04 June 2020

RESEPI GORENG PISANG 17 TAHUN



Aroma menarik dari bijan, kelapa dan marjerin menambah selera kita untuk makan goreng pisang. Resepi ini Kak Z dah guna sejak 17 tahun dulu. Ada orang ajar masa Kak Z berniaga di gerai tepi jalan.  Cuma Kak Z olah sedikit ikut kesesuaian.

Bahan:-
1 cawan tepung gandum
1/4 cawan kelapa parut
1 sudu kecil bijan
1 sudu besar marjerin
1/4 sudu kecil kunyit serbuk
Garam secukup rasa
1 biji telur
1 cawan air dan boleh tambah kalau pekat
Minyak untuk mengoreng
Pisang untuk di goreng - pilihan pisang tanduk, nangka atau nipah

Cara:-
1. Pukul telur dengan garfu
2.Masukkan semua bahan ke dalam mangkuk kecuali minyak.
3. Jika adunan pekat boleh tambah air
4. Masukkan pisang dan gaul dengan adunan tepung
5. Panaskan minyak 
6. Minyak perlu betul panas dan masukkan pisang
7. Goreng hingga perang

Goreng pisang ini sedap di makan panas-panas. Selamat mencuba

Ok bai

2 comments:

DONUT KENTANG GEBU | sukatan cawan

Musim MCO atau PKP ni, anak-anak semua ada di rumah. Semua akan cepat lapar. Tau aje lah semua anak lelaki. Sebangai ibu , Kak Z kena kreati...