Assalamualaikum
Part 2
Dalam ada 3 buah zoo yang telah akak lawati. Zoo Negera, Zoo Taiping dan Zoo Melaka. Setiap Zoo mempunyai spesis haiwan yang berbeza. Zoo Negara hanya boleh dilawati di waktu siang. Zoo Taiping dan Zoo Melaka boleh juga di lawati pada waktu malam.
Selepas sesi bergambar, pembahagian kumpulan, penerangan dan pembahagian voucher kami smeua masuk ke dalam zoo.. Pasti no 1 jumpa ialah zirafah... aiikk gajah tidak ada.. tak apa mungkin di tempat lain.
Pintu masuk ke Butterfly Garden..
Kami telah di bawa ke Butterfly Garden. dulu kalau hendak melihat Rama-rama yang cantik kita kena pergi Taman rama-rama di Tasik Perdana atau Taman Rama-Rama Melaka. Rasanya ini adalah product yang baru di Zoo Negara .Dulu tempat tu kosong.. Masa kali terakhir pergi lima tahun lepas masih belum ada
Masih tidak banyak rama-rama yang terbang atau belum bangun tido sebab kami sampai terlalu awal... rama-rama pun tau sejuk.. Tapi bermacam-macam spesis rama-rama yang ada. Butterfly garden berdekatan dengan pintu masuk zoo. Dari pintu masuk kita akan menuju ke kesebelah kiri. Anda pasti nampak Butterfly Garden.
Rama-rama sedang sarapan
Di atas bunga menyedut manisan
Salah satu spesis rama-rama
Cantik
terbang tanpa menghiraukan kami semua
Dalam taman ini, kali pertama mak hilang anak- siapa lagi kalau bukan adik Hanis. Terlebih advance. kita sibuk tengok rama-rama, labah-labah tarantula dan kala jengking dia dah damapi pintu keluar.
Dalam ini kita akan melihat rama-rama bertelur, meneta smenjadi ulat dan jadi kepompong. Akhirnya kepompong menjadi rama-rama yang cantik. Sesetengah kita mungkin tidak tahu proses dari telur menjadi rama-ramai terutama kanak-kanak. Dalam taman ini juga ada labah-labah jenis tarantula atau black widow. Labah-labah ini boleh membunuh mangsa selepas terkena sengatannya. Labah-labah ini banyak terdapat di Amerika Selatan.
kala-jengking
Labah-labah tarantula
Serangga seperti daun
Selepas keluar dari Butterfly center kami menuju ke Akuarium tuanku Abdul Rahman. Dalam perjalan tersebut kami melalui sangkar pelbagai jenis monyet seperti siamang, kera, chipamzi. Ada juga tupai, burung sepeti burung kakak tua, burung kenyalang dan landak
Siamang
Hornbill @ burung kenyalang
Spesis burung kenyalang ini boleh di dapati di kepulauan Bornea. Burung ini boleh hidup selama tahun. Burung ini kian pupus kerana habitatnya telah terganggu akibat pembangunan dan pemburuan haram. Penduduk asal borneo menganggap burung ini suci yang menjaga roh nenek moyang mereka. WWF mengiktiraf burung ini sebagai khazanah dunia.
Akuarium Tuanku Abdul Rahman
Didalam Akuarium ini tetempatkan pelbagai spesis ikan air tawar yang terdapat di Malaysia, seperti arowana, kelah, patin, ikan-ikan kecil, pachu, flower horn, toman, seluang, belida dan lain-lain. Akuarium ini telah dinamakan sempena nama Tuanku Abdul Rahman selaku perdana menteri pertama malaysia. Auarium ini di tutup dalam tempoh yang lama untuk pembaik pulih. Beberapa kali pergi maki tidak dapat masuk, Tapi kali ini rezeki ahli KBBA dapat melawat dan masuk kedalamnya.
Gambar dari Zoo Negara.. keaddan dalam yang lebih teratur dan cantik
Ikan kelah
Arowana Merah
Belida
Arowana
Ikan toman
Ikan Belida
Selepas melawat Akuarium..kami pergi ke pentas penunjukan haiwan @ Animal Show. Masa kecil-kecil pertunukan seperti ini tiada. Pertunjukan ini bermula pada tahun 1990-an.Hanay beberpa ekor binatang sahaja yang ada. Orang kata entah apa-apa lah. Sekarang pertunjukan ini bertambah menarik. Bukan sahaja anjing laut, burung kakak tua, burung helang, binturo dan burung bangau paruh merah.
Pertujukan kali ini lebih dekat dengan penonton. Penonton dipanggil untuk beriteraksi dengan haiwan-haiwan sepet burung kakak tua dan ular sawa Para penjaga mereka lebih terlatih dan penyampainya juga pandai berbicara dengan para penonton
Pertunjukan ini bermula pada pukul 11.00pagi dan 2 petang setiap hari berlangsung selama 30min - 45 min. Masa depan mungkin Zoo Negara boleh menabhakan kan lagi acara-acara seperti ini.
Belakang tu pentas pertunjukan
Berwefie jap haris dan hanis
anjing laut 1 yang buat pertunjukan
Anjing laut ke-2 membuat pertunjukan dengan mengimbangi bola di muncungnya
Mereka boleh masuk kedalam gegelung bulat
Burung kakak tua ini di latih untuk mengutip dana untuk mereka
Burung helang
Tidak dapat ambil gambar dengan panda hidup dapat ambil gambar dengan maskot pun bolehlah
Burung bangau paruh merah
Binturo
Hanif dan maskot panda
Burung kakak tua..pandai mengutip dana
Sementara menunggu pertunjukan bermula
Bersebelahan dengan teater pertunjukan haiwan di tempatkan penguin dan ikan arapaima. Penguin ini telah dibawa khas dari Amerika selatan. Oleh kerana, penguin memerlukan keadaan sejuk, bilik kurangan mereka seperi peti sejuk. Ikan Arapaima adalah ikan air twar terbesar di dunia. Ikan ini dibawa dari India. mengikut dokumentari yang boleh di tonton dalam TV ikan ini boleh di tunggangi sebab besar.
Ikan arapaima
Penguin.. gambar dari www.zoonegara
Dari teater kami di bawa menaiki shuttel bus ke restoran untuk makan tengahair. Didalam zoo sendiri ada beberapa kiosk yang menjual makanan. Ini adalah adalah untuk memudahkan pengunjung untuk makan setlah lapar berjalan di dalam Zoo.
Perjalan ke restoran yang menyediakan makanan tengahari kami ialah dnegan menaiki shuttle bus. Shuttle bus sekarang lebih cantik dan selesa dari dulu.Sebab kawasan zoo telah diperluaskan. Ini memberi kemudahan kepada pengunjung yang datang.
Shuttle bus - gambar dari mr Google
Restoran makan segera..lunch time
Sebelah restoran ialah muzium lebah sedunia
Kelulut membuat sarang
Kelulut