, dan pada abad ke-15, telah sampai Armenia, Farsi, Turki, dan di utara Afrika. Dari dunia Islam, penyebaran kopi ke Itali, dan seluruh Eropah, dan ke Amerika.

Bunga kopi





Terdapat dua spesies utama pokok Kopi; Coffea arabica merupakan kopi tradisional, dan dianggap lebih baik. Coffea canephora (robusta) mempunyai kandungan Kafeina yang lebih tinggi dan boleh ditanam dikawasan yang tidak sesuai untuk arabica, mendorong kepada penggunaannya sebagai gantian murah bagi arabica dalam kebanyakan hasil kopi perdagangan. Berbanding Arabica, Robusta cenderung mempunyai rasa pahit dan lebih berasid. Robusta bermutu tinggi digunakan sebagai bahan dalam sesetengah campuran espresso untuk menambah lebih rasa pada kos yang lebih rendah. Di Itali kebanyakan espresso menggunakan Robusta digoreng garing

Jenis kopi

Coffea arabica - Brazil

Kopi merupakan bahan komoditi kedua yang luas diperdagangkan [1]. Kopi Arabica secara tradisi dinamakan sempena pelabuhan ia dieksport, dua yang tertua adalah Mocha, dari Yemen, dan Jawa, dari Indonesia. Perdagangan kopi moden lebih khusus mengenai tempat asal, melabelkan kopi menurut negara, region, dan kadangkala sehinggakan ladang pengeluar. Malah peminat (aficionados) kopi membezakan kopi yang dilelong menurut nombor penghantaran.

Negara pengeksport kopi terbesar buat seketika adalah Brazil, tetapi pada tahun kebelakangan apabila permintaan kopi meningkat, pasaran biji kopi telah dibanjiri dengan sejumlah besar biji kopi robusta yang lebih kuas rasanya daripada negara seperti Vietnam [2], yang lebih digemari oleh pelanggan perdagangan besar (pengeluar kopi segera, dll.) disebabkan kos yang lebih murah.

Salah satu variati robusta yang mahal dan luar biasa adalah Kopi Luwak, Indonesia. Biji kopi ini dikutip dari najis (Common Palm Civet), yang proses penghadamannya memberikan rasa berlainan.


Kacang kopi yang telah dipanggang

Proses pengorengan adalah penting bagi menghasilkan secawan kopi yang berperisa. Apabila digoreng, biji kopi hijau mengembang menjadi sehing sekali ganda saiz asal, bertukar warna dan kepadatan. Apabila biji kopi menyerap haba, warna bertukar menjadi kuning dan kemudian perang "kayu manis" lembut. Semasa pengorengan minyak kelihatan pada permukaan biji kopi. Biji kopi bertukar menjadi sehingga semakin gelap sehingga pemanasan dihentikan.

Jika dipanaskan sedikit sahaja, biji kopi akan mengekalkan "rasa asal" - rasa yang terhasil pada biji kopi dari keadaan tanah dan cuaca dilokasi ia ditanam. Biji kopi dari kawasan terkemuka seperti Jawa dan Kenya biasanya dipanaskan sedikit sahaja agar ciri-ciri asal kekal dalam rasa. Kaedah pengorengan tempatan bagi bandar Ipoh di Malaysia membabitkan penambahan mentega semasa proses pengorengan, menghasilkan variasi yang dikenali sebagai kopi "putih" Ipoh.

