Posts

Showing posts from 2016

KUIH SERI MUKA BEREMPAH KAK LIMAH

Image
KUIH SERI MUKA BEREMPAH KAK LIMAH
Seri Muka Rempah.. pelikkan? Tapi memang ada. Sebab ini resepi asal arwah mak. Sebenarnya sedap. Dulu arwah mak adalah pembuat kuih tradisional. Kakak Kak Z pernah cerita masa kecil-kecil arwah mak terkenal dengan kuih apam. Bila balik sekolah kerja dioarang kisar beras untuk jadikan tepung. Arwah mak buat kuih apam bukan mengunakan tepung beras tapi beras yang dikisar sendir mengunakan batu pengisar. Gigihkan orang dulu- dulu buat kuih.
Kakak Kak Z bagitau Kak Z mewarisi kepandaian arwah mak buat kuih. Alhamdullilah.. Kak Z tak de anak perempuan. Sapelah yang hendak mewarisi kepandaian Kak Z. Anak buah Kak Z kot. Sebab dia sekarang pun jual kuih sedikit demi sedikit.
Kak Z suka kalau ada orang yang boleh meneruskan pembuatan kuih tradisi kita sebab ramai lebih rela beli dari membuatnya. Kak Z share resepi lama-lama ini supaya korang boleh buat dan sambung tradisi lama kita.

Bahan-bahan:-

A. Bawah:-


500gm beras pulut
200ml santan
100ml air
1 sudu kecil garam
Se…

RAMAI PELANCONG SUKA DATANG KE MELAKA..KENAPA?

Image
PELANCONG SUKA DATANG KE MELAKA Melaka Bandaraya Bersejarah adalah ibu negeri negeri Melaka. Perjalanan dari rumah ke bandar memakanmasa 25-30 min tanpa trafik jem. Kena trafik jem 2 jam belum tentu korang lepas nak masuk bandar. 

Kalau cuti panjang Kak Z paling takut untuk keluar ke Bandar Melaka. Kenapa? Melaka terkenal dengan jem di waktu cuti dan banyak traffic light. Ampun Ketua Menteri sebab kutuk Melaka. But I love Melaka. Sebab I.C -04- yer. 
Kak Z pernah cuba masuk ke Bandar Melaka masa cuti end up, kereta overheat. Berpeluh juga hendak bagi lepas semua baru start enjin. Lepas tu seriklah. Kalau hendak masuk Melaka hujung minggu pun Kak Z kena masuk sebelum pukul 10.00 pagi. Waktu orang belum ramai lagi. Pasti ramai tertanya kenapa orang suka Melaka. Ini sebabnya. Kak Z copay paste dari kawan wartawan Sinar Harian. Logik juga penulisan dia kenapa orang suka Melaka:-
Secara peribadi aku tak nampak sangat usaha kerajaan negeri mempromosi Melaka. Ada tu ada tapi...tapi, ada tapi l…

KUIH KERIA TERASA LEBIH UBI KELEDEK DARI TEPUNG

Image
Bila kita beli atau buat kuih keria pasti kita merasa ubi lebih dari tepung. Betul tak? Kalau rasa tepung banyak mana nikmatnya kuih keria tu. Kak Z suka dalam kuih keria terasa juicy ubi. Mungkin dari kecil telah di ajar untuk makan macam tu. Sebab tu Kak Z jarang beli kuih keria di luar.
Lama juga Kak Z hendak menyukai semula kuih keria selepas mak Kak Z meninggal. Sebab Arwah mak kalau buat kuih keria memang awesome. Dia sira kuih keria mengunakan gula Melaka. Kak Z mula tak suka sira gula Melaka sebab pernah terkena muih keria masam. Mungkin mengunakan gula Melaka yang luput tarikh. Tapi Arwah mak buat sedap. 
Macam mana hendak buat kuih keria garing di luar dan rasa ubi bila kita makan. 
1. Ubi yang di rebus terlalu lama hingga menjadi lembik sebab bila terlalu lembik kita kena tambah tepung. Lagi banyak tepung kita uli denga ubi akan mengurangkan rasa ubi tersebut. Rebus sampai dia empuk dan buang air atau tapis. Biarkan sejuk sebelum masuk tepung.
2. Ketika kita lenyek ubi, kit…

BIRTHDAY SI KEMBAR DI TONY ROMA'S MELAKA

Image
Tahun 2016, dah berumur 14 tahun si kembar. Lahir 24 Disember 2002. Berat setiap seorang 3kg dan tidak cukup bulan. 32 minggu dah tak sabar nak tengok dunia. Tapi bila dah hidup dalam dunia macam-macam adventure dia orang buat.   Ahmad Hanif - twin 1 dan Ahmad Haris - twin 2

