27 January 2016

Kemudahan asas di Legoland Malaysia

Setiap kali pergi bercuti nombor 1 yang akak fikirkan ialah tempat sembahyang. Bercuti ..bercuti juga..solat jangan lupa. Semua itu letak dalam otak. Sebab itu wajib. Kalau ke Legoland Malaysia jangan risau. Surau disediakan untuk pengunjung yang beragama islam. Surau bersih dan selesa.

Kemudahan lain ialah baby care room. Kalau ada anak kecil ini juga penting, terutama kepada ibu yang breast fedding..tak de lah tayang amal kan luar sana.









Dalam ini ada kemudahan asas seperti air panas untuk buat susu dan sinki untuk membasuh. Mainan untuk anak-anak sambil menunggu. Kemudahan ini ada di Theme park dan Water world.



Kemudahan sewa locker untuk menyimpan barang pun disediakan. Kita Oleh itu para pengunjung tidak perlu risau dengan keselamatan barang mereka. Setiap locker mempunyai password yang hanya boleh buka oleh penyewa. Kita boleh berjalan dan mandi dengan aman.

Ok bai

Legoland Water Park..sangat-sangat best

Water park Legoland Malaysia terletak bersebelahan dengan Theme park. Walaupun tidak sebesar Sunway Lagoon tapi best. Anak-anak akak tak tau lah berapa kali turun naik main slide. Slide yang besar ada 3.. yang kecil-kecil tidak kira pulak..jom tengok gambar










Mak kena cari anak-anak hilang..mana gi anak mak..rupanya nun atas panjat adik beradik nak main gelonsor.. mak sekali dah pensan..


Itu namanya keriangan budak-budak bila jumpa air. Bukan budak-budak aje.. geng-geng yang dah tua pun balik ke zaman kenal ABC..











Korang tengok gambar-gambar tu.. syiok kan.. gambar anak-anak tidak ada dalam ini sebab. Tak sempat nak ambil gambar.. hujan dan mak excited nak main air..kawan-kawan kelab blogger ben ashaari terima kasih sebab share gambar.

Korang risau pasal keselamatan sebab setiap penjuru water park ini ada lifeguard yang memerhatikan para pengunjung. Keselamatan di utama. Masa kami kesana secara kebetulan hujan. Bila bunyi guruh dan petir diaorang panggil kami naik dan tutup dengan pagar. Bila suasana sudah tenang baru dibenarkan kami turun semula.




Kalau kita hendak menyewa kabana pun boleh. Selesa boleh tutup, soket untuk charge handphone pun ada, boleh rehat dalam kabana tu.. sesuai untuk bawa family dan ada anak-anak kecil. Bila dah penat naik rehat dalam kabana.. fuuhh macam kat obersea pulak rasanya

Apapun it enjoying sangat. Misi buat tabung untuk datang lagi.. sebab tak puas mandi dan jalan.. nak rendamkan diri sampai lebam..Nak pergi lagi...nak main slide..

Ok bai