Apabila biji kopi semakin kehitaman menjadi perang gelap, perisa asal biji kopi ditenggelami oleh perisa proses penggorengan itu sendiri. Pada penggorengan garing, "perisa goreng" begitu kuat sehinggakan sukar menentukan asal biji kopi yang digunakan dalam proses tersebut. Biji kopi yang digoreng dijual menurut kadar pengorengan, dari "Gorengan Kayu Manis Ringan (Light Cinnamon Roast)" kepada "Gorengan Vienna (Vienna Roast)" kepada "Gorengan Perancis (French Roast)" dan selanjutnya. Garis pemisah kadar gorengan iaitu tahap "amat garing" dan "hangus" menjadi perdebatan. Tidak seperti yang disangkakan, gorengan garing dan kopi yang lebih kuat rasanya tidak mempunyai lebih (caffeine) berbanding gorengan ringan. Pembekal kopi kebangsaan utama menyesuaikan keluaran mereka untuk memenuhi cita rasa kawasan tertentu dalam negara; sebagai contoh, setin serbuk kopi yang dibeli di Tenggara atau Timur Laut Amerika Syarikat akan mengandungi gorengan lebih garing berbanding pembungkusan yang serupa yang terdapat di tengah Amerika Syarikat.

Pada abad ke 19, kopi biasanya dibeli dalam bentuk biji kopi dan digoreng dalam kuali goreng. Pengorengan bentuk ini memerlukan kemahiran untuk dilakukan dengan baik, dan ditinggalkan apabila serbuk kopi siap digoreng kedap vakum berjaya dihasilkan. Malangnya, disebabkan kopi menghasilkan CO2 selama beberapa hari selepas digoreng, ia perlu dibiarkan lemau sebelum boleh dikedap vakum. Disebabkan ini dua teknologi telah digunakan kini: Illy telah menggunakan tin tekanan dan kebanyakan bungkusan biji kopi digoreng disimpan dalam bungkusan dengan injap bebas tekanan. Masa kini, pengorengan dirumah menjadi popular kembali.

Pengoreng drum berkomputer tersedia yang memudahkan pengorengan di rumah, dan sesetengah orang hanya menggoreng biji kopi menggunakan oven atau pembuat bertih jagung (popcorn). Setelah digoreng, kopi kehilangan rasa dengan cepat, walaupun dengan disimpan dalam bekas kedap oksigen untuk melambatkan proses pengoksidaan. Walaupun sesetengah cenderung menunggu sehingga 24 jam selepas menggoreng untuk menghasilkan cawan pertama, kesemua mereka bersetuju bahawa ia kehilangan perisa dan kepahitannya selepas seminggu digoreng, walaupun di bawah keadaan yang sempurna.


Penyediaan kopi

Espresso brewing, with dark reddish-brown crema

Biji-biji kopi mesti dikisar dan dibru bagi mencipta suatu minuman. Mengisar biji-biji kopi dipanggang adalah dilakukan pada roastery, di sebuah kedai runcit, atau di rumah. Mereka adalah paling biasanya dikisar di roastery dan dibungkus dan dijual kepada pengguna, walaupun "whole bean" kopi boleh dikisar di rumah. Biji-biji kopi mungkin dikisar dalam beberapa cara. Satu pengisar bergerigis menggunakan unsur-unsur berputar untuk ricih biji; pengisar elektrik memukul biji-biji dengan mata pisau tumpul bergerak pada kelajuan tinggi; dan mortar dan alu menghancur biji-biji itu.

Aspek sosial

Amerika Syarikat adalah pasaran terbesar kopi, diikuti Jerman. Finland mengambil kopi terbanyak per kapita. Kopi begitu popular di Amerika, Timur Tengah, dan Eropah sehinggakan terdapat banyak restoran khas menyediakan kopi; ini dikenali sebagai "kedai kopi" atau "cafés". Kebanyakan café turut menghidangkan teh, sandwich, pastries, dan makanan ringan lain. Some cafés are miniature shacks that specialize in coffee to go for hurried travelers. Sesetengah pengembara membawa air kopi mereka di dalam bekas air panas, yang mempu mengekalkan kepanasan selama beberapa jam.

Dalam beberapa negara, terutamanya di Eropah Utara, parti kopi merupakan hiburan yang popular. Selain kopi, hos akan menyediakan kek dan pastri.

