29 October 2016

ANAK-ANAK SUDAH BESAR



Anak-anak semua dah besar. Abang 16 tahun, kembarb14 tahun dan adik 8 tahun. Ingat lagi masa zaman anak kecil.. si Hakim paling kuat menangis sampai lah umur di setahun.

Si kembar.. Hanif dan Haris dari kecil sampai setahun 2 bulan tak kuat nangis. Lepas tu baru lah kuat menangis. Diaorang ni lahir 32 bulan. Consider tidak cukup bulan. Alhamdullilah membesar dengan jayanya sehingga 14 tahun.

Adik namanya Ahmad Hanis. Umur 8 tahun. Taiko dalam rumah. Semua orang kena dengar cakap dia. Kalau nak berurus niaga dengan dia kena pandai pujuk. Kalau tidak jangan harap lah. Contoh nak gi sekolah. Mak kena pujuk baik-baik punya ayat baru sampai sekolah. Nangis mak tau..

Apa-apa pun mao doakan anak-anak menjadi anak yang soleh, berjaya di dunia dan akhirat, bertanggungjawab, baik, manusia berguna, sesemua yang baiklah untuk anak mak ni


Ok bai

27 October 2016

BANGUNAN LAMA PEKAN MASJID TANAH



40 tahun dulu, Kak Z tinggal dalam pekan Masjid Tanah. Sebab arwah mak dan ayah buka restoran. Nama Restoran Seroja. Kami tinggal di tingkat atas restoran. Lama juga duduk di rumah kedai tu..lebih kurang 5 tahun. Depan rumah Kak Z ada bangunan lama. Tinggal 1 keluarga berbangsa Cina. Jiran kami India dan Cina. Orang pun keliru akak ni anak Cina atau Melayu. Sebab muk macam Cina.



Bila ingatkan balik.. gi tadika ayah hantar. Sekarang tadika tu dah tak de. Sebab buat dewan besar. Kak Z dah balik semula ke Masjid Tanah ni lebih kurang 1 1/2 tahun banyak lagi yang belum Kak Z teroka..haaa..teroka konon. Tapi serius Kak z cakap banyak perubahan Masjid Tanah sekarang. Tempat Kak z bermain. Masjid Jamek Masjid Tanah yang baru sedang dalam pembinaan. Pasar lama dan Bus Stand pun dah bertukar. Lama juga Kak z tinggalkan Masjid Tanah ni 30 tahun merantau baru balik.

Bangunan lama ada yang di kekalkan. Ada yang diubah suai. Itu adalah kawasan asal Masjid Tanah yang mana pemiliknya orang Cina. Bangunan baru banyak terletak di Pekan baru Masjid Tanah. Pekan Masjid Tanah tu dah sampai depan rumah Kak Z yang dulu ialah sawah padi.

Tadi Kak z jalan kaki keliling pekan ambil masa 30 pergi dan balik. Dulu rasa jauhnya Masjid Tanah ni..sekarang dekat jer. Apa pun Masjid Tanah.. I love you..
Ok bai

22 October 2016

SEMALAM BELANJAWAN HARI INI HARGA BARANG NAIK

Setiap Jumaat terakhir bulan Oktober PM akan membentang belanjawan negara untuk tahun seterusnya. Belanjwan tahun ini di bentang pada 21 Oktober 2016. Ada berita baik dan ada berita buruk. Tahun depan BR!M akan di naikkan. Belum pun dapat duitnya.. harga barangan di apsaran telah naik.

Terasa jugalah, Contoh ini ialah 22 Oktober 2016, kebanyakan barangan telah naik. Selasa lepas Kak Z beli epal hijau 8 biji = RM4.90. Hari ini harag telah berubah RM5.90 = 8 biji. Ubat gigi Colgate Sugi pul, 2 minggu lepas RM5.90 = 175gm. Hari ini RM6.90=175gm. Fuuuhhh..setiap barangan mcm naik 10%. 

