17 March 2015

kuih lapis my momee

assalamualaikum



kenapa panggil kuih lapis my momee.. sbb adik cakap nak momee buat juga. ok mak dia pun buatkan lah kuih lapis.. tapi bukan merah putih macam yang dia nak.. hijau kuning sebab perisa rose dah habis.. habis 'loktang'... apakah loktang..nangis guling guling..tu..

mak pun pujuk tunjukkan botol sirap dah habis. kedai tutup,, momee sakit pinggang nak bawa keta jauh.. mcm2 lah mak dia goreng.. akhirnyer termakanlah pujukkan mak dia..sebenow nyer mak ko malas nak kuar.. pepanas

suka hati mak..makan juga akhirnya.."momee sedap lah.. rasa pandan'..dalam hati mak pun berkata-kata..memang le sedap sekilo santan mak ko masukkan..

jom kita buat

resepi

300gm tepung gandum
100gm tepung beras
320gm gula pasir
500ml santan
secubit garam halus
1400ml air..kalau aduan tidak cukup 2000ml selepas bancuh tambah air supaya jadi 2000ml
perwarna hijau
1/4 sudu kecil pes pandan
pewarna kuning


cara:-


  1. bancuh ssemua bahan kecuali pes dan pewarna
  2. blander dan tapis
  3. bahagikan kepada 2 bahagian.. setiap bahagian 100rkan warna 0ml
  4. satu bahagian campurkan perwarna hijau dan pes pandan dan satu bahagian lagi campur warna kuning
  5. sediakan air kukusan
  6. loyang 10 x 10 inci sapukan minyak
  7. minyak untuk memudahkan kita keluarkan kuih dari loyang nanti
  8. bila air kukusan sudah panas masuk kan loyang biar panas sebentar
  9. bancuhan tepung warna kuning di ukur 250ml
  10. tuangkan atas loyang dan tutup kukus 
  11. biarkan selama 2 minit
  12. kemudian tuangkan warna hijau di ukur 250gm perlahan supaya tidak merosakkan lapisan bawah
  13. ulang hingga habis
  14. selepas habis tambah air dalam kukus biarkan kuih masak untuk 30minit
  15. selepas masak biarkan betul sejuk baru potong
selamat mencuba 

ok bai

Jadual Kelas Danish and Puff Pastry

Assalamualaikum



kalau nak belajar boleh datang kelas saya
danish dan puff pastry
tarikh kelas : 28hb Mac 2015
tempat: Kak Hanitunlizah Hassan, kangar perlis
yuran RM280.00

tarikh kelas: 29hb mac 2015
tempat: Kak Suzana Raman, sg dua penang
yuran:RM280.00
Tarikh kelas : 4hb April 2015
Tempat: Kak Eyda Mazlan, kuantan pahang
yuran: RM280.00
Tarikh kelas : 11hb April 2015
Tempat: d'Dapur c'Chanteq, masjid  tanah melaka
yuran: RM280.00
Ok bai

daging blackpepper

assalamualaikum

hari ni lunch daging blackpepper
jom share resepi


Resepi

bahan

500gm daging 
2 sudu besar lada hitam
2 biji bawang besar
10ml kicap manis
5cm halia
1 teh sudu gula 
garam secukup rasa
1/2 cawan minyak untuk mengoreng

cara

1. lada hitam goreng tanpa minyak dan tumbuh/ kisar halus
2. daging di hiris nipis dan goreng separuh garing
3. masukkan bawang besar dan halia yang di hiris halus
4. masukkan kicap, lada hitam, gula dan gula
5. biarkan hingga pekat
6. air dari goreng tadi juga akan memekatkan masakan kita

selamat mencuba

ok bai

murtabak cracker

assalamualaikum

murtabak cracker ini bukan pilihan all my heros. tapi malam tadi ada kuliah agama di surau depan rumah so buat utk yang hadir kuliah tu. 



senang nak buat. kalau ada tetamu nak dtg short notice akak rasakan ini adalah hidang yang paling mudah untuk disediakan

bahan A
400gm daging hancur
1 biji bawang besar dihiris halus
daun kari
2 sudu besar serbuk kari daging
1/2 sudu teh garam halus
1/2 sudu teh gula
minayk untuk menumis

cara:-
  1. tumis bawang hingga wangi
  2. masukkan daun kari dan serbuk kari daging hingga pecah minyak
  3. masukkan daging hancur dan biarkan daging masak
  4. tambahkan gula dan garam
  5. kacau hingga rata
  6. tutup api dan tapiskan minyak dari daging tadi


bahan B

1 pek cream cracker
5 biji telur
1kg santan
sedikit garam



cara:-
  1. ambil 500gm santan letakkan secubit garam
  2.  rendam kan cream cracker didalam santan
  3. campur telur, 500gm santan, inti daging dan garam
  4. susunkan cream cracker yng di rendam tadi dalam bekas pembakar
  5. tuangkan rata inti daging tadi
  6. susunkan lagi cream cracker
  7. ulang semula melatak inti daging
  8. ulang meletak cream cracker
  9. akhir sekali tuang habis inti daging
  10. bakar dengan suhu 200c selama 30 min atau masak





rendam cream cracker dalam santan



bancuh santan, telur dan inti daging


 
susun cream cracker dalam bekas pembakar



isikan dengan inti daging ulang hingga selesai

untuk hiasan akak selalu mengunakan daun sup dan dan cili merah

selamat mencuba

ok bai



SOURDOUGH BANGGALI LOAF

Hi, let me share this beautiful banggali loaf recipe. Which i'm a  bread maker so i plug and play with my discard levine to make this lo...