Ciri-ciri perangsang kopi dan fakta bahawa kopi tidak memberi kesan besar kepada fungsi berfikir tinggi menyebabkan kopi dikaitkan dengan kerja kolar putih. Tabiat sosial membabitkan kopi termasuk kopi waktu pagi dan waktu rehat

Pada masa kini, kafe turut menawarkan sambungan Internet tanpa wayar (Wi-Fi) untuk menarik pelanggan. Ini telah menggalakkan pelanggan, terutama golongan pekerja untuk berehat minum kopi dan makan sesuatu dan pada masa yang sama boleh membaca email mereka dan melayari World_Wide_Web melalui meja mereka.

Kopi dan kesihatan



Kajian saintifik telah memeriksa hubungan antara penggunaan kopi dan satu pameran keadaan perubatan. Penemuan adalah bertentangan sebagai mana kopi sama ada mempunyai sebarang faedah kesihatan khusus, dan keputusan adalah serupa bertentangan mengenai kesan-kesan negatif bagi pengambilan kopi.

sumber wikipedia

26 June 2013

Mr Crab Chop

assalamualaikum

ketam chop


Almond flakes choc moist with cream

assalamualaikum..

something new..

almond flakes choc
Bahan-bahan
Bahan A:-
250gm butter anchor
350gm gula pasir
60ml air panas
1 sachs coffee tongkat ali hai-o
200gm gram almond flakes

Bahan B - diayak
300gm tepung gandum
50gm serbuk koko
1 sudu kecil cream of tartar
2 sudu kecil soda bicarbonat


Bahan C
3 biji telur gred A
1/2 sudu kecil garam


Cara-cara

  1. Masak gula hingga keperangan
  2. bancuh air  panas dengan kopi dan masukkan kedalam gula kacau perlahan-lahan biarkan sebati .
  3.  Masukkan butter sehingga cair
  4. masukkan almond flakes dan kacau rata biarkan sejukkan.
  5. Bila sejuk masukkan bahan B sedikit demi sedikit hingga rata
  6. Pukul telur dan garam sehingga kembang
  7. masukkan perlahan ke dalam adunan kek dan gaul sebati menggunakan senduk kayu juga.
  8. Masukan kedalam Loyang dan tutup dgn plastik film atau plastic yg diikat. Pasti tidak terbuka ketika mengukus.
  9. Panaskan kukus. Kukuskan selama 3jam. Jgn buka tudung pengukus ketika mengukus .
  10. jika mahu tambah air gunakan air panas supaya wap panas tidak menganggu texture kek ketika masak.
  11. Pastikan kek di potong ketika betul2 sejuk.
kopi tongkat ali

selamat mencuba



23 June 2013

Supermoon

assalamualaikum..
supermoon

Fenomena bulan paling hampir ke bumi yang dikenali sebagai Preigee atau supermoon akan dapat disaksikan di seluruh dunia malam ini.
Agensi Angkasa Negara (Angkasa) semalam berkata, orang ramai akan dapat melihat bulan yang 14 peratus lebih besar dan 30 peratus lebih cerah berbanding fenomena bulan penuh biasa.
Katanya, orang ramai akan dapat menyaksikan bulan berada pada fasa penuh dan uniknya bulan penuh kali ini merupakan bulan penuh yang paling hampir dengan bumi pada jarak 356,989 kilometer.
Kenyataan itu menyebut, keadaan itu berlaku kerana bulan mempunyai orbit yang sedikit bujur, bukan berbentuk bulat sempurna menyebabkan jaraknya dengan bumi sentiasa berubah-ubah.
Selain itu, antara kesan jarak bulan yang dekat ialah perbezaan pasang dan surut air laut agak tinggi berbanding kebiasaan.
Tahun ini, jarak paling jauh antara bulan dan bumi ialah pada 7 Julai iaitu fasa bulan baharu dengan jarak 406,491 kilometer.


d'kissesdodol - buka untuk tempahan

assalamualaikum

d'kisses dodol adalah dodol yang mengunakan resepi negeri kedah. boleh oder dari sekarang sempena sambutan hari raya aidil fitri yang akan datang.

