Ada yang bertanya apa amalan yang Kak Z lakukan supaya anak-anak ni mendengar cakap Kak Z. Kak Z ni boleh tahan garang dengan anak-anak masa kecil. Bila diaorang besar alhamdullilah semua baik dan mendengar kata. Mereka ni walaupun melawan tapi patuh. Alhamdullilah.. ALLAH mempermudahkan urusan Kak Z dalam menjaga anak-anak inu walaupun tanpa bapa mereka. Bapa mereka missing in action...haaaa.
Semua ini adalah urusan Allah kita hanya berdoa, berusaha dan bertawakal. Antara benda yang Kak Z buat ialah
1. Solat 5 waktu
Solat 5 waktu adalah wajib. Kita berdoa pada Allah supaya kita bersabar dan permudahkan urusan kita
2. Solat Sunat Tahajjud
3. Solat Sunat Witir
4. Solat Sunat Duha
5. Solat Sunat Sebelum Solat Subuh - berdoalah pada Allah selepas solat sunat sebelum solat subuh. Doa dengan ikhlas hati. Insyallah Allah akan makbulkan doa kita
6. Cara pemakanan anak-anak..
Kalau boleh bagi anak-anak kita makan dari rezeki yang halal. Dari sumber makanan yang halal.
7. Janganlah kita mengata anak orang buruk, jahat atau bodoh.
Sebab takut balik kepada anak kita
8. Doa ketika menyediakan makan.
-Bismillah
-Alfatiha
- Hembuskan pada makanan yang kita masak pada anak
9. Doa.
Doa ini menjadi amalan Kak z. Korang boleh cuba. Agak -agak anak korang nak jadi buas, bergaduh. Baca, amalkan dan tiup pada anak korang dalam diam. Niatkan dalam hati YA ALLAh pemudahkan urusan ku dan jangan lah anak aku buas, degil atau bergaduh
Dalam membuat amalan ini korang kena yakin. Sebab setiap apa yang Allah turunkan ada hikmahnya. Kita pun perlu cermin diri kita. Kalau kita salah mohon keampunan dari Allah. Kita bukan perfect tapi cuba menjadi terbaik untuk diri kita anak-anak dan keluarga.
Ok bai
No comments:
Post a Comment