Sepanjang 14 tahun Kak Z besarkan dan kenal diaorang, Diaorang lurus bendul. Korang conner sikit mula tidak faham. Tapi cerdik yang amat. Pernah dia nak buat experiment keluar api dari tin Ridsect. Hambik ko seperiuk lauk mak kena semburan ridsect sebab dia sembur ridsect pada lauk atas dapur apa lagi terbakow ler dapur. Hangin mak. Sebenarnya macam-macam lah diaorang buat disebalik kebendulan diaorang tu. Apa pun mak sayang korang.. When you guys read this. I want you to know I love you guys so much.. Abang, both of you and adik are in my heart..

Tahun lepas tidak dapat sambut birhday diaorang sebab mak kena demam denggi. Tahun ini special sikit. Celebrate di Tony Roma's Melaka. Meriah. Paling kelakar bila s…

BUFFALO CHICKEN WINGS

Image
BUFFALO CHICKEN WINGSBuffalo chicken wings bukan kerbau kepak ayam. Kak Z mula-mula makan benda alaa ni pun macma korang juga gayat sebab terkejut dengan namanya. Takut hendak mencuba. Tapi bila dah makan tak boleh berenti. Di beri nama BUffalo Chicken Wings sebab resepi asalnya berasal dari Buffalo New York, USA. Kawan Kak Z yang belajar di salah sebuah universiti disana mengajar Kak Z makan benda ni. Dia pun belajar buat bend ani masa belajar masa duduk disana. Zaman dia belajar sana lagi hari susah hendak mencari ayam sembelih. semua jenis patah leher. Kalau korang biasa duduk oversea tahu lah masalah ni. Jika Europe banyak juga makanan halal korang boleh cari sebab ramai pendatang dari negara Arab. Kalau di Jepun, Korea dan China haru guwaaa cakap lu. Zaman Kak Z di sana tawakal je lah kalau hendak makan.  Sekarang rasanya bnayak makanan halal yang boleh kita cari. Betul tak?
Ok.. berbalik kepada Buffalo Chicken Wings ni. Rasanya pedas manis dan masam. Sedap demakan dengan mayonis…

KEK PISANG BERANGAN

Image
KEK PISANG BERANGAN Kalau Beli di Kedai Kek 1 batang kek ni berharga RM7.00. Sekejap je dah habis. Anak-anak Kak Z sekali hadap jer... licin. Kesimpulannya waktu cuti sekolah ni banyak kena buat sendiri. Kena jimat cermatlah. Tapikan kalau rezeki untuk diaorang tu Allah dah tentukan. Memans sentiasa ada. Sambil-sambil menulis blog ni. Alhamdullilah ada job masuk. Tak kira lah job untuk blog, atau surat khabar atau tulis journal.

Seronok anak-anak bila mak dia duduk rumah sebab macam-macam benda akan terhasil dari dapur. Dari kek, kemasakan lauk ke nasi atau mee. Mesti ada. Itu pun kalau mak korang Rajin. Kalau mak Korang malas.. nasi goreng jer. Betul tak? Tapi Kak Z rajin sebab takut termakan kat luar... duit makan kat luar tu lauk untuk smeinggu kalau Kak Z masak..hii

Kek pisang ini Kak Z belajar dengan Auntie Hasma Noor.. Dia duduk taman TAR, Ampang. Selama-lamany Kak Z guna resepi ini. Resepi asal adalah dalam quantity yang besar sebab auntie ajar untuk perniagaan. Tapi Kak Z keci…

JEMPUT-JEMPUT IKAN BILIS GEBU

Image
Pagi ni sejuk, perut lapar. Bangun pukul 5.30pagi buka peti ais cari apa yangboleh di masak untuk anak-anak pagi ni. Ternampak ENO biru, ikan bilis dan tepung. Maka jadilah jemput-jemput gebu. Bahan-bahan senang dapat dan mudah untuk buat.
Anak-anak lepas solat subuh semua megadu lapar. Semalam pukul 6.00 petang makan malam sebab layan cerita Scarlet Heart. Pukul 12.00 malam tidur mengadu lapar. Makan maggi ler diaorang tu. Mak malas layan so kena masak sendiri. Pagi ni pasti mengaruk dengan mak diaorang awal lagi untuk makan.
Ambil semua bahan godek-godek, goreng dan sedap makan panas-panas dengan teh O. Angkat dari kuali habis.. angkat jer habis.. memang lapar sangat ler tu. Tapi soalan paling win.. momee kenapa jemput-jemput pagi ni gebu.. selalu leper. Macam Jemput-jemput bilis Adabi. .. cehhh..Mak ko godek sendir tak de Adabi pun. Meh sini Kak  Z ajar macam mana nak jadikan dia gebu. Jomm buat.
Bahan:-
500gm tepung gandum 50gm bilis 1 sudu teh garam 1 biji bawang besar di hiris …