dodol comey

dibungkus cantik

Nak namakan lauk apa yea.. tempe, kentang dan ikan bilis goreng dengan cabai

assalamualaikum,

oleh kerana nak makan sesuatu yg berkhasiat.. ada tempe, kentang dan ikan bilis so terjadilah lauk ini..

goreng cabai

kalau orang kl.. panggil cabai - cili atau lada. dah duk kedah ini keluar lah ayat cabai. tapi tempe memang susah lah nak cari. makanan kegemaran tu. dari kecik dah diasuh makan tempe.. pergi sampai hujung dunia pun tempe ni susah nak tinggal. 

tempe

kentang pula mana-mana pergi pun ada. senang nak cari. tapi ada macam2 jenis. tapi di malaysia tak ada ditanam kentang. semua di import. kentang masak apa2 pun sedap
kentang

ikan bilis beli kat tanjung dawai. senang nak dapat. macam2 grade. ada diimport ada tempatan.
ikan bilis

gabungan tiga benda ini jadi lah lauk tadi.. tapi nak gabi nama apa yer.. dalam FB komen lauk campak2 .. boleh gitu..

bahan:-

Bahan A

1 keping tempe - goreng
2 biji kentang - hiris goreng
segenggam ikan bilis - basuh dan goreng
1 ulas bawang besar dihiris halus

bahan B

1 ulas bawang besar
5 ulas bawang putih
3 sudu besar cili boh
minyak masak untuk menumis
1/2 sudu teh garam
1 sudu besar gula.. gula dan garam ikut rasa rasa klu rasa kurang tambah

cara:-
1. tumis barang A.. dah garing masukkan gula dan garam agak dah hancur masukkan bahan A.
2. kacau rata dan masukkan bawang..

sudah siap dan selamat mencuba


Bubur Kacang

Assalamualaikum,

selalu bubur pacang org makan utk minum petang atau menjamu para tetamu.. tapi hari ni akak makan bubur  kacang utk makan tengahari.. waduh.. apakah kesannya selepas ni.. tunggu jelah..
bubur kacang
selamat menjamu selera

matahari di ufuk barat.. petang semalam dari sungai petani

assalamualaikum

cantik sungguh pemandangan matahari bila dah kebarat.. petang semalam lah punya kerja ni sanggup berhenti keta tepi jln...




biskut raya - pistachio

assalamualaikum

biskut pistachio untuk di jual

biskut pistachio

RM27.00 - tidak termasuk kos penghantaran

22 June 2013

Marine Essence

assalamualaikum,

Sabun ini ada sesuatu yang menarik mengenainya. balik dari berjalan bulan lepas muka saya dipenuhi jerawat kecil dibawah dagu. kalau saya picit pasti akan meninggalkan kesan berwarna hitam. Masalah pula hendak meninggalkan kesan tersebut. kena pakai scrub.. pasti menyakitkan. Kawan memperkenalkan saya sabun marine Essence ni.. ternyata masalah saya berkurangan. hanya guna jerawat hilang. dan sakit pun tiada.


Sabun Marine Essence

Bar Kecantikan Marine Essence dirumus khas untuk menyihatkan, melembapkan dan meremajakan kulit. Ia diperkaya dengan antioksidan dan minyak asli untuk memberikan manfaat yang terbaik untuk kulit anda.

Bar kecantikan Marine Essence memanjakan kulit anda sambil menghidratkan dan melembutkannya. Kulit terasa selembut sutera apabila disentuh.

Diinspirasi daripada bentuk organik kerang laut dengan haruman yang menawan, Bar Kecantikan Marine Essence pasti merangsang anda menggunakannya setiap hari!

Assalamualaikum

pagi ni juga saya share blueberry chilled cheese cake

blueberry chilled cheese cake

based bawah sy mengunakan resepi butter milk cake. 

resepi based atas 

cheese filling

bahan:-
250gm cream cheese
200gm heavy cream
6gm geletin
60ml air panas
1/2 sudu teh jus lemon
secubit garam
blueberry pie filling jam

cara

1. bancuh air panas bersama geletin. kacau hingga geletin hancur. ketepikan sekejap shj
2. pukul cream cheese dan cream hingga kembang.
3. masukkan garam dan jus lemon
4. masukkan bahan geletin tadi
5. letakkan cheese diatas cake
6. sejukkan didlm peti sejuk hingga cheese keras dan boleh dipotong
7. hiaskan kek dgn blueberry pie filling

selamat menjamu selera..

