20 April 2019

PETUA MENGHAPUSKAN KUTU KUCING DI DALAM RUMAH

KUTU KUCING 

(Gambar Wikipedia)

Kutu kucing.. manalah datang kutu kucing menyebabkan Kak Z dan anak-anak gatal-gatal. Memula Kak Z ingat kami kena kudis buta. Pergilah buat rawatan di klinik. Doktor kata bukan kudis buta, tapi kena kutu kucing.



Bila fikirkan mana datangnya kutu kucing, rupanya dari kucing  yang datang duduk rumah Kak Z. Kak Z tidak membela kucing. Tapi kalau ada kucing menumpang Kak Z bagi makan. Kesian...

Ada seekor kucing ni suka curi masuk rumah. Tukang halau kucing itu dan bawa keluar ialah adik Hanis. Sudah tentu dia yang memangnya. Bila dia duduk depan rumah Kak Z mesti mengaru. Kami tidak kisah sangat. Tapi bila Kakak Kak Z kata dia satu family kena macam terkena kutu kucing. Kami anak-anak pun buat penyiasatan. Cheewahhh...

Yang memula terkesan dengan kutu kucing ni ialah adik hanis.. di ikuti si kembar dan abang hakim akhir sekali Kak Z lah.

Bila kami kena serangan kutu kucing satu rumah gatal-gatal dan bintik-bintik merah seperti kudis buta. Buruk weeiii... tidak boleh tidur malam sebab gatal. Terkeruk sana sini. Sakit hati aku jadinya..

Pakaian.. sofa.. karpet.. bantal dan tilam yang kami gunakan. Semua di jangkiti kutu. Sebab bila pakai baju mesti gatal-gatal, duduk atas sofa pun gatal. Tidur lagi lah..gatal yang amat bila tidur atas tilam.

Petua Kak Z untuk menghilangkan kutu ini ialah :-

1. Jemur Tilam, Bantal, dan Karpet

Apa yang Kak z buat ialah jemur tilam dan bantal bawah panas terik. Pusingkan tilam atas bawah supaya seluruh tilam dan bantal terkena panas. Secara tidak langsung membunuh kutu atau kutu akan lari

Karpet juga Kak Z jemur. Boleh tahan beratlah. Alhamdullilah ada anak yang sado. Diaorang kena angkat kalau tidak diaorang akan gatal

2. Ubat Serangga

Kak Z menyembur ubat serangga jenis aresol.  Kak z sembur di sofa dan dinding rumah. Rumah Kak Z papan. Jadi manalah tau celah-celah kayu kutu menyorok kena lah sembur dinding rumah dengan aresol

3. Mop Lantai

Pencuci lantai yang Kak z gunakan ialah ubat anti septik cecair Dettol. Satu botol besar untuk 1 rumah. Kak Z mengunakan air panas dan campur dengan cecair dettol. 

4. Lilin Dan Air


Air dan lilin apa fungsinya? Kak Z google macam mana hendak menghilangkan kutu kucing. Cara meletakkan lilin dalam air di anggap berkesan untuk memghapuskan kutu kucing. Apabila malam hendak tidur Kak Z akan menghidupkan lilin yang di letak dalam bekas berair. Biarkan semalaman. Pasti tempat yang kita hendak buat macam ini selamat. Ada juga mengunakan lampu suluh. Cara tersebut lebih selamat. Pastikan semua lampu rumah di tutup. Tujuannya ialah menarik perhatian kutu kearah lampu secara tidak langsung memerangkap kutu ke dalam air. 3-4 hari Kak Z menguna cara ini. Sampai rasa gatal-gatal hilang

5. Menghapuskan Kutu Kucing Di Baju

Kak Z hantar semua baju Kak Z dan anak-anak ke dobi. Bukan untuk basuh tapi mengunakan mesin pengering. Bila baju-baju tersebut masuk kedalam mesin pengering, ia akan membunuh kutu-kutu yang melekat di baju.

6. Vacum Carpet

Semua Carpet di rumah Kak Z vacum. Mana lah tahu ada telur di celah-celah carpet. Compom kutu akan membiak di situ. Apabila kita duduk atau tidur atas karpet. Kutu akan datang pada kita

Hampir 3 minggu kami menderita akibat gatal-gatal terkena kutu kucing. Selepas mengunakan petua di atas baru lah kami dapat tidur dengan aman dan nyenyak. Kalau tidak letak kepala di bantal aksi mengaru akan bermula.

Mungkin korang boleh mengunakan cara Kak Z menghapuskan kutu kucing. Semoga yang terkena kutu kucing akan hidup lebih aman lepas ni.

Ok bai

15 April 2019

BUFFET BERBUKA PUAS ALA-ALA KAMPUNG DI MITC MELAKA


KAMBING BAKAR SUMBAT  BUFFET RAMADHAN MITC


Bulan Ramadhan bakal tiba. Dah habis ganti puasa ke? Paling best bulan Ramadhan macam-macam jenis makanan akan berada di pasaran. Even Kak Z pun pernah berniaga di pasar Ramadhan. Seronok korang. Tidak sabar menanti Ramadhan ku.....cehhh wahhh


Sometime kita rasa nak makan luar. Buffet stail. Sebab buffet macam-macam ada. Kita boleh jadi rambang mata. Tepuk dada tanya selera. Kalau tanya akak lah.. akak suka masakan kampung. Ialah Kak Z kan orang kampung. Tapi otak moden. Jomm kita ke MITC untuk  buffet Ramadhan.



Antara suggestion akak ialah Sajian berbuka puasa Ala Kampung di Melaka International Trade Centre ( MITC Ayer Keroh Melaka ). Terasa macam rumah orang kahwin. 


Macam- macam menu ada.  Dan menu istimewanya Kambing Bakar Sumbat.. Lain-lai menu roti canai, rojak dan yong too foo. Ada pelbagai sambal ..sama l belacan, cencalok, budu, sambal jawa dan lupa pulak.. sebab banyak sangat sambal masa makan hari tu. Nak tau korang kena makan kat sana. 



Buffet Ramadhan ini akan bermula dari
10 Mei- 3 Jun 2019 (6 ptg- 10 mlm)

Harga:

Dewasa RM 43 / Kanak-Kanak RM 18 (2-12 Tahun) / Warga Emas RM 15

Noted: Nak harga promosi ?!  RM 39 tempah sebelum 1 Mei 2019

Tempahan:

Untuk tempahan boleh booking ( 06-2333330 / 019-2238622)

Lokasi :

Melaka International Trade Centre (MITC)
Level 2, Convention Centre , Jalan Konvensyen , MITC Complex, Jalan Hang Tuah Jaya, 75450 Ayer Keroh , Melaka

Facebook:  Melaka International Trade Centre -MITC

Selamat menyambut bulam Ramadhan

Noted: Gambar nota chenta mummy aka mummy Julia Ali..terima kasih Jue

Ok bai



SOURDOUGH BANGGALI LOAF

Hi, let me share this beautiful banggali loaf recipe. Which i'm a  bread maker so i plug and play with my discard levine to make this lo...