Hendak mengeluh macam mana? Kena terima sebab barangan keperluan. itu pun banyak yang Kak Z dah potong untuk perbelanjaan rumah. Anak-anak makim membesar, banyak pakai duit. Sebab tu bil cikgu si kembar kata tahun depan kena tukar bau pengawas yang beharga RM250.00, Kak Z berharap hal itu tak terlaksana. Kenapa? Buku lagi, yuran lagi, baju lagi, kasut lagi. Bukan seorang yer. 4 orang, semua bersekolah. Walaupun diaorang ada biasiswa. Biasiswa pun sudah kena potong 1/2. dapat separuh. Apa ko nak kata?

ok bai





12 October 2016

MAJLIS PERASMIAN WISMA OK


WISMA OK



Antara Barangan Keluaran Orang Kampung

Ok atau lebih di kenali sebagai Orang Kampung adalah syarikat bumiputra yang memulakan operasi mereka secara kecilan di belakang rumah 30 tahun lepas Datuk Hj Manggar bin Haniff dan isteri, Datin Hajah Hasbunah Mhd Zainudin . Produk utama meraka ketika itu ialah Tea Herba Orang Kampung dan Minyak Gamat Orang Kampung. Sekarang Ok sudah berkembang ke merata dunia dan memiliki pencapaian yang amat membanggakan. Pada 22hb September 2016, Wisma OK di rasmikan oleh Yang Di-Pertua Negeri Melaka, Tuan Yang Terutama, Tun Datuk Seri Utama Khalid Yaakub.


Tanda Tangan TYT Melaka


Acara Memotong Reben

Wisma OK mempunyai keluasan hampir 2 ekar, menempatkan bangunan 3 tingkat yang mempunyai pelbagai kemudahan. Terletak di Kawasan Perindustian Halal Hub Serkam Melaka, Bangunan ini boleh di anggap bangunan pintar kerana jimat tenaga. mempunyai ruang acara, bilik mesyuarat, ruang galeri dan bilik perbincangan.


Reka Bentuk Wisma OK


Suasana yang kondusif, di sokong dengan sitem multimedia yang pantas serta canggih. Baangunan ini juga bercirikan konsep tradisional dan kontemporari.Pihak pengurusan OK juga dalam perancangan untuk membiba sebuah lagi bangunan untuk Jabatan R&D OK.


Pengarah Urusannya Habibul Ajmi bin Datuk Manggar berucap


Yang Di-Pertua Negeri Melaka, Tuan Yang Terutama, Tun Datuk Seri Utama Khalid Yaakub berucapan

Pengarah Urusannya Habibul Ajmi bin Datuk Manggar berkata, demi menyahut perniagaan masa sekarang, OK Group kini mampu bersaing dengan lebih efektif apabila setiap anak syarikat bersatu dibawah satu bumbung. Hal ini sekali gus memastikan sistem perjalanan syarikat menjadi lebih produktif dan sistematik





Penyerahan Cenderahati Kepada TYT

Segala urusan jualan dan pemasaran berjalan lancar dan cepat jika segala urusan di bawah satu bangunan. Oleh itu Wisma OK menjadi nadi utama pergerakan perniagaan Orang Kampung.






Pintu Gerbang


Selain itu, jenama Orang Kampung juga akan lebih dikenali apabila acara latihan seminar serta pelanggan atau pembekal akan dijalankan di Wisma OK. Meraka akan lebih yakin dengan perniagaan yang dijalankanoleh OK Group.





Kak Z

Kak Z telah di jemput untuk hadir sangat berbangga dengan pencapaian Orang Kampung. Jika kita lalu di tepi HUB Halal Serkam ini, kita sudah nampak bangunan yang gah dari tepi jalan. Barangan keluaran meraka juga berkualiti dari luaran hingga dalaman.



Kak Z doakan Orang Kampung akan lebih berjaya dengan lebih cemerlang lagi selepas ini.

Ok bai


SOURDOUGH BANGGALI LOAF

Hi, let me share this beautiful banggali loaf recipe. Which i'm a  bread maker so i plug and play with my discard levine to make this lo...