Blueberry cheese tartlet

assalamualaikum

blueberry cheese tartlet

belajar buat pastry dulu yea

cara buat pastry

cheese filling

bahan:-
250gm cream cheese
200gm heavy cream
6gm geletin
60ml air panas
1/2 sudu teh jus lemon
secubit garam
blueberry filling jam

cara

1. bancuh air panas bersama geletin. kacau hingga geletin hancur. ketepikan sekejap shj
2. pukul cream cheese dan cream hingga kembang.
3. masukkan garam dan jus lemon
4. masukkan bahan geletin tadi
5. pipping kan cheese kedlm pastry
6. hiasan kan dgn blueberry  filling.
7. sejukkan didlm peti sejuk lebih kurang 1 jam

selamat mencuba

Fruit Tartlet

Asssalamualaikum,

Fruit tartlet.. masa kecil-kecil bila makan di hotel makan lah fruit tartlet sedaplah sangat. nak makan banyak tak boleh sure tak dapat.. sekarangdah pandai buat sendiri . bila ada oder mesti buat extra. try buat kulit dulu.


bahan untuk isi custard:-

100gm instant custard
400ml susu cair
secubit garam
sebiji buah kiwi
buah peaches dlm tin
buah anggur atau strawberry

cara:-
1. kacau custard, susu dan garam hingga tidak berketul
2. piping dlm kulit tartlet
3. hiasa dgn buahan

ini hasilnya

fruit tartlet yang terhasil

selamat mencuba


17 June 2013

Butter Scotch Cake

assalamualaikum

today hendak share butterscotch cake.. sedap sgt lepas makan jadi saya buat sendiri

butter scotch make hungry


a slice of butterscotch cakes.. yummy

Butter Scotch cakes

Bahan:-
250gm tepung gandum
1 sudu teh baking powder – ayak dgn tepung gandum
1/2 sudu teh garam
113gm butter
280gm gula castor
2 biji telur A
1 sudu the esen vanilla
250ml buttermilk – (buat sendiri – 250 susu segar + 1 sudu besar  cuka = kacau dna biarkan sebentar)
1 sudu the cuka masakan
1 sudu teh soda

Cara:-
1.       Pukul butter dan gula hingga kembang
2.       Masukkan telur satu persatu di ikuti esen vanilla
3.       Masukkan tepung berselang seli dgn buttermilk.. dimulakan dgn tepung diakhiri dgn tepung
4.       Dlm sebuah bekas ambil letakkan soda dan masukkan cuka biarkan berbuih terus masukkan kedlm banchun tepung..
5.       Jgn tunggu terlalu lama terus bakar
6.       Suhu 150 perlu diingatkan suhu jgn terlalu kuat  masak selama 1 jam

7.       nak tahu dah masak atau belum.. cucuk dgn lidi klu tak melekat.. confirm masak






Cream Cheese Frosting:

250 gm cream cheese
50gm butter
1 sudu  the esen vanilla
250gm wipping cream non dairy

Cara:=
1.       pukul cheese dan butter hingga kembang
2.        Masukkan esen
3.       Masukkan wipping cream pukul hingga kembang
4.       Decokan pd kek


Butter scotch

Bahan:-
160ml cream
150gm gula perang
50gm butter
2 teh esen vanilla
Sedikit walnut untuk hiasan

Cara:-
1.       Satukan cream, gula, butter dan esen vanilla
2.       Panaskan dlm api sederhana hingga semua bersatu
3.       Besar kan api hingga mendidih. Sentiasa kacau supaya tidak hangit.
4.       Kacau hingga pekat. Angkat bekas dari dapur dan biar sejuk sebelum sapu dia atas kek..