AYAM PANGGANG EPAL HIJAU

Image
AYAM PANGGANG EPAL HIJAU Setiap kali birthday anak-anak, selalunya Kak Z buat ayam panggang. Kami jarang raikan diluar. Bila ada jemputan baru sambut diluar. Kenapa ayam panggang? Waktu ni kami akan berebut makan ayam seekor, potong kek dan gelak-gelak. Ayam seekor boleh habis tau.
Dulu Kak Z tak pandai pun buat ayam panggang yang awesome ni. Tapi sebab rajin duduk depan internet belajar macam mana nak bagi ayam panggang sedap sampai ketulang dia. Bagi dia lembut lepas bakar. Dan warna dia cantik.
Bila dah selalu buat.. petik jari. Berlagak sungguh makcik ni bercakap. Tapi betul pe..practice make perfect. Lama woiii nak make perfect bukan sekali dua. Dulu pernah buat tak masak lah..tawar habiaq la.. tak sedap lah.. macam-macam tau anak complain..,sedih tau.. sekarang segala pujian yang ada mak dapat..ko jangan jelus..jom buat


Bahan:-

1 ekor ayam
5cm halia
3 ulas bawang putih
2 sudu besar lada hitam tumbuk jadi serbuk
2 sudu besar basil flake
1 sudu besar garam halus
1 sudu besar so…

KUIH LAPIS ROSE..NAMA LAIN KUIH GENGGANG

Image
KUIH LAPIS ROSEKuih Lapis asli ialah lapis merah dan putih. Tapi sekarang banyak versi. Putih Hijau, coklat hijau atau ungu hihau. Menurut kakak Kak Z, Arwah mak kalau dapat tempahan bertalam-talam. Sebab memang sedap seingat Kak Z. Kakak-kakak kata, Kak Z ni mewarisi kemahiran mak... entah lah.. maybe sikit-sikit kot. memsak orag lain. buta kuh orang lain. Bila kami bergabung jadi versi Arwah Mak. Al Fatihah MAk..
Kuih Lapis ni kami kenali dengan nama kuih genggang. Sebab bila berlapis kita boleh buka satu persatu..di genggang. Apa pun nama paling sennag kuih lapis. kang sebut perkataan luar daerah Kak Z orang maksud lain. Ada baiknya guna bahasa semua faham betul tak?



Anak-anak suka. Versi lembut.Jagna keras.. tak dimakannya. Resepi  Kak Z dapat dari Myresepi 10 tahun lepas. Kak Z modify sedikit ikut taste Kak Z dan keluarga. Walaupun dalam blog Kak Z ada banyak versi kuih lapis. Setiap kali tulis yang baru adalah versi yang di baik pulih. Supaya pembaca senang hendak buat dan lebih s…

KUIH CHANG @ RICE DUMPLING..DO IT YOURSELF

Image
Kuih  Chang   Kuih Chang  atau nama Inggeris "Rice Dumpling" adalah makanan orang Cina. Kak Z belajar makan kuih ini dengan arwah mak. Sebenarnya bukan kuih tapi pulut yang di isi  dengan beberapa bahan seperti daging, cendawan dan kekacang. Kita sebagai orang Islam daging mengunakan samada daging lemuh, ayam atau kambing. Untuk yang kaum yang bukan beragama Islam mereka mengunakan daging khinzir. Sebab Kuih Cang ini berasal dari negara China yang di kenali dengan nama Zongzi. Di Malaysia, zongzi dikenali sebagai bakcang, bacang, atau zang (dari Hokkien Cina: 肉粽; Peh-OE-ji: bah-chàng), kerana Hokkien biasanya digunakan di kalangan orang Cina di luar negara.

Kuih Chang berasal dari  China tapi dari wilayah mana Kak Z tidak pasti. Dari pembacaan Kak Z, kuih chang ini selalu di buat sebagai bekal jika mereka pergi mengembara atau berniaga. Kuih chang ini boleh tahan selama seminggu jika berada dalam udara kering. Jika musim memang sesuai untuk makan kuih ini kerana salah satu b…