Posts

Showing posts from December 22, 2016

KUIH CHANG @ RICE DUMPLING..DO IT YOURSELF

Image
Kuih  Chang   Kuih Chang  atau nama Inggeris "Rice Dumpling" adalah makanan orang Cina. Kak Z belajar makan kuih ini dengan arwah mak. Sebenarnya bukan kuih tapi pulut yang di isi  dengan beberapa bahan seperti daging, cendawan dan kekacang. Kita sebagai orang Islam daging mengunakan samada daging lemuh, ayam atau kambing. Untuk yang kaum yang bukan beragama Islam mereka mengunakan daging khinzir. Sebab Kuih Cang ini berasal dari negara China yang di kenali dengan nama Zongzi. Di Malaysia, zongzi dikenali sebagai bakcang, bacang, atau zang (dari Hokkien Cina: 肉粽; Peh-OE-ji: bah-chàng), kerana Hokkien biasanya digunakan di kalangan orang Cina di luar negara.

Kuih Chang berasal dari  China tapi dari wilayah mana Kak Z tidak pasti. Dari pembacaan Kak Z, kuih chang ini selalu di buat sebagai bekal jika mereka pergi mengembara atau berniaga. Kuih chang ini boleh tahan selama seminggu jika berada dalam udara kering. Jika musim memang sesuai untuk makan kuih ini kerana salah satu b…