selamat mencuba





11 June 2013

Seri muka pandan dan daun limau purut

assalamualaikum..

ramai juga pelik dgn seri muka dan daun limau purut bila saya add dlm timeline saya di FB..  sedap. original resepi saya dapat dari auntie hasma noor.. one of my cikgu. masa arwah mak masih buat kuih tradisi ini di akan mengunakan daun limau sebagai tambahan daun pandan.
cuba pasti mau lagi

seri muka pandan dan daun limau purut


Bahan-bahan

A. Bawah

1. 600gm beras pulut

2. 200ml santan

3. 300ml air
4. 1 sudu kecil garam

Cara

1. Pulut di bersihkan dan rendam sekurang-kurangnya 2 jam tapis

2. Masak pulut besama serbuk santan, air dan garam dengan api yang kecil hingga separuh masak

3. Kukus hingga masak.

4. Masak masukkan kedalam Loyang 10 x 10 inci tekan dan ratakan


B. Atas

1. 10 helai daun pandan + 5 helai daun limau purut  blend bersama 500 ml air jadikan 800ml

2. 300ml santan

3. 4 biji telur (A)

4. 300gm gula

5. 200gm tepung gandum

6. ½ sudu kecil garam

7. ½ sudu pewarna hijau

Cara

1. Pukul telur dan gula

2. Masukkan santan, tepung, garam dan pewarna kacau rata dan tapis.

3. Panas periuk disisi air hingga mendidih

4. Double boiler bahan tadi hingga berkilat

5. Masukkan bahan ini diatas pulut dan kukus selama 20-30min

10 June 2013

Bread and butter puding with cream custard sos

assalamualaikum..

hari ni suka sgt boleh share sbb byk oder.. so tangkap gambar byk2 utk blog sy.

bread and puding with cream custard sos... senang, cepat dan murah utk dihidang kpd tetamu
 masih panas dan baru keluar oven


disiram dgn custard sos

bahan

8 keping roti- potong 4
5 biji telur A
200 gm butter
500ml susu cair
kismis
secubit serbuk kayu manis

cara:-

1. sapukan butter pd roti depan dan belakang susun dlm tempat pembakar satu persatu
2. pukul telur mcm buat telur dadar dan campurkan susu dan  garam
3. taburkan kismis.
4. tuangkan bancuhan telur susu tadi hingga roti tenggelam
5. baki butter potong kecil dan di tabur roti tadi
6. tabuskan serbuk kayu manis supaya pudding kita berbau harum
7. bakar suhu 180c hingga kekuningan.. biarkan sejuk

sedap dimakan bila sejuk

bahan sos;-

2 sudu besar custard
50gm gula
500ml susu cair
secubit garam

1. campurkan semua bahan dan masak atas api
2. hendaklah sentiasa kacau supaya tidak hangit
3. bila sudah berbuih tutup api
4. biarkan sejuk dan bila hendak makan curahkan atas pudding tadi.


selamat mencuba

Cream Puff - choux pastry

assalamualaikum,

cream puff sedap dimakan dgn cream custard.. mengikut kisah tok moyang mat salleh original recipe dari france. kemudian ke england.. dan tersebar keseluruh dunia.  saya suka makan dgn wipping cream lagi lemak dan mengemukkan..

share my cream puff picture.. and recipe

cream puff.. nice to look delicious to eat

bahan:-


250ml fresh milik
100gm butter
5gm garam
10gm gula
125gm tepung high protin
3 biji telur B

Cara:-

1. panaskan susu segar hingga mendidih
2. masukkan mentega, garam, gula dan kacau hingga larut
3. masukkan tepung dan gaul  hingga rata.
4. masukkan kedlm pemutar kek.. selepas seketika biarkan sejuk sebentar
5. masukkan telur sebiji demi sebiji dan pukul hingga kembang.
6. masukkan kedlm piping beg dan bentuk bulat
7. Bakar dgn suhu 180c selama 20-25 min
8. sejukkan pipekan krim custard


