15 September 2015

KONGSIAN BERKAITAN YIS BASAH

Assalamualaikum..
Akak mendapat ilmu ini dari salah seorang cikgu roti. Nor Jannah Tokey roti Chepir. Semua yang dia tulis akak cilok satu persatu atas keizinan tuan punya badan. Terima kasih cikgu Nor Jannah.

Dia berkongsi ilmu tentang Yis Basah.Penggunaan dan step by step bergambar.


"Sekarang ini, kos bahan mentah semuanya naik. Jadi kita boleh ambil alternatif dengan tukar kepada yis basah yang sememangnya murah. Yis basah: 500 gram baru RM3. Gunalah jenama apapun tak pa.

Berikut adalah bahan, cara dan sedikit info:-

BAHAN:

Yis Basah

Gula ( agak-agak/ letak sedikit sahaja )

Air panas suam ( agak-agak/ letak sedikit sahaja )

NOTA TENTANG YIS BASAH:

Sukatan yis basah mestilah di double kan dari sukatan yis kering. Jika yis kering 11 gram. Yis Basah mesti 22 gram. Akan tetapi, saya suka kurangkan lagi 2 gram dari 22 gram itu. Menjadikan 20 gram yis basah. Kerna, saya lihat. Jika guna 22 gram. Struktur roti nampak berongga.

CARA:

1) Keluarkan yis basah dari freezer. Biarkan yis lembut seketika di dalam suhu bilik.

2) Masakkan air panas.

3) Bila yis sudah lembut, masukkan di dalam bekas.

4) Letakkan gula sedikit (gula boleh juga di ambil dari sukatan gula yang akan di masukkan ke dalam roti/donut/apam dsb)

5) Tuangkan air panas dan campurkan dengan air suam di dalam bekas yang berisi yis basah dan juga gula tadi.

6) Kacau hingga yis hancur.

7) Tutup bekas.

8) Bila yis basah sudah berbuih. Itu tandanya yis basah masih elok di gunakan dan boleh terus di masukkan di dalam adunan tepung.




INFO BERKAITAN YIS BASAH:

1) Saya dah cuba gunakan yis basah selama sebulan. Alhamdulillah, saya lihat struktur roti kita lagi moist dan aromanya cukup wangi yang mana berbeza dengan aroma penggunaan yis kering.

2) Sebelum menggunakan yis basah, saya dapat tahu beberapa kilang roti termasuk kilang roti yang pernah saya kunjungi menggunakan yis basah sahaja. Kerna itu, harga roti mereka bolah di jual murah.

3) Yis basah perlu di masukkan gula dan air panas suam supaya kita dapat test samada yis basah tersebut masih lagi 'hidup' atau mati.

4) Perlu di ingatkan ya; hanya air panas suam yang perlu di tuang di dalam bekas berisi yis basah dan gula. BUKAN air panas yang baru di jerang. Kang mati yis kalian..wink emoticon

5) Tempat penyimpanan yis basah adalah di dalam freezer.

6) Apabila sudah beli yis basah. Kalian boleh potong siap yis basah kecil-kecil dan masukkan di dalam tuppaware bertutup. Bila nak guna, hanya keluarkan yis dari freezer, tunggu yis lembut dan hanya perlu cedokkan saja dan bolah mula timbang yis tersebut. Mudahkan..

Jom cuba !!

Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk semua.

Terima kasih.."

Terima kasih Nor Jannah.. sebab ilmu awak sungguh bermakna

Rugi atau untung

Assalamualaikum

Hari selasa. Dalam perjalanan ke Kuala Lumpur menaiki bus.

Pagi ini rugi sebab sekolah tempat hantar roti tutup. Ada 3 buah sekolah. Jumlah roti 200pcs. Jumlah kerugian adalah RM240.00

Rugi dan untung adalah perkara biasa kepada kami sebagai peniaga kalau barangan tidak terjual. Sekarang semua roti tu kena bawa balik simpan kat rumah lah

Tak boleh hendak fikir sekarang. Dah on the way ke Kuala lumpur. Sebelum pergi tadi pesan pada abang-abang simpan sandwich sardine dalam peti sejuk. Balik dari KL momee fikir hendak buat apa. Duduk dalam bus berfikir petang hendak hantar masjid dan surau sebab ada ceramah hari ini.

Bila di fikirkan semula. Setiap hari Allah bagi aku nikmat rezeki yang melimpah ruah.. baru tarik RM240.00 aku dah bising. Sebenarnya Allah hendak bagi rezeki lain agak. Mungkin rezeki pahala. Adalah hukmah yang kita tidak nampak .. betul tak?

Ok bai

SOURDOUGH BANGGALI LOAF

Hi, let me share this beautiful banggali loaf recipe. Which i'm a  bread maker so i plug and play with my discard levine to make this lo...