KUIH SERI MUKA BEREMPAH KAK LIMAH
Seri Muka Rempah.. pelikkan? Tapi memang ada. Sebab ini resepi asal arwah mak. Sebenarnya sedap. Dulu arwah mak adalah pembuat kuih tradisional. Kakak Kak Z pernah cerita masa kecil-kecil arwah mak terkenal dengan kuih apam. Bila balik sekolah kerja dioarang kisar beras untuk jadikan tepung. Arwah mak buat kuih apam bukan mengunakan tepung beras tapi beras yang dikisar sendir mengunakan batu pengisar. Gigihkan orang dulu- dulu buat kuih.
Kakak Kak Z bagitau Kak Z mewarisi kepandaian arwah mak buat kuih. Alhamdullilah.. Kak Z tak de anak perempuan. Sapelah yang hendak mewarisi kepandaian Kak Z. Anak buah Kak Z kot. Sebab dia sekarang pun jual kuih sedikit demi sedikit.
Kak Z suka kalau ada orang yang boleh meneruskan pembuatan kuih tradisi kita sebab ramai lebih rela beli dari membuatnya. Kak Z share resepi lama-lama ini supaya korang boleh buat dan sambung tradisi lama kita.
Bahan-bahan:-
A. Bawah:-
500gm beras pulut
200ml santan
100ml air
1 sudu kecil garam
Sehelai daun pandan
Cara:-
1. Pulut di bersihkan dan rendam sekurang-kurangnya 2 jam tapis
2. Masak atau tanak pulut besama santan, air daun, pandan dan garam dengan api yang kecil hingga masak
3. Periuk perlu ditutup dan sentiasa kacau supaya tidak berkerak
4. Masak masukkan kedalam loyang tekan dan ratakan
5. Letakkan atas pengukus yang dipanaskan sementara mengadun lapisan atas
B. Lapisan Atas:-
20 helai daun pandan
400ml air
300ml santan
4 biji telur (A)
280gm gula
200gm tepung gandum
1/2 sudu teh jintan manis
1/2 sudu teh garam
2 helai daun limau purut
1 batang kulit kayu manis
1/4 sudu teh jintan manis
Cara:-
1. Tumbuk kulit kayu manis hingga halus kerana perlu dengan bahan lain dan tidak merosakkan blander
2.. Kisar daun pandan, daun limau purut, kulit kayu manis dan jintan dengan air hingga halus dan tapis
3..Pukul telur dan gula dengan senduk atau whisk
4. Masukkan santan, air pandan, tepung dan garam
5. Tapis supaya tidak berketul
6. Buat teknik double boiler hingga adunan menjadi pekat seperti air yougart bliss dan berkilat
7. Pastikan korang sentiasa kacau supaya tidak berketul
8. Kak z nasihatkan pakai whisk untuk teknik bagi mengelakkan adunan tidak berketul.
9. Masukkan bahan ini diatas pulut dan kukus selama 35-45min
10. Bukak kukus bila masaka dan biarkan sejuk.
Teknik double boiler betul
Nota: teknik double boiler mesti mengunakan cara yang Kak Z tunjukkan di atas. Jangan korang rendamkan bekas yang belah atas tu dalam air panas macam gambar kat bawah. Habis masak tepung korang masak. Tak cantik dan tegang
Teknik double boiler salah
Selamat mencuba
ok bai