Pastry Puff

Assalamualaikum 

sedapkan sejuk-sejuk ni  dan perut lapar makan puff sardine atau kari ayam sedap.. mari cuba



Bahan  A :-
1/2kg tepung high protin.. sy guna tepung gandum aje
15gm gula castor
50gm butter
5gm garam
250ml air sejuk

Bahan B:-
250gm pastry margerin

Bahan  C:-
Sebiji telur untuk sapuan

Cara
1.       Adun bahan A hingga menjadi doh.
2.       Rata doh dgn rolling pin memanjang. Masukan pastry margerin. Lipat. Bungkus dgn plastik film.. masukkan kedlm peti ais dlm 2 jam.
3.       Keluarkan lipat  selapis lg. masukkan kedlm peti ais semula biarkan selama 2 jam.
4.       Keluarkan doh. Ratakan dan bentukkan 4 segi mengikut citarasa dan isikan filling dlmnya.
5.       Sapukan doh dgn kuning telur dan bkas selama 20 min suhu 180c.


Kek Kukus Buah

Assalamualaikum..

kek kukus  ada banyak version. klu di negara mat salleh mereka mngunakan bahan campuran Rum untuk mengekalkan ketahanan kek tersebut. kek ini akan dihidangkan terutama pada hari  krismas. hari ini saya hendak share kek ini yg halal. tidak mengunakan bahan yg memabukkan. kalau kek ini dijual dipasaran harganya RM60.00..


Fruit Cakes

kek yang telah dipotong

kek ini lembap dan terasa banyak buah


Bahan-bahan
Bahan A:-
250gm butter anchor
350gm gula pasir
60ml air
500gm buah-buahan campuran
200gm gram kacang walnut

Bahan B - diayak
350g tepung gandum
1 sudu kecil cream of tartar
2 sudu kecil soda bicarbonat
1 sudu kecil serbuk buah pala

Bahan C
3 biji telur gred A
1 sudu kecil esen vanila

Cara-cara

1.       Masak gula hingga keperangan dan masukkan air perlahan-lahan biarkan sebati .
2.       Masukkan butter sehingga cair
3.       masukkan buah-buahan campuran dan kacang walnut dan kacau rata biarkan sejukkan.
4.       Bila sejuk masukkan bahan B sedikit demi sedikit hingga rata.
5.       Pukul telur dan esen sehingga kembang
6.       masukkan perlahan ke dalam adunan kek dan gaul sebati menggunakan senduk kayu juga.
7.       Masukan kedalam Loyang dan tutup dgn plastik film atau plastic yg diikat. Pasti tidak terbuka ketika mengukus.
8.       Panaskan kukus. Kukuskan selama  4jam. Jgn buka tudung pengukus ketika mengukus .
9.       Jika mahu tambah air gunakan air panas supaya wap panas tidak menganggu texture kek ketika masak.
10.   Pastikan kek di potong ketika betul2 sejuk.


03 June 2013

Hidangan makan beradap dan canopy

assalamualaikum,

makan beradap seumpama upacara wajib dlm setiap majlis perkahwinan. saya suka nak share dengan hidangan makan beradap yg saya sediakan .. selamat menjamu mata



udang nenas


sambal udang telur

udang berdiri nenas


bunga carrot


apple merah


apple hijau

tembikai ukir

hiasan meja.. tembikai, apple, dan oren

hati masak kicap

saya juga menyediakan meja untuk makan beradap dan canopy

sample meja untuk makan beradap

makan beradap untuk para tetamu

antara canopy bertema peaches

warna canopy putih.. warna skirting bersesuian dengan tema pelanggan


Kami mempunyai 20 khemah dan 300 biji kerusi. Terdapat meja makan bulat dan empat segi. mengikut citarasa pelanggan. banyak pilihan warna tema. Untuk tempahan sila hubungi saya di FB - d'Dapur c'Chanteq






SOURDOUGH BANGGALI LOAF

Hi, let me share this beautiful banggali loaf recipe. Which i'm a  bread maker so i plug and play with my discard levine to make this lo...