29 June 2020

HANIF DAN HARIS MENDAPAT 9A DALAM PEPERIKSAAN SPM 2019


Alhamdullilah  kembar dapat ucapan tahniah di FB , IG dan whatapp Ucapan tahniah juga pada cikgu-cikgu yg mengajar kembar Kak z ni. Usaha keras cikgu sekolah dan cikgu tusyen yg mengajar diaorang dari A to Z

Nak cerita pasal kisah betapa paniknya seorang mak hendak ambil keputusan  SPM anak kembar.. Panik ko... 

2 hari sebelum sebelum peperiksaan dah minta diaorang relax. Terima je apa yg dpt..dan mak tak nak naik pentas.. yang akhirnya naik jugak aku..haaa

Malam sebelum keputusan tidur-tidur ayam je.. hati sentiasa cakap YA ALLAH apa lah keputusan anak aku ni.

Pukul 3 bangun siapkan barang jualan. Kejut Hanif. Badan dah mula berpeluh. Cakap kat Hanif "ko arrange apa yg patut.. ami dah jem tak leh fikir". Kak.Z  ingat akak yang jem.. dia lagi jem...haaaa

Kul 9.00.keluar deliver barang. Selalu hantar sekolah dia dulu.. tapi hantar last. Dalam kereta.. mak kata tangan sejuk...rupanya tangan dia lagi sejuk. Si Hanif naik kereta dengan mak.. Haris naik motor gi dengan kawan-kawan.

Pergi sarapan kul 9.25am.. kat kedai mak makan anak tak  makan.. makan pun laju ...tak tentu arah lah perut.. badan semua. Nak kul 10 tu cepat berlalu

Sampai sekolah pukul 9.50am.. hantar barang kat koperasi.. Hanif jumpa kawan-kawan dia. Mak parking kereta..

Sharp pukul 10 jam dalam kereta aku terus check kat web site dan sms.. tak lepas.. lupa lak.. jam kat kereta cepat 5 min.. mengelatar tangan.. cikgu lalu depan kereta aku tak heran..selalunya aku angguk atau senyum kali ni tak peduli..

Cuba lagi 3 kali cuba...result Hanif keluar dulu.. Kak Zbmeraung ko.. nasib baik kereta kedap udara. Kalau tidak orang ingat ponti... tisu dah siap-siap kat tepi..result Hanif dah settle.. tangan gigil check Haris.. banjir terus kereta dengn tisu...melambak tisu aku.. macam tidak percaya.. check dengan sms lah.. bah terus kereta. Cikgu-cikgu lelaki kat surau agaknya nampak kejadian tu.

Hanif cari... ami kat mana.. mak kata meh sini kat surau.. dia pun datang.. aku lari peluk dia...dia dah tau lah tu.. dia pun macam tak percaya dpt 9A..nangis dua beranak kat tengah parking lot buat malu je..

Cari haris ...where are you..? Sekali nampak.dia... lari lagi mak yanganggun tiba jadi Usin Bolt hendak peluk.anak..dia dapat tahu 9A.. sujuh syukur kat situ jugak..Akak tak pernah rasa mcm ni 



Gambar ni pengetua dan cikgu-cikgu panggil naik pentas.. aku segan sebenarnya.. tapi kena naik juga..

Ini hanya permulaan .. masih jauh lagi perjalanan. Sebelah kaki dah ada kat Uni.. sekarang nak masukkan sebelah lagi 1 kaki

Doakan yg terbaik yer semua

P/s...thank you pada yang ucapkan tahniah.. yang like.. cuba nak balas 1 persatu. Insyallah..

Artikel dari Harian Metro

PASANGAN kembar menyifatkan kejayaan mereka mencapai keputusan kecemerlangan dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang diumumkan hari ini adalah berkat membantu ibu mereka.

Ahmad Hanif Ahmad Khairulddin, 18, dan adik kembarnya, Ahmad Haris, yang meraih 9A tidak pernah mengabaikan tanggungjawab membantu ibu, Siti Hazura Abdul Rahman, 46, menguli tepung untuk menghasilkan pelbagai roti setiap 4 pagi sebelum dipasarkan di pelbagai kedai dan kantin.



AHMAD Hanif Ahmad Khairulddin (dua dari kanan) dan adik kembarnya, Ahmad Haris (tiga dari kanan) serta dua rakan mereka mendengar penjelasan guru, Khairul Akmal Mamat, 34, (kiri sekali) mengenai peluang melanjutkan pengajian di SMKGB, Masjid Tanah dekat Alor Gajah. FOTO Hassan Omar

Dengan hasil titik peluh mereka bertiga, Siti Hazura menyara kehidupan dia dan empat anaknya termasuk abang pasangan kembar itu yang berusia 20 tahun dan menuntut di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Jengka, Pahang dan anak bongsu berusia 12 tahun.

Ahmad Hanif berkata, dia dan Ahmad Haris bersengkang mata membantu ibu di dapur bagi menyiapkan pesanan pelbagai jenis roti untuk memastikan keluarga mereka mempunyai sumber kewangan untuk meneruskan kehidupan.

“Kami amat kasihan melihat ibu bersusah-payah memasak roti untuk membesarkan kami adik-beradik dan sepanjang tujuh hari seminggu, tidak ada waktu tidur yang panjang untuk kami selain antara tiga hingga empat jam sehari,” katanya ketika ditemui di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Ghafar Baba, Masjid Tanah, Melaka.

Pasangan berkenaan adalah antara 11 pelajar cemerlang SMK Ghafar Baba yang memperoleh 9A dengan Ahmad Hanif dan adiknya memperoleh A Cemerlang bagi subjek Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Pendidikan Islam, Sejarah, Matematik, Matematik Tambahan, Sains Komputer, Fizik dan Kimia.

Ahmad Haris berkata, dia bercita-cita untuk melanjutkan pengajian di menara gading dalam bidang kejuruteraan manakala abangnya dalam bidang undang-undang.

“Alhamdulillah, kami bercadang memohon melanjutkan pelajaran ke luar negara tetapi jika tiada rezeki di luar negara, kami memilih Universiti Malaya (UM) sebagai pilihan,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 5 Mac 2020 @ 2:20 PM

No comments:

Post a Comment

SOURDOUGH BANGGALI LOAF

Hi, let me share this beautiful banggali loaf recipe. Which i'm a  bread maker so i plug and play with my discard levine to make this lo...